24 January, 2011

Untitled Story Part IX

"Kenapa kau tak pernah cakap dengan aku sebelum ni,Jeremy?"soal Ken.Jeremy sekadar melemparkan pandangannya jauh ke langit malam yang suram itu.Hatinya dilanda rasa bersalah yang teramat terhadap Hanna kerana meninggalkan wanita itu keseorangan tanpa memberikan peluang padanya untuk memberikan penjelasan.Jauh di sudut hatinya,dia gembira kerana Hanna sudah sudi menerimanya.Namun,apabila mengenangkan kembali ugutan Nick beberapa hari yang lalu,fikiran Jeremy kembali buntu.Dia tidak rela membiarkan Hanna menerima musibah hanya disebabkan oleh keegoannya untuk melepaskan Hanna seperti yang telah dijanjikan.
"Jeremy,kau okey tak ni?"soal Ken lagi sambil menyentuh lembut bahu rakannya itu.
"Hah?"Jeremy seolah-olah baru tersedar dari lamunannya.Ken melepaskan keluhan berat.
"Kenapa kau simpan semua ni dari aku,Jeremy?Kita kan kawan baik.Masalah kau,masalah aku juga..."kata Ken,sedikit kecewa dengan tindakan Jeremy yang suka memendam masalah itu.Bukankah itu tindakan yang tidak bijak?
"Tak apa,Ken.Aku cuma tak nak menyusahkan orang lain terhadap masalah aku.Tapi...kali ni...aku terpaksa.Miane,"kata Jeremy,sambil mengukir senyuman tawar.Ken menggeleng lemah.Dia sungguh terkejut dengan kehadiran Jeremy yang tiba-tiba itu.Apatah lagi apabila Jeremy menceritakan mengenai perkahwinan rahsianya bersama Hanna.Lebih tepat lagi,perkahwinan kontrak!Masalah mulai timbul apabila rasa cinta mulai hadir dalam hati masing-masing.
"Kau tak risaukan Hanna ke,Jeremy?"soal Ken.Jeremy angguk lemah.
"Aku bukan apa,Jeremy.Aku cuma nak kau betulkan balik keadaan.Mungkin Hanna sedang tunggu dan risaukan kau.Kau harus berbincang balik dengan dia.Mana tahu,mungkin boleh diselesaikan,"pujuk Ken.Jeremy menggeleng lemah.
"Aku dah ada jalan penyelesaian,Ken.Dah tak ada benda yang perlu dibincangkan lagi,"kata Jeremy.
"Apa?"soal Ken,ingin tahu.Jeremy menarik nafas panjang.
"Aku...aku dah bersedia untuk melepaskan Hanna,"jawab Jeremy,yakin.Ken terkejut.Dia memegang kedua-dua bahu Jeremy sambil berdiri menghadapnya.
"Kau dah gila ke?Kau cintakan dia.Takkan kau sanggup lepaskan dia macam tu je?"soal Ken.
"Sebab aku cintakan Hannala...aku sanggup lepaskan dia.Aku tak nak dia diapa-apakan hanya disebabkan oleh kedegilan aku,Ken,"balas Jeremy.
"Tak.Mesti ada cara lain.Kalau kau buat macam tu,Hanna tetap tak bahagia,Jeremy,"kata Ken.
"Sekurang-kurangnya,dia masih boleh teruskan hidup dia.Perasaan dia pada aku boleh hilang perlahan-lahan,Ken.Aku yakin Nick boleh jaga dia dengan seperti sebelum kewujudan aku dalam hidup Hanna,"balas Jeremy.Entah mengapa,Ken terus menumbuk muka Jeremy seusai sahaja lelaki itu habis berkata-kata.
"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?!"marah Ken.Jeremy terkejut dengan tindakan Ken itu."Tindakan kau tu sama macam kau bunuh hati dan perasaan Hanna.Ya,memang dia boleh hidup kalau kau lepaskan dia seperti yang Nick mahukan.Tapi jiwanya nanti kosong,Jeremy.Dalam hatinya bukan lagi ada Nick.Tapi kau...Kau Jeremy,"kata Ken,cuba mengubah pendirian Jeremy.Dia amat yakin bahawa pasti ada cara lain yang boleh dilakukan untuk memastikan mereka boleh terus bersama.Jeremy tunduk.Ken melangkah mendekati Jeremy.Perlahan-lahan,dia memeluk tubuh lelaki itu.
"Miane...Tapi...aku cuma nak yang terbaik untuk kau...dan juga Hanna.Jangan mudah mengalah,Jeremy.Kalau kau betul sayangkan Hanna,ni bukan caranya.Kau mesti pulang.Hanna perlukan kau,"pujuk Ken.
"Ken..."
Ken melepaskan pelukannya.
"Aku akan tolong kau,"kata Ken.Jeremy sebak.Hatinya benar-benar tersentuh dengan keikhlasan Ken untuk membantunya.Perbualan mereka terganggu apabila telefon bimbit Jeremy berdering.Dilihatnya nama Hanna tertera pada skrin telefon bimbit itu.Jeremy memandang ke arah Ken.Ken memberi isyarat supaya Jeremy menjawab panggilan itu.
"Hello..."Riak wajah Jeremy berubah selepas menerima panggilan itu.Dia segera melangkah keluar dari rumah Ken selepas sahaja menamatkan panggilan itu.
"Jeremy!!!"jerit Ken.Dia turut mengekori Jeremy dari belakang.

Jeremy mengusap lembut kepala Hanna.Hatinya sebak melihat Hanna yang terbaring lesu itu.Jeremy menyalahkan dirinya.Andai dia tidak terlalu mengikut perasaan,Hanna mungkin tidak jadi seperti ini.
"Miane...miane..."ucap Jeremy sambil mencium lembut tangan Hanna yang pucat itu.Air matanya mengalir.Dia tidak sanggup melihat Hanna berkeadaan seperti itu.Saat itu,dia amat merindukan senyuman dan tawa Hanna yang sentiasa menceriakan jiwanya.
"Hanna...saya pun tak nak kehilangan awak.Sa..saya..."Jeremy tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia menatap wajah Hanna yang lesu itu.
"Tindakan kau tu sama macam kau bunuh hati dan perasaan Hanna.Ya,memang dia boleh hidup kalau kau lepaskan dia seperti yang Nick mahukan.Tapi jiwanya nanti kosong,Jeremy.Dalam hatinya bukan lagi ada Nick.Tapi kau...Kau Jeremy."Kata-kata Ken kembali bermain-main di fikirannya.
Dia kembali menatap wajah Hanna.Perlahan-lahan,dia mencium dahi wanita itu.
"Walaupun saya tak patut cakap macam ni tapi..."Jeremy mendekatkan bibirnya pada telinga Hanna.
"Sa..saranghae..Hanna"ucapnya,lembut."Tolong buka mata...saya betul-betul perlukan awak,Hanna..."kata Jeremy lagi.Jeremy yakin.Dia benar-benar perlukan Hanna dalam hidupnya.Kerana...dia benar-benar cintakan wanita itu.


Hanna membuka matanya perlahan.Ditolehnya ke arah kanan.Matanya terbuka luas apabila melihat Jeremy sedang tidur di sebelahnya.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut rambut Jeremy.Jeremy tersedar dari tidurnya.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Hanna sedang melihat ke arahnya.
"Hanna..."Jeremy mencium lembut tangan Hanna,meluahkan perasaan gembiranya apabila melihat Hanna sudah sedar."Syukurlah,awak dah sedar,"katanya lagi.Hanna tersenyum lemah.
"Jere..."Mulut Hanna ditutup oleh jari telunjuk Jeremy apabila dia mahu berbicara.
"Awak baru sedar...berehatlah dulu..."kata Jeremy,tenang."Tapi...saya nak awak dengar kata-kata saya,Hanna,"kata Jeremy.Hanna memandang mata hazel Jeremy yang menggetarkan naluri wanitanya itu.
"Miane..."ucap Jeremy."Saya tak patut buat awak macam ni.Saya betul-betul minta maaf,Hanna..."sambungnya lagi.Kemudian,dipegangnya tangan Hanna erat.
"Awak tahu tak,bila saya tengok awak lemah macam ni,saya jadi takut.Amat takut untuk kehilangan awak.Saya takut...saya tak sempat nak membetulkan keadaan.Takut tak sempat nak minta maaf dari awak..."kata Jeremy.Mata Hanna mulai berair.Kata-kata Jeremy itu benar-benar menyentuh hatinya.
"Apa yang penting...saya takut yang awak masih belum tahu yang...saya..."Jeremy memandang Hanna."...saya amat mencintai awak,Hanna..."ucap Jeremy.Hanna terpana saat mendengar ungkapan cinta Jeremy yang amat dinantikannya itu.
"Jeremy..."Air mata Hanna mengalir.Jeremy mengesat air mata Hanna.
"Saya akan sentiasa melindungi awak...walaupun nyawa saya menjadi ganti..."kata Jeremy sambil mencium tangan Hanna.
"Saya akan sentiasa mengulanginya,Hanna...untuk hari ni,esok..dan selamanya...Saranghae..."


Jeremy membuka matanya apabila terasa matanya pedih dek sinaran sang suria yang mula menghiasi langit pagi yang indah itu.Jeremy menoleh Hanna yang masih tidur di sebelahnya.Jeremy memandang wajah Hanna.Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melihat wajah Hanna ketika tidur.Jeremy tersenyum.Comelnya Hanna,bisik hati Jeremy.Perlahan-lahan,dia bangun dari tempat tidurnya.Dia tidak mahu Hanna terjaga dari tidurnya.Dia sudah ada rancangannya sendiri.Dia harus menyelesaikan sesuatu dengan Nick.Harus!!!


"Kenapa,Jeremy?Tiba-tiba je nak jumpa..."kata Nick sambil membuka cermin mata hitamnya.Jeremy memandang Nick tajam.Dia kemudiannya meletakkan kontrak perkahwinannya di atas meja,kasar.Nick memandang kontrak itu sambil tersenyum sinis.
"Wow...surat perjanjian!!!Kenapa kau nak tunjukkan kat aku?Nak aku bacakan untuk kau ke?"soal Nick,diikuti dengan tawanya.Jeremy turut mengukir senyuman sinis.Dia kemudiannya mengeluarkan lighter lalu membakar surat perjanjian itu.Nick terkejut.
"Apa kau buat ni?!"jerkah Nick sambil menarik kolar baju Jeremy.
"Perjanjian tu dah tak ada...jadi tak ada apa yang kau boleh tuntut lagi.So...just forget about Hanna.She's mine,"balas Jeremy.Nick menolak tubuh Jeremy ke lantai.
"Kau dah bermain dengan api,Jeremy.Kau tak sedar ke?Kau ingat ugutan aku tu main-main?"soal Nick,marah.
"Ya.Memang aku tahu kau serius.Tapi...aku sanggup jadi pengganti Hanna.Itupun kalau kau setuju,"cabar Jeremy.Nick terkejut dengan kata-kata Jeremy.Tetapi,Nick ketawa kecil selapas itu.
"Aku harap...kau takkan tarik balik 'tawaran' kau tu,Jeremy,"kata Nick.
"Ya.Memang aku takkan tarik balik 'tawaran' aku tu.Sebab,aku yakin...kalau aku mati sekalipun,Hanna takkan mahu kembali ke sisi kau,"kata Jeremy,sambil mengukir senyuman sinis.Nick menumbuk muka Jeremy."Kau jangan kurang ajar,Jeremy!Okey,aku akan tunaikan keinginan kau tu,"kata Nick lalu beredar dari situ.Jeremy sekadar tersenyum.Dia mengesat bibirnya yang berdarah itu.Jeremy nekad.Dia rela mengorbankan nyawanya demi Hanna.Demi Hanna yang dicintai...






Lee Hong Gi as Jeremy


Suzy Miss A As Hanna


Lee Gi Kwang as Nick



Choi Jong Hoon as Ken




No comments:

Post a Comment