16 February, 2011

...Chapter 8...

"Hyung,cepatnya sampai!"jerit Yun Ho sebaik sahaja melihat kelibat Dong Joon sedang bersandar pada keretanya.Dong Joon sekadar mengangkat tangannya.Dia mengambil beg sekolah dari Yun Ho sebaik sahaja kanak-kanak itu sudah mendekatinya.Sesekali Dong Joon menoleh ke arah kiri dan kanan,dan perlakuannya itu disedari oleh adik angkatnya.
"Hyung,hyung cari siapa?"soal Yun Ho.Dong Joon tersentak apabila ditegur oleh adik angkatnya itu.
"Tak ada apa..."Dong Joon berdalih.
"Ooo...hyung cari cikgu ye?"usik Yun Ho.Dong Joon mencebik.
"Kau budak kecik apa tahu?Jangan sibuk hal orang besar,"balas Dong Joon.Yun Ho menjelirkan lidahnya.
"Cikgu kelam-kabut keluar tadi.Tak tunggu Yun Ho macam biasa,"balas Yun Ho,cuba memancing minat Dong Joon berbicara mengenai Sa Rang.Dong Joon pura-pura tidak tertarik dengan kata-kata Yun Ho itu.
"Nampak macam nak keluar dengan pakwe je,"kata Yun Ho lagi.Dong Joon menelan air liur.Pakwe?Dong Joon segera membukakan pintu untuk Yun Ho tanpa berkata apa-apa.Yun Ho mengeluh.

"Yun kenalah korek sikit pasal oppa dengan cikgu tu.Manalah tahu kot-kot oppa memang ada hati kat cikgu Yun tapi tak nak mengaku.Pandai-pandailah Yun berlakon sikit,"kata Hye Ri pada suatu malam.Yun Ho menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Ala Noona...susahnya.Kalau hyung tahu macam mana?Mesti Yun kena marah nanti,"kata Yun Ho.Hye Ri tersenyum sumbing.
"Tak adanya.Yun ingat oppa tu otak geliga sangat ke?Luar je nampak macam tu,padahal sebenarnya yang paling..tut...antara kita bertiga ni.Oppa tu lagak dia je yang lebih.Kalau Yun tak terlepas cakap apa-apa,confirm oppa tak perasan punya,"kata Hye Ri lagi.Dia benar-benar ingin mengetahui perasaan sebenar Dong Joon terhadap Sa Rang.Yun Ho terdiam.Hye Ri kemudiannya membisikkan sesuatu kepada Yun Ho.Tidak lama selepas itu,Yun Ho tersenyum sambil angguk.
"Arasso?"soal Hye Ri.Yun Ho angguk.Mereka kemudiannya menepuk tangan antara satu sama lain sambil menjerit"Hwaiting!!!"

"Macam mana ni?Hyung macam tak nak bagi respons langsung je,"bisik hati Yun Ho.Dia menoleh ke arah abang angkatnya yang sudah bersedia untuk menghidupkan enjin kereta.
"Pakai seatbelt,Yun,"kata Dong Joon tanpa menoleh ke arah Yun Ho.Yun Ho sekadar menuruti kata-kata Dong Joon.Tidak lama selepas itu,Yun Ho ternampak sesuatu sebaik sahaja dia menoleh ke arah kanannya.Yun Ho menepuk-nepuk paha kanan Dong Joon.
"Apa?"soal Dong Joon.
"Cikgu..."kata Yun Ho,masih memandang ke arah luar.Dong Joon turut melihat ke arah yang sama seperti yang dilihat oleh Yun Ho.Matanya terbeliak luas apabila melihat Sa Rang sedang memasuki sebuah kereta lain.Kelihatan seorang lelaki sedang membukakan pintu kereta untuknya.'Siapa pula tu?'Hati Dong Joon menyoal sendiri.Dong Joon terus memerhatikan Sa Rang sehinggalah kereta yang dinaiki oleh Sa Rang dan lelaki itu hilang dari pandangan matanya.Yun Ho menoleh ke arah Dong Joon.Dong Joon pula masih seperti tadi.
"Hyung,"tegur Yun Ho.Namun tidak dibalas oleh Dong Joon."Hyung!"Yun Ho mengulangi panggilannya.Kali ini lebih kuat.Dong Joon masih tidak menyahut.Yun Ho geram.
"Dong Joon Hyung!!!!!"jerit Yun Ho pada telinga Dong Joon.Dong Joon terkejut.
"Yah!!!Tak payah lah jerit-jerit!!"balas Dong Joon,marah.Yun Ho mencebik.
"Yun dah panggil...Hyung yang tak perasan,"balas Yun Ho.Dong Joon menjeling ke arah adik angkatnya itu.
"Dahlah.Hyung pun ada kerja lagi ni,"kata Dong Joon.Entah mengapa,dia betul-betul tidak senang dengan apa yang dilihatnya sebantar tadi.Siapakah lelaki yang bersama dengan Sa Rang tadi?Dong Joon memandu laju keretanya.Yun Ho tersandar pada kerusi kereta abangnya.


Jong Suk memandang Dong Joon pelik.Sejak balik dari menjemput Yun Ho tadi,Dong Joon asyik termenung.Buat kerja serba tak kena.Jika ada yang tersilap,pasti meradang.Jong Suk tidak berfikir panjang lalu memberanikan diri mendekati ke arah Dong Joon.Dong Joon tidak menoleh ke arah Jong Suk apabila lelaki itu sedang melangkah ke arahnya.
"Dong Joon,malam ni keluar kat tempat biasa,"kata Jong Suk,sekadar cuba memancing minat Dong Joon.Dong Joon tidak memberi sebarang respon.Jong Suk tidak berputus asa."Hari ni aku belanja,"kata Jong Suk lagi.Dong Joon berpura-pura sibuk,malas hendak berbual dengan Jong Suk.Jong Suk menggeleng.
"Dong Joon ah..."tegur Jong Suk sambil mengambil tempat di hadapan Dong Joon yang sedang sibuk memeriksa plan lukisannya.Perlahan-lahan,Jong Suk menongkat dagunya di hadapan Dong Joon sambil  mengukir senyuman sinis.
"Kau cemburu ekh?"soal Jong Suk sekaligus berseloroh.Dong Joon memandang ke arah Jong Suk sekilas.Kemudian,dia menumpukan perhatiannya terhadap plan lukisannya semula.
"Ooo...kira betullah yang kau tengah jealous ni.Dekat siapa pula yang kau jealous ni?"soal Jong Suk.Dong Joon meletakkan plan lukisannya di atas meja dengan kasar.Jong Suk terkejut.
"Relakslah dude.Janganlah nak belasah aku pula.Kalau kau nak aku bla,fine...aku bla,"kata Jong Suk sambil mengangkat tangannya,tanda mengalah.Jong Suk bersedia untuk beredar.
"Kau belanja aku malam ni,"kata Dong Joon.Jong Suk terkejut,tidak jadi bangun dari kerusinya.Dong Joon melepaskan keluhan berat.


Jong Suk menahan dirinya dari ketawa selepas mendengar penjelasan dari Dong Joon.Dong Joon tidak memandang ke arah Jong Suk.Dia lebih selesa melihat ke arah pasangan-pasangan yang sedang seronok menari diiringi muzik rancak.Jong Suk memegang bahu Dong Joon.
"Nampak sangat kau jealous ni!"kata Jong Suk separuh menjerit.Dong Joon mencebik."Kenapa tak halang je cikgu tu kalau kau tak suka tengok dia keluar dengan lelaki lain?!"kata Jong Suk lagi.
"Aku tak suka sebab..."Dong Joon tidak jadi meneruskan kata-katanya.Jong Suk mengangkat keningnya.
"Apa?"soal Jong Suk.Dong Joon menelan air liurnya.Jong Suk terus memandang tajam ke arah Dong Joon.
"Yela,dia bagi contoh yang kurang elok kat adik aku.Kalau nak dating pun,agak-agaklah.Ni habis kelas terus dating!"jawab Dong Joon.Jong Suk akhirnya melepaskan tawanya.
"Tu jealous namanya!"jerit Jong Suk sambil ketawa.Dong Joon menepuk belakang Jong Suk.
"Nonsense!"balas Dong Joon.Jong Suk masih dengan tawanya.
"Jangan pendam lama-lama,bro.Nanti melepas,kau juga yang susah.Lupakan je ego kau tu.Apa salahnya abang student bercinta dengan cikgu sendiri?"soal Jong Suk.
"Siapa kata aku nak bercinta dengan cikgu tu?She's not my standardlah.Bukannya glamor pun,"kata Dong Joon sebelum meneguk jus oren.Jong Suk melepaskan nafas panjang.Susah betul nak cakap dengan mamat ni!Dah nampak sangatlah kau tengah cemburu.Mengaku je lah oi!!!
"Aku bukan baru kenal kau,Dong Joon.Tapi sejak kita study kat US lagi.Kau tak ngaku pun,aku dah boleh tahu.Kau tak perasan ke yang perangai kau dah lain?Kalau betul kau tak kisah yang cikgu tu keluar dengan lelaki lain,tak ada maknanya kau nak mengamuk macam tadi.Baru keluar dengan lelaki lain...belum apa-apa lagi,"kata Jong Suk.Dong Joon menoleh ke arah Jong Suk.
"Yah!Kan aku dah cakap yang aku tak suka dia keluar dengan lelaki lain sebab bagi contoh tak elok kat Yun Ho,"balas Dong Joon,tidak mengalah.
"Masalahnya dia keluar je.Mungkin lelaki tu kawan dia...tak pun sepupu dia.Kau pun bukannya kenal sangat dengan cikgu tu kan?Jadi,kau tak bolehlah nak prasangka lebih sangat.Apalah kau ni,macam tak pernah bercinta pula!"kata Jong Suk sambil ketawa.Dong Joon benar-benar lucu!Dong Joon menahan malu.Cemburu sangat ke aku ni?Kemudian,Jong Suk menyentuh dagu Dong Joon.
"Yah,kau ni apasal pula?!"soal Dong Joon,rimas lalu mengalihkan wajahnya dari Jong Suk.
"Ni...misai janggut kau ni...buang jelah.Kau ingat macho sangat ke?Macam ahjussi dah aku tengok.Kalau kau jalan dengan si Yun Ho tu,confirm orang ingat kau ni appa dia,"kata Jong Suk,berterus-terang.
"Ai,sebelum ni kau tak bising pun dengan misai aku ni.Apasal tiba-tiba nak bising pula ni?"soal Dong Joon,tidak mengerti.
"Kalau kau cukur misai janggut kau ni...confirm awek-awek korea kejar kau.Percayalah,"kata Jong Suk,masih belum berterus-terang.Dong Joon tersenyum nipis.
"Dahlah,aku rasa kau dah mabuk sangat ni.Jomlah balik,"ajak Dong Joon,malas hendak melayan kerenah Jong Suk yang semakin mengarut itu.
"Aku tak mabuklah.Malah aku tersangat sedar,lebih sedar dari kau.Dong Joon,aku rasa...kalau kau buang misai kau tu...mesti lagi handsome dari sekarang.Sekarang pun handsome gak.Tapi lagi handsome kalau kau buang misai dan segala rambut yang tumbuh kat muka kau tu.Mesti cikgu tu pun tercair tengok kau,"kata Jong Suk.Dong Joon terdiam.Sesekali dia menyentuh dagunya.Nak cukur?Argh,ni lah harta yang paling aku sayang kat dunia ni!
"Dah-dah...jom balik!Aku dah letih ni,"kata Dong Joon lalu segera bangun dari situ.Jong Suk turut menyertai Dong Joon.Kemudian,dia menepuk bahu Dong Joon.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Kalau kau still bermisai macam ni,aku lega dan rasa selamat,"kata Jong Suk.
"Kenapa pula?"soal Dong Joon.
"Kalau kau macam ni,nampak macam gangster sikit.Aku pun rasa dilindungi,"kata Jong Suk yang kemudiannya melepaskan tawanya.Dong Joon turut ketawa.Kemudian dia merangkul bahu rakannya itu seraya beredar dari situ.Ada-ada sahaja Jong Suk ni....



G.O MBLAQ as Park Dong Joon



Choi Si Won SUJU as Lee Jong Suk






No comments:

Post a Comment