05 February, 2011

...Chapter 2...

Dong Joon memarkirkan keretanya dengan pantas.Dia membantu Yun Ho untuk dibukakan tali pinggang keledarnya.Kemudian,dia segera keluar dari kereta itu dan mengeluarkan barang-barang yang baru dibeli tadi dari tempat duduk belakang keretanya.
"Yun Ho,cepat keluar,"arah Dong Joon,sedikit kasar.Kelam-kabut Yun Ho keluar dari kereta itu.Bimbang juga sekiranya Dong Joon 'berleter' lagi ke arahnya.

"Omma!"jerit Yun Ho selepas sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah agam itu.Dong Joon kelam-kabut meletakkan barang-barang Yun Ho yang baru dibeli tadi di atas rak kasut sebelum melangkah semula ke luar.Senyumannya melebar apabila dia berjaya membuka pintu keretanya dan bersedia untuk masuk ke dalamnya.
"Nak pergi mana pula tu?"Dong Joon menggigit bibirnya apabila mendengar suara yang amat amat dikenalinya di belakang.Perlahan-lahan,dia menoleh ke belakang.Kemudian,dia berpura-pura tersenyum.
"Appa...Em...lambat appa balik hari ni?Banyak kerja ke?"soal Dong Joon,sambil menutup pintu keretanya.
"Kamu nak pergi mana ni?Waktu pejabat kan habis?"soal Encik Park,turut memegang bahu anaknya.Dong Joon tertawa.Dia cuba menahan dirinya dari dibawa masuk oleh appanya ke dalam rumah semula.Namun,Encik Park kelihatannya begitu bersungguh-sungguh mahu menghalang anaknya itu dari keluar.
"A..ap..appa....appa nak bawa Dong Joon pergi mana ni?"soal Dong Joon.Encik Park tidak jawab pertanyaan anaknya itu."Appa...!!"Dong Joon mulai rimas.Rancangan malam ini tidak boleh dibatalkan.Dia sudah berjanji dengan kawan-kawannya.Apatah lagi,dia sudah lewat ketika ini.
"Appa...malam ni,Dong Joon ada hallah.Dong Joon dah janji dengan member,"kata Dong Joon.
"Tak boleh.Hari ni kamu ponteng kerja lagi kan?"duga Encik Park.
"Mana ada!Hari ini,Dong Joon keluar lambat dari office lagi,"dalih Dong Joon,walaupun dia tahu alasan itu sudah terlalu basi bagi appanya.
"Masuk!!!"arah Encik Park,tegas.Dong Joon melepaskan keluhan berat.Dia sudah tidak berani untuk melawan appanya lagi.Namun,dia masih belum putus asa untuk melepaskan diri dari appanya lagi.Sedang appanya membuka pintu rumah,Dong Joon dengan pantasnya terus melepaskan diri dari pegangan appanya.Dia segera keluar dari pintu pagar rumah itu.
"Dong Joon!!!"Jerit Encik Park."Ki Tae,pergi kejar dia cepat!"arah Encik Park.Ki Tae segera menuruti arahan majikannya itu.

Dong Joon menyembunyikan dirinya dari pemandu peribadi appanya.Apabila dia yakin bahawa Ki Tae sudah jauh dari pandangannya,Dong Joon segera beredar dari tempat persembunyiannya.Kemudian,dia menelefon rakannya.
"Jong Suk...aku 'dikepung' ni.Kau ambil aku wei,"kata Dong Joon.Kedengaran tawa Jong Suk dalam talian.
"Kau kat mana ni?"soal Jong Suk.

Dong Joon bersandar pada kerusi kereta Jong Suk.Jong Suk yang melihat keadaan Dong Joon yang agak beserabut itu.Malang betul nasib Dong Joon.
"Kau pandang jelah depan tu.Tak payah nak jeling-jeling kat aku.Gelilah,"kata Dong Joon.Jong Suk mencebik.
"Tak ada maknanya aku nak seduce kau.Aku pening tengok kau je.Ada je masalah kau dengan appa kau tu.Aku rasalah...jalan penyelesaiannya,kau ikut je apa yang appa kau nak,"balas Jong Suk.
"Tak ada maknanya.Lagi aku ikut,lagi terkongkonglah hidup aku.Cuba kau tengok macam adik aku tu.Sebab dia ikut sangat cakap appalah,dia jadi macam tu.Tak bahagia langsung hidup dia,"kata Dong Joon.Jong Suk tersenyum.
"Kau je yang fikir macam tu.Eh,Hye Ri apa khabar?Rindulah pula aku kat dia,"soal Jong Suk,merujuk kepada adik perempuan Dong Joon.Dong Joon menjeling ke arah Jong Suk.
"Kau tanyalah dia sendiri.Bukannya kau tak ada nombor telefon dia,"balas Dong Joon.
"Ai...duduk serumah pun tak tahu khabar adik sendiri ke?"soal Jong Suk.
"Hari ni,aku sibuk dengan Yun Ho kenit tu.Sebab dialah,aku jadi macam ni.Kalau dia tak kacaulah,tak adanya aku nak tumpang kereta kau ni,"balas Dong Joon.
"Ala,tahulah kereta aku ni tak semewah kereta kau.Aku ni tengah besar hati dapat tumpangkan kau ni.Lepas ni,memang aku tak basuh kereta aku.Sebab aku tak nak bagi bau kau hilang,"kata Jong Suk,bergurau.
"Ish kau ni!Gelilah!"Dong Joon rimas dengan gurauan rakannya itu.Jong Suk ketawa.

Tidur Dong Joon yang lena itu terganggu apabila terdengar suara ommanya.Perlahan-lahan,Dong Joon membuka matanya.
"Omma...kenapa pula ni?"soalnya.liat sekali untuk bangun.
"Dong Joon tolong hantarkan Yun Ho pergi sekolah hari ni,"kata Puan Park sambil memegang bahu anak lelakinya itu.
"Ala..malaslah...suruh jelah Hye Ri,omma,"balas Dong Joon.
"Hye Ri dah pergi kolej dah.Omma pun ada hal ni,"kata Puan Park.Dong Joon bangun dari pembaringannya.
"Omma ni,tak boleh tengok Dong Joon senang langsunglah,"kata Dong Joon,sambil menguap.
"Ala,Dong Joon...tolong omma ekh?Kesianlah kat Yun Ho.Dia kan baru nak mula sekolah hari ni?Dong Joon jangan risau.Omma dah uruskan semuanya.Dong Joon cuma tolong hantarkan je,"pujuk Puan Park lagi.
"Okey.Kali ni je tau.Lepas ni,omma carilah driver lain untuk Yun Ho,"kata Dong Joon.
"Em...arasso...Nanti omma cuba,"kata Puan Park.Kemudian,dia mencium dahi Dong Joon sebelum meninggalkan lelaki itu di biliknya.

Dong Joon membukakan pintu kereta untuk adik angkatnya itu.Matanya meliar ke arah sekeliling di sebalik cermin matanya.
"Masuklah,Yun Ho.Yun Ho tahu kan kelas Yun Ho kat mana?"soal Dong Joon.Yun Ho tidak menjawab.
"Tak pun,kalau Yun Ho tak pasti,Yun Ho tanyalah cikgu-cikgu kat dalam tu,"pesan Dong Joon lagi.Dong Joon berkira-kira mahu beredar dari situ namun tangannya dicapai oleh Yun Ho."Kenapa?"
"Hyung..temanlah.Takutlah masuk sorang-sorang,"rayu Yun Ho.
"Ala,bukannya ada hantu pun.Yun Ho masuk jelah.Hyung nak pergi kerja ni.Nanti appa marah pula hyung masuk office lambat,"kata Dong Joon.
"Hyung..."Yun Ho cuba memujuk lagi.
"Yun Ho...hyung ada kerja ni,"kata Dong Joon lagi.

"Ada masalah ke,Encik?"soal seorang wanita.Yun Ho menoleh ke arah wanita itu.Begitu juga dengan Dong Joon.
"Tak ada...dia cuma.."Dong Joon berhenti dari meneruskan kata-katanya apabila melihat wajah wanita yang menegur mereka berdua itu.Begitu juga dengan wanita itu.
"Kau?!"
"Apa kau buat kat sini?"soal Dong Joon,terkejut.
"Sepatutnya,saya yang patut tanya soalan tu.Awak buat apa kat sini?"soal Sa Rang.Namun,niat Sa Rang untuk terus memarahi Dong Joon terganggu apabila Yun Ho menarik-narik lengan bajunya.
"Noona...noona kenal ke cikgu dekat sini?"soal Yun Ho.
"Noona cikgu kat sini.Ada apa yang boleh cikgu bantu?"soal Sa Rang,lembut.Yun Ho tersenyum.
"Hyung,nilah cikgu sekolah ni,"kata Yun Ho.Riak wajah Sa Rang berubah apabila mendengar panggilan Yun Ho terhadap Dong Joon.Hyung?
"No way..."kata Sa Rang dan Dong Joon serentak.



G.O MBLAQ as Park Dong Joon


Han Hyo Joo as Kim Sa Rang


Choi Si Won as Lee Jong Suk


Yu Geon as Yun Ho

No comments:

Post a Comment