14 January, 2011

Untitled Story Part IV




Hanna kusyuk membasuh pinggan di dapur tanpa menyedari seseorang melangkah ke arahnya.
"Biar saya tolong awak,"kata Jeremy,tiba-tiba.Hanna terkejut lalu terlepas pinggan yang bersabun itu dari tangannya.Prang!!!Terdengar sahaja bunyi bising dari dapur itu,pantas sahaja Encik Adam dan Puan Meia melangkah ke arah dapur.
"Hanna!"panggil Puan Meia ,cemas.Namun,hatinya kembali lega apabila melihat Jeremy sedang memeriksa kaki Hanna,bimbang kakinya luka.Perlahan-lahan,Puan Meia mengajak Encik Adam kembali semula ke ruang tamu.
"Nasib baik,tak luka.Kalau tak...habis kaki awak yang cantik ni.Miane,Hanna,"kata Jeremy.Hanna sekadar diam.Masih terkejut dengan kejadian tadi.Entah bagaimana pinggan itu boleh terlepas dari tangannya hanya kerana teguran Jeremy yang cukup gentleman pada pendengarannya.
"Dah.Awak tak payah buat kerja lagi.Biar saya buatkan.Awak pergilah berbual dengan omma dengan appa,okey?"kata Jeremy,sambil mengukir senyuman manis.Senyuman yang amat 'digeruni 'oleh Hanna.Hanna berpaling dari menatap senyuman 'membunuh' itu.

Hanna dan Jeremy merehatkan diri di ruang tamu setelah sahaja Puan Meia dan Encik Adam pulang.Jeremy menyandarkan dirinya di atas sofa sambil menonton televisyen.Seketika dia ketawa apabila melihat cheapdance yang dilakukan oleh Jang Woo Young 2PM.Hanna sekadar memandang kosong rancangan itu.Kemudian,dia meninggalkan Jeremy keseorangan disitu.Jeremy tidak menoleh ke arahnya.
Tidak lama selepas itu,Hanna kembali semula ke ruang tamu dengan membawa ubat sapu.Kemudian,dia melabuhkan punggung di sebelah Jeremy.Perlahan-lahan,dia menarik lembut tangan kanan Jeremy.Jeremy terkejut dengan tindakan Hanna yang tiba-tiba itu.Tetapi terkejut lagi Hanna apabila melihat luka yang agak panjang di jari telunjuk Jeremy.Darahnya sudah kering.Pasti kerana mengutip kaca tadi.
"Hanna,apa awak buat ni?"soal Jeremy.
"Kalau awak tak kutip kaca tadi,mesti tangan awak tak luka macam ni,"balas Hanna,selamba.Perlahan-lahan,dia menyapu ubat itu di atas jari telunjuk Jeremy yang luka itu.Jeremy sekadar memerhati perbuatan Hanna yang cukup aneh baginya.Bukankah Hanna amat membencinya sebelum ini?

Hanna tersenyum apabila melihat jari Jeremy selesai dirawat.
"Lepas ni,awak tak payahla nak tunjuk gentleman awak tu.Tengok,baru kutip kaca dah luka besar macam tu.Apalah awak ni.Macam perempuan je,"kata Hanna,sambil ketawa kecil.Jeremy tersenyum.Dia sangat senang dengan kelakuan Hanna ketika ini.
"Kamsahamida,Hanna,"ucap Jeremy,ikhlas.Hanna sekadar angguk.
"Okeyla,saya nak masuk tidur dulu.Good night,"ucap Hanna sambil tersenyum.Kemudian dia melangkah perlahan menuju ke arah biliknya.
"Sweet dream,"balas Jeremy.Hatinya berbunga riang.Dia menatap jarinya yang berbalut itu.Dia tersenyum lebar.Perlahan-lahan,dia menutup matanya sambil mengucup jarinya yang berbalut itu.Hadiah yang cukup bermakna baginya.

Hanna berjalan pantas menuju ke kelasnya kerana terlewat.Bimbang dimarahi oleh pensyarahnya nanti.Sebaik sahaja dia melalui kelas muzik yang tidak berapa jauh lagi dari kelasnya,langkahnya terhenti.Kelam-kabut dia menyembunyikan dirinya agar tidak terlihat oleh Jeremy.
"Tangan kau luka ni...Macam mana kau nak main gitar hari ni?"soal Sara,risau sambil membelek-belek jari Jeremy yang berbalut itu.Jeremy sekadar tersenyum nipis.
"Ala,takpe.Ken kan ada.Dia pun boleh main gitar.Lagi hebat dari aku lagi,"balas Jeremy.Sara kelihatan tidak puas hati.
"Ni mesti sebab Hanna kan?"soal Sara,geram.
"Eh,apa kau cakap ni?Luka aku ni tak ada kena mengena langsung dengan Hanna.Aku yang cuai.Ni pun Hanna yang tolong balutkan,"balas Jeremy,pantas sahaja dia menafikan tuduhan Sara yang agak melulu itu.
"Hanna balutkan?Kau biar betul?Bukan Hanna tu bukan main benci kat kau ke?"duga Sara.
"Sara,apa salahnya kalau betul yang Hanna dah sudi terima aku dalam hidupnya.Sekurang-kurangnya sebagai kawan.Tak salahkan?"soal Jeremy,mulai rimas dengan prasangka buruk Sara itu.
"Aku bukan apa,Jeremy.Aku tak nak apa-apa terjadi dekat kau.Sebab aku sayang kan kau,"kata Sara.
Hanna terkejut.Sara sayangkan Jeremy?Seriuskah?Dia meletakkan tangannya di dada.Cuba menahan sebak.
"Sara..."Hanna tidak sanggup mendengar lagi perbualan di antara dua kekasih itu.Pantas sahaja dia beredar dari situ.Niatnya untuk mengikuti kelas pada hari itu batal.Dia ingin pergi dari situ.



To be continued...

No comments:

Post a Comment