12 April, 2011

...Chapter 16...

"Bukan awak sayang sangat ke kat misai awak tu?"soal Sa Rang sebelum menghirup jus epal di hadapannya.Dong Joon membalasnya dengan anggukan sambil menikmati hidangan petang yang menyelerakan itu."Kenapa awak cukur?"soal Sa Rang lagi.Dong Joon memandang ke arahnya.
"Awak ni,saya tak cukup kacak lagi ke macam ni?"soal Dong Joon pula.
"Tak adalah.Dulu kan awaklah yang paling marah lagi kalau bangkitkan soal cukur-mencukur ni.Ni,tengok tiba-tiba dah bersih dah muka awak.Ha~...ni mesti ada awek yang awak dah sangkut ni?"duga Sa Rang.Dong Joon tersedak.Sa Rang terkejut lalu segera menghulurkan air kepada lelaki itu.Dong Joon kembali lega selepas meneguk air itu.
"Ha,kalau dah sampai tersedak-sedak tu,betullah tu,"sambung Sa Rang lagi.Seronok pula rasanya apabila dapat mengenakan lelaki itu.
"Awak memang sengaja nak balas dendam kat saya kan?"balas Dong Joon.Sa Rang ketawa kecil.
"Ala,bukannya selalu,"kata Sa Rang,sambil tersengih.Dong Joon tersenyum kecil apabila melihat keadaan Sa Rang yang riang itu.
"Awak macam gembira sangat je bila saya dah balik ni?Mesti awak rindu kat saya kan?Dah terubat ke rindu awak kat saya?"usik Dong Joon.Sa Rang mencebik.
"Perasanlah awak ni,"balas Sa Rang lalu terus menikmati makanannya tanpa mahu mempedulikan lelaki yang sedang seronok mengusiknya itu.
"Kat sana saya terlalu sibuk,sampai tak ada masa nak jaga misai saya tu.Senang-senang,cukur je lah,"jawab Dong Joon.Sa Rang menoleh ke arahnya.Dia benar-benar tidak sangka dengan perubahan wajah Dong Joon yang kelihatan drastik itu.Seolah-olah lelaki itu bukan Dong Joon.Namun,dia percaya lelaki di hadapannya itu adalah Dong Joon kerana sikapnya yang tidak matang itu.
"Kerja awak dah siap ke kat sana?Lepas ni awak dah tak payah balik sana dah?"soal Sa Rang.Kali ini,topik perbincangan mereka kembali 'matang'.Dong Joon menggeleng.
"Belum lagi.Tapi...saya tak terikat sangat dah kerja kat Busan tu.Cuma saya kena pergi pantau projek tu dalam dua minggu sekali.Selebihnya,saya buat kerja saya kat sini jelah,"kata Dong Joon.Dia juga benar-benar lega kerana tidak perlu menetap di Busan dalam tempoh yang lebih lama.Dia bosan berada di sana,melainkan Sa Rang sudi menemaninya di sana.Hatinya ketawa kecil.Dong Joon tersenyum kecil namun disedari oleh Sa Rang.
"Kenapa senyum sorang-sorang ni?"soal Sa Rang.Dong Joon menggeleng.
"Ala,nak senyum pun salah.Apalah cikgu ni,"kata Dong Joon,berpura-pura memasamkan muka.Sa Rang tidak mempedulikannya.Malas nak layan lelaki yang berperangai macam budak-budak ni!
"Lepas ni,nak pergi mana pula?"soal Sa Rang,sambil melihat jam tangannya.Dong Joon tidak menjawab.
"Dong Joon,"tegur Sa Rang lagi.Dong Joon masih seperti tadi.
"Park Dong Joon,saya sedang tanya awak ni,"kata Sa Rang lagi.
"Saya tak nak jawab soalan awak kalau awak tak panggil saya...OPPA,"kata Dong Joon,selamba.Mata Sa Rang terbuka luas.Oppa?!!
"Ah,tak payah nak mengada-ngada kat sini,"balas Sa Rang.Dia ingin beredar dari situ,namun dia tidak menjumpai kunci motosikalnya.
"Awak cari ni ke?"soal Dong Joon sambil mengawang-awangkan kunci motor Sa Rang di hadapan wajah Sa Rang.Sa Rang ingin merampasnya kembali,namun pantas disorokkan oleh Dong Joon semula.
"Dong Joon,tolong bagi balik kunci motor saya,"kata Sa Rang,tegas.Dong Joon tersenyum sumbing.
"Apa?Oppa tak dengar lah,"kata Dong Joon ,pura-pura tidak dengar apa yang dikatakan oleh Sa Rang itu.Sa Rang bercekak pinggang.
"Dong Joon!"
"Oppa..."usik Dong Joon lagi.Sa Rang melepaskan nafas berat.
"Dong Joon ah...bagilah balik kunci motor saya tu.Saya nak baliklah.Dah lewat ni,"rayu Sa Rang.
"Oppa!"Dong Joon masih berdegil.
"Arasso..arasso!"Sa Rang memandang ke arah Dong Joon.Dong Joon turut membalas pandangan gadis itu.Sa Rang melepaskan nafas panjang.
"Boleh tak bagi balik kunci motor saya...op..p..bagilah!"kata Sa Rang.Kening Dong Joon terangkat sebelah.
Sa Rang mulai geram.
"Boleh tak saya nak kunci motor saya balik,oppa?"soal Sa Rang,berusaha mengawal amarahnya.Dong Joon tersenyum lebar.Dia kemudiannya berdiri lalu mendekati Sa Rang.Sa Rang memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam sekali.Dia meletakkan kunci motor itu di atas tangan Sa Rang.
"Kan manis kalau panggil saya..oppa,"bisiknya.Sa Rang tidak membalas.Tiba-tiba,dia merasakan pipinya dicium oleh Dong Joon.Dia menoleh ke arah Dong Joon namun lelaki itu sudah agak jauh meninggalkannya.Sa Rang meraba-raba pipinya yang panas itu.
"Dong Joon!!!"jeritnya.Dong Joon hanya ketawa besar.

Dong Joon terjun ke dalam kolam renang sambil diperhatikan oleh Jong Suk.Jong Suk pula selesa merehatkan dirinya di atas kerusi sambil menikmati jus oren.Dong Joon mennolak rambutnya ke belakang.
"Jong Suk,jomlah renang sekali.Apa ni,duduk lepak atas kerusi pula.Macam perempuanlah kau ni,"kata Dong Joon.Jong Suk tersengih.
"Sekejaplah.Aku tengah syok tengok kau mandi ni.Buatlah gaya renang kau yang seksi sangat tu,"balas Jong Suk sambil bergurau.Dong Joon melibaskan air ke arah Jong Suk.
"Yah,kau saja kan nak basahkan aku?!"balas Jong Suk.Dong Joon tersenyum sumbing.
"Ala,alang-alang dah tunjuk badan seksi kau tu,join je lah mandi sekali.Habis tu,buat apa datang ke sini kalau bukan nak membasahkan diri,"balas Dong Joon.Jong Suk mencebik.Mahu tak mahu,dia terjun juga ke dalam kolam itu.
"Hah,macam tu lah!"Dong Joon tertawa besar.Jong Suk membalas perbuatan Dong Joon sebentar tadi dengan cara yang sama.Dong Joon menyapu wajahnya yang basah itu.
"Kau ingat sejak misai kau dah tak ada tu,kau hebat sangatlah,"kata Jong Suk.Dong Joon tersengih.
"Eh,bukan aku serba hebat ke?"soal Dong Joon.Jong Suk tersenyum.
"Perasanlah kau ni.Kalau kau selalu macam nilah,sampai ke tua pun Sa Rang tak sangkut kat kau.Cuba kau jadi gentleman macam aku.Kan dah bahagia dengan Hye Ri dah,"kata Jong Suk,membangga diri.
"Tu lagi perasan!"jerit Dong Joon sambil melibas air ke arah Jong Suk lagi.Dia terus menyelam ke dalam air,malas mahu melayan angin perasan Jong Suk itu.Mentang-mentang dah couple dengan adik aku,nak tunjuk hebat pula!
Dong Joon memunculkan wajahnya semula di permukaan.Jong Suk mengecilkan matanya apabila menyedari sesuatu yang berbeza di belakang badan Dong Joon itu.Dia berenang ke arah Dong Joon.
"Yo,apasal dengan belakang kau ni?Biru-biru je ni,"soal Jong Suk.Dia cuba menyentuh belakang badan Dong Joon itu namun dotegah oleh Dong Joon.
"Wowowo...jangan berani-berani nak sentuh!Berbisa tu!"kata Dong Joon.
"Macam mana boleh jadi macam ni?Gila cantik biru dia,"kata Jong Suk,sekaligus bergurau.Dong Joon menjeling ke arahnya.
"Sa Rang yang cubit aku,"jawab Dong Joon,perlahan.Jong Suk menahan tawanya.
"Ala,kalau nak gelak..gelak jelah.Tak payah nak cover-cover,"kata Dong Joon.
"Boleh ke?"soal Jong Suk.Namun,belum sempat Dong Joon membalas pertanyaan Jong Suk itu,Jong Suk terlebih dahulu menghamburkan tawanya.Dong Joon menahan geramnya.Dah agak dah semua ni akan terjadi.
"Macam mana boleh jadi macam ni?Mesti kau ada usik dia kan?Kalau tak,tak adanya kau kena cubitan berbisa ni,"kata Jong Suk,masih bersisa tawanya itu.Dong Joon melangkah ke arah kerusi lalu meneguk jus yang terletak di atas meja itu.Jong Suk menggelengkan kepalanya.
"Betullah tu.Bukannya aku tak pernah kenal kau.Tulah,lain kali jangan nak tunjuk daebak sangat.Kan dah kena serangan ketam,"usik Jong Suk lagi sambil diikuti dengan tawanya.Jong Suk kemudiannya melangkah mendekati Dong Joon."Dong Joon,kau sebenarnya memang sukakan kat cikgu tu kan?"duga Jong Suk.Dong Joon mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah Jong Suk.
"Apa yang kau mengarut ni?"soal Dong Joon.Jong Suk mencebik.
"Lah...bajet macho pulak...Ni yang aku malas ni.Bro,aku malas nak soal selidik kau banyak kali.Tapi,kalau betul kau dah suka kat dia,mengaku jelah.Bukannya jatuh macho kau pun.Ni..muka baru kau yang...agak kacak ni.Kau buat semua ni,sebab dia kan?"soal Jong Suk,mengalahkan seorang detektif.Dong Joon masih berdiam diri.
"Betullah tu.Dong Joon,sebelum kau terlambat,baik kau bertindak cepat.Nanti,kalau dah terlepas kat tangan orang lain,kau menangis sampai keluar air mata darah pun dah tak guna dah.Lagipun,kau pernah cerita kat aku kan,yang ada lelaki lain cuba nak pikat Cik Sa Rang tu?Kau kena agresiflah sikit!Aku macam tak percaya je ada kawan yang lembik macam kau ni,"kata Jong Suk.
"Amboi,mengata lebih nampak,"balas Dong Joon sambil memandang tajam ke arah Jong Suk.Jong Suk tersengih.
"Takdelah.Aku tengah bagi kata-kata pemangkin ni kat kau.Aku pun nak tengok kau bahagia macam aku juga.Nanti kalau kau dapat Cik Sa Rang tu,aku pun tumpang happy sekali.Maklumlah,bakal abang ipar dah jumpa dengan bakal biras aku,"kata Jong Suk,diselangi dengan tawanya.Dong Joon membaling tuala kecil ke arah Jong Suk.
"Wei,diamlah.Macam mak nenek pula mulut kau ni!"balas Dong Joon,sebelum kembali menyelam ke dalam kolam renang.Jong Suk mengambil tuala yang menutup wajahnya itu.Dia tersenyum kecil apabila melihat Dong Joon yang begitu kusyuk berenang itu.Mungkin juga Dong Joon sedang memikirkan kata-katanya sebentar tadi.
"Harap-harap,turunlah sikit ego dia tu,"bisik hatinya.Lamunannya terhenti apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat nama buah hatinya yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
"Hye Ri..."ucapnya,penuh romantik sekali.


 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
Lee Jong Suk

No comments:

Post a Comment