08 January, 2011

Untitled Story Part II


Lee Hong Gi as Jeremy


Suzy Miss A as Hanna



“Apa?!!Omma dengan appa nak datang?”soal Hanna,terkejut menerima panggilan dari ommanya.Langsung matanya tidak berkedip mendengar kata-kata ommanya.

“Kenapa?Hanna tak suka ke omma dengan appa nak datang?Lagipun omma rindu sangat dengan Hanna.Jeremy macam mana?Sihat?”soal Puan Meia.Sesekali Hanna menjeling kea rah Jeremy yang sedang memerhatikannya dari jauh.Dia mencebik.
“Em..dia okey..”jawabnya acuh tak acuh.Puan Meia pelik dengan perubahan suara anaknya.Seperti ada yang tak kena.”Tak apalah,omma.Nanti kalau omma dengan appa dah sampai,telefon Hanna ye,”Hanna segera mematikan panggilannya.Jeremy melangkah ke arahnya.
“Kenapa ni?”soal Jeremy.Hanna melepaskan keluhan berat.Berat kepalanya memikirkan masalah yang bakal berlaku.”Omma dengan appa nak datang ye?”soal Jeremy lagi.Hanna menoleh ke arahnya.Terkejut bukan kepalang Hanna apabila mendapati Jeremy berdiri terlalu hampir dengannya.Bau minyak wangi yang dipakai Jeremy itu menusuk hidungnya.Hanna terkaku sebentar.Jeremy hairan.Dia mengawang-awangkan tangannya di hadapan mata Hanna.
“Hanna..are you okay?”soal Jeremy.Hanna seolah-olah baru terjaga dari tidurnya apabila tangan Jeremy menyentuh bahu kirinya.Pantas dia melepaskan tangan Jeremy itu,lalu dia beredar dari situ.Malu diperlakukan begitu.Sebaik sahaja Hanna yakin bahawa dirinya sudah jauh daripada pandangan Jeremy,laju sahaja kakinya melangkah ke arah tandas.Dia bersandar di dinding tandas itu sambil menarik nafas panjang.
“Apasal ni?Tiba-tiba je…”Hanna menyoal dirinya sendiri.Sebelum ini,dia sangat menjaga jaraknya dari Jeremy.Tetapi tadi…Fikirannya melayang seketika…
Selama ini,Hanna tidak pernah menyedari bahawa Jeremy itu memiliki wajah yang sangat comel.Mempunyai anak mata hazel yang selama ini terlindung daripada kaca mata lelaki itu.Rambutnya yang hitam keperangan itu sangat harum baunya.Mulutnya pula merah merekah,petanda tidak pernah menghisap walau sebatang pun rokok.Entah kenapa suara Jeremy tadi kedengaran indah pada pendengarannya.Padahal sebelum ini,suara itulah yang amat dibencinya.Hanna meletakkan tangannya di dada.Mengharapkan agar degupan jantungnya yang laju itu kembali normal.Hanna melihat wajahnya di cermin.Lama dia merenung kea rah cermin itu seolah-olah Jeremy sedang memerhatinya dari situ.
Lamunannya terganggu apabila menyedari bahunya disentuh dari belakang.Hanna hampir menjerit.
“Ops,sorry Hanna.Tak sengaja…”kata Sara,lembut.Hanna melepaskan nafas lega.Nasib baik…
“Kau kenapa ni,Hanna?Dari tadi aku tengok kau ni asyik termenung je?Teringatkan Jeremy ekh?”duga Sara.Hanna mengerutkan dahinya.
“Nonsense!Tak ada masa lah nak fikir pasal mamat tu.Ish,dahlah aku nak keluar!”balas Hanna,pura-pura marah.Bimbang rahsianya pecah di situ.Laju sahaja kakinya beredar dari situ.Kemudian,dia mengeluarkan telefon bimbitnya dengan niat untuk menghubungi Nick.Alangkah terkejutnya Hanna apabila mendapati terdapat 15 panggilan tidak berjawab dan 7 mesej yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya.Semuanya daripada Nick!!Oh God…keluhnya…

Nick memandang hairan ke arah Hanna yang melintasi di hadapannya tanpa menyedari kewujudannya di situ.Nick cuba melajukan langkahnya ke arah Hanna.Ditariknya tangan Hanna yang lembut itu.Hanna terkejut.
"Hanna,what's wrong with you?Lain macam je oppa tengok Hanna hari ni?"soal Nick,risau.Diletakkan tangannya pada dahi teman wanitanya itu.Tak panas."Tak sihat ke?"soalnya lagi,risau.Hanna menggeleng lemah.Dia malas hendak berjumpa dengan Nick hari ini."Hanna pergi mana?Oppa call tak angkat pun.."Nick cuba bertanya lagi.Apakah Hanna bersama-sama dengan Jeremy sebentar tadi hingga panggilan daripada Nick pun tidak diendahnya?Padahal sebelum ini,Hanna tidak berkelakuan begitu.Hanna tersenyum lemah.
"Tak ada apa-apalah,oppa.Hanna cuma penat je,"balas Hanna.Nick terdiam mendengar jawapan Hanna.Penat?
"Hanna buat apa sampai penat?"soalnya lagi.Hanna melihat jam tangannya.Dia menoleh ke arah Nick.
"Oppa,Hanna kena balik sekarang.Hanna ada hal sikit hari ni.Kalau oppa nak ajak Hanna keluar,lain kali la ye..."kata Hanna.
"Biar oppa hantarkan,"kata Nick,sedikit tidak puas hati dengan kelakuan Hanna ketika ini.Hanna menggeleng.
"Tak apa.Hanna boleh balik sendiri.Annyeong,"kata Hanna sambil melangkah ke arah teksi yang sedang berhenti di hadapannya.Nick tergamam.Apa ni????


No comments:

Post a Comment