27 January, 2011

Untitled Story Part XI

Hanna menunggu Jeremy dari luar.Dia yakin mesej yang dihantar kepada Jeremy itu pasti sudah sampai.Hanna melihat jam tangannya.Dia malas hendak berasa-asak dengan orang ramai yang mahu berjumpa dengan penyanyi yang mereka sokongi.Mata Hanna terpandang pada sebuah kereta hitam yang terparkir agak jauh dari tempatnya berdiri.Namun,dia mengalihkan semula pandangannya pada pintu masuk stadium kecil itu.
"Mana Oppa ni?"soal Hanna.Dia bersandar pada dinding sambil bernyanyi kecil.Lagu 'Maybe',nyanyian Sunye Wonder Girl bermain di bibirnya.Dia terus menunggu kedatangan Jeremy.

"Hanna!!"Hanna menoleh ke depan apabila terdengar namanya dipanggil.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Jeremy sedang melambai ke arahnya.Hanna mulai melangkah ke arah Jeremy tanpa menyedari kereta hitam yang diperhatikannya sebentar tadi sedang meluncur laju ke arahnya.
Hanna berhenti seketika apabila melihat kereta hitam itu hampir mendekatinya.Fikirannya seolah-olah kosong.Tiba-tiba,dia terasa badannya ditolak dari depan.Semuanya berlaku dengan pantas.
Mata Hanna terbeliak apabila melihat tubuh Jeremy terbaring lesu di atas jalan raya.Kepalanya berdarah.Hanna mendekati ke arah Jeremy.Dia mengangkat kepala Jeremy.Tangannya menggigil apabila melihat banyak darah pekat mengalir dari kepala Jeremy.
"O..p..oppa..."Hanna cuba menyedarkan Jeremy.Namun,tidak dibalas oleh Jeremy."Oppa..."Hanna tetap tidak berputus asa.Matanya bergenang."Oppa..bangunlah..."Air matanya mengalir.Jeremy masih kaku."OPPA!!!!!!!!!!!!"

Hanna duduk lesu di atas bangku sambil ditemani oleh Sara.Ken masih mundar-mandir di hadapan bilik rawatan.Tangannya digenggam erat,seolah-olah mengetahui dalang di sebalik kejadian ini.Matanya beralih pada Hanna yang masih trauma dengan kejadian itu.Ken melepaskan keluhan berat.Nick benar-benar melampau!!!Penantian Ken berakhir apabila doktor yang merawat Jeremy keluar dari bilik rawatan.
"Macam mana dengan Jeremy,doktor?'soal Ken.
"Boleh saya berjumpa dengan ahli keluarga Encik Jeremy?"soal doktor itu.Ken memandang ke arah Hanna yang masih duduk membatu di situ.Tangan Hanna masih berbekas dengan darah Jeremy.
"Hanna masih trauma,Ken.Lebih baik kau yang pergi,"kata Sara.
"Saya sepupu Jeremy,"kata Ken.
"Tapi,saya perlu berjumpa dengan keluarga Jeremy,"balas doktor itu.
"Dia yatim piatu,doktor.Memang selama ni,saya yang lebih rapat dengan dia.Harap doktor boleh pertimbangkan,"kata Ken.
"Baik.Mari kita berbincang di bilik saya,"kata doktor itu.

"Apa?Jeremy ada potensi untuk hilang ingatan?"soal Ken,terperanjat dengan berita yang disampaikan oleh doktor sebentar tadi.Doktor itu mengangguk lemah.
"Dia mengalami kecederaan otak yang serius,Encik Ken.Nasib baik dia dibawa cepat ke sini.Tapi,kita tengok dulu keadaan dia macam mana bila Encik Jeremy dah sedar nanti,"kata doktor itu.Ken bersandar pada kerusi.
"Jeremy..."

Hanna memandang wajah Jeremy yang pucat itu.Kepalanya dibalut.Wajahnya dipakaikan dengan alat bantuan pernafasan.Air mata Hanna sudah kering.Dia mengusap lembut rambut Jeremy.Tangan Jeremy digenggamnya.
"Miane..."ucapnya,perlahan.Jeremy masih kaku.
"Saranghae..."
"Hanna,saranghaeyo..."
Hanna menahan sebak apabila mengenangkan kembali kata-kata Jeremy sebelum ini.Jauh di sudut hatinya,dia mengakui bahawa lelaki itu benar-benar mencintainya,sedangkan belum pernah Hanna mengucapkan ungkapan cinta terhadap Jeremy walaupun dialah yang dahulu yang mahu membatalkan kontrak perjanjian itu.Sebagai tanda,dia mahu menghabiskan seluruh hidupnya untuk lelaki itu.Namun kini,lelaki yang amat dicintainya itu sedang terbaring lesu,tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk sedar.
"Oppa...tolonglah buka mata.Hanna takut tengok Oppa macam ni..."bisik Hanna.Jeremy masih seperti tadi.Akhirnya,Hanna menangis jua.Benar-benar takut untuk kehilangan Jeremy saat-saat cintanya terhadap lelaki itu kian mendalam.

No comments:

Post a Comment