28 January, 2011

Untitled Story Part XII

Ken duduk termenung sambil menongkat dagunya,memikirkan nasib malang yang menimpa Jeremy itu.Fikirannya runsing.Sebelum ini,Jeremy tidak pernah mengalami kejadian sebegini.Apatah lagi,sesuatu yang hampir meragut nyawanya.Surat putih yang berada di atas meja itu diperhatikannya,lesu.Jeremy diterima masuk ke sebuah kolej muzik di Jepun di bawah tajaan agensi FNC Entertainment.Ken menundukkan wajahnya.Sudah hampir seminggu,Jeremy terlantar di hospital,namun tiada langsung tanda-tanda bahawa dia akan sedar dari komanya.
"Runsing nampak..."Ken mendongak apabila mendengar suara seorang lelaki yang menyapanya.Nick melabuhkan punggung di hadapan Ken tanpa meminta keizinan daripada lelaki itu."Risaukan Jeremy ye?"soal Nick.Ken mengalihkan pandangannya dari Nick.Hatinya sudah muak dengan sikap Nick yang suka berpura-pura itu.
"Kau buat apa kat sini?Tak puas hati lagi lepas dah seksa Jeremy sampai macam ni?Kau nak tengok dia mati depan kau,baru kau puas.Macam tu?"soal Ken,geram.Nick tersenyum.
"Kau tuduh aku ke?"soal Nick pula.Ken memandang Nick,tajam.
"Kau ingat aku main-main ke?Kau tahu tak permainan kau ni boleh mengheret diri kau sendiri ke penjara?Kalau apa-apa terjadi pada Jeremy,aku takkan lepaskan kau,"balas Ken,serius.Nick melangkah mendekati ke arah Ken.
"Masalahnya,bukan aku yang buat Jeremy terlantar macam ni.It's not me,you got it?"kata Nick,mulai berang.Ken tersenyum sinis.
"Kau ingat senang ke buat aku percaya dengan lakonan kau ni?Kau ingat aku tak tahu pasal ugutan kau untuk mengapa-apakan Hanna,kalau Jeremy enggan lepaskan dia seperti yang dijanjikan?Kau ingat aku tak tahu?"kata Ken.
"Ya.Kata kau tu betul.Tapi semua tu bukan bukti atas kejadian ni.Langgar lari ni,bukan gaya aku la,"kata Nick.Ken tidak dapat menahan geram lalu menumbuk muka Nick.
"Kau ni memang kejam!Kerana keinginan kau tak dipenuhi,kau menggadaikan nyawa orang lain,yang tak berhak diambil oleh kau!"jerkah Ken.Nick bangun.Dia kemudiannya membalas tumbukan Ken.
"Kau melampau!"balas Nick.Dia kemudiannya mengukir senyuman sinis.
"Aku rasa kau tak tahu yang Jeremy dah buat satu keputusan yang sangat bodoh..."sambungnya.Ken sekadar mendengar tanpa membalas apa-apa."Jeremy...sanggup menggantikan nyawanya...demi sebuah janji yang tidak dikotai..."kata Nick.Mata Ken terbeliak.Terkejut dengan berita yang baru diketahuinya.
"Apa kau cakap ni?"soal Ken.
"Maksudnya,dia merelakan diri dia mati demi Hanna,"jawab Nick,selamba.Ken terduduk.Nick ketawa kecil.
"Tapi,nampaknya dah ada orang lain yang tolong merealisasikan impian aku.Jadi,aku cuma nak ucapkan terima kasih kat orang tu.Kalau kau dah tahu siapa,tolong bagitahu aku ye,"kata Nick lalu beredar.Ken menggenggam tangannya.Dia benar-benar marah ketika ini.Namun,dia masih belum menyedari bahawa perbualan mereka sudah didengari oleh seseorang.
"Tak guna!"bisik hatinya.


Sara menarik tangan Hanna kasar tanpa mempedulikan rayuan Hanna yang mengaduh kesakitan itu.Sara melepaskannya apabila tiba di tempat yang dituju.Dia memandang Hanna dengan pandangan yang tajam.Hanna mengusap tangannya yang sakit.
"Sara,kenapa ni?"soal Hanna.Hatinya sedikit cemas apabila melihat pandangan Sara yang jauh berlainan dari biasa terhadapnya.
"Aku nak kau pergi dari sini,"jawab Sara,tegang.Hanna terkejut.
"Sara...ken.."
"Tak faham lagi ke?Aku nak kau pergi dari sini,"ulang Sara lagi.
"Tapi,Jeremy tak sedar lagi.Saya kena jaga dia.Lagipun,saya tak penat.Awak janganlah risau,"kata Hanna,salah faham maksud sebenar Sara.
"Kau jangan buat-buat tak fahamlah,Hanna!Aku nak kau pergi dari sini,maksudnya...aku tak nak tengok muka kau lagi!"jerkah Sara.Riak wajah Hanna berubah.
"Sara...apa awak cakap ni?Kenapa tiba-tiba awak nak halau saya?"soal Hanna,mulai sebak.
"Kau tak payah buat muka kesian lah,Hanna.Aku dah muak.Kau tak sedar lagi ke?Jeremy hampir mati...disebabkan kau!Disebabkan kau,Jeremy sanggup membayar nyawanya demi melindungi kau dari diganggu oleh Nick,"balas Sara.Hanna terkejut.Membayar nyawa?Perlahan-lahan,dia mendekati Sara.
"Apa maksud awak,Sara?Apa maksud awak dengan 'membayar nyawa'?"soal Hanna,sambil memegang tangan Sara.Sara melepaskan tangan Hanna,kasar.
"Aku dengar perbualan Ken dengan Nick.Nick cakap,Jeremy sanggup berjanji untuk menggadaikan nyawa dia demi membatalkan kontrak kau yang bodoh tu!Sekarang kau tengok...apa dah jadi?Kau mesti gembira kan?"kata Sara,sinis.Hanna menggeleng lemah.
"Tak.Awak bohong.Nick oppa bukan macam tu orangnya.Dia takkan tergamak membunuh hanya kerana perkara kecil ni,"kata Hanna.
"Aku tak salahkan Nick dalam hal ni.Tapi kau yang bersalah.Kalau bukan kerana kontrak kau yang mengarut tu,Nick takkan bertindak kejam macam tu.Disebabkan kontrak kau tu jugaklah,seolah-olah memberi Nick harapan dan yakin..yang kau akan kembali semula kepada dia.Tapi,bila kau nak batalkan perjanjian tu,Jeremy yang jadi mangsa.Kau kejam,Hanna!Kejam!!!"jerkah Sara.Hanna terduduk.Sukar baginya untuk mempercayai kata-kata Sara.
"Tinggalkan Jeremy,"sambung Sara lagi.Hanna menggeleng.
"Tak.Saya akan jaga dia.Saya tak boleh tinggalkan dia.Saya cinta..."
"Aku pun cintakan dia,"potong Sara.Hanna terkejut.
"Tapi...disebabkan kebodohan dia,dia menolak cinta aku...semata-mata untuk menunggu kau.Sedangkan masa tu,kau masih bencikan dia.Hahahaha...memang butalah mata dia tu.Sanggup menunggu sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya.Apatah lagi,cinta yang ditunggu itu,sesuatu yang bakal memusnahkan masa depan dia.Kau...pemusnah masa depan Jeremy,Hanna,"kata Sara.Air mata Hanna mengalir laju.Kata-kata Sara yang berbisa itu benar-benar melukakan hatinya.
"Kalau betul kau cintakan Jeremy,tinggalkan dia.Kalau kau nak dia selamat,tinggalkan dia,"kata Sara lalu meninggalkan Hanna keseorangan disitu.


Hanna mendekati Jeremy yang masih terlantar lesu itu.Perlahan-lahan,dia mengusap rambut hitam Jeremy yang masih berbalut itu.
"Oppa...kenapa oppa sorokkan semua masalah ni dari Hanna?Kenapa oppa sanggup menggadaikan nyawa oppa demi Hanna?Kenapa oppa sanggup menjanjikan sesuatu yang membahayakan nyawa oppa sendiri?Kenapa mesti oppa yang menamatkan sesuatu yang Hanna mulakan?Hanna malu,oppa...Hanna malu,"kata Hanna,sebak.Dia mengesat air mata yang mulai mengalir itu.
"Miane...oppa...Tapi,apa yang Sara cakap tu..betul.Hanna...tak boleh dekat dengan oppa.Selagi Hanna ada dekat dengan oppa,selagi tu oppa tak selamat.Sama macam oppa,Hanna juga nak oppa sentiasa selamat.Sebab tu,Hanna...rela mengundurkan diri.Oppa lupakanla Hanna.Hanna yakin,kehidupan oppa lebih tenang lepas ni,"kata Hanna.Perlahan-lahan,dia menanggalkan cincin yang tersarung pada jari manisnya.Kemudian,dia meletakkannya di atas meja.Dahi Jeremy dikucup lembut."I'm sorry...but i love you,Jeremy..."bisik Hanna,lalu perlahan-lahan meninggalkan Jeremy tanpa menoleh ke belakang tanpa menyedari air mata Jeremy turut membasahi pipinya.


Ken memandu laju keretanya tanpa mempedulikan bunyi hon kereta-kereta lain yang kurang selesa dengan pemanduannya.Dia harus cepat supaya masih sempat mengejar Hanna yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang.Hanna harus dihalang dari meninggalkan Seoul,sedangkan Jeremy masih memerlukannya.
"Rasa-rasanya Hanna macam nak pergi jauh.Sebab saya nampak dia bawak beg besar keluar,tak lama lepas dia balik dari hospital tadi."Kata-kata jiran Hanna masih terngiang-ngiang di fikirannya.Apa yang membuatkan Hanna mahu meninggalkan Jeremy?


"Hanna!"jerit Ken apabila tiba di lapangan terbang itu."Hanna!"jeritnya lagi.Ken berlari-lari mencari Hanna,namun tidak ditemui.Dia harus mendapatkan Hanna.Pencariannya berakhir apabila matanya tertangkap pada seseorang yang amat dikenalinya.Lantas,dia mendekati ke arah wanita itu.
"Hanna!"jerit Ken.Hanna menoleh ke arahnya.
"Ken?"
"Apa awak buat ni?Awak nak pergi mana?"soal Ken,marah dengan tindakan Hanna yang tidak masuk akal itu.Hanna tersenyum tawar.
"Saya...nak pergi dari sini,"jawab Hanna,tenang.
"Untuk apa?Jeremy perlukan awak,awak tahu kan?"Ken terus cuba memujuk Hanna.
"Untuk membuktikan cinta saya terhadap Jeremylah,saya nak pergi dari sini,"jawab Hanna.
"Apa maksud awak?"soal Ken,tidak memahami.
"Tak perlu tahu,Ken.Apa yang pasti...tindakan saya ni,adalah terbaik untuk dia.Awak...tolong tengokkan Jeremy oppa untuk saya ye,"pinta Hanna.Dia mulai beredar namun ditahan oleh Ken.
"Jeremy betul-betul perlukan awak.Pedulikan kata-kata orang lain.Apa saya nak jawab kalau dia dah sedar dan tanya pasal awak?"soal Ken.Hanna tersenyum.
"Katakan saja,yang saya...tak perlukan dia lagi dalam hidup saya.Saya...tak suka hidup bersama dengan orang yang lemah macam dia.Orang yang suka berlagak hebat..tapi tak boleh berdiri dengan sendiri.Saya...ben..."Hanna mengalirkan air mata.
"Saya bencikan orang macam tu,"kata Hanna.Ken terkejut.
"Awak tipu...Mesti ada sesuatu yang cuba awak sorokkan dari saya kan?"duga Ken.
"Saya serius.Tolong lepaskan tangan saya,Ken,"pinta Hanna.Perlahan-lahan,Ken melepaskan tangan Hanna.Hanna tersenyum ke arahnya.
"Gomawo.Seronok dapat berkenalan dengan awak,Ken,"kata Hanna lalu meninggalkan Ken,tanpa menoleh ke belakang lagi.Selamat tinggal,Seoul...dan..selamat tinggal...Jeremy...





Lee Hong Gi as JEREMY


Suzy Miss A as HANNA


Lee Gi Kwang as NICK


Nana After School as SARA



Choi Jong Hoon as KEN




To be continued.......................

No comments:

Post a Comment