21 January, 2011

Untitled Story Part VIII

Jeremy sibuk berlatih di studio sambil ditemani oleh Sara.Sara turut menyanyikan lagu yang sedang dimainkan oleh Jeremy.Ketika itu,hanya mereka berdua yang berada di studio itu.
"Em..saya rasa..lirik lagu ni tak berapa sesuaila dekat bahagian korus ni,"kata Sara,tiba-tiba.Jeremy menoleh ke arah Sara.Dia kemudiannya merujuk semula ke arah lirik lagu itu.Dia memainkan semula bahagian lagu itu sambil bernyanyi berulang-ulang kali.
"Saya rasa ok je...Kenapa tak ok pula?"soal Jeremy.Sara mengambil tempat di hadapan Jeremy,sambil duduk menghadapnya.
"Sebenarnya bukan lirik lagu ni,tapi awak...awak yang tak ok...kenapa ni,Jeremy?Awak nampak lain hari ni,"kata Sara,prihatin.Jeremy ketawa kecil.
"Okey je...mungkin saya nervous kot.Pertandingan tu kan dah nak dekat,"kata Jeremy.
"Tapi sebelum ni,awak tak pernah pun nervous sampai macam ni.Maksud saya,awak macam kat tempat lain.Cara awak main tadi...seolah-olah,tak ada feel seperti sebelum ni,"kata Sara lagi.Jeremy menundukkan wajahnya."Sebab...Hanna ke?"duga Sara.Jeremy tersenyum.
"Awak ni,takkanla saya nak nervous dengan cara lain pun tak boleh?"soal Jeremy,sekaligus bergurau.Dia menepuk perlahan bahu wanita itu.
"Jomlah,kita sambung balik ok,"kata Jeremy.Sara tidak mahu memaksa.Dia sekadar menurut.Tapi dia tidak akan mengalah untuk mengorek sesuatu yang dipendam oleh lelaki itu.Namun,latihan mereka terganggu apabila pintu bilik studio itu dibuka dari luar.Kelihatan wajah Ken menerjah pada pandangan Jeremy dan Sara.
"Em,sorry ganggu..."kata Ken.
"Eh,tak apa.Jomla berlatih sekali,Ken,"ajak Sara.Ken sekadar tersenyum.
"Em...actually aku datang ni sebab Jeremy,"balas Ken.Jeremy bangun dari tempat duduknya.
"Ada apa,Ken?"soal Jeremy.
"Ada orang nak jumpa kau,"kata Ken.Sara memandang ke arah Jeremy,seperti dapat menghidu sesuatu yang tidak kena.Jeremy melepaskan keluhan kecil.
"Dekat mana?"soalnya lagi.

Jeremy melangkah perlahan ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri membelakanginya itu.
"Aku ingat kau tak nak datang tadi,"kata lelaki itu.Jeremy sekadar membisu.
"Aku tahu...kau mesti dapat agak apa yang aku nak cakapkan kat kau hari ni,kan?"soalnya pula.
"Apa dia,hyung?"soal Jeremy.Nick tersenyum sinis.
"Aku tak nak ingat kan kau,Jeremy.Sebab aku yakin,kau mesti sentiasa ingat mengenai segala-gala yang telah kau setujui dalam perjanjian tu.Tapi,nampaknya aku silap,"kata Nick.
"Perjanjian apa,hyung?"soal Jeremy.Nick menoleh ke arahnya.
"Tempoh perjanjian tu hampir tamat.Aku harap kau dah bersedia..."kata Nick.Jeremy memandang Nick dengan tajam.Nick kemudiannya melangkah ke arah Jeremy.Dia mendekatkan wajahnya ke telinga Jeremy.
"Untuk melepaskan Hanna..."bisiknya sambil tersenyum sinis.Mata Jeremy terbeliak luas.Dia seolah-olah baru dikejutkan dari tidur apabila mendengar kata-kata Nick itu.Ya,sungguh dia terlupa mengenai perjanjian itu!Nick menjauhkan mukanya dari Jeremy sambil memandang wajah lelaki itu dengan tajam.
"Em...nampaknya kau betul-betul dah terlupa,Jeremy,"kata Nick,sinis.Jeremy sekadar membalas pandangan Nick tanpa berkata-kata walau sepatah pun,seolah-olah mengakui kebenaran kata-kata Nick itu."Aku nak kau tahu Jeremy...Aku bukannya seorang yang mudah mengalah...lagi-lagi kalau melibatkan Hanna.She's mine,"kata Nick."Dan...kalau aku tak dapat Hanna...kau juga tak patut dapat,"sambungnya lagi,sambil mengukir senyuman sinis.Jeremy terkejut mendengar kata-kata Nick itu.
"Apa maksud kau?"soal Jeremy,mulai sangsi.Kali ini,dia tidak lagi membahasakan Nick sebagai hyung.Nick ketawa kecil.Dia kemudiannya mengelar lehernya dengan menggunakan jari telunjuknya,sebagai membalas soalan Jeremy itu.Jawapan Nick itu sudah cukup membuatkan jantung Jeremy berdegup pantas."Aku takkan benarkan kau untuk apa-apakan Hanna!"jerit Jeremy,marah.Namun Nick tetap dengan senyuman sinisnya.
"Memang aku takkan apa-apakan dia,sebab aku cintakan dia.Tapi,semua tu terletak di tangan kau.Nasib Hanna seratus peratus terletak di tangan kau.Hidup matinya terletak di tangan kau,Jeremy..."kata Nick,diikuti dengan tawanya.Jeremy menggenggam tangannya lalu menumbuk muka Nick.Oleh sebab tidak menjangkakan tindakan Jeremy yang drastik itu,Nick terjatuh.Dia mengesat darah yang mengalir dari bibirnya.
"Kau dah buat aku hilang rasa hormat terhadap kau,Nick.Aku tak sangka kau sanggup nak apa-apakan Hanna sebab hal ni,"kata Jeremy.Nick bangun lalu menarik kolar baju Jeremy.
"Kalau kau tak pernah wujud kat dunia ni,masalah ni takkan timbul.Kau tak faham ke?Hanna...hanya untuk aku.Bukan kau.Jadi,aku hanya nak buat benda ni mudah.Lepaskan Hanna...seperti yang telah dijanjikan.Senang kan?"soal Nick.Jeremy melepaskan genggaman Nick.
"Aku tak akan lepaskan Hanna untuk orang macam kau,Nick.Hanna bukan untuk kau.Kau tak layak untuk dia,"balas Jeremy.
"Aku serius dengan kata-kata aku,Jeremy.Nasib Hanna...terletak di tangan kau,"kata Nick sambil menepuk bahu kanan Jeremy.Jeremy bengang apabila Nick mulai melangkah jauh darinya.Dia menggenggam tangannya.
"Nasib Hanna terletak di tangan kau,Jeremy."Kata-kata Nick itu masih terngiang-ngiang dalam pemikirannya.Jeremy menggeleng,cuba melenyapkan bisikan itu.


Hanna membuka pintu bilik Jeremy perlahan-lahan dengan harapan agar lelaki itu tidak menyedari kehadirannya.Jeremy pula sedang termenung,tidak langsung menyedari Hanna yang sedang menghampirinya.Dia kusyuk membaca semula surat perjanjian yang dibuat oleh Hanna di awal perkahwinan mereka dahulu.Nick benar.Tempoh yang dijanjikan hampir tamat.Perlahan-lahan,Jeremy melepaskan keluhan berat.
"Jeremy!!!"sergah Hanna sambil memeluk Jeremy dari belakang.Jeremy terkejut.Hanna ketawa.Dia kemudiannya melabuhkan tempat di sisi Jeremy.Dengan pantas,Jeremy menyembunyikan surat perjanjian itu di bawah bantalnya tanpa disedari oleh Hanna.
"Wah,gembira nampak hari ni,"kata Jeremy,cuba berlagak biasa.
"Em...memang gembira,"balas Hanna sambil memaut lengan Jeremy.Jeremy semakin hairan dengan gelagat Hanna itu.
"Ha...ni mesti ada apa-apa ni.Ceritalah..."kata Jeremy sambil membetulkan posisinya menghadap Hanna.Hanna segera menutup kedua-dua mata Jeremy dengan kain merah.
"Hanna,kenapa ni?"soal Jeremy.Senyuman nakal Hanna masih tak lekang di bibirnya.Perlahan-lahan,dikucupnya pipi Jeremy itu.Jeremy terdiam,terkejut dengan tindakan Hanna yang...tidak pernah dibuatnya dahulu.
"Awak ni bisingla,Jeremy.Jom,saya nak bawa awak ke satu tempat ni,"kata Hanna sambil menarik tangan Jeremy.Jeremy yang masih terkejut itu hanya menurut.Entah apa lagi yang akan dilakukan oleh Hanna itu.


Hanna membuka kembali ikatan kain yang menutupi kedua-dua mata Jeremy itu.Jeremy membuka matanya.
"Surprise!!!"jerit Hanna apabila Jeremy sudah membuka kedua-dua matanya.Jeremy tergamam apabila melihat sesuatu yang sudah tersedia di hadapan matanya ketika itu.Dia melangkah perlahan memasuki bilik yang dilengkapi dengan pelbagai alatan muzik yang amat diidam-idamkannya dahulu.Dia menyentuh gitar,keyboard,mikrofon dan segala-gala yang ada di dalam bilik itu.Hanna sekadar memerhati.Dia yakin,Jeremy pasti suka dengan kejutannya.Jeremy menoleh ke arah Hanna.
"Awak suka tak?"soal Hanna.
"Tapi...kenapa?"soal Jeremy kembali.Lagaknya masih terkejut dengan kejutan yang diberikan oleh Hanna itu.Hanna melangkah mendekati ke arah Jeremy.Matanya bertentangan dengan pandangan Jeremy terhadapnya.Dipegangnya tangan Jeremy itu.
"Kali pertama,saya dengar nyanyian awak hari tu,hati saya benar-benar tersentuh.Saya benar-benar terpesona dengan kemerduan suara awak.Jadi,saya nak awak sentiasa menyanyikan lagu untuk saya.Untuk sekarang,esok...dan selamanya,"kata Hanna,serius.Matanya kelihatan bergenang.Jeremy terpampan saat mendengar luahan hati Hanna yang cukup ikhlas itu.
"Hanna..."Hanna segera memeluk tubuh Jeremy sebelum lelaki itu memulakan bicara.Pelukannya erat sekali seperti tidak mahu dilepaskan lagi.
"Hari tu,saya tipu awak,Jeremy.Sebenarnya...saya tak suka kalau awak bersama dengan Sara.Saya takut kalau awak betul-betul cintakan Sara.Saya..."Hanna tidak dapat meneruskan kata-katanya.Air matanya kian laju mengalir.Dipandangnya wajah Jeremy itu.
"Saya...saya takut kehilangan awak,Jeremy,"sambung Hanna,sebak.Mata Jeremy terbeliak saat mendengar pengakuan Hanna itu.
"Saya nampak...surat perjanjian yang awak baca tadi,Jeremy,"akui Hanna.Jeremy mengalihkan wajahnya dari Hanna.Enggan menunjukkan matanya yang kian bergenang itu.
"Kita tak patut macam ni,Hanna,"kata Jeremy,sambil melepaskan tangannya yang dipegang oleh Hanna itu dengan lembut.
"Kalau diikutkan,tempoh perjanjian tu hampir tamat,Hanna.Selepas ni,awak boleh teruskan hidup awak seperti dulu,"kata Jeremy,tenang.Hanna menggeleng laju.
"Saya nak teruskan perkahwinan ni,Jeremy.Saya nak kita batalkan perjanjian tu,"balas Hanna.
"Tapi ada orang lain yang sedang menunggu awak,Hanna,"
"Tapi saya tunggu awak,Jeremy!"Jeremy terkejut saat mendengar kata-kata Hanna itu.Dia memandang tepat ke arah anak mata Hanna.
"Sa...sa..."Pantas sahaja bibir Hanna dikucup oleh Jeremy sebelum sempat dihabiskan kata-katanya.
"Saya tak nak dengar,"balas Jeremy,lalu beredar dari bilik itu.Hanna jatuh terjelepok.Air matanya mengalir laju.Dia memegang dadanya.Seolah-olah menahan rasa sebak yang kian sesak di dadanya.Kucupan Jeremy itu benar-benar membuatkan jantungnya berdegup pantas.Tiba-tiba,dia terdengar bunyi enjin motosikal yang sedang dihidupkan dari bawah.Hanna segera melangkah keluar dari bilik itu.
"Jeremy!!!"jerit Hanna apabila melihat Jeremy sudah bersedia untuk pergi dari situ.Pantas sahaja Jeremy memecut motosikalnya.Hanna terus menjerit.Dia cuba mengejar Jeremy.Namun,cubaannya gagal.Bayangan Jeremy sudah hilang dari pandangan matanya.
"Jeremy!!!"Tidak lama selepas itu,pandangannya menjadi gelap...




To be continued...

No comments:

Post a Comment