27 January, 2011

Untitled Story Part X

Hanna tekun melihat dan mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Jeremy di bilik muzik tanpa menghiraukan orang lain yang memerhatikan mereka dari luar.Hanna tidak kisah lagi berita mengenai status hubungannya dengan Jeremy kini berubah dari musuh hinggalah sebagai pasangan kekasih.Jeremy mengukir senyuman manis kepada Hanna selepas sahaja menamatkan latihannya.Hanna menghulurkan botol air kepada Jeremy.
"Gomawo,"ucap Jeremy.
"Oppa dah banyak berlatih hari ni.Rehat-rehatlah lepas ni,"kata Hanna.Muka Jeremy bertukar merah apabila mendengar panggilan Hanna terhadapnya.Hanna menyedari riak wajah Jeremy yang berubah itu."Oppa malu ye?Hahahaha...comelnya,"usik Hanna sambil mencubit lembut pipi Jeremy.Jeremy mengusap pipinya.Hanna masih dengan senyuman nakalnya.Seronok pula dapat mengusik Jeremy!
"Ala,Hanna...Tak payahlah oppa-oppa ni,seganlah.Lagipun,kitakan sebaya.Panggil macam biasa jela,"balas Jeremy.
"Tak best lah macam tu.Rasa macam biasa sangatlah panggil nama-nama ni.Kalau Oppa nak panggil Hanna...Yeobo pun ok,"kata Hanna sambil ketawa.Jeremy ketawa.Dia mengusap kepala Hanna.
"Wah...banyak cakaplah Hanna hari ni.Saya tahu macam mana nak diamkan Hanna ni,"kata Jeremy.Perlahan-lahan,dia mendekatkan bibirnya pada telinga Hanna."Saranghae..."ucap Jeremy penuh romantik.Hanna tergamam.Jeremy tersenyum nakal."Hah...kan dah diam,"usik Jeremy.Dia kemudiannya meninggalkan Hanna sambil ketawa.Hanna memegang mukanya yang panas itu.Dari luar,Sara sekadar memerhatikan mereka dengan perasaan yang sukar untuk diertikan oleh dirinya sendiri.Mungkin cemburu...mungkin juga tidak...
"Hei,Sara,"sapa Jeremy.Sara terkejut.
"Jeremy..."balasnya.Jeremy hairan gelagat Sara.
"Kau okey ke?"soal Jeremy.Sara tersenyum sambil menggeleng.
"Aku okey.Jangan risaulah.Wah...patutlah asyik tersengih-sengih je.Rupa-rupanya...musim bunga dah tiba,"usik Sara.
"Musim bunga?Tapi...sekarangkan musim luruh..."Jeremy pura-pura tidak faham.
"Tak payah nak buat-buat tak fahamla,Jeremy.Menyampah!"balas Sara sambil mencebik.Jeremy menggaru kepalanya yang tidak gatal itu."Tahniah,"sambung Sara lagi.
"Gomawo..."kata Jeremy.Mereka terdiam seketika."Em...kau bila lagi,Sara?"soal Jeremy.Sara menoleh ke arah Jeremy.
"Apa?"soal Sara,tidak memahami.
"Kau dengan Kenla...bila lagi?"soal Jeremy.
"Ken?Sejak bila pula aku dengan Ken pula ni?Mengarut je la.Tak payah nak sibuk hal aku.Kau sibuk-sibukkan dulu hal kau dengan Hanna tu.Baru bahagia sikit,dah berlagak,"balas Sara.Jeremy ketawa.
"Mana ada.Aku seriusla tanya kau,"kata Jeremy.
"Masalahnya aku dengan Ken tu tak ada apa-apalah,Jeremy,"kata Sara.
"Oh...kau tak pernah tahu rupanya,"kata Jeremy.
"Apa?"soal Sara.
"Ken pernah cakap dengan aku...yang dia...adalah mengharapkan sesuatu dari kau.Gaya dia macam dah angau sangat kat kau je,"balas Jeremy.Kening Sara terangkat sebelah.
"Tak payah nak mengada-ngada kat sini.Dahlah...pergilah kat Hanna kau tu,"kata Sara sambil menolak tubuh Jeremy masuk ke bilik muzik itu.



Jeremy


Hanna


 Sara


Jeremy memunggah baju-bajunya dari dalam almari.Dia cuba untuk mencari baju yang sesuai dipakai untuk pertandingan pada esok hari.
"Opp...eh,kenapa bersepah ni?"soal Hanna,pelik dengan keadaan bilik Jeremy yang bersepah itu.
"Cari baju nak pakai esok,"jawab Jeremy,tanpa menoleh ke arah Hanna.Hanna melabuhkan punggung di atas katil Jeremy.
"Oppa ni,macam perempuanlah,"kata Hanna.
"Kenapa pula?"soal Jeremy yang masih leka memunggah baju itu.
"Yela,selalunya perempuan yang selalu gelisah nak pakai baju lawa-lawa untuk apa-apa event macam ni,"jawab Hanna.
"Esok penting tau.Tak guna kalau saya nyanyi sedap tapi imej tak okey.Hanna tak nak saya dapat biasiswa untuk sambung study kat oversea ke?"soal Jeremy.
"Mestilah nak.Sebab Hanna boleh ikut sekali,"jawab Hanna sambil ketawa.Jeremy melabuhkan punggung di sebelah Hanna.Dia melepaskan keluhan.
"Saya mesti dapatkan juga biasiswa tu,"kata Jeremy.
"Kenapa?"soal Hanna.
"Sebab...impian saya adalah untuk menjadi penyanyi yang bukan sahaja pandai menyanyi,malah pandai dalam semua bidang muzik.Music is my life,"jawab Jeremy sambil melemparkan pandangannya ke luar,seolah-olah melihat masa hadapannya.Hanna tersenyum mendengar kata-kata Jeremy yang penuh bermakna itu.Jauh di sudut hatinya,dia turut mendoakan kejayaan Jeremy dalam pertandingan esok hari.
"Tapi,kalau ditakdirkan...saya tak dapat menang esok,saya terima seadanya,"sambung Jeremy lagi.
"Oppa tak boleh cakap macam tu.Belum cuba belum tahu,"kata Hanna.
"Saya betul-betul maksudkan kata-kata saya,Hanna,"kata Jeremy.
"Tapi,Oppa kan cakap yang muzik adalah nyawa Oppa,"kata Hanna.Jeremy menoleh ke arah Hanna.Tangan wanita itu digenggamnya erat.
"Hannalah nyawa saya.Muzik ada di mana-mana sahaja.Tapi Hanna ada satu...tak boleh cari yang lain,"ucap Jeremy sambil mencium lembut tangan Hanna.Hati Hanna tersentuh.
"Oppa..."
"Percayalah...saya akan selalu melindungi Hanna dari apa pun,"kata Jeremy,mengikat satu janji.Hanna memeluk tubuh Jeremy.
"Gomapda..."ucapnya,sambil mengalirkan air mata.

"Wah...handsomenya kawan aku ni!"puji Ken sambil menepuk bahu Jeremy.Jeremy tersengih malu.
"Ala...Hanna yang pilihkan.Okey kan?Sesuai tak dengan lagu yang aku nak perform ni?"soal Jeremy berkali-kali.
"Aku speechless...seriously.Daebaklah!"kata Ken.
"Tak payah nak over lah Ken,"balas Jeremy.Ken ketawa."Jari kau okey tak?"soal Jeremy.Ken angguk.
"Don't worry,buddy.Aku okey dan bersedia,"kata Ken.
"Bagus,"kata Jeremy.
"Hanna datang tak?"soal Ken.Jeremy angguk sambil tersenyum."Tahniah,Jer,"ucap Ken.
"Kenapa?"soal Jeremy.
"Keputusan kau tepat sekali.Aku bangga dengan kau,"kata Ken.Jeremy tersenyum.Ya,memang keputusan aku tepat sekali,bisik hatinya.

Hanna sabar menanti giliran Jeremy untuk membuat persembahan.Hatinya amat teruja.Pasti persembahan Jeremy sangat hebat.Peluangnya untuk menang pasti cerah.
"Peserta seterusnya,dipersilakan Jeremy dengan lagunya yang bertajuk 'One Word'"kata pengerusi majlis itu.Hanna menjerit.
"Hwaiting,Oppa!!!"
Jeremy tersenyum ke arah Hanna.Hanna turut membalas senyuman Jeremy.Dia melambaikan tangannya ke arah Jeremy,sebagai tanda sokongan.

Naega hangaji mot ha-neun mal
Naega hangaji mot teun-neun mal
Saranghae nol saranghae
Hanmadireul kaseume sumgyo nohko
Naege nunmulman chuot-don mal
Naege apeumman chuot-don keu mareul
Irohke nol bonae-neun sun-ganedo
Marhaji motha-neun mal nol saranghae

Chi-geum gyote so in-neunde
Non daeche nugul bogo-in-neunji
Nae mam hana moreu-neun
Niga wonmang-seuro

Hanbonman dwireul dora-bwa
No hanaman bara-neun nal
Sarangi noreul pureu-neunde
Mon gonman bogo
Apahago in-neun-goya

Naega hangaji mot ha-neun mal
Naega hangaji mot teun-neun mal
Saranghae nol saranghae
Hanmadireul kaseume sumgyo nohko
Naege nunmulman chuot-don mal
Naege apeumman chuot-don keu mareul
Irohke nol bonae-neun sun-ganedo
Marhaji motha-neun mal nol saranghae

Hanbonman nae son jabajwo
Nol itorok para-neun nal
Tareun sarange apahaedo
Nae pume angyo
Keu nunmuldo takkajul-kke

Kaseumi mae-il bureu-neun mal
Kaseumi mae-il we-chi-neun mal
Saranghae nol saranghae
Hanmadireul nunmullo chiwonohko
Nareul o-neuldo salgehan mal
Naega o-neuldo motji-un keu mareun
Saranghae nol saranghae
Ki hanmadi
Noyege teud-koshipo
Naega hangaji mot ha-neun mal
Naega hangaji mot teun-neun mal
Saranghae nol saranghae
Hanmadireul kaseume sumgyo nohko
Naege nunmulman chuot-don mal
Naege apeumman chuot-don keu mareul
Irohke nol bonae-neun sun-ganedo
Marhaji motha-neun mal nol saranghae

Nyanyian Jeremy mendapat tepukan gemuruh.Hanna tersenyum lebar saat mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Jeremy itu.Bangga Jeremy dapat memberikan persembahan yang terbaik.
"Hanna..."kata Jeremy.Hanna terkejut apabila namanya disebut oleh Jeremy.
"Saya ada satu perkataan yang nak saya katakan pada awak.Saya akan mengulanginya sampai bila-bila...Hanna...SARANGHAEYO..."Ucapan Jeremy mendapat tepukan gemuruh dari para penonton.Hanna terpana.Jeremy mengakui cinta padanya di khalayak ramai.Air matanya mengalir.Terharu dengan keberanian Jeremy.
"Saranghae,Jeremy..."ucapnya dalam tangisan.



No comments:

Post a Comment