24 February, 2011

...Chapter 13...

"Min,Min nampak tak kunci skuter unni?"soal Sa Rang,gelisah.Min Jung yang sedang bersarapan itu menoleh ke arah unninya.
"Kunci skuter?Bukan unni letak kat tempat biasa ke?"soal Min Jung kembali.
"Tak ada pun.Unni takut kalau kunci tu terjatuh kat mana-mana,sebab semalam unni kemas rumah,"jawab Sa Rang,masih mencari-cari kunci skuternya.Sa Rang mengeluh apabila melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.Ah,dah lewat!Min Jung turut mencari-cari kunci skuter unninya,namun tidak ditemui.
"Unni naik bas je la dulu.Min hati-hati ye ke kolej nanti,"kata Sa Rang sambil mencium pipi adiknya.Min Jung tersenyum.
"Nanti Min carikan kunci skuter unni,"kata Min Jung.Sa Rang tersenyum ke arahnya.
"Gomawo,Min.Unni pergi dulu ye,"kata Sa Rang sebelum beredar keluar dari rumah itu.Min Jung tersenyum sinis sebaik sahaja Sa Rang sudah tiada di situ.Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Kunci skuter Sa Rang!Dia kemudiannya menggenggam erat kunci skuter itu.Kerana Dong Joon,Min Jung mulai memusuhi unninya sendiri!

Dong Joon melihat jam tangannya.Mana Sa Rang ni?Takkan cikgu datang lambat kot?Yun Ho pun sudah masuk ke dalam kelas.Dong Joon melefaskan nafas panjang.
"Mana pulak minah ni?Esok dahlah aku nak balik Busan.Ingat senang ke nak jumpa lelaki handsome macam aku ni?"Dong Joon mengomel.Dong Joon tidak pedulikan pandangan orang sekelilingnya yang memandangnya dengan pandangan pelik.Bahkan Dong Joon membalasnya dengan pandangan yang tajam.Selang beberapa miniy kemudian,Dong Joon mulai untuk beredar.Namun,niatnya terbatal apabila ternampak kelibat Sa Rang sedang berlari ke arahnya.Dong Joon mengerutkan dahinya.Kenapa tak naik skuter?
"Dong Joon ah!!!"panggil Sa Rang,sebelum berhenti dan tercungap-cungap.Dong Joon mendekati Sa Rang.
"Yah,awak ni kenapa?Mana skuter awak?"soal Dong Joon.Sa Rang mengangkat tangannya,memberi isyarat kepada Dong Joon untuk menunggunya menjawab soalan.
"Kunci salah letak kot,"jawab Sa Rang sambil tersenyum.
"La,awak patut call saya je tadi.Saya kan boleh tumpangkan awak,"kata Dong Joon.Sa Rang tertawa.
"Tak apa.Susahkan awak je.Yun Ho dah masuk ke?"soal Sa Rang.Dong Joon angguk.Sa Rang ingin beredar dari situ namun tangannya dicapai oleh Dong Joon.Sa Rang terkejut.
"Em,lunch nanti kita keluar sama-sama?"ajak Dong Joon.Sa Rang terkejut dengan pelawaan Dong Joon yang tiba-tiba itu.Namun,Sa Rang mengukir senyuman kemudiannya.
"Awak ni memang suka ajak keluar tiba-tiba kan?"soal Sa Rang.Dong Joon tersenyum.
"Memang stail saya,"kata Dong Joon.Tangan Sa Rang masih digenggamnya.
"Em,Dong Joon...tangan saya..."kata Sa Rang sambil melirik ke arah tangannya yang digenggam itu.
"Awak kena jawab dulu,"kata Dong Joon.Sa Rang terdiam.Tidak lama selepas itu,Sa Rang mengukir senyuman manis sambil mengangguk.Dong Joon tersenyum hingga menampakkan gigi.
"Unni!"Sa Rang menoleh ke arah suara yang amat dikenalinya itu.Dong Joon turut menoleh ke arah yang sama.Dong Joon segera melepaskan tangan Sa Rang apabila melihat Min Jung sedang memandang ke arah mereka.
"Min,apa Min buat kat sini?"soal Sa Rang,berlagak biasa.Min Jung melangkah ke arah mereka sambil menolak skuter Sa Rang.Dia kemudiannya menghulurkan kunci skuter itu kepada Sa Rang.
"Ni hah,kunci skuter unni.Min jumpa kat belakang rak kasut,"kata Min Jung.Sa Rang tersenyum.
"Min,terima kasih sangat-sangat...Tapi,tadi pun unni cari kat belakang rak,tak jumpa pun,"kata Sa Rang.
"Unni tak cari betul-betul kot,"duga Min Jung.
"Gomawo...Nasib baik Min jumpa.Kalau tak...tak tahulah nak cakap macam mana,"kata Sa Rang.Min Jung angguk.
"Tak apalah,unni.Min nak ke kolej dulu,"kata Min Jung.
"Tapi,Min nak naik apa ke kolej?"soal Sa Rang.
"Bas kan ada.Pergi macam biasalah,"kata Min Jung.
"Tak apa,oppa boleh tumpangkan awak,"kata Dong Joon,menawarkan bantuan.
"Eh,tak apa.Oppa kan kena pergi kerja.Saya boleh pergi sendiri,"kata Min Jung.
"Pergilah Min.Dong Joon cuti hari ni,"kata Sa Rang,turut bersetuju dengan cadangan Dong Joon itu.Dong Joon pula sudah membukakan pintu di tempat duduk hadapan.Perlahan-lahan,Min Jung melangkah ke arah kereta Dong Joon lalu masuk ke dalamnya.
"Dong Joon,hati-hati drive tu,"kata Sa Rang.Dong Joon angguk.
"Jangan lupa tau,"kata Dong Joon.Sa Rang angguk sambil tersenyum.Dong Joon memandu keretanya,beredar dari tadika itu.Pada masa yang sama,Min Jung menyembunyikan senyumannya.Pelannya berjaya!
"Maaflah.sebab susahkan oppa je.Saya boleh naik bas ke kolej sebenarnya,"kata Min Jung.Dong Joon terseyum nipis.
"Tak apa.Satu jalan dengan rumah oppa pun,"kata Dong Joon.Min Jung tersenyum.Sudah lama dia tidak merasai suasana begini.Kali pertama,ketika Dong Joon menghantarnya pulang ke rumah.Waktu itu,dia duduk di belakang.Dong Joon juga ketika itu agak dingin dari sekarang.Sekarang,Dong Joon lebih mesra berbanding dahulu.Apakah Sa Rang yang telah membuatkan Dong Joon berubah?Min Jung memendam rasa cemburunya.
"Em,unni saya tu baik tak?"soal Min Jung.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Kenapa?"soal Dong Joon pula.
"Em,saja tanya.Tengok tadi,oppa dengan unni...lain macam je,"kata Min Jung.Dong Joon tersenyum malu.
"Nampak lain macam mana tu?Macam...couple in love ke?"teka Dong Joon.Min Jung pura-pura ketawa.
"Mungkin..."balas Min Jung.Dong Joon tertawa.
"Masih jauh lagi.Lagipun,kami baru kenal,"kata Dong Joon.Min Jung menoleh ke arahnya.
"Kalau macam tu,saya masih ada peluanglah?"soal Min Jung,perlahan.
"Apa?"soal Dong Joon.Min Jung pura-pura ketawa.
"Tak ada.Cuma,unni tu macam dah ada orang lain.Takut nanti,oppa yang sedih,"kata Min Jung.Riak wajah Dong Joon berubah.Min Jung tersenyum nipis.
"Ji Won ke?"soal Dong Joon.
"Tapi,saya tak pasti.Cuma,unni selalu cakap dengan Ji Won oppa dalam telefon.Keluar dating pun selalu juga,"kata Min Jung,semakin rancak bercerita.
"Tapi,diorang kawan je kan?Ji Won sendiri mengaku dengan oppa,"kata Dong Joon,cuba menyedapkan hatinya.
"Oppa dah kenal Ji Won?"soal Min Jung,terkejut.
"A'ah.Jumpa kat tadika,"kata Dong Joon.
"Wah,tak tahu pula yang Ji Won oppa sanggup cari unni sampai ke tadika?"soal Min Jung,sengaja untuk mengusik perasaan Dong Joon.Dong Joon menelan air liur.
"Ala,biasala tu.Oppa pun selalu jumpa dengan Sa Rang,"kata Dong Joon,sambil tersenyum.Min Jung ketawa.
"A'ah,betul juga tu,"balasnya.
"Dah sampai pun,"kata Dong Joon apabila melihat kolej Min Jung sudah semakin dekat pada pandangan matanya.Dia pun memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar kolej itu.Min Jung membuka tali pinggang keledarnya.
"Gomawo,oppa,"ucap Min Jung sambil menundukkan sedikit kepalanya.Dong Joon angguk.Min Jung menutup pintu kereta Dong Joon perlahan,dan pintu kereta itu tertutup secara automatik.Min Jung melambaikan tangannya.Dong Joon sekadar mengangkat tangannya sambil tersenyum.Senyumannya mengendur apabila Min Jung mulai beredar dari situ.Kata-kata Min Jung terngiang-ngiang dalam fikirannya.Hati Dong Joon benar-benar tidak senang jika soal Ji Won dibangkitkan.Namun,dia cuba melupakan rasa tidak senang itu.Itu adalah pendapat Min Jung.Sa Rang pula tidak pernah berkata apa-apa perihal status hubungannya dengan Ji Won.
"Dong Joon,kau masih ada peluang.Aja aja!"katanya,penuh bersemangat.


Loceng tamat waktu persekolahan sudah berbunyi.Sa Rang mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja anak-anak muridnya.Sesekali matanya melirik ke arah jam tangannya.Pasti Dong Joon sedang menunggunya di luar.Sa Rang segera menghabiskan kerjanya.Kerjanya terhenti apabila buku terakhir yang mahu diambilnya sudah diambil oleh seseorang yang berada di hadapannya.Sa Rang terkejut apabila melihat Ji Won sedang tersenyum ke arahnya.
"Ji Won!"Sa Rang berdiri apabila melihat Ji Won sedang berdiri di hadapannya.
"Apa awak buat kat sini?"soal Sa Rang.Ji Won mengambil buku-buku yang sedang dipegang oleh Sa Rang.Dia kemudiannya meletakkan buku itu di dalam rak berwarna merah jambu.
"Saya nak ajak awak lunch hari ni,"kata Ji Won sambil menoleh ke arah Sa Rang.
"Em...kenapa awak tak call saya awal-awal?"soal Sa Rang,serba-salah.Kening kiri Ji Won terangkat.
"Kenapa?Awak dah ada temujanji lain ye?"soal Ji Won.Belum sempat Sa Rang hendak menjawab pertanyaan Ji Won,kelihatan kelibat Yun Ho muncul di muka pintu kelas itu.Sa Rang menoleh ke arah Yun Ho.
"Awak buat apa,Sa..."Dong Joon terdiam apabila melihat Sa Rang dan Ji Won berada di dalam kelas itu.
"Dong Joon ah..."Sa Rang terkejut melihat Dong Joon sedang berdiri di muka pintu.
"Oh,maaf.Saya ganggu awak berdua ke?"soal Dong Joon,tenang.Ji Won tersenyum.
"Taklah.Tapi saya rasa...saya yang ganggu awak berdua.Awak ada temujanji dengan Sa Rang ke?"soal Ji Won.Dong Joon mengukir senyuman nipis.
"Awak nak ajak dia lunch juga ke?"soal Dong Joon pula.
"Kalau dia free,memang nak ajak dia keluar.Tapi,rasanya...tak jadilah,"kata Ji Won,sambil memandang ke arah Sa Rang.Sa Rang tersenyum nipis ke arahnya.
"Sa Rang,kita jumpa lain kalilah.Saya balik dulu,"kata Ji Won,mulai beredar dari situ.Dong Joon tidak menoleh ke arah Ji Won.Sa Rang mengukir senyuman ke arah Dong Joon.
"Saya dah siap.Sorrylah sebab tunggu lama,"kata Sa Rang.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Awak nak keluar dengan saya ke?"soal Dong Joon.
"Kita kan dah janji?"soal Sa Rang pula.Dong Joon tersenyum.Kali ini,dia menang!


Sa Rang mengelap mulut Yun Ho yang sedikit comot itu.Yun Ho sekadar tersenyum malu.Dong Joon mencebik.Menyampahnya tengok...Dong Joon menyuap mee dengan kasar sehingga tercalit sedikit sos pada bibirnya.Sa Rang dan Yun Ho yang melihatnya tersenyum sesama sendiri.Dong Joon mengangkat keningnya sebelah.
"Apa?"soal Dong Joon.Sa Rang meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya.Dong Joon pelik.
'Apa?"soalnya lagi.Sa Rang mengulangi perbuatannya.Namun masih tidak difahami oleh Dong Joon.Sa Rang kemudiannya mengambil tisu dan mengelap sos yang tercalit pada bibir Dong Joon itu.Dong Joon tergamam.Sa Rang tersenyum nipis ke arahnya.
"Apalah hyung ni,macam budak-budak je,"kata Yun Ho.Dong Joon menjeling ke arahnya.
"Tak sedarlah,"balas Dong Joon sebelum menghirup jus epalnya.Sa Rang tersenyum sambil menggeleng mendengar pertengkaran kecil antara dua beradik itu.
"Esok awak bertolak pukul berapa?"soal Sa Rang.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Pagi.Kenapa?Awak nak ikut ke?"soal Dong Joon,seraya bergurau.
"Tak adalah.Saja tanya.Yelah,awak kata awak ada kat sana nak dekat sebulan lebih,"kata Sa Rang.Dong Joon tersenyum nakal.
"Awak takut rindu ye?"soal Dong Joon.Sa Rang mencebik.
"Jangan nak perasanlah,Dong Joon.Buat apa saya nak rindu kat awak,"kata Sa Rang.
"Okey.Yun,nanti kalau cikgu cuba tanya pasal hyung,Yun call hyung tau,"pesan Dong Joon kepada Yun Ho yang sedang berselera menjamah makanan tengahari itu.Sa Rang terkejut.
"Susah-susah je nak pesan kat Yun Ho.Saya takkan sesekali teringin nak tanya pasal awak,"kata Sa Rang,berkeras dengan pendiriannya.Dong Joon tersenyum sumbing.
"Kita tengok jelah nanti.Awak jangan yakin sangat.Nanti,kalau awak rindu separuh mati kat saya baru tahu,"kata Dong Joon,bersungguh-sungguh.Sa Rang angguk.
"Saya terima cabaran awak yang tak mencabar tu,"kata Sa Rang.Dong Joon tertawa kecil.Begitu juga dengan Sa Rang.Yun Ho pula lebih selesa dengan dunianya sendiri.

No comments:

Post a Comment