13 February, 2011

...Chapter 6...

Yun Ho mengetuk pintu bilik Dong Joon berkali-kali,namun langsung tidak dibuka oleh lelaki berusia 25 tahun itu.Yun Ho sedikit resah.Kemudian,dia melihat jam di dinding.Sudah pukul 8 pagi.Selalunya,Dong Joon sudah terpacak di garaj kereta pada waktu ini.
"Hyung!!!"jerit Yun Ho,sekuat hati."Hyung,bukalah pintu!"jeritnya lagi,sambil menegtuk pintu bilik Dong Joon.Hye Ri yang baru keluar dari bilik itu terkejut mendengar jeritan adik angkatnya itu.Dia kemudiannya mendekati ke arah Yun Ho.
"Yun...kenapa ni?"soal Hye Ri,lembut.Yun Ho memandang ke arah kakak angkatnya itu.
"Hyung tak buka pintulah,Noona,"jawab Yun Ho,sebelum memuncungkan mulutnya.Hye Ri kemudiannya membawa Yun Ho turun ke ruang tamu,untuk mencari ommanya.
"Omma!!!"panggil Hye Ri,tangannya masih memegang tangan Yun Ho.Yun Ho sekadar menurutinya.Hye Ri cuba mencari ommanya di dapur,taman,dan di seluruh pelusuk rumah agam itu,namun ommanya tidak ditemui juga.
"Ish,omma pun tak de.Mana ni?Oppa pun takda...omma pun takde...Oppa pun takde..peliknya..."ngomel Hye Ri.Yun Ho mendongak ke arah Hye Ri.
"Kita berdua je ke tinggal kat sini?"soal Yun Ho.Hye Ri menjungkit bahunya.
"Kejap ekh,Noona try call oppa,"kata Hye Ri,sebelum mendail nombor telefon bimbitnya Dong Joon.Agak lama Hye Ri menunggu panggilannya dijawab.
"Oppa!"kata Hye Ri apabila mendengar suara Dong Joon menjawab panggilannya.
"Hah,kenapa call ni,Hye Ri?"soal Dong Joon.
"Oppa pergi mana?Yun Ho ni sapa yang nak hantar?"soal Hye Ri,sambil memandang ke arah Yun Ho.
"O..Lupalah nak bagitahu..Oppa kena ikut appa pergi Busan ni.Ada hal sikit.Awal pagi lagi oppa dah keluar.Omma tak ada ke?"soal Dong Joon pula.
"Tak ada.Ahjussi pun tak ada.Siapa yang nak hantarkan Yun Ho ni?"soal Hye Ri.
"Hye Rilah hantarkan.Boleh?"soal Dong Joon.
"Hye Ri hantarkan?Tapi,Hye Ri tak tahu sekolah Yun Ho kat mana,"jawab Hye Ri.
"Kejap...nanti oppa mesejkan alamat sekolah dia.Hye Ri hantarkan Yun Ho ekh?"pinta Dong Joon.
"Arasso,"balas Hye Ri,tidak membantah.
"Em...Hye Ri,tolong panggilkan Yun Ho kejap,"kata Dong Joon.Hye Ri menyerahkan telefon bimbitnya kepada Yun Ho.
"Hyung!"panggil Yun Ho.
"Yun..hyung nak minta tolong sikit boleh?"soal Dong Joon.
"Apa?"soal Yun Ho pula.
"Em...kalau Cik Sa Rang tanya pasal hyung,cakapkan hyung ada hal kat Busan ekh,"pesan Dong Joon.
"Nak buat apa?"soal Yun Ho,hairan.Dong Joon malu sendiri.
"Em,kalau dia tanyalah.Biasakan hyung yang hantarkan.Ish...!"balas Dong Joon.Yun Ho tersengih.
"Okey...hyung baik-baik kat sana tau,"kata Yun Ho sebelum menamatkan panggilan.Dong Joon tersenyum sambil menamatkan panggilan dari adiknya itu.Jong Suk yang menyedari riak wajah Dong Joon yang berubah itu berasa sedikit hairan.
"Kau ni apasal pula tiba-tiba tersengih macam kerang busuk ni?"soal Jong Suk.Dong Joon menoleh ke arah Jong Suk.
"Apa yang busuk?Kau ni,memandai je,"balas Dong Joon.
"Buah hati aku call ekh?"soal Jong Suk,teruja."Dia cakap apa?Ada tak dia cakap yang dia rindu kat aku?"lanjut Jong Suk lagi.Dong Joon mencebik.
"Jangan nak perasan!Dia cuma pening macam mana nak hantar Yun Ho kenit tu je,"kata Dong Joon,sambil membuka helaian akhbar di hadapannya.
"Aku pun peliklah.Kenapa appa kau tak nak upah driver baru untuk hantar Yun Ho tu?"soal Jong Suk.
"Amboi,waktu aku yang hantar si kenit tu,tak ada pula kau nak tanya soalan tu.Bila aku minta tolong Hye Ri hantarkan,baru sibuk-sibuk nak tanya.Apa jenis kawan lah kau ni?"balas Dong Joon,sambil menjeling ke arah kawannya itu.Jong Suk menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Yelah.Hye Ri tu pun tengah study lagi.Kesian dia,"jawab Jong Suk diikuti dengan tawanya yang dibuat-buat.
"Patutnya kau kena ambil berat pasal bakal abang ipar kau juga.Restu aku pun penting juga,"balas Dong Joon.
"Arasso.Janganlah marah,ye bakal abang ipar,"Jong Suk cuba memujuk.Dong Joon mengalihkan wajahnya apabila Jong Suk cuba memegang dagunya.
"Ish,kau ni!Gurauan kau ni tak boleh update yang lain sikit ke?"soal Dong Joon,rimas dengan usikan Jong Suk itu.Jong Suk ketawa.
"Seriuslah aku tanya ni.Kenapa appa kau nak sangat kau tolong hantarkan adik kau tu ke sekolah?Kenapa tak upah driver baru je?Setahu aku,family kau mampu nak upah lagi sepuluh driver,"kata Jong Suk,mengulangi soalannya.Dong Joon melepaskan keluhan berat.Fikirannya menerawang seketika.




Imbas kembali......


"Kalau Dong Joon tak nak appa sekat segala kemudahan yang appa dan omma dah bagi,Dong Joon kena buat satu perkara,"kata Encik Park,tanpa memandang ke arah anaknya itu.Puan Park sekadar membisu di sebelah Dong Joon.Dong Joon pula melepaskan keluhan berat.Malam ini,dia disekat lagi dari berjumpa dengan kawan-kawannya.
"Appa nak Dong Joon bertanggungjawab terhadap Yun Ho,setiap masa!"kata Encik Park sambil menoleh ke arah Dong Joon.Dong Joon terkejut apabila mendengar kata-kata appanya itu.
"Apa maksud appa?"soal Dong Joon,mengharapkan agar sangkaannya meleset.
"Mulai dari esok,Dong Joon mesti menghantar dan menjemput Yun Ho dari sekolah.Selain tu,Dong Joon kena ikut je apa yang Yun Ho nak.Bawa dia ke mana saja dia nak pergi.Arasso?"kata Encik Park,tegas.Dong Joon bangun.
"Dong Joon...jadi driver Yun Ho ke?"soal Dong Joon,tidak percaya.
"Itupun kalau Dong Joon masih nak merasa kereta sport merah tu dan juga segala kad kredit yang ada dalam poket tu.Kalau dah puas dengan semua tu,dengan senang hati appa akan ambilnya semula..."kata Encik Park,selamba.Dong Joon memegang dompetnya.Takkan mahu melepaskan segala kesenangannya semata-mata enggan menghantarkan Yun Ho ke sekolah?
"Apa yang Dong Joon dapat kalau Dong Joon setuju dengan tawaran appa tu?"soal Dong Joon.Encik Park tersenyum.


"Oh,kiranya kaulah driver si Yun Ho tu?"soal Jong Suk,tidak percaya.
"Of course.Kau bayangkan gaji aku dua kali ganda lagi banyak dari kau.Kau ingat senang nak jumpa driver budak kecik bergaji arkitek?"soal Dong Joon,kembang hidungnya.
"Kalau macam tu,aku pun nak jadi driver juga,"kata Jong Suk.
"Nak jadi driver siapa?"soal Dong Joon,hairan.
"Hye Ri akulah,"balas Jong Suk,malu-malu.Dong Joon mencebik.Perbualan mereka terhenti apabila terdengar laungan Encik Park memanggil nama mereka.
"Jom,Jong Suk.Aku tak nak kena potong gaji,"ajak Dong Joon,bergegas ke arah appanya.

Hye Ri memarkirkan keretanya di hadapan pintu pagar sekolah tadika Yun Ho itu.Yun Ho bergegas keluar dari kereta kakak angkatnya itu.
"Yun...jangan lari!Nanti jatuh!"jerit Hye Ri,selepas keluar dari keretanya.Hye Ri kemudiannya menundukkan sedikit kepalanya apabila melihat seorang wanita menghampirinya.
"Annyeonghaseyo..."ucap Hye Ri,penuh hormat.Begitu juga dengan wanita itu.
"Cik ni ...kakaknya Yun Ho ke?"soal Sa Rang.
"Ya...saya kakak Yun Ho.Em,sebenarnya saya nak minta maaf sebab hantar Yun Ho lambat sikit hari ni,"kata Hye Ri.
"Em,mana Dong Joon?Bukan dia ke yang selalu hantar Yun Ho ke sekolah?"soal Sa Rang,ingin tahu.
"Oppa ada hal sikit hari ni kat Busan.Tu yang dia tak dapat hantar tu,"jawab Hye Ri.Sa Rang angguk.
"Sekali lagi,saya minta maaf ye..cikgu.Hari ni,memang kelam kabut sikit,"kata Hye Ri,sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sa Rang tersenyum.
"Tak apa.Habis tu,balik nanti...siapa yang ambil?"soal Sa Rang,sedikit risau.
"Em...saya akan cuba ambil Yun Ho nanti.Sebab saya pun ada kelas hari ni.Tapi,rasanya saya boleh skip kejap kot,"jawab Hye Ri,tidak pasti.
"O..tak apalah kalau macam tu,"balas Sa Rang,sambil tersenyum.
"Saya pergi dulu ye,cikgu,"kata Hye Ri,meminta izin untuk pergi.Sa Rang sekadar angguk.Sa Rang kemudiannya menoleh ke arah Yun Ho lantas mengukir senyuman manis terhadap anak muridnya itu.
"Jom,Yun Ho.Kita masuk kelas ye,"ajak Yun Ho sambil menyentuh bahu Yun Ho.




Loceng sudah lama berbunyi.Pelajar-pelajar yang lain pun sudah ramai yang pulang dengan penjaga masing-masing.Namun tidak bagi Yun Ho.Yun Ho masih menunggu kedatangan Hye Ri untuk menjemputnya pulang.Wajahnya masam mencuka.Sa Rang yang menyedari kemuraman Yun Ho itu segera menghampirinya.
"Yun Ho,Noona kamu tahu tak Yun Ho balik pukul berapa?"soal Sa Rang lembut sambil mengusap kepala Yun Ho.Yun Ho menggeleng.Sa Rang mulai risau."Yun Ho dah makan?Kalau belum,cikgu ada makanan kat dalam.Kita makan sama-sama nak?"soal Sa Rang.
"Tak lapar,"jawab Yun Ho,sepatah.Dia benar-benar sedih ketika ini.Sa Rang hampa.Dia yakin bahawa Hye Ri pasti terlupa tentang Yun Ho.Sa Rang melepaskan keluhan berat.
"Sa Rang,kenapa ni?"soal Ji Eun,rakan sekerja Sa Rang yang sudah bersedia untuk pulang ke rumah.
"Noona Yun Ho ni,lupa nak ambil Yun Ho rasanya,"kata Sa Rang,berbisik.Enggan mahu Yun Ho mendengar perbualannya.
"Eh,bukan selalu hyung dia ke yang ambil?"soal Ji Eun.
"Hyung dia kat Busan sekarang.Ada hal,"jawab Sa Rang.Ji Eun tersenyum nakal.
"Amboi,tahu aja pasal hyung dia ye.Kau ni memang ada apa-apa ke?"usik Ji Eun.
"Yah,mana ada!Adik perempuan dia yang bagitahu,"jawab Sa Rang.
"Tapi,mesti kau yang tanya kan?"usik Ji Eun lagi.Sa Rang mencebik.
"Dahlah.Sekarang ni aku nak buat macam mana ni?"soal Sa Rang,menukar topik perbualan.
"Kau ni sajalah,Sa Rang,"balas Ji Eun sambil menepuk bahu rakannya itu.Sa Rang sekadar tersengih.
"Cuba kau cari dalam beg dia,ada tak alamat rumah ke..nombor telefon ke..."cadang Ji Eun.Sa Rang segera mendekati Yun Ho selepas sahaja mendengar cadangan Ji Eun itu.
"Yun Ho,cikgu nak tengok beg Yun Ho kejap boleh?"soal Sa Rang.Yun Ho sekadar menurut.Pantas sahaja Sa Rang mencari-cari alamat dan nombor telefon dalam beg Yun Ho itu.
"Ada alamat rumah jelah,Ji Eun,"kata Sa Rang sambil menunjukkan kertas kecil itu kepada Ji Eun.
"Kau kena tolong hantarkanlah,Sa Rang,"balas Ji Eun.Sa Rang terkejut."Kenapa kau terkejut?Takut jumpa hyung dia ekh?"soal Ji Eun,sekaligus mengusik.
"Mana adalah.Cuma...kalau rumah dia memang tak ada orang langsung macam mana?"soal Sa Rang.Ji Eun menggeleng.
"Sekurang-kurangnya orang gaji dia mesti ada,"balas Ji Eun.Sa Rang mengeluh.Kemudian,dia masuk semula ke dalam kelas.Sa Rang pula melabuhkan punggung di sebelah Sa Rang.
"Yun Ho,biar cikgu hantarkan Yun Ho balik ye,"kata Sa Rang,sekaligus memujuk.
"Nah,helmet anak aku ni kau pinjamlah dulu,"kata Ji Eun sambil menyerahkan helmet kanak-kanak itu kepada Sa Rang.
"Kamsahamida,"ucap Sa Rang kemudian menyarungkan helmet itu kepada Yun Ho.
"Kita naik motor ke,cikgu?"soal Yun Ho.
"Nope.Skuter je,"jawab Sa Rang sambil tersenyum.



Han Hyo Joo as Kim Sa Rang


Yoo Geun as Yun Ho


Ji Yeoung as Park Hye Ri



Bo Ram T-ARA as Han Ji Eun


No comments:

Post a Comment