15 January, 2011

Untitled Story Part VI

Hanna menuruni tangga sambil membawa beg kertas yang berisi dengan bahan-bahan perbentangannya dengan tenang.Langkahnya terhenti apabila melihat motosikal Jeremy masih terparkir di luar.Dia menjenguk ke arah dapur untuk memastikan sekiranya Jeremy berada di situ.Hanna berasa hairan.Kemudian,dia melihat jam tangannya.Dah pukul 8 ni,dia tak ada kelas ke hari ni?Soalnya sendiri.Pantas sahaja kakinya menaiki semula tangga menuju ke arah bilik Jeremy.
"Jeremy!"panggil Hanna sambil mengetuk pintu bilik Jeremy yang terkunci rapat itu.Berulang kali dia memanggil nama Jeremy,namun tiada satu pun yang disahut oleh lelaki itu.Hanna cemas.Otaknya ligat berfikir untuk melakukan tindakan yang seterusnya.
"Kunci pendua!"Hanna segera beredar dari bilik Jeremy untuk mencari kunci pendua bilik Jeremy itu.Setelah mendapatkan kunci pendua itu,Hanna segera membuka pintu bilik Jeremy.Hanna terkejut apabila melihat Jeremy masih terbaring sambil berselimut hampir keseluruhan dari tubuhnya.Hanna segera melangkah mendekati Jeremy.
"Jeremy..."Hanna cuba mengejutkan Jeremy dengan lembut."Jeremy..."kejutnya lagi apabila tiada respon dari lelaki itu.Hanna cuba meyelak selimut yang menyelimuti tubuh lelaki itu.Hanna terkejut apabila melihat Jeremy masih memakai baju semalam.
"Jeremy..."Hanna cuba mengejutkan Jeremy lagi.Pantas sahaja Hanna meletakkan tangannya pada dahi Jeremy apabila Jeremy menarik semula selimutnya kerana kesejukan.Mata Hanna terbeliak apabila mendapati dahi Jeremy terasa panas.
"Jeremy demam?Panas sangat ni..."Hanna cemas.Dia segera turun semula ke dapur.

Jeremy membuka matanya perlahan apabila merasakan dahinya terasa sedikit sejuk.Matanya terbuka luas apabila mendapati Hanna sedang membasahkan tuala putih kecil dengan air.Apabila Hanna menyedari Jeremy sedang melihat ke arahnya,terus sahaja dia mengukir senyuman manis ke arah lelaki itu.Jeremy terasa wajahnya panas apabila melihat senyuman manis Hanna itu.
"Badan awak panas sangat tau.Jadi saya dah buatkan bubur panas untuk awak biar awak rasa lega sikit.Tengok tu,muka awak nampak merah,"kata Hanna sambil menyapu wajah Jeremy dengan tuala putih itu.Jantung Jeremy berdegup pantas apabila tangan lembut Hanna mengenai wajahnya.Perlahan-lahan,Jeremy memegang tangan Hanna.Hanna tergamam.
"Saya okey.Awak pergi je la kolej.Saya boleh jaga diri sendiri,"kata Jeremy,perlahan.Riak wajah Hanna berubah.Apakah Jeremy masih memarahinya sehinggakan tidak sudi dijaga olehnya?Jeremy menyedari riak wajah Hanna itu.Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman manis ke arah wanita yang kian disayanginya itu.
"Saya bukan marahkan awak.Cuma tak selesa...em..seganla,bila awak tengok saya lembik macam ni,"kata Jeremy,berseloroh.Hanna tersenyum.
"Tak apa.Sekurang-kurangnya saya tahu yang awak ni masih manusia biasa,"kata Hanna.Jeremy tersenyum.
"Saya betul-betul okey.Awak pergi jela kolej,okey?Awak tak perlu risau pasal saya,"balas Jeremy.
"Malaslah nak pergi.Dah pukul 9.30 pun.Lagipun saya dah beritahu Miss Lyne yang saya tak sihat hari ni,"kata Hanna sambil meletakkan tuala basah di atas dahi Jeremy.
"Kesian,Hanna.Dahla tak sihat,tapi kena jaga saya pula,"kata Jeremy sambil tersenyum.Hanna ketawa kecil.Jeremy memandang tubuhnya.Matanya terbeliak apabila mendapati bajunya sudah ditukar.Otaknya ligat berfikir.Bukankah semalam dia masih memakai baju semalam?Takkanlah...
"Em,Jeremy...saya yang tolong tukarkan baju awak...sebab baju awak kotor...tak elok untuk demam awak tu.Maafkan saya,"kata Hanna sambil menundukkan wajahnya.
"O..ok..okey...Tak apa..."balas Jeremy,gagap.Dia cuba mengawal perasaan malunya.Jeremy meraup wajahnya.Dia menoleh ke arah Hanna apabila menyedari tangannya disentuh oleh wanita itu.
"Saya nak minta maaf...pasal semalam,"ucap Hanna,perlahan.Jeremy terdiam."Saya tak nak awak salah faham pasal semalam.Semua tu bukannya seperti yang awak sangkakan,"kata Hanna lagi.Jeremy sekadar mendengar.
"Apa yang pasti,semua tu bukannya kehendak saya,"katanya lagi.
"Tapi,Hanna...kenapa awak cakap semua ni kat saya?Bukanke awak dengan Nick hyung tu...memang bercinta?Kenapa saya nak marah?"soal Jeremy.
"Sebab...saya rasa tak selesa...dengan awak,"balas Hanna.Dia yakin Jeremy pasti pelik dengan kelakuannya.Jeremy tersenyum nakal.
"Awak sukakan saya ye?"soal Jeremy,mengusik.Hanna terkejut.
"Mana ada!Jangan nak perasanlah,"balas Hanna,malu.Segera sahaja dia beredar dari situ namun tangannya sempat dicapai oleh Jeremy.Hanna menoleh ke arahnya.
"Awak kata,yang awak nak jaga saya.Jadi awak tak boleh pergi dari sini.Awak duduk sini,ya?"soal Jeremy.Hanna tergamam.Genggaman Jeremy yang kuat itu amat sukar untuk dilepaskannya.Perlahan-lahan,Hanna mengambil tempat di sebelah katil Jeremy.Jeremy tersenyum.
"Gomawo..."ucapnya perlahan,sambil menutupkan matanya.Namun genggamannya masih tidak dilepaskan.Hanna tersenyum.Dia teragak-agak untuk mengusap rambut Jeremy yang hitam itu.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut rambut Jeremy apabila sudah yakin bahawa Jeremy sudah tidur.
"Saya...dah kalah dengan awak,Jeremy..."bisiknya.Kemudian,dia mencium lembut dahi Jeremy.Seolah-olah menumpahkan seluruh kasih sayangnya kepada lelaki yang kian mendapat tempat di hatinya itu.







Jeremy



Hanna

No comments:

Post a Comment