11 January, 2011

Untitled Story Part III

"Omma...appa!"jerit Hanna gembira sebaik sahaja melihat kelibat ibu bapanya sedang berbual-bual dengan Jeremy di ruang tamu.Pantas sahaja dia memeluk Puan Meia dan Encik Adam.Jeremy sekadar mengukir senyuman manis."Cepatnya sampai.Hanna ingat omma dengan appa nak datang esok,"kata Hanna,teruja.
"Omma kamu nie...dah tak tahan rindu sangat dengan Hanna.Sebab tu dia beriya-iya pujuk appa datang tengok Hanna dengan Jeremy sekarang.Nasib baik Jeremy ada kat rumah.Kalau tak,berkhemahla kami kat luar,"kata Encik Adam sambil berseloroh.Hanna pura-pura ketawa.
"Hanna keluar dengan kawan dia kejap tadi.Sebab tu lah dia lambat balik dari kolej,"kata Jeremy,cuba membela Hanna.Hanna sekadar memandang ke arahnya.
"Tak apalah,yang penting semua ada kat sini.Apa kata kita adakan makan malam yang teristimewa khas untuk pengantin baru kita ni,kan sayang?"cadang Puan Meia sambil memaut bahu anaknya.Hanna pura-pura tersenyum.Jeremy ketawa kecil.
"Ok juga tu.Appa pun ada banyak benda nak bersembang dengan Jeremy ni.Menantu kesayangan appala katakan..."kata Encik Adam,sambil menepuk bahu kanan Jeremy.Jeremy sekadar senyum.

"Hanna,tolong bagikan omma gula tu,"pinta Puan Meia.Hanna sekadar menurut.Kemudian,dia menyambung kerjanya semula.Setakat ini,hanya makanan yang ringkas sahaja yang mampu disediakan olehnya.Lagipun,dia dan Jeremy lebih senang makan di luar.Ops,kebetulan!Mereka lebih senang membeli makanan dari luar sebenarnya.Sambil Hanna melakunya kerjanya di dapur,matanya curi-curi melihat dan mendengar perbualan Jeremy dengan appanya.Setakat ini,lakonan Jeremy sangat cemerlang.Langsung tidak terpacul dari mulutnya mengenai keadaan mereka yang sebenar.Apatah lagi mengenai surat perjanjian perkahwinan mereka yang disediakan sendiri oleh Hanna tanpa pengetahuan ibu-bapanya.Hanna terus memandang ke arah Jeremy tanpa disedari oleh lelaki itu.

Sedang Hanna leka memerhati kearah Jeremy,tiba-tiba pandangan mereka bertembung.Hanna terkejut.Apatah lagi,apabila Jeremy mengukir senyuman yang cukup menawan ke arahnya.Jantungnya berdegup kencang.Jeremy ketawa kecil melihat Hanna yang berdiri seperti patung di situ.Comella Hanna ni,bisik hatinya.Jeremy kemudiannya menoleh semula ke arah bapa mertuanya.Tapi tidak bagi Hanna.Matanya masih tertumpu ke arah Jeremy.Entah kenapa,sejak dari peristiwa semalam,sangat sukar baginya untuk melupakan mata Jeremy yang cukup menawan itu.Ahh,kenapa ni,Hanna?!!!Hanna resah.Puan Meia menyedari kelakuan pelik anaknya itu.Seperti ada yang tak kena.
"Hanna,"sapa Puan Meia.Hanna tidak menjawab."Hanna!"Puan Meia mengulangi  panggilannya namun Hanna masih berdiri kaku di situ.Puan Meia berdiri di sebelah Hanna.Cuba melihat apa yang sedang diperhatikan oleh Hanna sehinggakan tidak menyedari panggilannya itu.Puan Meia tersenyum nakal apabila megetahui perkara sebenarnya.Patutla tak sedar,rupa-rupanya...
"Jeremy tu..memang comelkan,Hanna?"soal Puan Meia.Hanna sekadar angguk,lagaknya seperti dipukau.Puan Meia tersenyum."Hanna...suka tak dekat Jeremy tu?Dia baik,kan?"Puan Meia cuba memancing lagi.Kali ini,Hanna terdiam.Aku..sukakan Jeremy ke?Bisik hatinya.Pantas dia menggeleng.Kini.dia sudah kembali ke alam nyata.
"Omma!Tak baik tau,"Hanna pura-pura marah,apabila menyedari dirinya sudah dipermainkan oleh ibunya sejak dari tadi.Perasaan malu kian menebal.Puan Meia ketawa kecil.

Hanna menundukkan wajahnya apabila duduk bersebelahan dengan Jeremy.Masih malu dengan kejadian tadi.Jeremy pasti menyedari perubahan wajahnya sebentar tadi.Ish,malunya!!!
"Hanna,kenapa diam je ni?Tadi bising sangat..."soal bapanya,seakan-akan megusik.Hanna menggeleng laju.
"Mana ada!Appa ni..."Pantas sahaja Hanna menjawab.
"Hanna,tak sihat ke?"soal Jeremy,risau.Hanna menggeleng lagi.
"I'm okay..."balas Hanna.Hanna cuba berlagak biasa.Bimbang malunya bertambah tebal lagi.

No comments:

Post a Comment