01 February, 2011

Untitled Story Part 16

"Apa kau buat kat sini?"soal Sara,masih terkejut dengan kehadiran Hanna di situ.Apatah lagi,sedang duduk berduaan dengan Emmet.
"A..."
"Korang ni dah kenal ke?"soal Emmet,tiba-tiba.Hanna menoleh ke arah Jeremy.Sara tersenyum ke arah Emmet sambil mengambil tempat di sebelah Emmet.Rapat sekali jaraknya.Hanna buat-buat tidak nampak.
"Oh,Sara lupa nak bagitahu oppa.Nilah kawan Sara dekat kolej dulu.Kan,Hanna?"soal Sara,pura-pura ramah.Hanna membalas dengan senyuman tawar.Sara meletakkan tangannya pada bahu Emmet,namun Emmet enggan.
"Saya penat...saya nak naik atas dulu,"kata Emmet.Dia menoleh ke arah Hanna sekilas.Dia menghadiahkan senyuman ikhlas kepada Hanna.Hanna tergamam.Emmet tersenyum ke arahnya?Betul ke apa yang baru dilihatnya sebentar tadi?Kemudian,Emmet hilang dari pandangannya.
"Dah lama tak dengar cerita pasal kau.Kau sihat ke?"soal Sara,tanpa memandang ke arah Hanna.
"Macam biasa je,"jawab Hanna,acuh tak acuh.Entah mengapa,dia berasa dirinya dikhianati oleh Sara.Sara menghalau dirinya agar menjauhi Jeremy semata-mata mahu mendapatkan Jeremy semula.Hati Hanna terluka dengan sikap Sara yang mementingkan dirinya.Hanna tidak mahu menuduh.Tetapi,Sara telah menunjukkan buktinya sendiri.Selama 4 tahun sepeninggalan Hanna ke New York,Sara telah mengambil tempatnya untuk berada di sisi Jeremy.Atau lebih tepat lagi,Emmet!Sudah tentu Sara mengetahui mengenai keadaan Jeremy yang sebenar.
"Kenapa kau balik sini,Hanna?"soal Sara lagi.
"Aku tak nak balik pun sebenarnya.Sebab aku dah selesa sangat duduk kat New York tu.Tapi,sebab FNC dah tawarkan aku sebagai pereka fesyen baru kat sini,aku tak boleh nak tolakkan?Apatah lagi bekerja dengan FT Island yang sememangnya hebat.Bukan semua orang dapat dekat dengan mereka,"kata Hanna.Sara tersenyum.
"Kenapa kau suka duduk kat New York tu?Bukan ke...sesuatu yang berharga yang pernah menjadi milik kau..ada kat sini?"provok Sara.
"Kalau betul benda tu berharga,aku akan jaga dengan baik.Takkan bagi tercalar walau sedikit pun.Kalau duduk berjauhan dengan 'benda berharga' tu dapat mengekalkan nilainya,aku sanggup,"balas Hanna.
"Atau kau takut nak menghadapi kenyataan yang bekas suami kau..telah menjadi bakal suami aku?"duga Sara,sinis.Hati Hanna terusik.Namun,dia masih mengukir senyuman.
"Ye?Em...tak silap aku,bekas suami aku...Jeremy kan namanya?Ah...bakal suami kau tu...lelaki yang berambut kuning karat tadi tu ekh?Em...padanlah...Sama-sama sombong...sama-sama bongkak.Elok sangatlah tu,"sindir Hanna.Sara tertawa.
"Kau cakaplah apa pun.Apa yang pasti,kalau Jeremy dah jadi milik aku,aku takkan sia-siakan dia dengan kontrak perkahwinan yang tak masuk akal tu.Orang bodoh je buat macam tu,"balas Sara,sinis.Hanna memandang Sara,tajam.Sara melangkah mendekati Hanna.
"Baik kau balik ke New York semula.Aku tak sampai hatilah tengok kau nangis.Balikla ye,"bisik Sara,diikuti dengan tawa kecil.Kemudian,dia beredar meninggalkan Hanna.Hanna menggenggam tangannya.Geram.Sara benar-benar melampau!
"Kau silap...Aku bukan Hanna yang dulu.Aku akan dapatkan semula apa yang telah menjadi milik aku!"Hanna tekad.

Emmet menuruni tangga dengan penuh hati-hati.Entah mengapa,dia merasakan kepalanya sedikit pening.Dia menggerakkan sedikit kepalanya.Namun,pandangannya masih kabur.Seolah-olah dunia ini sedang berpusing.
"Kamsahamida.Kita jumpa esok lagi ya,"ucap Hanna kepada rakan-rakan sepejabatnya.Hanna kemudiannya menoleh ke belakang.Dia terkejut apabila melihat Emmet sedang berjalan terhuyun-hayang,lagaknya seperti hendak terjatuh.Pantas sahaja menerpa ke arah Emmet.
"Emmet!!Awak kenapa?"soal Hanna,cemas.Hatinya betul-betul bimbang apabila melihat wajah Emmet yang pucat dan berpeluh.
"Emmet,cakaplah sesuatu!Awak kenapa ni?"soal Hanna.Namun,Emmet masih memegang kepalanya.
"S...S..Sa..ya..okey.Pening je,"jawab Emmet,lemah.
"Awak tak makan lagi ke?"soal Hanna.Emmet menggeleng.
"Jom.Biar saya bawa awak makan.Awak letih,mana boleh tak makan,"kata Hanna.Emmet tidak menjawab.Dia benar-benar keletihan ketika ini.Hanna membantu Emmet berjalan ke arah keretanya.Emmet sekadar menurut.
"Awak nak bawa saya pergi mana ni?"soal Emmet.
"Pergi makanlah,"jawab Hanna,sambil memakai tali pinggang keledar.
"Sekarang?Awak nak..saya kena serbu dengan peminat ke?"soal Emmet,tidak puas hati.Hanna tertawa kecil.Perasan popularlah pula...
"Habis tu,macam mana awak nak makan?Tak boleh biarkan tau,nanti awak sakit.Susah nanti,"kata Hanna.
"Awak pandai masakkan?"soal Emmet,tiba-tiba.Hanna menoleh ke arah Emmet.
"Awak nak saya masak ke?"soal Hanna.
"Saya terpaksa...bagi penghormatan kat awak.. masak untuk saya.Boleh tak?"kata Emmet.Hanna melepaskan nafas panjang.


Emmet memicit kepalanya yang berdenyut itu.Sakitnya tidak tertahan lagi.Hanna segera mendapatkan Emmet sambil membawa tuala basah dengan coklat panas.Perlahan-lahan,dia meletakkan tuala basah itu di atas dahi Emmet.Emmet menjadi sedikit lega,terasa seperti bahang sudah lenyap dari kepalanya.
"Awak minumlah coklat panas ni.Bagi perut awak terisi sikit.Nah,"kata Hanna,sambil menghulurkan coklat panas itu kepada Emmet.Perlahan-lahan,Emmet bangun lalu menerima huluran Hanna itu.Kemudian,dia baring semula.Hanna meletakkan semula cawan berisi coklat panas itu di atas meja.
"Awak baring dulu ye.Biar saya siapkan makanan untuk awak,"kata Hanna sebelum beredar.Emmet tidak membalas.Sakit kepalanya kian berkurang.


"Emmet...bangunlah.Makan,"Hanna cuba mengejutkan Emmet yang kelihatan benar-benar keletihan itu.Emmet membuka matanya.Wajah Hanna yang sedang tersenyum itu menghiasi pandangan matanya.Entah mengapa,dia merasakan jantungnya berdegup kencang.Tidak pernah dia merasakan perasaan sebegini.Emmet bangun perlahan-lahan sambil dibantu Hanna.
"Biar saya bawa makanan ke sini,"kata Hanna.Dia ingin beredar namun dihalang oleh Emmet.Hanna menoleh ke arah Emmet.
"Biar saya ikut,"kata Emmet,lemah.


Mata Emmet terbuka luas saat melihat lauk-pauk yang terhidang di atas meja itu.Hannakah yang memasak semua ini?Dia benar-benar tidak percaya.
"Duduklah,Emmet,"pelawa Hanna.Emmet sekadar menurut.
"Awak masak semua ni ke?"soal Emmet.Hanna tersenyum.
"Ala,tak banyak pun.Makanan orang bujang je.Tapi,harap-harap sedaplah,"kata Hanna.Emmet mengukir senyuman manis.Tengok saja sudah tahu.Belum rasa lagi.Hati Hanna kembang saat melihat senyuman Emmet yang amat jarang dilihatnya itu.Senyuman Emmet mengendur apabila melihat tiada mangkuk berisi nasi di hadapan Hanna.
"Awak tak makan sekali ke?"soal Emmet.
"Tak apalah.Dah lewat pun.Nanti gemuk,"jawab Hanna.Emmet mengeluh.Dia kemudiannya bangun lalu menuju ke arah rak pinggan mangkuk.Kelakuannya dipandang pelik oleh Hanna.
"Emmet,awak nak ambil apa?"soal Hanna.Emmet meletakkan nasi pada mangkuk lalu diletakkannya di hadapan Hanna.Hanna terkejut.Emmet duduk di hadapannya semula.
"Mana adil saya gemuk sorang-sorang.Awak pun kena gemuk juga,"kata Emmet,selamba.Hanna terharu."Dah makanlah,"kata Emmet.Laju sahaja dia merasai masakan Hanna itu.Hanna turut menjamah makanannya.Entah mengapa,air matanya laju sahaja mengalir.Emmet yang menyedari kelakuan Hanna itu,berasa hairan.Namun,Hanna masih tersenyum tanpa memandang ke arah Emmet.
"Sedapnya..."kata Hanna,memuji masakannya sendiri.Walhal,makanannya biasa-biasa sahaja.Mungkin,kehadiran semula Jeremy itu membuatkan rasa makanan itu lebih enak dari biasa.
"Awak kenapa?Kata sedap...kenapa menangis pula?Masuk bakul angkat sendiri pula tu,"soal Emmet,hairan.Hanna menggeleng.Dia mengesat air matanya.
"Sebab...saya terlalu rindu nak makan bersama awak,Jeremy,"bisik hati Hanna.Dia memandang ke arah Emmet.
"Tak ada apa.Cuma teruja...dapat makan dengan idol,"kata Hanna.Emmet tertawa kecil.Kedengaran jawapan Hanna itu sangat lucu padanya.
"Ada-ada jelah awak ni..."kata Emmet."Saya tak nak cakap benda ni...tapi terpaksalah juga cakap,"sambungnya lagi.
"Apa dia?"soal Hanna.
"Sedap...Gomapda,"jawab Emmet,tanpa memandang ke arah Hanna.Hati Hanna berbunga riang.
"Oh ya,tapi...em..macam mana awak tahu yang saya...sebenarnya lapar tadi?"soal Emmet tiba-tiba,apabila teringatkan peristiwa tadi.
"Em...agak je..."jawab Hanna.
"Oh...nampaknya,awak memang betul-betul dah kenal saya,"balas Emmet,puas hati.Hanna tersenyum.Jeremy,memang aku dah lama mengenali kau.Malah,aku yakin.Aku lebih mengenali kau lebih dari kau mengenali diri kau sendiri.Mustahil aku tak tahu mengenai kelemahan kau,Jeremy.Kelemahan kau adalah tak tahan lapar.Kalau lapar dalam tempoh yang lama,pasti kau akan jadi lemah macam tadi...Hati Hanna berbisik sendiri.Apa yang membuatkan hatinya lebih bahagia adalah,Emmet tidak lagi menggunakan 'aku kau' terhadapnya.Apakah dirinya sudah mula disenangi oleh lelaki itu?Hanna betul-betul mengharapkan begitu.








To Be Continued...

No comments:

Post a Comment