31 August, 2011

-Monalisa Page 18-

Hyo Sung menundukkan wajahnya ketika berhadapan dengan Chang Sun yang sedang duduk berhadapan dengannya itu.Sejak dari awal kehadirannya lagi,tiada perbualan mesra yang wujud antara mereka.Keadaan mereka ketika itu seolah-olah seperti baru pertama kali bertemu.Dalam diam,Chang Sun sendiri hairan dengan perubahan sikap Hyo Sung yang sangat berlainan daripada biasa itu.
"Hyo Sung."Chang Sun mulai menyapa Hyo Sung namun sapaannya itu tidak bersahut."Hyo Sung?"Sekali lagi,Chang Sun cuba menyapa Hyo Sung.Sekali lagi,sapaannya tidak mendapat respon daripada wanita itu.Perlahan-lahan,Chang Sun menyentuh lembut tangan kiri Hyo Sung yang diletakkan di atas meja itu.Ternyata sentuhannya itu baru menyedarkan Hyo Sung daripada terus terbuai dengan lamunannya itu.
"Ya?"Soal Hyo Sung,sedikit kelam kabut sambil membetulkan cermin mata tebalnya itu.Hyo Sung memandang ke arah Chang Sun.Begitu juga dengan Chang Sun.
“Kenapa dengan awak ni?Awak tak sihat ke?”Soal Chang Sun,prihatin.Laju Hyo Sung menggeleng sebelum mengukir senyuman nipis.
“Saya okey.Saya tak ada apa-apa.Kenapa?Saya nampak lain macam ke?”Soal Hyo Sung,pura-pura berlagak biasa.
“Agaklah.Awak macam tengah runsingkan sesuatu.Ada perkara yang mengganggu fikiran awak ke sekarang ni?”Soal Chang Sun,ingin tahu.Hyo Sung menggeleng perlahan.
“Saya okeylah.Awak tu yang nampak pelik,”balas Hyo Sung,selamba.
“Saya yang pelik?Mana yang pelik tu?”Soal Chang Sun.Hyo Sung mengukir senyuman nipis.
“Macam-macam.Daripada hujung rambut sampai hujung kaki awak nampak pelik,”kata Hyo Sung.Chang Sun membetulkan rambutnya yang menutupi sebahagian daripada dahinya itu.
“Pelik?Sebelum ni tak ada orang bising pun yang saya ni pelik?”Soal Chang Sun sambil membetulkan sedikit rambutnya itu.Entah mengapa,tiba-tiba sahaja Hyo Sung memegang tangan Chang Sun yang sedang membetulkan rambutnya itu.Chang Sun terkejut dengan tindakan Hyo Sung itu.
“Tak ada apa yang perlu awak betulkanlah.Saya bergurau je,”kata Hyo Sung,sambil tersenyum manis.Tangannya masih lagi memegang tangan Chang Sun.Mata mereka saling berpandangan ketika itu.Chang Sun pula perlahan-lahan mendekatkan wajahnya ke arah Hyo Sung namun Hyo Sung segera memalingkan wajahnya daripada Chang Sun.Chang Sun benar-benar terkejut dengan kelakuan Hyo Sung itu.Hyo Sung segera melepaskan tangannya daripada Chang Sun lalu segera berkemas untuk beredar dari situ.Namun,niatnya untuk segera beredar dari situ serta-merta dihalang oleh Chang Sun apabila Chang Sun menggenggam erat tangan Hyo Sung.
“Kenapa dengan awak ni,Hyo Sung?Awak nampak lain sangat sekarang ni.Ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak ke sekarang ni?”Soal Chang Sun,benar-benar ingin tahu.Hyo Sung tidak memandang ke arah Chang Sun.Chang Sun memegang dagu Hyo Sung,meminta wanita itu agar memandang ke arahnya.”Cakaplah dekat saya,”kata Chang Sun.Hyo Sung menahan air matanya daripada mengalir ke pipi gebunya itu.Chang Sun yang menyedari mata Hyo Sung yang mulai berair itu mulai berasa gundah.Hyo Sung kemudiannya memandang ke arah Chang Sun.
“Saya…saya…”Chang Sun terus menanti Hyo Sung menyambung kata-katanya itu.Namun,Hyo Sung secara perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan Chang Sun.Hyo Sung kemudiannya mengukir senyuman manis ke arah putera raja yang sudah lama bertakhta di hatinya itu.
“Saya kena pergi dulu.Saya ada hal sikit,”kata Hyo Sung sebelum segera beredar dari situ.Chang Sun tidak pula mengejar Hyo Sung sebaik sahaja kelibat wanita itu mulai menjauh daripadanya.Sebaliknya,dia terus memikirkan sebab yang menjadikan Hyo Sung berubah sikap sedemikian rupa.
Hyo Sung menyembunyikan dirinya di dalam tandas sambil mengesat air matanya yang kian membasahi pipinya itu.Sejak dia pulang dari majlis pertunangan sepupu Chang Sun itu,fikirannya mulai dibebani dengan pelbagai masalah.Apatah lagi,masalah itu melibatkan Chae Rin.

Hyo Sung sekadar memerhati Chang Sun yang sedang rancak berbual dengan sepupu-sepupunya dari jauh itu.Wajah Chang Sun yang manis dengan senyuman itu diperhatinya dengan sepenuh hati.Pada pendapat Hyo Sung,wajah Chang Sun yang manis dengan senyuman itu amat sukar dilihat ketika berada di kampus.Saat inilah yang menjadi penantiannya selama ini.Melihat senyuman yang terukir pada wajah Chang Sun yang serius itu sudah pun menjadi kenyataan.Hyo Sung tersenyum sendiri.Namun,senyuman Hyo Sung mengendur apabila matanya tertangkap pada kelibat seseorang yang kelihatan sangat dikenalinya.Hyo Sung segera menyembunyikannya di suatu sudut agar dirinya tidak terlihat oleh kelibat yang kian menghampirinya itu.
“Macam mana dengan pelajaran Chae Rin kat sana?”Soal Puan Ha Ni.Chae Rin yang sedang berjalan di sebelahnya itu sekadar mengukir senyuman manis.
“Baik sekali,Puan.Lagi-lagi bila Chang Sun oppa pun ada sekali.Kadang-kadang Chang Sun oppa tolong Chae Rin sikit-sikit kalau ada yang Chae Rin tak faham,”kata Chae Rin.Kelihatan Puan Ha Ni tersenyum lebar mendengar jawapan daripada Chae Rin itu.
“Wah,baguslah macam tu.Chae Rin dengan Chang Sun…memang rapat kan kat sana?”Soal Puan Ha Ni,ingin tahu.Chae Rin tertawa kecil.
“Susah sikitlah,Puan.Sebab Chang Sun oppa tu jenis yang kuat belajar.Kalau kita tanya dia sepatah,sepatah lah yang dia jawab.Lagipun,Chang Sun oppa tu jenis yang tak berapa nak rapat dengan perempuan sangat.Takut ada gosip kot.Maklumlah,dia kan popular kat sana,”kata Chae Rin,panjang lebar.Puan Ha Ni sekadar angguk.
“Saya dah agak dah.Dari kecil lagi,perangai dia tak ubah-ubah juga.Asyik berkepit je dengan buku-buku tebal dia tu.Kadang-kadang,saya pun bimbang kalau-kalau saya tak berpeluang nak buat majlis macam ni untuk Chang Sun.Tengoklah,Seung Ho tu.Playboy-playboy pun…bertunang juga akhirnya.Seronok saya tengok,”kata Puan Ha Ni sambil melemparkan ke arah Seung Ho dan Hyo Young yang sedang menari di ruang tari itu.
“Jangan risaulah,Puan.Chae Rin yakin,Chang Sun oppa pasti akan jumpa dengan pasangannya juga.Cuma tak tahu bila saja,”kata Chae Rin.Lakonannya sebagai seorang wanita yang matang dan tabah kelihatan sukses sekali!Puan Ha Ni memandang ke arah Chae Rin.
“Kalau saya nak Chae Rin yang jadi pasangan kepada Chang Sun,boleh?”Soal Puan Ha Ni,tiba-tiba.Chae Rin pura-pura terkejut dengan kenyataan Puan Ha Ni itu.Dia bukannya tidak maklum mengenai perkara itu.Awal-awal lagi ibunya sudah memaklumkan perkara itu kepadanya.”Saya dah lama rancang hal ni dengan ibu Chae Rin.Cuma….yalah…nak dapatkan persetujuan daripada Chae Rin dengan Chang Sun je,”kata Puan Ha Ni.Kelihatan Chae Rin menyembunyikan senyuman kemenangannya.”Chae Rin sebenarnya sukakan Chang Sun,kan?”Soal Puan Ha Ni lagi.Chae Rin sekadar tersenyum malu sebagai menjawab pertanyaan Puan Ha Ni itu.
“Tapi,nak ke Chang Sun oppa dekat Chae Rin,Puan?Siapalah saya pada Chang Sun oppa kan,”kata Chae Rin,merendah diri.Puan Ha Ni menepuk lembut bahu Chae Rin yang amat disayanginya itu.
“Mestilah.Chae Rin kan baik.Saya yakin dia amat sukakan Chae Rin.Percayalah,”kata Puan Ha Ni,penuh yakin.Chae Rin sekadar tersenyum lebar.
Hyo Sung terduduk selepas sahaja mendengar perbualan antara Puan Ha Ni dengan Chae Rin itu.Dia sungguh tidak menyangka kejadian itu akan berlaku.Kehadiran Chae Rin ke majlis itu pun tidak dijangkanya apatah lagi dengan rancangan perkahwinan antara Chang Sun dengan Chae Rin itu!
Hyo Sung mengesat air matanya itu.Sungguh perkara itu begitu membebani fikirannya.Mana mungkin dia dapat melepaskan cinta Chang Sun begitu sahaja walhal untuk memiliki cinta lelaki itu pun dia belum berkesempatan lagi.Apatah lagi,hubungan mereka berdua kian rapat apabila Chang Sun tidak lagi melayannya seperti sebelum ini.Chang Sun mulai mesra dengannya.
“Tapi,siapalah aku untuk dicintai oleh Chang Sun?Aku yakin…dia hanya bersimpati dengan aku.Dia tak pernah cintakan aku…Sedarlah Hyo Sung!Kau kena terima hakikat yang kau bukanlah sesiapa pada mata Chang Sun.Kau sangat tak layak untuk mendampingi Chang Sun!”Hatinya bermonolog.



28 August, 2011

-Monalisa Page 17-

 Mir MBLAQ
 Thunder MBLAQ
 Lizzy After School
Ha Young A Pink

Ha Young yang menyedari Lizzy baru melangkah daripada perpustakaan itu segera berjalan laju mendekati ke arah rakannya itu.Bahu wanita itu dicuitnya dari belakang apabila jaraknya dengan Lizzy sudah kian dekat.
"Yah,"sapa Ha Young,mesra.Lizzy menoleh ke arahnya sebelum mengukir senyuman nipis.
"Eh,apasal dengan kau ni?Lain macam je aku tengok.Kenapa muka kau sedih sangat ni?"Soal Ha Young,ingin tahu.
"Muka aku?Kenapa dengan muka aku?"Soal Lizzy kembali.Mereka terus berjalan menuju ke arah kelas.
"Tak adalah.Aku perasan...sejak kita balik dari majlis kat istana tu,aku tengok kau macam lain sikit,"kata Ha Young,yang mengesyaki perubahan sikap Lizzy itu.Lizzy pura-pura tertawa.
"Apa yang lainnya?Aku sama macam dululah.Kau tu je yang lain.Mentang-mentanglah,malam tu kau menari dengan Putera Sang Hyun,bukan main berseri lagi muka kau sekarang ni ekh?"Perli Lizzy pula.Ha Young yang mendengar sindiran daripada Lizzy itu tersengih bagaikan kerang busuk.Lengan rakannya itu ditepuknya perlahan.
"Kau ni janganlah kecoh sangat,Lizzy.Malulah!"Balas Ha Young,malu-malu kucing.Lizzy mencebik."Kau tak tahu betapa bahagianya aku malam tu.Aku tak tahulah kalau-kalau malam tu,aku ni lebih menyerlah daripada gadis-gadis lain pada mata Sang Hyun.Senyuman Sang Hyun tu memang...aduh...memang betul-betul dah mencairkan hati aku yang keras ibarat ais ni.Kau tahu tak?"Kata Ha Young.Lizzy menggeleng.
"Ha Young,aku kan dah pernah cakap dengan kau.Jangan percaya sangat dekat Sang Hyun tu.Dia bukannya buat macam tu dekat kau seorang je.Malam tu,aku perasan je dia menari dengan perempuan lain.Cara dia approach perempuan tu,sama je macam dia approach kau sebelum tu,"kata Lizzy.Ha Young sekadar tertawa kecil.
"Sebenarnya kau cemburu kan?"Soal Ha Young.Kening kiri Lizzy terangkat.
"Cemburu apa?Aku cakap benda betul kan,"balas Lizzy.
"Memanglah.Kau mestilah jealous dekat aku.Tak kisahlah kalau apa yang kau cakap tadi tu betul ke...salah ke...yang pasti aku dijemput menari dengan putera raja yang memang kacak tak terkata tu.Kau?Putera Mir tak ajak kau menari kan malam tu?"Soal Ha Young pula.Riak wajah Lizzy berubah.Ha Young benar.Dia sekadar berbual dengan Putera Mir pada malam itu,itu pun hanya di awal majlis sahaja.Selepas itu,dia ditinggalkan bersendirian di majlis itu sehingga majlis tamat.Manakan tidak,Mir lebih selesa menghabiskan malam itu bersama-sama dengan seorang gadis yang sangat cantik,jauh lebih bergaya daripada dirinya.Lizzy tidak mengenali gerangan gadis yang menari bersama Mir pada malam itu.Namun,apa yang pasti,gadis itu pasti tergolong dalam keluarga berstatus Diraja itu juga.
"Lizzy!"Lizzy menoleh ke belakang apabila menyedari namanya dipanggil.Matanya terbuka luas apabila melihat Mir sedang berdiri di belakangnya dengan senyuman manis.Perlahan-lahan,Mir melangkah ke arah Lizzy.
"Saya dah siapkan kerja yang awak bagi kat saya untuk minggu ni.Boleh tak kalau awak tolong semakkan untuk saya hari ni?"Soal Mir.
"Em...maafkan saya,Mir.Tapi,saya ada kelas sekarang ni,"kata Lizzy,menolak baik permintaan Mir.Kelihatan wajah Mir berubah riak."Tapi,kalau awak nak juga,awak kenalah tunggu saya sampai habis kelas nanti.Itupun kalau awak tak kisah,"kata Lizzy lagi.
"Awak habis kelas pukul berapa?"Soal Mir,ingin tahu.Lizzy melihat jam tangannya.
"Pukul 4 petang?Tapi,kalau awak rasa lewat sangat,kita postpone esoklah,boleh?"Soal Lizzy,pinta kepastian.Kelihatan senyuman Mir kian melebar.
"Saya tunggu awak kat bilik saya petang ni,okey?"Soal Mir kembali.Perlahan-lahan,Lizzy angguk.Mir kemudiannya beredar dari situ dengan senyuman puas hati.
"Wei,kenapa dia nampak semangat semacam nak belajar dengan kau ni hah?"Soal Ha Young,separuh berbisik.Lizzy sekadar menjungkit bahu.
"Entahlah,aku pun tak tahu,"balas Lizzy.Jauh di sudut hati,dia dapat menjangka sesuatu yang telah menceriakan Mir pada hari itu.Tak lain tak bukan,pasti disebabkan oleh kejadian yang berlaku di dalam majlis tari menari itu.
Perlahan-lahan,Lizzy mengetuk pintu bilik peribadi milik Putera Mir itu.Sebaik sahaja mendengar suara yang membenarkannya masuk ke dalam,Lizzy menolak pintu bilik itu secara perlahan-lahan.Kelihatan wajah ceria Mir menyambut kedatangannya pada petang itu.
“Hah,dah sampai pun.Duduklah,”kata Mir,mempelawa Lizzy mengambil tempat di hadapannya.Lizzy sekadar patuh.Kelam kabut Mir mengeluarkan kerja yang sudah disiapkannya itu untuk diberikan kepada Lizzy.
“Nah,saya dah siapkan kerja saya untuk minggu ni.Silalah semak ya,”kata Mir,kelihatan teruja sekali.Lizzy mengambil diari milik Mir itu lalu dibacanya.Sekali-sekala dia menguntum senyuman nipis apabila membaca tatabahasa Mir yang tunggang langgang itu.Perhatiannya kemudian teralih kepada satu tarikh yang tertera pada salah satu helaian diari yang ditulis oleh Mir itu.
“12th August 2011….
Tonight is the precious night that I never had before.Tonight is the engagement party of my hyung,Yang Seung Ho and his fiance,Ryu Hyo Young.But,I don’t wanna talk about my hyung’s engagement.I just wanna talk about my beloved noona,Sandara,which is the only my woman in my life.She looks really really beautiful tonight.I’m sure…she is the prettiest woman tonight.Oh,I’m gonna crazy when she smiled to me.She also agree to dance with me.Seriously,I didn’t expect that she want to dance with me.Oh,I feel like I am in paradise just now.Did she understand about what I feel to her?I love her very very much!I love Sandara Noona…and I wanna marry with her…one day…”
Lizzy menutup diari itu.Mir pula menanti reaksi daripada Lizzy dengan penuh tanda tanya.Apakah hasilnya bagus atau pun sebaliknya?
“Macam mana,Lizzy?Okey tak?Ada salah kat mana-mana tak?”Soal Mir,tidak sabar-sabar.Lizzy berfikir sejenak.Dia kemudiannya memandang ke arah Mir.Mir turut memandang ke arahnya.”Lizzy?Macam mana?Okey tak English saya?Saya tengok kamus masa saya buat tu,”kata Mir lagi.
“Okeylah.Grammar awak pun ada improvement.Ada salah-salah sikit je.Baguslah,”kata Lizzy,memberi komen terhadap hasil kerja yang sudah disiapkan oleh Mir itu.Ternyata komen yang diberikan oleh Lizzy itu telah membuatkan Mir mengukir senyuman manis.Malah lebih manis dari madu lagi.”Lepas ni,awak kena tingkatkan lagi kemahiran menulis awak.Kemahiran bercakap pun awak kena berlatih juga tau,”kata Lizzy.Mir angguk.
“Okey.Saya akan berusaha lagi,”kata Mir.Lizzy kemudiannya menyerahkan kembali diari milik Mir itu kepadanya.Mir mengambilnya dengan senang hati.Lizzy kemudiannya bersiap-siap untuk beredar dari situ.
“Yah,awak dah nak balik ke?Duduklah dulu.Saya nak belanja awak makan ni,”kata Mir.Lizzy tersenyum nipis sambil menggeleng.
“Tak apa,saya pun ada hal ni.Lain kalilah ya,”kata Lizzy,menolak baik ajakan Mir itu.”Saya balik dulu,”kata Lizzy,sambil menundukkan sedikit tubuhnya.Mir terpaksa akur pada kehendak Lizzy.
“Jumpa esok,”kata Mir sambil mengangkat tangannya.
Ha Young berhenti melangkah apabila melihat sesuatu di hadapannya.Dia segera menyembunyikan dirinya di sebalik dinding agar kehadirannya di situ tidak disedari oleh Sang Hyun yang berada tidak jauh daripadanya itu.Ha Young mengintai Sang Hyun dari tempat persembunyiannya itu.Dilihatnya Sang Hyun sedang bermesra dengan salah seorang pelajar wanita di situ.Ha Young bersandar pada dinding,tempat dia bersembunyi.
“Apa yang dia buat tu?”Soalnya sendiri.Ha Young kemudiannya kembali mengintai ke arah Sang Hyun.Namun,kedua-dua kelibat Sang Hyun dan pelajar wanita itu sudah tidak kelihatan lagi.Ha Young keluar dari tempat persembunyiannya.”Pulak…mana diorang pergi ni?Kejap je dah hilang,”keluh Ha Young.Dia kemudiannya berpusing ke belakang namun terlanggar seseorang apabila baru sahaja menyusun beberapa langkah untuk berjalan.
“Sang Hyun?”Ha Young terkejut apabila melihat Sang Hyun sedang berdiri di belakangnya.Kelihatan putera raja itu sedang mengukir senyuman manis ke arahnya.”Macam mana awak boleh ada kat belakang saya ni?Tadi bukan awak ada dekat…”Ha Young menoleh ke arah tempat Sang Hyun berada sebentar tadi.Sang Hyun tertawa kecil.
“Oh,awak intip saya ya?”Duga Sang Hyun.Mata Ha Young terbuka luas apabila mendengar tekaan daripada putera berkulit putih melepak itu.Dalam kalangan putera berlima itu,kulit Sang Hyunlah yang paling cerah dan gebu sekali,mengalahkan kulit wanita sendiri.”Betullah tu.Patutlah saya rasa semacam je.Rupa-rupanya saya diperhatikan orang tadi,”kata Sang Hyun.Ha Young malu sendiri apabila Sang Hyun dapat menghidu perbuatannya sebentar tadi.
“Awak…sukakan saya ke?”Soal Sang Hyun,tiba-tiba.Muka Ha Young berubah merah apabila mendengar pertanyaan Sang Hyun itu.Sang Hyun yang menyedari riak wajah Ha Young yang berubah itu sekadar tersenyum.Perlahan-lahan,tangan wanita itu dicapainya.
“Saya pun sukakan awak,Ha Young,”kata Sang Hyun lagi.Hampir tercabut jantung Ha Young sebaik sahaja mendengar pengakuan berani daripada putera raja yang kacak itu.Ha Young memandang ke arah Sang Hyun.
“A…a..awak cakap apa ni?”Soal Ha Young,tidak percaya.Sang Hyun kemudiannya mengeratkan lagi genggaman tangannya terhadap Ha Young.
“Awak tak percaya kan saya ke?Saya sukakan awak.”Sang Hyun mengulangi kata-katanya sekali lagi.Sekali lagi,lidah Ha Young kelu untuk berkata-kata.Benarkah Sang Hyun menyukainya?

Kedua-dua rakan baik itu pulang bersama-sama dengan fikiran masing-masing.Riak wajah meraka yang jelas berbeza itu sudah cukup menggambarkan jenis perkara yang sedang bermain di fikiran mereka sekarang.Ha Young dengan senyuman lebar yang terukir pada bibirnya manakala wajah Lizzy pula kelihatannya tidak bermaya langsung.Seolah-olah ada sesuatu yang membebani fikirannya sekarang.Semuanya gara-gara penangan si putera raja yang terkenal dengan pengaruh mereka yang berstatus Diraja itu.

-Monalisa Page 16-

Byung Hee sekadar memerhati litar lumba kereta itu dari jauh.Sungguh dia amat merindui tempat kegemarannya yang sudah tiga tahun ditinggalkannya itu.Kereta-kereta yang memecut laju di litar itu sekadar dilihatnya di sebalik kaca mata hitamnya itu.Penasihat Kim yang turut menemaninya itu sekadar mendiamkan diri.Dia sudah sedia maklum dengan minat tuan mudanya terhadap bidang lumba kereta itu sejak dari awal perkenalannya dengan putera raja itu lagi.Cuma,peristiwa malang yang menimpa putera raja tiga tahun dulu telah membuatkan Byung Hee seakan-akan lupa pada minatnya itu.Penasihat Kim menoleh ke arah Byung Hee apabila mendengar keluhan berat yang kedengaran daripada lelaki itu.
"Kenapa,Tuan?"Soal Penasihat Kim.Byung Hee menggeleng.
"Tuan nak berlumba ke?Kalau nak,saya boleh tempahkan tempat ni untuk Tuan,"kata Penasihat Kim,menawarkan khidmatnya.Byung Hee segera meggeleng apabila mendengar kata-kata penasihatnya itu.
"Tak perlu.Saya...saya cuma nak singgah sekejap tempat ni.Tiba-tiba rindu pula nak datang ke sini,"balas Byung Hee.Penasihat Kim sekadar akur pada kehendak tuan mudanya itu.Byung Hee kemudiannya menundukkan kepalanya,memandang ke arah kedua-dua tangannya itu.Kedua-dua tangannya itu merupakan salah satu daripada kebanggaannya suatu ketika dahulu.Namun kini...Byung Hee pantas menggeleng kepalanya apabila imbauan peristiwa dahulu yang memeritkan itu mula menerjah ke fikirannya itu.
"Kita balik sekarang,"kata Byung Hee,memberi arahan.Penasihat Kim patuh pada arahan Byung Hee,tanpa langsung membantah.Mereka mulai beredar dari situ.
"Jio?"Byung Hee berhenti daripada terus melangkah apabila terdengar namanya disebut dari belakang.Perlahan-lahan,Byung Hee menoleh ke arah belakangnya itu.Kelihatan lelaki yang menegurnya itu membuka topi keledarnya sebelum tersenyum ke arahnya.
"Aku ingatkan kau dah lupa pada tempat ni.Lamanya kau menghilang,"kata lelaki itu.
"Seung Ri?"Soal Byung Hee.Lelaki yang dikenali sebagai Seung Ri itu sekadar tertawa kecil.
"Baguslah kalau kau kenal aku lagi.Aku ingat kau dah tak ingat langsung dah pada pesaing kau yang hebat ni.Maklumlah dah tiga tahun kau menghilang.Ni tiba-tiba je kau muncul balik kat sini.Apa yang membuatkan kau datang sini balik?Kau dah rindu nak berlumba dengan aku lagi ke?"Soal Seung Ri.Byung Hee sekadar tersenyum nipis.
"Aku saja singgah.Nak berlumba tu..."
"Kau takut ke?Kau takut sebab kalah ke?Apa kata kalau kita berlumba sekarang?Aku pun dah lama tak merasa nak kalahkan kau ni,"celah Seug Ri,pantas sahaja memotong kata-kata Byung Hee itu.Byung Hee melepaskan nafas panjang.
"Miane.Aku...tak dapat nak penuhi kehendak kau kali ni.Aku...ada hal sikit sekarang.Mungkin,kita boleh lumba lain kali,"kata Byung Hee,memberi alasan.Seung Ri tertawa lagi.
"Nampak sangat keberanian dan keyakinan kau dah tak macam dulu.Okey,aku lepaskan kau untuk kali ni.Tapi,lepas ni,aku akan pastikan kau akan berlumba dengan aku.Arasso?"Soal Seug Ri,bersungguh-sungguh.Byung Hee terpaksa angguk sambil mengukir senyuman secara terpaksa.
"Okey.Aku chow dulu.Bersedia untuk lumba dengan aku lepas ni,"kata Seung Ri,cuba mengingatkan Byung Hee sebelum beredar meninggalkan lelaki itu.Perlahan-lahan,Penasihat Kim mendekati ke arah Byung Hee.
"Maafkan saya sebab masuk campur,Tuan.Tapi...Tuan betul-betul ke nak terima cabaran lelaki tu?"Soal Penasihat Kim.Byung Hee tidak segera menjawab.Dia sudah dapat menjangka pertemuan dengan Seung Ri itu pasti akan berlaku.Byung Hee sekadar membalas pertanyaan Penasihat Kim itu dengan keluhan.
Byung Hee dan Penasihat Kim saling membisu antara satu sama lain.Byung Hee resah dengan pelbagai perkara yang singgah di dalam fikirannya ketika itu.Penasihat Kim pula sentiasa bersedia untuk menerima sebarang arahan daripada Byung Hee.
"Jun Hyun."Penasihat Kim pantas menoleh ke arah Byung Hee apabila disapa oleh lelaki itu secara tidak formal.Byung Hee turut menoleh ke arahnya.
“Awak rasa…”Jun Hyung terus memandang ke arah Byung Hee,menunggu lelaki itu untuk meneruskan kata-katanya.”Tak apalah.Saya letih.Kalau dah sampai nanti,awak tolong kejutkan saya ya,”kata Byung Hee,enggan untuk meneruskan pertanyaannya itu.Penasihat Kim terpaksa akur pada permintaan tuan mudanya itu walaupun hatinya melonjak-lonjak ingin mengetahui perkara sebenar yang sedang bermain di fikiran lelaki berstatus Diraja itu.
“Oppa,kenapa tiba-tiba macam ada orang ikut kita dari belakang?”Soal Nana,sekali sekala menoleh ke arah belakang.Byung Hee yang sedang memandu itu sekadar melihat melalui cermin pandang belakang.Ada apa pula ni?Getus hatinya.Byung Hee cuba memandu keretanya sedikit laju daripada sebelumnya,berniat untuk menjauhkan jarak keretanya daripada kereta yang sedang mengekorinya itu.Namun,kereta itu turut dipandu laju seolah-olah cuba mengejar keretanya.Byung Hee mulai berasa tidak senang hati.
“Oppa,ada apa ni?Memang betulkan kereta tu ikut kita sekarang ni?”Soal Nana lagi,mulai panik.Byung Hee menggigit bibirnya,menahan geram.Tak lain tak bukan,pasti ini konco-konco ibunya.Tanpa disedarinya,tangan kanan Byung Hee terhentam pada stereng keretanya seolah-olah melepaskan rasa marah yang terbuku di dalam hatinya itu.Nana terkejut dengan tindakan teman lelakinya itu.
“Oppa…”
“Jaga-jaga,”balas Byung Hee,memotong kata-kata Nana sambil mulai memandu laju keretanya melebihi had laju yang ditetapkan.Kereta yang mengekorinya dari belakang itu tetap enggan melepaskan Byung Hee pergi jauh daripadanya.Nana cuak dengan pemanduan Byung Hee yang berbahaya itu.Apatah lagi kereta itu dipandu laju di atas jalan raya yang berselekoh tajam.
“Oppa,janganlah drive macam ni.Nana rasa lebih baik oppa berhenti sahaja.Mungkin mereka ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan oppa,”pujuk Nana.
“Mereka tu orang-orang omma oppa.Tak ada benda lagi yang nak dibincangkan.Mereka mesti diarahkan untuk pisahkan kita berdua.Walau apapun terjadi,oppa mesti bawa Nana jauh dari mereka,”kata Byung Hee,enggan menuruti permintaan Nana.Nana menoleh ke belakangnya sekali lagi.Ternyata benar mereka sedang diekori sekarang ini.Bukannya sebuah malah dua buah kereta.Nana menoleh ke arah Byung Hee yang sedang memandu itu.Jelas sekali lelaki itu mahu melarikan diri daripada konco-konco ibunya sendiri kerana tidak mahu sesuatu buruk terjadi ke atas Nana.Nana dihantui rasa bersalah.Hubungan antara Byung Hee dengan ibunya sendiri bertukar musuh gara-gara dirinya.Byung Hee berkeras mahu mengekalkan hubungannya bersama-sama Nana walaupun ditentang keras oleh ibunya.Perlahan-lahan,Nana membuka tali pingang keretanya.
“Nana buat apa ni?”Soal Byung Hee.”Pakai balik seatbelt tu.Oppa kan tengah drive laju ni!”Arah Byung Hee.Nana tidak mempedulikan kata-kata Byung Hee.
“Nana nak oppa berhenti!”Balas Nana pula.Byung Hee terkejut dengan nada suara Nana yang tinggi terhadapnya itu.”Nana nak oppa berhentikan kereta ni sekarang juga!”Kata Nana lagi.
“Tapi kenapa?Nana nak oppa terus menyerah macam tu je?Oppa kan dah janji yang oppa akan terus bersama dengan Nana tak kira apa pun terjadi?!”Soal Byung Hee.
“Tapi,Nana lagi rela kita berpisah daripada oppa terus bermusuhan dengan omma oppa sendiri semata-mata Nana!”Kata-kata Nana itu sudah mampu membuatkan Byung Hee terkunci kata.Putera raja itu sangat terkejut dengan kata-kata teman wanitanya itu.
“Nana nak kita berpisah,”kata Nana lagi,sambil mengalirkan air mata.Byung Hee pula sudah tidak mampu menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.
“Oppa!”Byung Hee tersentak apabila terdengar jeritan Nana di sebelahnya itu.Byung Hee berusaha mengelakkan keretanya daripada bertembung dengan sebuah lori yang dipandu ke arah bertentangan dengannya itu.Malangnya kereta yang dipandu oleh Byung Hee itu terlanggar pada sebatang pokok yang terletak di bahu jalan itu.Kepala Byung Hee terhantuk pada cermin kereta hadapannya.Byung Hee mengaduh kesakitan.Dia kemudiannya menoleh ke arah kanannya.
“Nana!”Byung Hee terkejut apabila melihat sebahagian daripada tubuh Nana sudah terkeluar daripada keretanya melalui cermin kereta hadapannya.Banyak darah mengalir daripada kepala wanita itu.”Nana!”Byung Hee menarik tubuh Nana ke arahnya.Pipi wanita itu ditepuknya perlahan,dengan harapan wanita itu membuka matanya.”Nana,bangunlah!”Air mata Byung Hee mulai mengalir apabila Nana tidak memberi sebarang respon terhadapnya.”Nana!”Byung Hee memeluk tubuh Nana yang sudah tidak bernyawa itu.
Penasihat Kim cuba mengejutkan Byung Hee dari lenanya apabila melihat dahi Byung Hee yang mulai basah dek peluh itu.Kelihatan lelaki itu mengalami mimpi buruk.Penasihat Kim cuba meletakkan tangannya di atas bahu kiri Byung Hee namun perbuatannya terhenti apabila terdengar putera raja itu menyebut nama Nana berulang kali.Penasihat Kim melepaskan keluhan kecil.Ternyata lelaki itu masih belum boleh melupakan mendiang adik perempuannya yang sudah tiga tahun meninggal dunia itu.
“Tuan,kita dah sampai ni.”Penasihat Kim cuba mengejut Byung Hee dari lenanya secara lembut.Bahu lelaki itu digoncangnya perlahan.”Tuan!”Penasihat Kim meninggikan sedikit suaranya apabila lelaki itu masih enggan untuk terjaga dari lenanya itu.Byung Hee terkejut lantas terjaga dari lenanya itu.
“Tuan,tuan tak apa-apa?”Soal Penasihat Kim,prihatin.Byung Hee menoleh ke arah Penasihat Kim.Perlahan-lahan,dia menggelengkan kepalanya.
“Kita dah sampai ke?”Soal Byung Hee.Perlahan-lahan,Penasihat Kim mengangguk.
“Kita gerak sekarang,”kata Byung Hee sebelum membuka pintu belakang kereta mewah itu.Penasihat Kim sekadar akur pada arahan tuan mudanya itu.




26 August, 2011

Salam Aidilfitri


saja mahu ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada family dan semua members yang dikenali...

apa yang pasti...
cuti 2 minggu...
pasti akan diisi dgn perkara yang 'berfaedah'...
hahahaha...

sekali lagi...
selamat hari raya semua!!!

22 August, 2011

Saegil Chukahamnida SyuYounGi.O

 MBLAQ pun wish besday gak...^^

saegil chukahamnida kepada diri sendiri yg kini dah menjangkau 20 tahun...
em..muda lagi...

terasa hari ni sangat sengal dari biasa tapi takkan dilupakanlah sampai bila2...
hehehehe....
seronok plak bila ramai org wish besday even takde secret recipe...
huhuhu...

to all my chingus n family...
kamsahamida....
rasenya..tahun ni besday yang paling bestla....
dah lama tak dpt hadiah utk besday...
apatah lagi kene tipu hidup2 dgn si pu3 n nadok...
adoyai...
sampai hati korg tabur bedak kat aku...
habis rambut aku yg comel ni jadi beruban...
hahahaha....
rasenya bau bdak ni tak ilang sampai pagi sok....

tapi...
sgt terharu bile korg nyanyi lagu besday waktu petang tadi...dahla sumer org dgr...
tak pasal2 popular sehari...
thanx to Nadok,Nad,Pu3,Yanie,Dila,Farhah,Azie,JJ,Nik....
sore korg sgt merdu tadi...
hehehe...

hadiah korg pon sgt cute...
sorrylah kalau sebelum ni aku ade wat korg marah ke apa ke...
hehehe...
raya nanti aku minta maaf sungguh2 kat korg...
hahahaha....

to nazurah amani...
aku sgt ske video yg ko bg....
kamsahamida...

kesimpulannya kepada semua...
TERIMA KASIH
THANK YOU
ARIGATO
KAMSAHAMIDA
SYUKRAN
MERCI BEAUCOUP
dll

u guys are the best!

to angah:kau tak nak bagi G.O junior kat along ke?wawawa!

19 August, 2011

-Monalisa Page 15-

Mata Seung Ho masih belum terlepas dari terus memandang ke arah Hyo Young yang kini sedang berbual mesra dengan para tetamu yang hadir ke majlis itu.Sungguh,penampilan Hyo Young pada malam itu sangat berbeza daripada sebelumnya.Dia sendiri tidak percaya jika wanita yang menarik perhatiannya itu adalah Ryu Hyo Young.Lamunan Seung Ho terganggu apabila bahunya dicuit oleh seseorang dari belakang.
"Noona."Seung Ho tersenyum nipis apabila menyedari Sandara yang sedang berdiri di belakangnya itu.
"Takkan tengok saja.Pergilah ajak dia menari,"kata Sandara,sambil mengangkat kening kirinya.Seung Ho tidak segera menjawab sebaliknya terus memandang ke arah Hyo Young yang begitu menawan itu.Sandara menyiku lengan kanan Seung Ho.Seung Ho menoleh ke arah Sandara.
"Pergilah cepat!Takkan nak tunggu majlis habis,baru nak ajak dia menari,"kata Sandara.Perlahan-lahan,Sandara menolak tubuh Seung Ho supaya lebih dekat jaraknya dengan Hyo Young.Hyo Young menoleh ke arah Seung Ho apabila menyedari kelibat lelaki itu kian dekat dengannya.Sandara meninggalkan Seung Ho dan Hyo Young berdua di situ dengan senyuman nakalnya.Seung Ho menelan air liurnya apabila berhadapan dengan Hyo Young yang kelihatan sangat femini dan cantik pada matanya itu.Hyo Young juga berasa tidak selesa apabila ditinggalkan berdua dengan lelaki itu.Seung Ho juga kelihatan sangat kacak dengan pakaian seragam Dirajanya itu.Belum pernah Hyo Young melihat Seung Ho sekacak itu.Oleh sebab itulah,Hyo Young sengaja menjauhkan dirinya daripada putera idaman seluruh wanita metropolis Seoul itu.Ketika itu,kedua-dua mereka menjadi perhatian kesemua tetamu yang berada di dewan itu.Keempat-empat putera kacak itu turut menumpukan perhatian mereka terhadap pasangan sejoli itu.Perlahan-lahan,Seung Ho menghulurkan tangannya kepada Hyo Young.Hyo Young pula memandang Seung Ho dengan penuh tanda tanya.Seung Ho kemudiannya mengukir senyuman manis kepada tunangnya itu.
"Sudikah awak menari dengan saya?"Soal Seung Ho,romantik.Hyo Young sedikit terpana dengan pelawaan yang tidak terjangka daripada Seung Ho itu.Benarkah Seung Ho mengajaknya menari ketika itu?Tanpa disedarinya,tangannya yang putih gebu itu sudah pun berada dalam genggaman Seung Ho.Perlahan-lahan,Seung Ho menariknya ke ruang tengah sebelum membuka langkah tariannya yang kemas itu.Bagaikan dibuai dengan irama lagu yang indah itu,Hyo Young turut mengikut gerak tari Seung Ho itu tanpa sebarang cacat celanya.Sempurna sekali gerak tarinya!Semua yang berada di situ mengukir senyuman lebar kerana turut tertawan dengan suasana romantik yang mengiringi tarian pasangan Diraja itu.
Selang beberapa minit kemudian,tarian mereka pun berakhir dengan ciuman lembut daripada Seung Ho pada dahi Hyo Young.Hyo Young terpana dengan ciuman Seung Ho pada dahinya itu.Seung Ho kemudiannya mengukir senyuman manis kepada Hyo Young sebelum meninggalkan wanita itu di situ.
Seung Ho berdiri di suatu sudut sambil memerhatikan Hyo Young dari jauh.Tanpa disedarinya,bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Hyo Young tertawa kecil sewaktu berbual-bual dengan para tetamu yang hadir.Entah mengapa,senyuman wanita itu manis sekali pada pandangan matanya.
"Kenapalah...aku tak pernah sedar yang senyuman Hyo Young tu sebenarnya...manis sangat..."Bisik hatinya.Seung Ho tersenyum lagi.Sungguh dia tertawan dengan kemanisan senyuman Hyo Young pada malam itu.Senyuman Seung Ho mengendur apabila terasa bahunya dicuit dari belakang.Seung Ho terkejut apabila melihat Fei yang bergaun biru muda itu sedang berdiri sambil tersenyum ke arahnya.
"F...Fei?"Seung Ho seolah-olah tidak percaya apabila melihat tetamu yang amat dinanti-nantikannya sebentar tadi kini sudah pun berada di hadapan matanya.Fei juga tidak kurang menyerlahnya.Gaun berwarna biru muda itu amat sesuai dengan tubuhnya yang langsing itu.
"Awak nampak kacak betullah tadi.Bertuah tunang awak sebab dapat menari dengan awak tadi,"kata Fei.Seung Ho sekadar tersenyum mendengar pujian Fei itu.
"Awak dah lama sampai ke?Saya tak nampak pun awak tadi,"kata Seung Ho.
"Lamalah juga.Saya pergi berbual dengan omma awak tadi.Dah lama tak jumpa dengan omma awak,"jawab Fei,sambil membetulkan rambutnya yang panjang hingga ke bahu itu.Dia kemudiannya ingin memakaikan penyepit rambut bercorak riben itu pada rambutnya yang berwarna perang itu."Aduh,rimaslah pula rambut ni,"kata Fei.Namun,niatnya terbantut apabila tangannya dipegang oleh Seung Ho.Fei memandang ke arah Seung Ho.
"Tak payahlah pakai.Saya lagi suka tengok rambut awak macam ni.Lagi cantik,"kata Seung Ho,berterus-terang.Fei yang terkejut dengan kata-kata Seung Ho itu perlahan-lahan melepaskan pegangan Seung Ho itu.Dia kemudiannya memusingkan tubuhnya daripada menghadap Seung Ho.
"Macam yang saya sangkakan...majlis pertunangan awak malam ni sangat meriah.Mengalahkan majlis perkahwinan..."Fei sengaja mengubah topik perbualan.Seung Ho sekadar angguk.Dia kemudiannya menoleh ke arah Fei dengan pandangan penuh bermakna sekali.
"Terima kasih sebab sudi datang.Saya...gembira sangat,"kata Seung Ho.Fei mengukir senyuman senang hati.
"Sama-sama..."balas Fei.

Hyo Young mulai berasa tidak selesa selepas menyaksikan kemesraan Seung Ho dengan Fei.Jadi,itulah wanita yang sepatutnya berada di tempatnya sekarang.Jauh di sudut hatinya,dia mencemburui wanita yang bernama Fei itu.Baru sebentar tadi,Seung Ho berada di sisinya.Seolah-olah,hanya dirinya yang menjadi perhatian Seung Ho ketika itu.Namun,semua itu hanyalah sementara.Kini,Fei pula yang menjadi perhatian Seung Ho.Perlahan-lahan,Hyo Young melepaskan keluhan berat.Hyo Young menoleh ke belakang apabila terasa namanya dipanggil.Perlahan-lahan,bibirnya tersenyum manis apabila melihat Byung Hee yang berkot putih itu sedang berdiri di hadapannya.Pewaris kedua keluarga Diraja itu menghulurkan tangannya.
"Sudikah Cik Muda Hyo Young menari dengan saya?"Soal Byung Hee.Hyo Young tertawa kecil apabila mendengar gelaran yang diberi oleh Byung Hee terhadapnya.Hyo Young kemudiannya angguk lalu menyambut huluran tangan putera kacak itu.Mereka pun menari mengikut rentak irama yang sedang dimainkan itu.
"Hyo Young nampak cantik sangat malam ni.Mesti Seung Ho tak kelip mata tengok Hyo Young,"puji Byung Hee.Hyo Young sekadar tersenyum nipis.
"Betul ke?Entah Seung Ho tak rasa apa-apa pun bila tengok Hyo Young macam ni,"kata Hyo Young.
"Ish,tak adalah.Habis yang dia cium dahi Hyo Young tadi tu apa?Tu tandanya dia sukalah tu,"duga Byung Hee.Mahu tak mahu,Hyo Young terpaksa angguk.Biarlah.Bukannya oppa tahu pasal hal aku dengan Seung Ho yang sebenar pun,bisik hatinya.
"Apa yang pasti,gerak tari Hyo Young tadi sangat cantik,"puji Byung Hee lagi.Kali ini,barulah Hyo Young mahu tersenyum lebar.Seronok pula hatinya apabila tariannya itu mendapat pujian walaupun dia tahu tariannya itu tidaklah sesempurna mana.
Sandara yang sedang duduk sambil asyik memerhatikan suasana majlis yang kian meriah itu,menoleh ke arah Mir yang kini sudah berdiri di hadapannya itu.Sandara mengukir senyuman terhadap si putera yang paling muda itu.
"Sudi tak Noona menari dengan Mir?"Soal Mir,sambil tersenyum manis.Sang Hyun yang turut menemani Sandara itu menjeling ke arah Mir.
"Yah,kenapa nak menari dengan noona aku pula ni?Menarilah dengan orang lain,"kata Sang Hyun.Mir tidak mempedulikan teguran sepupunya itu.Sebaliknya dia terus menghulurkan tangannya kepada Sandara.Sandara mengukir senyuman manis kepada Mir.Perlahan-lahan,Sandara menyambut huluran tangan Mir itu.
"Noona!"Sang Hyun tidak senang duduk apabila kakaknya itu bersetuju untuk menerima ajakan Mir itu.
"Tak payah bisinglah,Sang Hyun.Baik Sang Hyun pun cari pasangan untuk menari juga.Rugi tau kalau tak join,"kata Sandara.Mir pula sudah mengukir senyuman nakal sebelum menjelir lidah kepada Sang Hyun.Sang Hyun mencebik.Perhatian Sang Hyun kemudiannya teralih kepada Ha Young yang sedang rancak berbual dengan Lizzy di suatu sudut itu.Perlahan-lahan,dia mengukir senyuman nakalnya.
"Dah jumpa!"Bisik hatinya.
Jantung Hyo Sung berdegup pantas apabila melihat Chang Sun yang sedang berbual dengan Du Jun itu.Penampilan Chang Sun pada malam itu sangat tampan sekali.Kot hitam yang tersarung pada tubuh tegap lelaki itu membuatkan penampilannya kelihatan lebih kacak daripada sebelumnya.Apatah lagi,Chang Sun tidak mengenakan langsung cermin matanya pada malam itu.Tanpa Hyo Sung sedari,Chang Sun sedang curi-curi memandang ke arahnya.Gembira hatinya apabila Hyo Sung menerima juga pelawaannya itu.
"Aku tengok...cara hyung pandang Hyo Sung tu...lain je.Hyung dengan Hyo Sung memang ada apa-apa ke?"Soal Du Jun,ingin tahu.Chang Sun sekadar tersenyum simpul.
"Kau rasa?"Soal Chang Sun pula.
"Betullah tu,"duga Du Jun.Chang Sun sekadar tersenyum,tidak mengiyakan mahupun menidakkan tekaan Du Jun itu.Sebaliknya,Chang Sun lebih selesa memandang ke arah Hyo Sung yang ketika itu turut memandang ke arahnya.Untuk seketika,pandangan mereka bertembung.Hyo Sung segera mengalihkan pandangannya itu sebelum meletakkan tangannya pada dadanya.Pandangan mata Chang Sun itu benar-benar sudah menikam jantungnya ketika itu!
MBLAQ HOT

17 August, 2011

-Monalisa Page 14-

Lizzy dan Ha Young teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam istana yang tersergam gah itu.Mereka dibenarkan masuk apabila menunjukkan surat jemputan untuk ke majlis pertunangan Seung Ho dengan Hyo Young.
“Jemputkan masuk,cik,”pelawa penyambut tetamu wanita itu sambil mengukir senyuman manis,mengalu-alukan kedatangan tetamu yang dihormati itu.Lizzy dan Ha Young mengangguk perlahan.Terasa kekok pula apabila dilayan bagaikan puteri raja itu.Ha Young menyiku lengan Lizzy.Lizzy menoleh ke arahnya.
“Serius ke kita nak masuk ni?Malulah.Kat dalam tu mesti ramai kerabat diraja.Seganlah kalau kita je yang bukan dari kerabat tu,”kata Ha Young,separuh berbisik.Lizzy bersetuju dengan kata-kata Ha Young itu namun tidak diluahkan secara terbuka.
“Memanglah.Tapi…Putera Mir dah jemput.Takkan tak nak datang pula?Nanti apa pula yang dia kata,”kata Lizzy.
“Dia jemput kau jelah.Bukannya aku.Kau memanglah kena pergi.Aku tak datang pun tak apa.Aku balik dululah.Seram sejuklah aku kat sini,”kata Ha Young,sudah berura-ura mahu beredar dari majlis itu.Lizzy lekas-lekas memegang lengan kawannya itu,menghalang niat Ha Young itu.
“Sampai hati kau nak tinggalkan aku?Kau memang nak kena kan?”Marah Lizzy.Ha Young sekadar membalasnya dengan senyuman sumbing.”Jom jelah.Kejap pun tak apa.Lepas kita dapat jumpa dengan Putera Mir,kita baliklah.Sekurang-kurangnya bagi dia tahu yang kita datang ke majlis ni,okey?”Soal Lizzy.
“Betul hah?Kejap je tau,”kata Ha Young,pinta kepastian.Lizzy angguk laju.”Okeylah.Balik ni kau kena belanja aku makan,”kata Ha Young,terpaksa.Lizzy tersenyum lebar.
“Okey,”kata Lizzy,bersetuju.
Mata mereka terbuntang luas apabila melihat dewan utama istana itu dipenuhi dengan ramai tetamu yang pastinya bukan terdiri daripada golongan biasa-biasa.Lihat sahaja pakaian berjenama mahal yang tersarung pada tubuh mereka.Itu belum ditambah lagi dengan aksesori-aksesori emas dan permata yang menunjukkan lagi kehebatan status mereka itu.Lizzy dan Ha Young menelan air liur sendiri.Seketika mereka melihat sendiri pakaian yang tersarung pada tubuh mereka itu.Aduhai…bagaikan langit dengan bumi!Muka mereka berubah merah apabila kehadiran mereka di situ sedikit sebanyak menjadi perhatian para tetamu di situ.Ha Young menggenggam erat tangan Lizzy.
“Lizzy…jomlah kita balik.Aku rasa dah sesak nafas sangat ni.Seganlah orang pandang-pandang kita macam ni.Aku tahulah kita berdua ni cantik tapi aku sangat tak suka cara diorang pandang kita ni.Kita baliklah ya,Lizzy,”pujuk Ha Young,bersungguh-sungguh mahu beredar dari situ.Lizzy turut berasa tidak selesa dengan pandangan para tetamu terhadap mereka itu.
“Jomlah.Lusa,aku cakap je kat Putera Mir yang kita dah datang sini,”kata Lizzy,akhirnya bersetuju dengan cadangan Ha Young itu.Ha Young tersenyum lebar apabila Lizzy sudah mahu menerima ajakannya itu.Perlahan-lahan,mereka memusingkan tubuh mereka ke belakang.Tiba-tiba,tubuh Lizzy terlanggar sesuatu sebaik sahaja dia berpusing ke belakang.
“Eh,Lizzy.Awak dah sampai?”Soal Mir,teruja melihat tutornya yang sudi hadir ke majlis pertunangan Seung Ho dengan Hyo Young itu.Lizzy terkejut apabila melihat Mir yang sedang berada di hadapannya itu.Pantas sahaja Lizzy dan Ha Young menundukkan sedikit tubuh mereka sebagai menghormati si putera raja yang tidak kurang kacaknya itu.
“Ish,apa tunduk-tunduk ni?Dah dah,”kata Mir sambil memegang bahu Lizzy.Tidak selesa pula apabila Lizzy dan Ha Young menundukkan tubuh mereka apabila berhadapan dengannya.Lizzy terkejut apabila bahunya dipegang oleh Mir.
“Kita kan kawan.Takkanlah dengan kawan sendiri pun nak tunduk-tunduk macam ni,”kata Mir lagi,sambil tersenyum manis.Lizzy tergamam dengan kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut si putera raja itu.Mereka berkawankah?Ha Young yang menyedari riak wajah Lizzy yang berubah malu itu sekadar tersenyum nipis.Rasanya dia dapat menghidu sesuatu yang berbeza ketika itu.
“Terima kasihlah sebab sudi datang.Saya ingatkan awak tak datang tadi.Sedih tau kalau kawan saya tak dapat datang ke majlis ni,”kata Mir.
“Terima kasih juga sebab sudi menjemput kami ke sini.Satu penghormatan bagi kami bila dijemput datang ke majlis yang sangat meriah ni.Lagi-lagi bila si putera raja sendiri yang jemput kami ke sini,”kata Ha Young pula.Lizzy menjengil ke arahnya.Aik,tadi dia yang beria-ia nak balik.Ni dia pula yang beria-ia nak tunjuk mesra dengan Mir!Mir tersenyum mendengar kata-kata Ha Young itu.
“Em…kenapa awak senyap je ni,Lizzy?Awak tak sihat ke?”Soal Mir,prihatin apabila menyedari Lizzy yang senyap sejak dari tadi.Lizzy pantas menggeleng.Ha Young memaut bahu rakannya itu.
“Oh,dia tak ada apa-apa.Dia Cuma nervous je.Maklumlah ni kali pertama kami datang ke majlis macam ni,”sampuk Ha Young pula sambil memandang nakal ke arah Lizzy.Lizzy pula menjeling ke arahnya.
“Em,saya tak apa-apa,Tuan Mir.Sungguh saya tak ada apa-apa,”kata Lizzy,sambil melepaskan pautan Ha Young itu.Mir tertawa.
“Yah,awak ni kenapa,Lizzy?Gaya awak macam kali pertama jumpa saya pula.Tiba-tiba je panggil Tuan Mir pula,kenapa ni?Panggil saya macam biasa sudahlah.Arasso?”Soal Mir.Gelak tawanya itu masih lagi bersisa.Lizzy malu sendiri apabila ditegur oleh Mir itu.
“Eh,awak berdua pergilah makan dulu.Saya nak pergi tengok tetamu yang lain kejap.Okey?”Soal Mir.Lizzy segera angguk.Mir tersenyum manis sambil menundukkan sedikit kepalanya sebelum beredar dari situ.Lizzy menghela nafas panjang sebaik sahaja kelibat Mir sudah kian jauh dari mereka itu.Ha Young menyiku lengan Lizzy itu.Lizzy menoleh ke arahnya.
“Aku rasa hidung aku terbau sesuatu yang berbeza.Kau dengan Mir tu ada apa-apa ke?Lain macam je aku tengok korang berdua tadi,”kata Ha Young,cuba mengorek sesuatu yang tersimpan antara Lizzy dengan Mir itu.Lizzy menepuk perlahan lengan Ha Young itu.
“Ish,mengarutlah kau ni.Dahlah,jom kita pergi makan dulu.Lepas tu,kita cepat-cepat balik,”kata Lizzy sambil menarik tangan Ha Young menuju ke suatu ruang makan.

 Bang Cheol Yong as Mir
 Lizzy After School
Oh Ha Young A Pink

Hyo Sung melepaskan tangannya apabila Du Jun menarik tangannya untuk melangkah masuk ke dalam istana itu.Du Jun menoleh ke arahnya.
"Awak tak nak masuk ke?"Soal Du Jun.Perlahan-lahan,Hyo Sung menggeleng."Tapi,kita dah sampai ni,Hyo Sung.Nanti apa pula kata Joon hyung kalau awak tak datang,"kata Du Jun.Hyo Sung memandang ke arah istana yang tersergam gah itu.Beberapa hari yang lalu,dia menerima surat jemputan daripada Chang Sun melalui pembantu peribadi lelaki itu.Hatinya begitu berat sekali untuk menghadiri ke majlis itu.Bukannya dia tidak mahu menghadiri majlis itu,tetapi lebih kepada kebimbangannya terhadap ancaman Chae Rin dan pengikut-pengikutnya.Bagaimana kalau-kalau kehadirannya ke situ dapat dihidu oleh mereka?Entah apa lagi yang akan dilakukan terhadapnya selepas ini.Namun,apa yang lebih membimbangkannya adalah jika nama baik Chang Sun tercemar atas kedegilannya sendiri.Hyo Sung menggeleng kepalanya sendiri.Terlalu banyak yang difikirnya ketika ini.Hyo Sung memegang tangan Hyo Sung dengan lembut sambil tersenyum manis ke arah wanita itu.
"Awak takut kalau Chae Rin nampak awak kat sini ya?Jangan risaulah.Awak ingat Joon Hyung nak ajak perempuan macam tu ke sini ke?Ni bukan sebarangan tempat tau.Hanya orang-orang yang terpilih je boleh datang sini.You should be proud for yourself.Joon hyung sendiri yang nak awak datang sini,"kata Du Jun,cuba menyedapkan hati Hyo Sung.Hyo Sung menoleh ke arahnya.Perlahan-lahan,bibirnya mengukir senyuman nipis.Dia percaya dengan jaminan yang diberikan oleh Du Jun itu.

Hyo Young meletakkan tangan pada dadanya.Sungguh dia dapat merasakan degupan jantungnya yang berdetak hebat itu.Beberapa minit lagi dia akan diisytiharkan sebagai tunang kepada pewaris utama keluarga Diraja Yang,Putera Mahkota Yang Seung Ho.Hyo Young melepaskan nafas panjang,cuba membuang segala keresahannya ketika ini.Perhatiannya teralih ke arah pintu biliknya yang ditolak dari luar itu.Kelihatan wajah pembantu-pembantu istana wanita melangkah masuk ke dalam biliknya.Pasti ingin melakukan persiapan terakhir terhadap Hyo Young sebelum Hyo Young muncul secara rasmi di khalayak ramai.
"Baiklah,Cik Hyo Young.Kita dah boleh keluar sekarang,"kata salah seorang daripada pembantu istana itu.Hyo Young menelan air liur sebelum mengangguk perlahan.

Seung Ho sekadar tersenyum sepanjang berbual bersama tetamu yang hadir ke majlis pertunangannya itu.Sesekali matanya cuba mencari kelibat seseorang yang amat dinanti-nantikannya itu.Hatinya hampa apabila kelibat itu tidak dijumpainya.Mungkin dia belum sampai lagi,bisik hatinya.Byung Hee pula berdiri di suatu sudut sambil memerhati ke arah pintu utama dewan itu di mana Hyo Young akan muncul buat kali pertama di kahalayak ramai sebagai tunang kepada Seung Ho.Sesekali dia melirik ke arah jam tangannya.
"Rasanya dah lewat 15 minit ni.Dia okey ke?"Byung Hee menyoal sendiri.Byung Hee menoleh ke arah kirinya apabila menyedari putera yang paling bongsu dalam keluarga Diraja itu melangkah ke arahnya sambil membawa dua gelas berisi wine merah.Mir kemudiannya menghulurkan wine itu kepada Byung Hee.
"Nah,hyung,"kata Mir.Byung Hee menerima huluran Mir itu dengan senyuman manis.
"Gomawo,"ucap Byung Hee sebelum meneguk wine itu dengan perlahan.Mir juga meneguk wine itu.
"Mesti Hyo Young cantik malam ni.Bertuah Seung Ho hyung dapat tunang yang cantik macam dia,"kata Mir.Byung Hee sekadar angguk.
"Tak sangka...gadis tomboi macam Hyo Young tu juga yang berjaya menawan hati Seung Ho.Padahal Seung Ho...lebih sukakan perempuan yang...hot,"kata Byung Hee.Mir tertawa kecil.
"Ala...entah-entah Seung Ho hyung ada rancangan lain.Mustahil dia boleh jatuh cinta dengan Hyo Young macam tu je."Tiba-tiba sahaja Chang Sun mencelah.Kedua-dua putera raja itu menoleh ke arah Chang Sun yang baru tiba dekat dengan mereka itu.
"Joon berani potong jarilah yang Seung Ho hyung tu main-main je dengan Hyo Young tu,"kata Chang Sun selamba.
"Kenapa kau cakap macam tu pula?"Soal Byung Hee,tidak puas hati.Chang Sun sekadar tersenyum nipis.
"Hyung nampak kan waktu kita berbual pasal Fei tu?Seung Ho hyung masa tu tak pandang langsung dekat Hyo Young.Perhatian dia masa tu lebih tertumpu ke arah Fei.Hyung perasan kan?"Soal Chang Sun.
"Dahlah Joon.Aku tahu otak kau ni bukan sebarangan otak.Tapi,tak payahlah sampai nak buat teori yang mengarut tu.Baik kau fikirkan pasal hal kau sendiri.Kau tu bila lagi?Sebenarnya kau cemburu dengan Seung Ho kan?Yalah...dia playboy-playboy pun...dah nak bertunang dah.Kau?Kau nak kahwin dengan buku saja ke nanti?"Soal Byung Hee.Mir tertawa mendengar gurauan Byung Hee itu.Chang Sun berdehem beberapa kali sambil mengalihkan perhatiannya ke tempat lain.Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya itu.Byung Hee dan Mir yang menyedari perubahan riak wajah Chang Sun itu sekadar melihat ke arah yang dilihat oleh Chang Sun itu.Tidak lama kemudian,mereka tersenyum sesama sendiri.
"Joon nak pergi jumpa kawan kejap,"kata Chang Sun sebelum beredar meninggalkan kedua-dua sepupunya itu.

"Tak lama lagi,istana ni buat majlis pertunangan lagi sekali,"kata Mir.Byung Hee sekadar angguk sambil tersenyum.Perhatian Mir teralih ke arah Sandara yang muncul di hadapan matanya itu.Kelihatan wanita itu sedang berbual-bual dengan salah seorang tetamu yang hadir itu.

"Noona..."Mir menyebut nama Sandara secara tidak sengaja.Byung Hee menoleh ke arah Sandara sebaik sahaja mendengar Mir menyebut nama Sandara.Byung Hee melihat ke arah wajah Mir yang berubah itu apabila berhadapan dengan wanita itu.Kening kanannya terangkat.Byung Hee yakin bahawa sangkaannya itu tepat sekali.
"Aku baru sedar yang sepupu-sepupu aku ni...semuanya dah besar-besar belaka,"bisik hatinya sambil tersenyum.

Tidak lama selepas itu,lampu dewan besar itu dimalapkan sedikit.Kemudian satu lampu putih dihalakan ke arah pintu utama dewan itu.Semua tetamu di situ menumpukan perhatian mereka ke arah yang disuluh lampu itu.Kelibat Hyo Young yang bergaun putih itu menarik perhatian setiap tetamu yang hadir ketika itu.Semua yang berada di situ terpaku dengan kecantikan Hyo Young pada malam itu.Apatah lagi bagi putera raja yang berlima itu.Sungguh mereka tidak mempercayai gadis yang melangkah masuk ke dalam dewan itu adalah Hyo Young,gadis tomboi yang mereka kenali dulu.Seung Ho juga tidak terkecuali.Kali ini,Hyo Young sudah pun berdiri di hadapannya.Untuk seketika,wajah Fei yang menjadi kegilaannya selama ini hilang dari fikirannya.Yang tinggal,hanyalah wajah ayu Hyo Young yang belum pernah dilihatnya selama ini.

 MBLAQ