06 January, 2011

Untitled Story...




Lee Hong Gi as Jeremy


Suzy Miss A as Hanna

  

 Lee Gi Kwang as Nick


Nana Orange Caramel as Sara






“Ouch!”Hanna mengaduh kesakitan.Dilihatnya lutut yang berdarah.Peritnya amat dirasai.Hanna cuba untuk bangun tapi tidak terdaya.”Macam mana nak bangun ni?”keluhnya.
“Nak saya tolong?”Kedengaran suara seorang lelaki yang cukup dikenalinya.Hanna malas hendak menoleh ke arah lelaki itu.Dia cuba untuk bangun lagi.Kali ini cuba dibantu oleh lelaki itu namun ditolak kasar oleh Hanna.
“Ish,tak payahlah!”Hanna menjeling ke arah lelaki itu.Hanna mengatur langkah perlahan.Lelaki itu tidak mengekorinya dari belakang.Bimbang kesakitan wanita itu kian parah disebabkan olehnya.

     Nick berlari-lari ke arah bilik rawatan dengan pantas apabila mendengar mengenai kecederaan teman wanitanya,Hanna.Apabila dia membuka pintu bilik rawatan itu,kelihatan Hanna sedang duduk di atas katil dengan lututnya  dibalut oleh jururawat di situ.Nick menghembuskan nafas lega.
“Awak okey?”soalnya sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik itu.Hanna sekadar tersenyum nipis sambil angguk.”Macam mana boleh jatuh ni?”soalnya lagi.
“Terleka kot,”jawab Hanna selamba.Nick tersenyum sambil menggeleng.Dia kemudiannya mengusap kepala Hanna.
“Ish,macam budak kecil je,”usik Nick.Hanna ketawa kecil.”Em,Jeremy tahu tak pasal ni?”soal Nick,tiba-tiba.Hanna cuba untuk bangun setelah lututnya siap dibalut.Nick membantunya berdiri.Mereka melangkah keluar dari bilik rawatan itu.”Hanna?”Nick cuba untuk bertanya lagi.
“Apa?”balas Hanna,acuh tak acuh.Dia malas hendak membuka mulut jika ingin membicarakan mengenai Jeremy.
“Jeremy tahu tak pasal ni?”soal Nick lagi.Perlahan-lahan,Hanna mengangguk.”So,takkan dia tak tolong Hanna?”
“Saya yang tak nak.Ish,oppa ni macam tak tau pula pasal hubungan kami ni macam mana.Entah-entah,oppa dah tak sayang Hanna lagi tak?”duga Hanna.Nick terkejut.
“Kenapa pula?”soal Nick.
“Yalah.Oppa macam tak cemburu je dekat Jeremy.Oppa nak kami ni serius ke dengan perkahwinan kami ni?”balas Hanna,hampir merajuk.Nick tersenyum.
“Memangla oppa cemburu.Tapi dalam hal ni,Jeremy lebih berhak ke atas Hanna.Walaupun Hanna tak cintakan dia,Hanna tetap isteri dia.Nanti apa orang lain kata kalau nampak Hanna lebih rapat dengan oppa daripada Jeremy?Sekarang ni pun student lain ingat oppa ni hanya abang angkat Hanna.Kalau mereka tahu pasal hubungan sebenar kita macam mana?”soal Nick,cuba memujuk.Hanna mendengus kasar.
“Tapi Hanna tak sukalah,oppa.Hanna bencikan Jeremy!”Hanna menekan suaranya.
“Ala…lagi 3 bulan kan perjanjian tu?Sabar je la…”pujuk Nick,tenang.”Jom,oppa belanja ais krim!”pelawa Nick.Hanna sekadar menurut.

      Hanna menaiki tangga dengan penuh berhati-hati dalam keadaan ruang tamu yang gelap.Bimbang Jeremy tersedar mengenai kepulangannya.Namun,niatnya terhenti apabila lampu ruang tamu itu menyala tiba-tiba.Hanna terkejut apabila mendapati Jeremy sedang bersandar di sofa tidak jauh dari tempat Hanna berdiri.Hanna tidak mengendahkan Jeremy lalu terus sahaja menaiki tangga itu menuju ke biliknya.
“Awak pergi mana?”soal Jeremy,mendatar sahaja suaranya.Hanna menoleh kea rah Jeremy.
“Keluar dengan Nick oppa,”jawab Hanna,selamba.Dia tidak perlu bimbang untuk berterus terang kerana dia yakin Jeremy pasti tidak cemburu mengenai hubungannya dengan Nick.Mengapa perlu cemburu?Jeremy kan dah ada Sara.
“Lutut awak kan sakit.Kenapa keluar sampai lewat malam?”soal Jeremy lagi.Hanna mulai rimas.
“Awak ni banyak tanyala.Bukannya kami jalan kaki pun.Dahla,saya nak masuk bilik,”balas Hanna,kasar.Belum sempat dia melangkah,tiba-tiba tangannya dipegang oleh Jeremy.Hanna terkejut.
“Saya minta maaf.Mungkin saya dah buat awak marah.Tapi..saya buat macam tu sebab saya risaukan awak,”kata Jeremy,seolah-olah memujuk.Hanna segera melepaskan tangannya.Dia kemudiannya mengesat tangannya ke baju,seolah-olah cuba menghilangkan bekas sentuhan Jeremy tadi.Jeremy sekadar memerhati.
“Awak dah makan?Saya dah..”
“Saya nak tidur,”Hanna memotong kata-kata Jeremy.Dia sudah malas hendak bersemuka dengan Jeremy.Jeremy terdiam.Dia mengukir senyuman hambar.Biarlah,mungkin dia terlalu penat.Jeremy cuba menyedapkan hatinya.






To be continued....

No comments:

Post a Comment