20 January, 2011

Untitled Story Part VII

Hanna terjaga dari tidurnya apabila terdengar sesuatu dari bawah.Dia terkejut apabila mendapati dirinya sedang berada di biliknya sendiri.
"Eh,bukan aku kat bilik Jeremy ke tadi?Bila pula aku ada kat sini?"soalnya sendiri.Hanna berfikir seketika."Em...entahlah...Biarlah,"katanya perlahan sambil turun dari katilnya.Dia melihat jam yang tergantung kemas pada dinding biliknya itu."Dah pukul 6 petang..."katanya sambil berjalan lemah menuju ke bilik air.Namun langkahnya terhenti seketika selepas beberapa saat.Matanya terbeliak."6 petang??!!!"Pantas sahaja kakinya menuju ke bilik Jeremy.Namun Jeremy tiada di biliknya.Hatinya masih bimbang terhadap kesihatan Jeremy,pada masa yang sama dia turut memarahi dirinya sendiri apabila masih boleh selesa berehat di biliknya sendiri.
"Jeremy pergi klinik sendiri ke?"soalnya sendiri sambil melabuhkan punggung di atas katil Jeremy.Hanna mengetuk perlahan kepalanya,seolah-olah menyalahkan dirinya yang cuai.Namun,perbuatannya terganggu apabila terdengar sesuatu dari bilik air yang terdapat di dalam bilik Jeremy itu.Hanna melangkah perlahan ke arah bilik air itu.
"Jeremy..?"

Jeremy membuka pintu bilik airnya sambil mengelap rambut hitamnya yang masih basah itu.Langkahnya terhenti apabila mendapati Hanna sedang berdiri di hadapannya.Muka Hanna merah padam apabila melihat Jeremy sekadar bertuala di pinggang sekaligus menampakkan separuh daripada tubuhnya.Jeremy tersenyum sambil menyarungkan tuala kecil yang digunakannya untuk mengeringkan rambutnya itu ke atas kepala Hanna.
"Jangan pandang lama-lama,"usik Jeremy sambil berjalan menuju ke arah almarinya.Hanna segera menarik tuala kecil yang berada di atas kepalanya itu.
"M..m..mana ada.Tak nampak pun...dan..me..memang tak nak tengok pun,"balas Hanna,malu.Kemudian dia menoleh ke belakang.Pantas sahaja dia menutup wajahnya apabila melihat Jeremy yang masih bertuala itu sedang menyarungkan seluar putih paras lutut.
"Ish,tak malunya awak ni,"kata Hanna.Jeremy cuba menjatuhkan tangan wanita itu namun ditahan oleh Hanna."Saya tak nak tengoklah,"balas Hanna yang masih menutup wajahnya.
"Saya dah siaplah,Hanna,"kata Jeremy,hampir ketawa apabila melihat kelakuan Hanna yang lucu itu.Perlahan-lahan,Hanna membuka matanya.Jeremy tersenyum sambil mencubit lembut hidung Hanna.
"Siapa yang tak malu sebenarnya ni?"usik Jeremy.Hanna menggosok-gosok hidungnya.
"T..tak adala...Lain kali tukarla kat bilik air ke...tak pun,bagilah signal.Ni tak,senyap-senyap je,"balas Hanna.Jeremy tersenyum.
"Awak masuk bilik saya pun tak bagi signal.Tak adillah macam tu,"kata Jeremy lagi.Hanna mencebik.Jeremy sekadar memerhati.Hanna kaget dengan pandangan Jeremy yang sedikit berlainan dari biasa itu.
"Kenapa?"soal Hanna,sedikit tidak selesa dengan pandangan Jeremy.Namun Jeremy masih membisu.Hanna menundukkan wajahnya.Kalau diikutkan mahu sahaja dia melangkah keluar dari bilik itu.Perlahan-lahan ,Jeremy memegang tangannya.Hanna tergamam.Dia turut mengangkat wajahnya memandang Jeremy."Jer...Je.."Mulutnya terkunci apabila Jeremy mencium dahinya.Hanna terkejut dengan tindakan Jeremy yang tidak disangkanya itu.
"Ni...sebagai hadiah terima kasih dari saya..."kata Jeremy,lembut.Hanna memandang ke arah Jeremy.
"Untuk...untuk apa?"soal Hanna,tidak mengerti.Jeremy menguntum senyuman manis sambil meletakkan tangan Hanna pada dahinya.
"Awak...demam awak dah kebah...?Awak dah sihat..!"kata Hanna,hampir menjerit kerana terlalu gembira.Jeremy tersenyum."Awak dah ok...Eloklah..."ulangnya lagi.
"Semuanya sebab awak.Awak dah bersusah payah jaga saya dari pagi tadi...Kalau awak tak ada,mungkin saya masih demam lagi,"kata Jeremy.Hanna tersenyum malu.
"Tak adalah.Awak tu yang kuat,"balas Hanna,merendah diri.Malu menerima pujian Jeremy itu.
"Terima kasih,Hanna..."ucap Jeremy.Hanna tersenyum.Kemudian,Jeremy menarik lembut tangan Hanna,menuju ke arah katilnya.Dia membiarkan Hanna melabuhkan punggung di atas katilnya.Jeremy mengambil gitar yang terletak kemas di atas lantai biliknya itu.Kemudian,dia turut melabuhkan punggung di sisi Hanna.
"Saya ada karang satu lagu tau.Awak nak dengar tak?"soal Jeremy sambil menoleh ke arah Hanna.
"Awak ada buat satu lagu?"soal Hanna,tidak percaya.Jeremy angguk.Jeremy mula memainkan lagunya.


The you I love, is leaving me
Though I haven't yet said a word in my defense

The you I love, says she wants to be happy
I haven't been able to say a word in pleading

Always, looking at your sad expression
I neglected you under the pretense of being busy
Because I was a wretched fool

I didn't know then
Because I didn't know how to love
Because I didn't know how to hold you warmly

That a soft heart
Would collapse and fall, I didn't know
And without thinking, I turned away from you

I didn't know then
Because I didn't know how to love
I came to leave you alone

Even saying sorry seems awkward
So I've passed you by again, pretending not to know

Even if you meet someone else,
He'll probably be better than me
Because of this, I'm sending you away

Even if I meet someone else,
It'll never be you
Because of this, I can't erase you

All that's left is a sorry heart
All I have left to say is goodbye
Even though my heart knows

I didn't know then
Because I didn't know how to love
Because I didn't know how to hold you warmly

That a soft heart
Would collapse and fall, I didn't know
And without thinking, I turned away from you

I didn't know then
Because I didn't know how to love
I came to leave you alone

Even saying sorry seems awkward
So I've passed you by again, pretending not to know

Even though I know now
Even though I know how to love
The person whom I wish to love isn't here

A love that has given only tears
I hope everyone will forget and be happy at all costs
Everyday, while crying, all I do is pray

That in my next life, I won't have a young love
When I really understand love,
If I meet you then, I'll take you into my arms
So that we'll only have happy dreams

Even though now, I'm sending you away



*(song-because i don't know how to love)






Hanna kaku apabila mendengar nyanyian Jeremy yang sungguh indah itu.Liriknya sangat menyentuh naluri wanitanya.Lagu itu seolah-olah menceritakan perasaan yang terpendam jauh Jeremy terhadap seseorang yang amat dicintainya.
"Syahdunya lagu awak..."kata Hanna.Jeremy sekadar tersenyum nipis.
"Awak suka?"soal Jeremy.Hanna angguk perlahan.
"Saya tak sangka...cinta awak terhadap...Sara...sangat mendalam.Lagu ni dah cukup buat saya faham tentang perasaan awak,"luah Hanna.Jeremy menoleh ke arah Hanna,terkejut mendengar kata-kata Hanna itu.Hanna sekadar menundukkan wajahnya.Dia sendiri sukar mengakui kebenaran kata-katanya itu.
"Kenapa awak cakap macam tu?"soal Jeremy.Hanna menggeleng.Dia berpura-pura tersenyum ke arah Jeremy.
"Awak ni...kalau dah suka sangat dekat Sara,jangan simpan lama-lama.Cakap je yang awak cintakan dia.Sara tu cantik tau.Nanti kalau melepas,awak juga yang rugi,"kata Hanna.Jeremy tersenyum nipis.
"Hanna,saya dengan Sara...kawan je..."kata Jeremy.
"Ala,malu nak mengaku konon.Tak apa,kalau awak nak saya tolong,just let me know.Okay?"soal Hanna.Jeremy sekadar membisu.Hanna kemudiannya berdiri sambil mula melangkah keluar dari bilik Jeremy.
"Saya nak mandi dulu.Nanti pukul 8,kita makan kat bawah okey?Jangan lambat tau,"kata Hanna,sebelum menutup pintu bilik Jeremy itu.Jeremy tidak membalas.Hanna sekadar membiarkannya.


Hanna bersandar pada pintu biliknya.Hatinya sebak.
"Kenapa aku cakap macam tu?Bukan ke hati aku sakit kalau...Jeremy memang betul cintakan Sara?"soalnya sendiri.Dia memegang dahinya.Masih terasa panas kerana kucupan lembut Jeremy sebentar tadi.Perlahan-lahan,air matanya mengalir.
"Aku tipu kau,Jeremy...aku tak nak kau bersama dengan Sara...."Air matanya mengalir laju.
"Aku harap sangat...lagu tu adalah untuk aku,Jeremy..."sambungnya lagi.Hanna terus menangis.Ketika ini,tiada lagi bayangan Nick yang menghiasi hatinya.Tiada lagi cinta Nick yang menjadi dambaannya.Tiada lagi kasih Nick yang menemani hatinya.Tetapi...hanyalah perhatian dan cinta dari seorang lelaki bernama Jeremy.Seorang lelaki yang pernah amat dibencinya suatu ketika dahulu.











No comments:

Post a Comment