15 February, 2011

...Chapter 7...

Sa Rang berasa kagum apabila melihat rumah agam keluarga Park yang tersergam megah itu.Jauh di sudut hatinya,dia benar-benar tidak sangka tahap kekayaan keluarga Park sehingga mampu memiliki rumah agam setinggi empat tingkat!Belum dikira dengan perhiasan luaran dan dalaman lagi.Kereta-kereta mewah juga turut tidak ketinggalan.'Patutla berlagak je memanjang mamat tu'bisik hatinya.Kemudian,dia menoleh ke arah Yun Ho.
"Betul ke ni rumah Yun Ho?"soal Sa Rang,tidak percaya.Yun Ho angguk.Sa Rang benar-benar tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Sa Rang kemudiannya menekan loceng rumah agam itu.
"Siapa tu?"Kedengaran suara seorang wanita dari dalam melalui loceng itu.
"Em,saya Kim Sa Rang.Cikgu kepada Yun Ho,"jawab Sa Rang.Kemudian,pintu pagar itu dibuka secara automatik.Yun Ho pantas sahaja melangkah masuk ke rumah itu.Sa Rang pula teragak-agak untuk melangkah.
"Cikgu,marilah masuk,"pelawa Yun Ho.Sa Rang sekadar angguk.

"Eh,siapa ambil Yun Ho dari sekolah?"soal Ahjumma sebaik sahaja melihat kelibat Yun Ho memasuki ruang tamu.
"Cikgu Sa Rang,"jawab Yun Ho sambil menunjuk ke arah Sa Rang.Sa Rang menundukkan sedikit badannya apabila bertemu dengan Ahjumma.Begitu juga dengan Ahjumma.
"Apa khabar,Ahjumma?"soal Sa Rang,sambil tersenyum.
"Baik.Terima kasih sebab tolong hantarkan Yun Ho balik.Tuan Muda Park tak ada hari ni,"kata Ahjumma.
"Oh,tak apa.Sepatutnya  Noonanya Yun Ho yang jemput,tapi rasanya dia pun ada hal kot,"jawab Sa Rang.
"Minta maaflah,Cikgu.Hari ni memang kelam kabut sikit.Semua ada hal.Puan Park pun tak ada hari ni.Ada hal pasal persatuan.Tu yang semua driver tak ada hari ni,"kata Ahjumma.Sa Rang terkejut.
"Semua driver?Sebenarnya ada berapa ramai driver kat sini,Ahjumma?"soal Sa Rang.
"Dulu ada 4.Sekarang ada 2 je.Satu untuk Tuan,satu lagi untuk Puan.Tuan Muda dengan adiknya lebih suka memandu sendiri.Orang mudalah katakan,"kata Ahjumma,sambil ketawa.Sa Rang pura-pura ketawa.Kayanya!!!
"Eh,terbual panjang pula kita ni.Jemputlah duduk dulu Cikgu,"kata Ahjumma,mesra.
"Eh,tak apa.Saya pun dah nak balik ni,"kata Sa Rang,menolak dengan baik pelawaan Ahjumma itu.
"Ala,cikgu.Duduklah kejap.Boringla saya kat rumah sorang-sorang,"pujuk Yun Ho,manja.Sa Rang melepaskan keluhan kecil.
"Okey,tapi kejap je tau.Cikgu seganla,"akui Sa Rang.Yun Ho angguk sambil tersenyum.

"Lain kali,Hye Ri kena alert la.Dah tau hari ni oppa tak ada kat sini,Hye Ri tolonglah jaga si Kenit tu,"marah Dong Joon,sebaik sahaja keluar dari kereta.Hye Ri keluar dari kereta oppanya dengan muka yang masam.Dia akui itu salahnya.Dia benar-benar terlupa untuk menjemput Yun Ho pulang dari sekolah.Dia mulai sedar mengenai Yun Ho sebaik sahaja jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.Apabila dia pergi ke tadika Yun Ho,kosong semuanya.Yun Ho tidak ada di situ.Tanpa berfikir panjang,dia terus menghubungi oppanya yang sedang dalam perjalanan pulang dari Busan.
"Miane.Hye Ri betul-betul tak ingat,"kata Hye Ri,hampir menangis.
"Kalau apa-apa jadi kat Yun Ho,Hye Ri kena jawab dengan appa.Oppa tak nak masuk campur!"kata Dong Joon,geram.Dong Joon terpandang pada sebuah skuter berwarna merah jambu terparkir di hadapan pintu pagar rumahnya.
"Siapa pula tu?"soal Dong Joon.Hye Ri sekadar memandang kosong ke arah skuter itu.Dia lebih risaukan mengenai adik angkatnya itu.

"Yun Ho,pandainya!Macam mana Yun Ho buat?"soal Sa Rang teruja melihat kemahiran Yun Ho memasang robot kecil.Yun Ho sekadar tersengih.
"Appa yang ajar,"jawab Yun Ho.Sa Rang tersenyum kecil mendengar jawapan Yun Ho itu.
"Boleh ajarkan cikgu pula?"soal Sa Rang.Yun Ho angguk.Perbualan mereka terganggu apabila terdengar suara lelaki menegur Sa Rang dari belakang.
"Sa Rang?"soal  Dong Joon.Sa Rang menoleh ke belakang.
"Dong Joon?"Sa Rang turut terkejut dengan kehadiran Dong Joon di situ.
"Yun Ho!"jerit Hye Ri apabila melihat adik angkatnya di situ lalu memeluk kanak-kanak itu."Syukurlah kamu selamat.Miane,Noona betul-betul terlupa nak jemput Yun tadi,"kata Hye Ri,sebak.
"Tak apa,Noona.Cikgu dah tolong hantarkan Yun balik tadi,"jawab Yun Ho.Dong Joon sekadar mengukir senyuman lega.Nasib baik...
"Bukan awak kat Busan ke sekarang?"soal Sa Rang.
"Em,salah ke saya ada kat Seoul sekarang?"soal Dong Joon pula.
"Tak adalah,tiba-tiba je ada kat sini.Urusan awak dah habis ke kat sana?"soal Sa Rang lagi.
"Sekejap je.Appa saya suruh saya tengokkan office kat sini.Sebenarnya tak ada apa-apa pun,saja je nak menyusahkan orang,"ngomel Dong Joon.Sa Rang tersenyum.
"Macamlah awak tu tak pernah susahkan appa awak,"kata Sa Rang.Dong Joon mencebik.
"Macamlah awak tu baik sangat,"balas Dong Joon.Sa Rang tertawa kecil."Eh,awak dah lama ke kat sini?"soal Dong Joon.Sa Rang angguk.
"Yun Ho yang tak bagi saya balik.Boring katanya,"kata Sa Rang sambil ketawa.Dong Joon menyembunyikan tawanya.
"Miane..."ucap Dong Joon,perlahan.Dia tidak menoleh ke arah wanita itu.Kembang hati Sa Rang mendengar ucapan itu.Apatah lagi dari Dong Joon."Sepatutnya awak boleh telefon saya atau telefon rumah ni...tak payahlah susah-susah nak tolong hantarkan Yun Ho balik,"kata Dong Joon lagi.
"Tak apa.Hari ni saya tolong dia,esok-esok mungkin dia yang tolong saya pula,"balas Sa Rang.Hye Ri dan Yun Ho leka mencuri-curi pandang ke arah Dong Joon dan Sa Rang yang turut leka berbual.Lantas Hye Ri mendekatkan mulutnya pada telinga Yun Ho.
"Oppa dengan cikgu tu ada apa-apa ke,Yun?"soal Hye Ri,berbisik.Yun Ho menjungkit bahunya."Ish,takkan tahu langsung?Yun kan selalu jumpa cikgu tu..lagi-lagi oppa yang tolong hantarkan,"kata Hye Ri lagi,tidak puas hati.
"Tak taulah,Noona.Selalunya hyung dengan cikgu selalu gaduh.Jarang baik-baik macam ni,"kata Yun Ho.Hye Ri angguk sambil mengukir senyuman nakal.Satu rahsia besar mesti dibongkar!
"Saya pun dah lama kat sini.Jadi...saya minta diri dululah,"pinta Sa Rang,sambil menundukkan sedikit badannya.
"Eh,cikgu dah makan ke?"soal Hye Ri.Sa Rang angguk.
"Terima kasih,cikgu.Minta maaflah sebab susahkan cikgu je,"kata Hye Ri pula.
"Tak apa.Memang ni sebahagian dari tugas saya pun,"balas Sa Rang,masih tak lekang dengan senyuman.
"Saya balik dululah.Lagipun dah lewat ni.Nanti adik saya risau pula,"kata Sa Rang lagi.
"Oppa,hantarkanlah cikgu Yun.Takkan nak biarkan cikgu balik sorang-sorang pula?"pujuk Hye Ri,sekaligus mengusik.Sa Rang dan Dong Joon terkejut mendengar kata-kata Hye Ri itu.Ahjumma sekadar tersenyum kecil.Geli hati dengan gelagat anak-anak majikannya itu.
"Eh,tak apa.Saya boleh balik sendiri,"kata Sa Rang,enggan ditemani oleh Dong Joon.


Sa Rang memberhentikan skuternya di hadapan apartmentnya.Kemudian,dia menoleh ke arah kereta merah mewah yang turut berhenti di belakangnya.Sa Rang membuka helmetnya.Dong Joon pula membuka pintu keretanya lalu keluar dari situ.
"Kat sini ke rumah awak?"soal Dong Joon.Sa Rang angguk.
"Tak semegah rumah awak,"balas Sa Rang.
"Saya tak cakap apa-apapun,"kata Dong Joon pula.Sa Rang menoleh ke arahnya.
"Gomawo...maaflah sebab susahkan awak je,"kata Sa Rang.Dong Joon tersenyum nipis.
"Tak apa.Saya yang patut cakap macam tu kat awak..."kata Dong Joon.Sa Rang tersenyum.
"Gomawo,"ucap Dong Joon sebelum berdehem beberapa kali.Sa Rang mengukir senyuman manis,terharu mendengar ucapan keramat itu.Apatah lagi dari seorang lelaki bernama Park Dong Joon!
"Awak naiklah cepat!Takkan saya nak tumpang tidur kat sini pula.Dahlah sejuk ni,"kata Dong Joon,pura-pura marah.
"Oh ya,terima kasih sebab temankan saya balik,"kata Sa Rang,sambil menundukkan sedikit kepalanya.Dong Joon sekadar angguk.Sa Rang memarkirkan skuternya di tempat parkir.Kemudian dia menoleh dan melambai ke arah Dong Joon sebelum menuju ke arah lif.Dong Joon sekadar mengangkat tangannya.Selepas melihat Sa Rang sudah memasuki lif dengan selamat,Dong Joon pun memasuki keretanya.Mahu segera berehat di rumah.Hari yang terlalu penat baginya!


Sa Rang mengeringkan rambutnya di atas katil.Sambil-sambil itu,dia mengurut-urut kakinya yang terasa lenguh.Sa Rang kemudiannya berbaring sambil melepaskan nafas lega.'Fuh,penatnya!'Niatnya untuk melelapkan mata terganggu apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.Pantas sahaja dia menjawab panggilan itu apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
"Hello,"jawab Sa Rang,sedikit teruja.Entah kenapa,penatnya tadi hilang seketika.
"Saya kacau awak ke?"soal Ji Won.
"Em...agaklah.Nasib baik saya tak tidurlagi.Kalau awak telefon lewat sesaat tadi,mesti saya dah tidur,"jawab Sa Rang seraya berseloroh.Ji Won ketawa mendengar gurauan Sa Rang itu.
"Miane..."ucap Ji Won dalam talian.
"Kenapa awak call ni?Ada apa-apa ke?"soal Sa Rang.Ji Won tersenyum.
"Em...nak ajak awak keluar lunch esok,boleh tak?"soal Ji Won.
"Lunch?"soal Sa Rang.
"Boleh tak?"soal Ji Won lagi.
"Okey.Nak jumpa kat mana ye?"soal Sa Rang.Kedengaran Ji Won tertawa di hujung talian.
"Esok saya jemput awaklah kat tadika,"jawab Ji Won.
"Okey,kita jumpa esok ye,"balas Sa Rang,bersetuju dengan ajakan Ji Won.Kemudian,tidak lama selepas itu,perbualan mereka ditamatkan.Ji Won menjerit gembira,kerana berjaya mengajak Sa Rang keluar.Jeritannya didengari oleh sepupunya,Mika yang duduk bersebelahan dengan biliknya.
"Oppa,kenapa jerit-jerit ni?"soal Mika,terkejut dengan kelakuan Ji Won.Ji Won menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman manis.
"Sa Rang setuju keluar dengan oppa esok!"jawab Ji Won,teruja.Riak wajah Mika berubah,namun tidak ditunjukkan kepada Ji Won.
"Oh,ye ke?Hahahahaha...tahniah.Seronoklah oppa dapat keluar dengan Sa Rang unnie esok,"kata Mika,pura-pura gembira.Ji Won sekadar angguk.
"Kenapa tak tidur lagi,Mika?"soal Ji Won.
"Dah dengar oppa jerit-jerit,macam mana nak tidur?"balas Mika,memasamkan wajahnya.Ji Won mendekati Mika lalu mengosok-gosok kepalanya.
"Miane,okey...lepas ni oppa tutup mulut..khas nak bagi Mika tidur,"kata Ji Won.Muka Mika berubah merah.Kemudian dia melepaskan tangan Ji Won.
"Em...okey,Mika masuk tidur dulu.Good night,"kata Mika,segera beredar dari situ.Ji Won hairan melihat kelakuan Mika yang berubah tiba-tiba itu.
"Apasal pula dengan Mika tu?"soalnya sendiri.Mika segera menutup pintu biliknya.Dia kemudiannya melabuhkan punggung di atas katil.Sekeping gambar diambilnya dari laci meja soleknya.Lama dia merenung gambar Ji Won,Perlahan-lahan,dia mendekatkan gambar itu pada dadanya sambil menutup mata.
"Saranghae..oppa..."katanya perlahan.





G.O MBLAQ as Park Dong Joon


Han Hyo Joo as Kim Sa Rang


Im Seulong 2AM as Kang Ji Won


Ji Yeoung KARA as Park Hye Ri





IU as Mika

No comments:

Post a Comment