07 February, 2011

...Chapter 4...

Sa Rang melayan dengan penuh sabar pelbagai ragam anak-anak muridnya.Ada yang menangis,ada yang bergaduh,ada yang tidur dan banyak lagi.Namun,semua itu bukanlah masalah besar bagi Sa Rang.Dia amat berpuas hati dan gembira dengan pekerjaannya itu.
"Cikgu!"panggil Yun Ho,sambil mengangkat tangannya.Sa Rang menoleh ke arahnya sambil tersenyum.
"Ada apa,Yun Ho?"soal Sa Rang sambil menuju ke arah kanak-kanak lelaki itu.
"Cikgu,macam mana saya nak buat bentuk sampan?"soal Yun Ho sambil menunjukkan sehelai kertas berwarna merah jambu.
"Oh,okey.Biar cikgu tunjukkan,"kata Sa Rang,sambil mengambil kertas itu dari anak muridnya itu.Kemudian,Sa Rang membuatkan bentuk kapal dari kertas itu.
"Yun Ho,"panggil Sa Rang.
"Ya?"
"Em,hyung Yun Ho kerja apa ekh?"soal Sa Rang.
"Buat bangunan,"jawab Yun Ho.Sa Rang tersenyum.Mesti arkitek yang dimaksudkan oleh Yun Ho,fikirnya.
"Hah..dah siap pun.Nah,cuba awak buat sekali lagi,"kata Sa Rang.Yun Ho tersenyum gembira.Tidak lama selepas itu,kedengaran loceng berbunyi.Menandakan waktu sekolah sudah tamat.Yun Ho kelam kabut mengemas barang-barangnya.
"Hari ni,awak balik dengan siapa?"soal Sa Rang.
"Hyung ambil,"jawab Yun Ho,sambil menggalas begnya.
"Hyung awak tak kerja ke?"soal Sa Rang,hairan.Sudah hampir dua minggu Dong Joon kerap berulang-alik untuk menghantar dan menjemput Yun Ho.
"Em..appa yang suruh hyung jemput Yun Ho balik.Tak tahu pula sebab dia,"jawab Yun Ho,petah.Sa Rang mengusap lembut rambut Yun Ho.
"Okeylah kalau macam tu.Jom,kita keluar sama-sama,"ajak Sa Rang.

"Apa?!Nak oppa main sorok-sorok dengan korang?"soal Dong Joon,terkejut dengan permintaan sekumpulan kanak-kanak perempuan itu.Dong Joon menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Eh,tak naklah.Apa kata kalau kita suruh oppa tutup mata,lepas tu...cari-cari kita.Nak tak?"cadang seorang kanak-kanak perempuan yang lain pula.
"Ha!!Best juga tu.Lepas tu,kalau oppa dah dapat tangkap seorang...dia kena cium orang yang dia tangkap tu,"kata yang lain pula.Kedengaran mereka ketawa sesama sendiri.Mata Dong Joon terbeliak saat mendengar perbualan mereka itu.
"Betul ke diorang ni budak-budak tadika?"fikirnya.
"Em,tak apalah.Oppa pun kejap je kat sini...Nak tunggu Yun Ho,"kata Dong Joon,apabila seorang daripada kanak-kanak itu mulai menarik tangannya.Dong Joon resah.
"Ala...oppa.Kejap je.Boleh lah..."pujuk mereka.
"Oppa tak naklah.Korang mainlah sendiri,"kata Dong Joon,sedikit kasar.Malas hendak melayan kerenah mereka yang terlampau 'manja' itu.
"Betul ke tak nak?"soal kanak-kanak itu,seperti hendak menangis.Dong Joon yang menyedari perubahan wajah kanak-kanak itu,mulai cuak.
"Ish,janganlah nangis pula."Dong Joon cuba memujuk.Namun,pujukan Dong Joon yang kaku itu tidak berhasil.Mereka mulai menangis.
"Aduh..."Dong Joon gelisah.

"Appa saya suka belikan buku kat saya,"kata Yun Ho sambil mendepakan tangannya.
"Iya?Wah,patutla Yun Ho ni pandai berkata-kata ye,"kata Sa Rang sambil tersenyum.Yun Ho tertawa saat mendengar pujian dari cikgunya itu.Namun,tawanya kian perlahan apabila melihat sesuatu yang sangat aneh baginya sedang berlaku di hadapan matanya.
"Kenapa,Yun Ho?"soal Sa Rang,apabila menyedari riak wajah Yun Ho yang berubah itu.Yun Ho menunjukkan sesuatu yang sedang berlaku itu kepada Sa Rang.Sa Rang melihat ke arah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.Matanya terbeliak apabila melihat Dong Joon sedang bermain dengan sekumpulan kanak-kanak perempuan dengan matanya yang tertutup oleh kain putih.
"Hyung?"soal Yun Ho,tidak percaya.

"Yah...tak bolehlah tarik-tarik baju oppa macam ni!"Dong Joon tidak puas hati apabila salah seorang dari kanak-kanak perempuan itu cuba menarik bajunya dari belakang.Dong Joon cuba berpusing ke belakang dan menuju ke arah kanak-kanak perempuan yang mengusiknya sebentar tadi.Kanak-kanak itu berlari ke arah Sa Rang dan menyorok di belakangnya.Sa Rang mulai cuak apabila melihat Dong Joon kian menghampirinya.Dia menutup matanya sebelum lelaki itu memeluk tubuhnya.
"Hahahahaha...dapat pun!"sorak Dong Joon gembira.Namun,kegembiraannya tidak lama.Seperti ada yang tidak kena.Apatah lagi,kedengaran gelak tawa dari kanak-kanak yang lain.Dong Joon menelan air liur.
"Oppa,bukaklah kain tu!"jerit mereka.Perlahan-lahan,Dong Joon membuka ikatan kain yang menutup matanya.Dong Joon terkejut apabila melihat orang yang ditangkapnya tadi adalah Sa Rang!Dong Joon berundur beberapa langkah.
"Em...s..saya tak sengaja..."kata Dong Joon,serba-salah.Sa Rang tidak menjawab apa-apa.Dia masih terkejut dengan tindakan Dong Joon terhadapnya.Dong Joon segera berpaling dari Sa Rang.Kemudian,dia memandang ke arah Yun Ho yang masih ketawa terhadapnya.
"Dah...jom balik cepat!"arah Dong Joon.Namun,niatnya dihalang oleh sekumpulan kanak-kanak perempuan tadi.Dong Joon mengeluh.
"Apa lagi?Oppa dah main kan tadi?Sekarang ni,oppa nak balik.Arasso?"kata Dong Joon,rimas.
"Tak boleh.Oppa masih belum habiskan game ni lagi,"kata mereka.
"Apa lagi?"soal Dong Joon,tidak puas hati.
"Oppa belum cium orang yang oppa tangkap tadi,"jawab mereka.Dong Joon terkejut.
"Ah!Mengarut je game korang ni,"balas Dong Joon,lalu menarik tangan Yun Ho.Namun,sekali lagi dia dihalang apabila tangan Yun Ho yang sebelah kiri pula ditarik oleh mereka.
"Yah..lepaslah!"kata Dong Joon.
"Tak boleh!"balas mereka.
"Lepas!"
"Tak boleh!"
Yun Ho mulai rasa sakit.Sa Rang yang menyedari riak wajah Yun Ho yang kesakitan itu,terus melangkah ke arah mereka.
"Dah,lepaskan tangan Yun Ho,"arah Sa Rang kepada anak-anak muridnya.Namun,mereka enggan.Sa Rang mulai tidak senang hati."Baek Khee...Hyo Min..lepaskanlah tangan Yun Ho.Tak nampak ke Yun Ho tengah sakit tu?"Sa Rang cuba memujuk mereka lagi.Namun,masih tidak berjaya.
"Yah..kamu tak dengar ke apa yang cikgu kamu cakap tadi?"soal Dong Joon pula.Kanak-kanak itu tidak mempedulikan Dong Joon.Dong Joon geram.Sa Rang mengeluh.
"Awak buatlah apa yang mereka nak,"kata Sa Rang,mengalah.
"Yah...awak gila ke?Takkan saya nak cemarkan mulut saya dengan cium awak kot,"kata Dong Joon.
"Habis tu,awak nak debate apa lagi dengan dorang?"soal Sa Rang.Kemudian,Sa Rang berbisik kepada Dong Joon.
"Kita berlakon jelah,"katanya lagi.Dong Joon memandang ke arah Sa Rang.Sa Rang menunjukkan pipinya.Dong Joon terpaksa mengalah.Kemudian,perlahan-lahan dia mendekati ke arah Sa Rang sebelum berpura-pura mencium pipinya.Kedengaran kanak-kanak itu ketawa.Sa Rang tersenyum sumbing.Begitu juga dengan Dong Joon.Rancangan mereka sukses!

Sa Rang tersenyum apabila memikirkan kembali kejadian tadi.Pening juga dengan perangai anak-anak muridnya itu.Tetapi,dia betul-betul tidak sangka dengan tindakan Dong Joon yang bersetuju mahu bermain dengan anak-anak muridnya.Hm...masih banyak yang aku tak tahu lagi pasal lelaki iti,fikirnya.Lamunannya terhenti apabila matanya tertangkap pada sebuah novel yang amat ditunggu-tunggunya selama ini.Laju sahaja dia menuju ke arah buku itu.Hampir sahaja dia hendak mengambil novel itu,novel itu telah diambil dahulu oleh orang lain.
"Awak nak ke?"soal lelaki itu.
"Em,tak apalah.Awak ambilla.Saya nak tengok-tengok je,"kata Sa Rang.Lelaki itu tersenyum.
"Kamsahamida,"ucap lelaki itu,sambil tersenyum.Sa Rang turut tersenyum.Namun,dia hampa.Dia benar-benar mahukan novel itu.Dia melangkah keluar dari kedai buku itu,lemah sekali.
"Cik!"Langkahnya terhenti apabila terasa bahunya disentuh dari belakang.Sa Rang menoleh.
"Ya?"Sa Rang terkejut apabila melihat lelaki yang telah 'merampas' novelnya sedang berdiri di hadapannya.Kemudian,lelaki itu menghulurkan sesuatu kepada Sa Rang.
"Apa ni?"soal Sa Rang.
"Bukakla,"kata lelaki itu.Sa Rang membuka plastik itu.Matanya terbeliak apabila melihat di dalam plastik itu terdapat novel yang baru hendak dibelinya tadi.Sa Rang memandang ke arah lelaki itu.
"Kenapa ni?"soal Sa Rang,terkejut.
"Saya nak hadiahkan pada awak.Awak nampaknya nak sangat kat buku ni,"jawab lelaki itu.
"Eh,tak apa.Saya boleh cari kat tempat lain.Awak ambil jelah buku ni,"kata Sa Rang sambil menyerahkan semula novel itu.
"Tak apa.Memang saya nak hadiahkan kat awak,"kata lelaki itu,bersungguh-sungguh.
"Betul ke ni?"soal Sa Rang lagi,tidak percaya.Lelaki itu tersenyum.
"Kamsahamida.Susahkan awak je,"kata Sa Rang,gembira."Saya Sa Rang.Kim Sa Rang.Awak?"soal Sa Rang.
"Saya Ji Won.Kang Ji Won.."jawab lelaki itu sambil bersalaman dengan Sa Rang.
"Nice to meet you,"kata Sa Rang.
"Me too,"kata Ji Won.
"Em..disebabkan awak dah belanja saya dengan novel ni,so saya harap awak tak kisah kalau saya nak belanja awak coffee?"soal Sa Rang.
"Okey,bagus juga tu.Boleh kita kenal-kenal lagi,"kata Ji Won.Sa Rang tersenyum.




G.O MLAQ as Park Dong Joon

Han Hyo Joo as Kim Sa Rang


Yu Geun as Yun Ho


Im Seulong as Kang Ji Won

No comments:

Post a Comment