29 January, 2011

Untitled Story Part XIII

4 tahun kemudian...


Keith memasuki bilik Hanna tanpa disedari oleh wanita itu yang sedang kusyuk melukis pakaian rekaannya yang harus dihantar secepat mungkin sebelum datelinenya tiba.Keith kemudiannya mengawang-awangkan surat putih di hadapan Hanna.Hanna mendongak kemudian menyambung kerjanya semula.
"Tak payahlah,oppa.Tak terkejut pun,"kata Hanna,selamba.Keith melabuhkan punggung di hadapan meja Hanna.Kemudian dia meletakkan surat putih kepunyaan Hanna itu di atas meja.
"Apa tu?"soal Hanna.
"Suratlah.Takkan pizza kot,"jawab Keith.Hanna mencebik.
"Ish,oppa ni.Bergurau pula,"balas Hanna.Keith tersenyum.
"Ai...nak marah oppa pula.Dah tu surat Hanna,takkan oppa nak baca,"kata Keith.Kening kanan Hanna terangkat.
"Surat Hanna?"soal Hanna,meminta kepastian.Keith angguk,sebagai membalas pertanyaan adiknya itu.
"Rasanya surat tu dari Korea,"kata Keith.Hanna berhenti melakukan kerjanya.Hatinya terusik.Keith menyedari riak wajah Hanna yang berubah itu.
"Bacalah dulu surat tu.Em...mungkin dari omma ke..."Keith cuba memulihkan suasana yang suram itu.Hanna angguk lalu membuka surat itu.Keith sekadar memerhati Hanna yang sedang membaca surat itu.Tidak lama kemudian,Hanna meletakkan semula surat itu di atas meja.
"Kenapa,Hanna?"soal Keith,namun tidak dijawab oleh Hanna.Keith terus mengambil surat itu lalu membacanya.Perlahan-lahan,bibirnya mengukir senyuman manis.
"Wah,Hanna dapat offer jadi fesyen designer kat FNC Entertainment Agency!Tahniah,Hanna,"ucap Keith sambil mengusap kepala adiknya itu.Hanna sekadar tersenyum nipis.
"Lah...kenapa ni?Macam tak happy je?"soal Keith.
"Mana ada.Hanna cuma..."
"Sampai bila Hanna nak bersembunyi macam ni?"soal Keith.Hanna diam.Keith sudah maklum mengenai masalahnya.Semuanya.Tiada satu pun yang dirahsiakan.Demi kebahagiaan Jeremy,dia rela membawa diri ke New York dan tinggal bersama dengan abangnya yang turut bekerja dan bermastautin di sana.Sehingga kini,hanya Keith yang memahami masalah sebenarnya.Hatta omma dan appanya turut dirahsiakan dari mengetahui masalahnya.
"Hanna..bukan bersembunyi.Cuma,Hanna seronok duduk kat sini.Oppa pun suka kan kalau Hanna duduk sini,temankan oppa?"jawab Hanna,pura-pura tersenyum.Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Keith melepaskan keluhan berat.
"Masalahnya oppa tak suka tengok Hanna sedih macam ni.Apa salahnya kalau Hanna balik semula ke Korea?Korea kan tempat Hanna.Lagipun,ramai kawan-kawan Hanna kat sana,"pujuk Keith.
"Tapi Hanna kan dah ada kerja kat sini.Takkan Hanna nak berhenti?Nanti apa pula Miss Ella cakap?"Hanna cuba memberi alasan lagi.
"Miss Ella tu kawan oppa.Pandai-pandailah oppa nak berdialog dengan dia,"balas Keith.Hanna diam.Keith nampaknya bersungguh-sungguh mahu dia menerima tawaran itu dan pulang ke Korea.Keith mendekati Hanna.Bahu adiknya itu disentuh.
"Setiap masalah ada penyelesaiannya.Tapi menyembunyikan diri macam ni,bukannya menyelesaikan masalah,menambahkan masalah adalah.Lagipun,takkan Hanna tak nak tahu sikit perkembangan Jeremy?Dia sihat ke...sakit ke..."pujuk Keith.Hanna menundukkan wajahnya.Keith mendongakkan wajah Hanna.
"Oppa nak adik oppa yang dulu.Hanna yang suka ketawa,bergurau,manja...nakal...tapi bukan Hanna yang lemah macam ni.Oppa tak nak masuk campur hal Hanna dengan Jeremy.Cuma,oppa nak Hanna tak takut hadapi masalah.Setiap masalah tu,ada hikmahnya.So,just think about it,"kata Keith,lalu beredar meninggalkan Hanna keseorangan di situ.

************

"Saya Hanna.Saya ditawarkan untuk menjadi pereka fesyen bagi agensi FNCE ni.Jadi,di mana saya boleh berjumpa dengan pengurus agensi ni ya?"soal Hanna kepada seorang pekerja wanita yang sedang bertugas.
"Oh,Cik Hanna boleh naik ke tingkat 7.Nanti Cik Hanna akan dibawa berjumpa dengan pengurus oleh setiausaha di atas,"jawab wanita itu.
"Oh,kamsahamida,"kata Hanna sambil tersenyum.

"Bilik Cik Hanna di sini.Jadi,kalau Cik Hanna ada masalah,Cik Hanna bolehlah berurusan terus dengan saya,ya?"kata setiausaha itu.
"Oh,kamsahamida,"ucap Hanna.Kemudian,setiausaha itu mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
"Ni petunjuk ke bilik rehat FT Island.Awak kena peka dengan jadual mereka.Setiap kali mereka hendak buat persembahan atau apa-apa agenda luar,awak kena sediakan pakaian baru yang sesuai dengan event yang mereka hadiri.Ni jadual mereka untuk minggu ni.Dan,apa yang penting...awak kena ambil ukuran mereka setiap kali awak nak design baju baru.Encik Oh tak suka kalau mereka pakai baju baru dengan ukuran lama.Awak faham kan?"soal setiausaha itu.Hanna angguk.
"Arasso..."jawab Hanna.
"Tapi...awak kena tahan sikit dengan perangai Emmet.Dia tu agak ...cerewet...Dah ramai fesyen designer kami yang berhenti sebab tak tahan dengan perangai dia.Encik Oh betul-betul harap yang awak boleh bekerja di sini dengan lebih lama.Jangan risau,kalau ada masalah,jumpa terus dengan Encik Oh pun tak apa,"kata setiausaha itu.
"Okey,"kata Hanna.Pada waktu yang sama,jantungnya berdegup pantas.Bimbang dengan pekerjaan barunya yang mencabar itu.

"Ah...letih nya!!!"Alan merungut.Dia menghempaskan dirinya di atas sofa.Danny meletakkan gitarnya sambil menyanyi."Kau ni...tak penat-penat ke,Danny?Tadi dah menyanyi...ni menyanyi lagi,"kata Alan.
"Ala,penat lagi tangan aku.Lagipun,rapping aku sikit je tadi,"kata Danny,lalu meneguk segelas air.Membasahkan tekaknya yang kering.
"Eh,bila Leader nak balik?Dah lama dia cuti ni,"celah Mackey,tiba-tiba.Danny menjungkit bahunya.
"Kenapa?Jealouslah tu tak dapat cuti lama,"kata Alan.
"Taklah.Macam janggal je Leader tak ada,"kata Mackey.Danny mencebik.
"Tak payah nak berlakonlah,Mackey hyung.Bukan hyung boleh conquer bilik Leader ke kalau Leader tak ada?Poyolah hyung ni,"kata Danny.Alan ketawa.
"Mana ada.Jangan tuduh-tuduh ekh,"kata Mackey.
"Eh,mana Emmet Hyung?"soal Danny.
"Rasanya dia pergi makan.Dia kan kuat makan,"kata Alan,selamba.

Hanna memasukkan duit ke dalam mesin,lalu menekan butang untuk memilih air yang ingin diminumnya.Dia meneguk jus oran itu bagi membasahkan tekak yang kian dahaga itu.Telinganya menangkap bunyi gitar yang dipetik tidak jauh dari tempatnya berdiri.Perlahan-lahan,dia melangkah mendekati ke arah bunyi gitar itu.Dia bersembunyi di sebalik dinding.Ketika itu,matanya menangkap susuk tubuh lelaki yang sedang duduk membelakanginya sambil memetik gitar.
"Siapa tu?"soalnya sendiri.Hanna terleka seketika seperti dibuai-buaikan oleh alunan lagu yang dimainkan oleh lelaki itu.Tiba-tiba,deringan telefon bimbit Hanna mengganggu suasana tenang itu.Hanna terkejut.Pantas sahaja,dia menjawab panggilan itu.

Beberapa minit kemudian,panggilan itu dimatikan.Hanna menghela nafas panjang.Kemudian,dia menyorok semula di sebalik dinding untuk mendengar lagi lagu yang dimainkan oleh lelaki itu.Namun,hatinya hampa apabila menyedari lelaki itu tiada lagi di situ.
"Eh,mana dia pergi?"soal Hanna.Dia mencari-cari lelaki itu.
"What are you doing here?"Kedengaran suara lelaki di belakangnya.Mata Hanna terbeliak.Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah suara itu.
"Sorry,saya tak berniat nak..."Hanna terkedu saat dia melihat wajah lelaki itu.Jantungnya seolah-olah berhenti berdegup.Tin jus terlepas dari tangannya.
"Kau ni kenapa?Macam nampak hantu je,"kata lelaki itu.Hanna mendekati lelaki itu.Lelaki itu memandang pelik ke arahnya.
"Jer...Jeremy?"soal Hanna.
"Yah...What's wrong with you?"soal lelaki itu.
"Jeremy...Jeremy kan?"Hanna terus menyoal lalu memegang tangan lelaki itu.Lelaki itu melepaskan tangan Hanna,kasar.
"Kau siapa?Aku bukan Jeremy!"kata lelaki itu.Hanna terkejut.
"T...t...ap.."
"Gila..."kata lelaki itu,lalu meninggalkan Hanna.Hanna terduduk.
"Mustahil...Jeremy..bukan macam tu.."bisiknya.Perlahan-lahan,air matanya mengalir.


Hanna mengetuk pintu sebelum memasuki bilik rehat FT Island.Hari ini,dia perlu mengambil ukuran badan mereka untuk direkakan baju yang baru.Jantungnya berdegup kencang apabila menyedari pintu bilik itu dibuka dari dalam.Kelihatan wajah Danny muncul di hadapannya.
"Ya,awak siapa?"soal Danny.Hanna menundukkan sedikit badannya.
"Selamat pagi.Saya Hanna,pereka baju awak yang baru,"jawab Hanna,sedikit gagap.
"Oh,awaklah pereka baju yang baru tu.Masuklah,"pelawa Danny.Hanna tersenyum.
"Eh,siapa ni?"soal Alan apabila melihat Danny membawa Hanna memasuki bilik rehat mereka.
"Kenalkan,ni Cik Hanna,pereka baju baru kita.Cik Hanna,kenalkan...ni FT Island's member,"kata Danny.Alan mendekati Hanna lalu menghulurkan salam perkenalan.
"Hi,saya Alan.Pemain drum FT Island,"kata Alan,mesra.Salamnya disambut Hanna.Kemudian,tubuh Alan ditolak oleh Mackey.
"Saya Mackey.Pemain gitar dan vokalis nombor 2 terpenting,"kata Mackey sambil ketawa.Hanna turut menyambut tangan yang dihulur Mackey.Kemudian,Hanna menoleh ke arah Danny.
"Awak?"soal Hanna.
"Oh...saya Danny.Sama macam Mackey.Cuma lebih kepada rapping,"kata Danny."Hah...mana Emmet hyung?"soal Danny apabila menyedari ketiadaan Emmet di situ.
"Emmet?"soal Hanna.Seperti pernah dengar nama itu.
"Em,Emmet.Dialah orang yang paling penting dalam group ni.Kalau dia sakit,tak boleh performlah kami.Leader pun tak sepenting dia,"kata Danny.
"Iya?Jadi..mana mereka berdua?"soal Hanna,ingin tahu.
"Leader baru balik dari Ulsan.Tak pastilah kalau dia datang ke tak hari ni.Sebab tadi pun dia tidur lagi,"Mackey mencelah.
"Emmet hyung tu...unexpected sikitlah.Kami pun pening mana dia menghilang,"sambung Alan pula.
"Oh..."balas Hanna.Pelik juga dengan perangai Emmet tu.Siapa Emmet ya?


"Terima kasih,Cik Hanna.Jomlah,makan sekali.Boleh kita kenal-kenal lagi,"pelawa Mackey setelah selesai diambil ukuran bajunya.Hanna tersenyum.
"Tak apalah.Awak pergilah dulu.Lagipun,saya banyak kerja lagi ni,"kata Hanna,sambil menolak lembut ajakan dari Mackey.
"Okeylah,kalau macam tu.Kami pergi dulu,"kata Mackey.Hanna mengemaskan barang-barangnya sebelum beredar.Diperhatikannya bilik rehat FT Island yang mewah itu.Hatinya berdetik sendiri.
Fikirannya melayang jauh terhadap seseorang yang amat dirinduinya.Jeremy.Melihat peralatan-peralatan muzik yang terdapat di bilik itu,mengingatkannya kepada Jeremy.Jeremy amat mencintai muzik.Seperti menyanyangi nyawanya sendiri.
"Kau siapa?"Hanna menoleh ke belakang.Hanna terkejut apabila melihat lelaki yang menyerupai Jeremy itu berdiri di belakangnya.
"Ah...ma..ma"
"Kau ikut aku ye?"soal lelaki itu.Hanna enggan bertentang mata dengan lelaki itu.Matanya sangat menakutkan.
"Maaf...saya cuma buat kerja saya.Tak ada niat apa-apa..."kata Hanna,masih ketakutan.
"Oh...kau ni...pereka baru ke?"soal lelaki itu selepas menyedari barang-barang Hanna yang masih belum dikemas di situ.Hanna perlahan-lahan angguk.Lelaki itu tersenyum sinis."Baik kau berhenti je.Aku rasa kau tahu kan sejarah pereka baju kat syarikat ni.Kau tak kenal aku lagi siapa kan?Oh,tak...mustahil kau tak kenal aku..."kata lelaki itu.Hanna menundukkan wajahnya.
"Saya nak ke bilik saya semula..."kata Hanna lalu beredar.Namun niatnya dihalang apabila lelaki itu dahulu dapat mencapai tangannya.
"Aku tak habis cakap lagi.Jadi,kau tak boleh pergi dari sini,"kata lelaki itu.Kemudian,dia mendekati Hanna.Hanna cemas.Kali ini,bayangan Jeremy pada lelaki itu hilang sama sekali.Mereka amat berlainan,Berlainan dari semua aspek.
"Aku harap...kau masih mengenali aku,"bisik lelaki itu.Hanna terkejut.Dipandangnya ke arah lelaki itu.Namun,lelaki itu sudah membelakanginya.
"Apa maksud awak?"soal Hanna.Lelaki itu tersenyum sinis.
"Em,nampaknya aku masih belum dikenali ramai lagi,"kata lelaki itu.Kemudian,dia berpaling ke arah Hanna.Hanna masih memandang ke arahnya.
"Aku...orang yang paling penting dalam kumpulan ni.Aku...Emmet!"Hanna terkejut apabila mendengar pengakuan lelaki bernama Emmet itu.Dialah orangnya!Walaupun jauh di sudut hati,sukar untuk menerima kenyataan bahawa lelaki itu bukan Jeremy,namun dia cuba berfikiran waras.Mungkin pelanduk dua serupa.Apatah lagi perangai mereka berdua sangat berbeza.Penampilan juga berbeza.Jeremy lebih lembut dan baik hati dalam semua aspek jika mahu dibandingkan dengan Emmet.Rambutnya kekuningan,matanya bercelak,menunjukkan perwatakannya yang sombong dan kasar.
"Jadi..kau dah kenal aku kan?"'soal Emmet.Kemudian dia melangkah ke arah pintu.
"Hati-hati.Perjalanan kau di sini...tak semudah yang kau sangkakan...Selagi Emmet ada,kau takkan rasa senang,"kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.Kemudian,dia beredar dari situ.Hanna terasa kakinya lemah untuk berdiri.Terasa amat sukar mempercayai kenyataan yang baru diterimanya.Kalau dia bukan Jeremy...jadi...di mana Jeremy?






FT ISLAND as FT ISLAND


Lee Hong Gi as Emmet


Suzy Miss A as Hanna


Jong Hyun CN Blue as Keith

No comments:

Post a Comment