15 January, 2011

Untitled Story Part V

Hanna mengesat air matanya yang mengalir.Benarkah apa yang didengarnya sebentar tadi?Sara...sayangkan Jeremy?Kalau benar,apa reaksi Jeremy?Tapi,bukankah mereka dahulu pernah bercinta sebelum Jeremy berkahwin dengannya?Hanna pantas menggeleng.Mengenai status sebenar hubungan mereka dahulu tidak diketahuinya dengan pasti.Malah,dia berasa tidak senang hati sekiranya hal itu adalah benar.Kenapa perlu ada perasaan sebegini?Hatinya menyoal sendiri.Kalau dahulu,Hanna tidak kisah jika Jeremy sering meluangkan masa bersama-sama Sara.Mungkinkah...aku sudah jatuh cinta dengan Jeremy?Hanna menelan air liurnya.Bimbang.Takkan hanya kerana pandangan mata Jeremy dan senyumannya sudah cukup untuk menjatuhkan egonya?
"Tak mungkin.Aku masih cintakan Nick oppa.Ya,mungkin aku sudah selesa berada dekat dengan dengan Jeremy.Tapi hanya sebagai teman,tak lebih dari tu,"katanya perlahan,cuba menyenangkan hatinya.

"Hanna?"Hanna menoleh apabila menyedari namanya dipanggil dari belakang.Sangkaannya adalah Jeremy.Namun senyumannya mulai mengendur apabila melihat Nick sedang melangkah ke arahnya.Hanna berlagak biasa.
"Kenapa sorang-sorang kat sini?Tak ada kelas ke?"soal Nick sambil mengambil tempat di sebelah Hanna.Hanna sekadar membiarkannya."Kenapa ni?Hanna tak sihat ke?"soal Nick sekali lagi.
"Takdelah.Hanna okey je.Cuma...tak ada mood nak masuk kelas,"kata Hanna,berbohong.
"Ni mesti tak siap kerja ni?"duga Nick.Hanna ketawa kecil.
"Hello...sebab Hanna dah siap kerja la,Hanna malas nak masuk kelas hari ni.Boringla..."balas Hanna.
"Kata nak jadi fesyen designer yang terkenal.Tapi kalau tak masuk kelas,macam mana nak jadi terkenal nanti?"soal Nick,sambil membelai rambut Hanna yang panjang itu.Hanna tersenyum.
"Tak apa.Hanna memang dah ada bakat yang terpendam.So,tak perlula kelas-kelas ni semua,"balas Hanna sambil bergurau.Nick ketawa.
"Oh,yela...Hanna oppa ni kan memang hebat orangnya,"kata Nick sambil megusap kepala Hanna.Hanna tersenyum."Bagusla kalau Hanna dah senyum balik macam ni,"kata Nick.Hanna menoleh ke arahnya.
"Apa maksud oppa?"soal Hanna,tidak mengerti.Nick megesat air mata Hanna yang masih berbaki.Hanna terkejut.
"Mesti Jeremy buat Hanna menangis ni,"duga Nick,tiba-tiba.Hanna melepaskan tangan Nick yang masih megesat air matanya.
"Oppa tak baik tuduh orang macam tu tau.Tak semestinya kalau Hanna menangis...semuanya disebabkan Jeremy.Ada banyak alasan lain yang boleh buat Hanna menangis,"balas Hanna,tidak puas hati dengan tuduhan Nick.
"Okey,kalau macam tu..apa alasannya?"soal Nick,ingin tahu.Hanna terdiam.Matanya memandang ke arah lain.
"Tak semua benda Hanna boleh berkongsi dengan oppa.Lagipun hubungan kita masih belum jelas pengakhirannya,"kata Hanna.Nick memegang kedua-dua bahu Hanna.
"Apa maksud Hanna?Apakah Hanna dah yakin untuk hidup bersama dengan Jeremy ke?"soal Nick.Hanna rimas.
"Apa oppa ni?Lepaslah.Tak malu ke kalau orang lain nampak?"balas Hanna,rimas.
"Hanna jangan lupa pasal perjanjian tu.Jangan lupa dengan apa yang Hanna dah janjikan dengan oppa.Oppa tak suka Hanna mungkir janji,"kata Nick,tegas.
"Perjanjian tu hanya sah di antara Hanna dengan Jeremy.Bila-bila masa perjanjian tu boleh terbatal,cuma tak tahu bila dan kemungkinannya untuk berlaku.Jadi oppa tak boleh ugut Hanna macam ni!"marah Hanna."Sekarang lepaskan Hanna atau..."belum sempat Hanna menghabis kata-katanya,pantas sahaja mulutnya dikucup oleh Nick.Hanna terkejut.

"Wah,best jugak lagu yang kau gubah tadi,"puji Ken sambil menepuk bahu Jeremy.Jeremy tersenyum.
"Tak adalah.Biasa je..."balas Jeremy,rendah diri.
"Kalau Mr.El dengar lagu kau tu,aku yakin kau terpilih untuk ke pertandingan tu nanti.Aku berani potong jari tau,"kata Ken bersungguh-sungguh.
"Best jugak kalau dapat kan.Dapat jugak aku tengok jari kau kudung,"kata Jeremy sambil ketawa.Begitu juga dengan Ken.Namun,tawa Jeremy terhenti apabila melihat sesuatu yang sukar dipercayainya berlaku di hadapannya.Ken pelik dengan perubahan Jeremy yang tiba-tiba itu.
"Jer,kenapa ni?"soal Ken.Namun Jeremy masih membisu.Matanya masih tidak bergerak dari situ.Ken turut melihat ke arah yang sama seperti yang dilihat oleh Jeremy.
"Jer,kau...kenal ke dengan perempuan tu?"soal Ken,tidak mengerti.

Hanna terkejut apabila menyedari Jeremy sedang memerhatikannya tidak jauh dari tempatnya berdiri.Muka Jeremy kelihatan tegang.Hanna cuak.Nick tersenyum sinis.Jeremy pantas menggeleng.
"Jom,Ken,"ajak Jeremy sambil menarik tangan Ken.Ken sekadar menurut.Hanna  terduduk.Terasa pipinya basah.Nick sekadar tersenyum.
"Jangan risau.Oppa yakin Jeremy faham...dengan hubungan kita,"kata Nick,sinis.Perlahan-lahan,dia berjalan meninggalkan Hanna yang sedang menangis itu.
"Jeongmal miane.Jeremy,"ucapnya dalam sebak.

Hanna menunggu Jeremy di ruang tamu.Hatinya dilanda bimbang apabila melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 11 malam.Namun,bunyi enjin motosikal Jeremy masih belum kedengaran dari luar,petanda Jeremy masih belum pulang.
"Mana Jeremy ni?"soalnya sendiri.Hatinya dilanda bersalah yang teramat.Pasti Jeremy sudah salah sangka megenai perkara yang sebenar.

Hanna terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi motosikal dari luar.Kelam kabut dia melihat jam tangannya.Sudah pukul satu pagi.Hanna terkejut apabila melihat Jeremy melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang teramat letih.Pantas sahaja dia melangkah mendekati Jeremy.
"Jeremy,"panggilnya,namun tidak dilayan oleh Jeremy.Hanna tidak puas hati.Dia terus menghalang Jeremy dari menaiki tangga menuju ke biliknya.Jeremy mulai rimas.
"Biarkan saya naik.Saya letih ni,"kata Jeremy,cuba mengawal emosinya yang kian bercelaru itu.
"Mana awak pergi?Awak tahu tak dah pukul berapa sekarang ni?"soal Hanna,bimbang.Namun kebimbangannya tidak dirasai oleh Jeremy.
"Esok je la saya jawab soalan awak.Saya dah penat sangat ni,"balas Jeremy,lalu meneruskan langkahnya.Namun,cepat-cepat Hanna mencapai tangannya.
"Awak marahkan saya?"soal Hanna.Jeremy melepaskan keluhan berat.Dia melepaskan genggaman Hanna dengan kasar.Dia benar-benar tiada mood untuk bersoal jawab ketika ini.
"Saya akan jawab semua pertanyaan awak esok,ok?"kata Jeremy,lalu meninggalkan Hanna keseorangan di situ.Hanna terdiam.Hatinya kian dilanda bersalah.












Lee Hong Gi as Jeremy


Suzy Miss A as Hanna


Lee Gi Kwang as Nick


Choi Jong Hoon as Ken

No comments:

Post a Comment