18 April, 2011

...Chapter 19...

Yun Ho mengesat matanya sambil menuruni tangga menuju ke dapur.Suasana ruang tamu yang agak gelap itu tidak diendahnya.Yang penting,dia mahu menghilangkan dahaganya dahulu.Tiba-tiba jam di dinding berbunyi,menandakan pukul 3 pagi sedikit menegejutkan Yun Ho yang keseorangan ketika itu.Yun Ho segera melangkah menuju ke dapur.Namun,langkahnya terhenti apabila melihat suatu lembaga sedang memasuki ke dapur melalui tingkap.Jantungnya berdegup pantas apabila lembaga itu perlahan-lahan mendekati ke arahnya.Kakinya menggeletar.Sebaik sahaja lembaga itu kian hampir dengannya,Yun Ho menjerit sekuat hati.
"OMMA!!!!!!!!!!!"Lembaga itu terlalu terkejut apabila mendengar jeritan nyaring Yun Ho sehingga mampu membuatkannya terjatuh.Pembantu rumah yang turut terkejut segera melangkah ke arah dapur apabila terdengar jeritan Yun Ho.Lembaga itu kembali bangun dan cuba melangkah ke arah Yun Ho.Pembantu rumah yang ketika itu sudah berada di sebelah Yun Ho turut menjerit ketakutan sehingga sempat membaling sebuah pinggan plastik ke arah lembaga itu.Lembaga itu menjerit kesakitan dan menunduk sambil memegang kepalanya.Encik Park,Puan Park,Dong Joon dan Hye Ri segera menuju ke dapur apabila mendengar kekecohan yang berlaku di sana.Encik Park segera memetik suis lampu dapur sambil memegang kayu golf di tangan kirinya.
"Siapa tu?!"jerit Encik Park.Dia sudah bersedia untuk memukul lembaga itu dengan kayu golfnya.
"Jangan,appa!!!"jerit lembaga itu sambil menutup kepalanya dengan tangan.Encik Park dan yang lain terkejut mendengar jeritan lembaga itu.Dong Joon mendekati ke arah lelaki yang disangka lembaga itu sambil mengangkat wajah lelaki itu.Matanya terbuka luas.
"Jung Min?"soal Dong Joon.Jung Min tersenyum sumbing.
"Hai Hyung,"kata Jung Min,masih dengan senyuman sumbingnya itu.

"Kenapa tak cakap dengan appa dan omma yang Jung Min nak balik?Ahjussi boleh ambilkan Jung Min tadi,"kata Puan Park sambil meletakkan tuala panas pada dahi Jung Min yang lebam itu.Jung Min mengaduh kesakitan.
"Ala..nak buat surpriselah,omma,"jawab Jung Min.
"Surprise konon!Tahniahlah sebab dah dapat lebam sebiji kat dahi tu,"balas Dong Joon.Hye Ri sekadar menahan tawa.Yun Ho pula kembali lena dalam pangkuan Hye Ri.
"Maafkan saya,Encik Jung Min.Saya betul-betul tak sengaja tadi,"kata pembantu rumah itu,penuh rasa bersalah.
"Tak apalah,ahjumma.Saya yang salah.Masuk rumah tak bagi salam,memang patutlah dapat pinggan sebiji,"kata Jung Min.
"Kenapa ahjumma tak bagi periuk je kat dia tadi?Biar padan dengan muka dia!Menyusahkan jelah budak ni,"kata Dong Joon.Jung Min mencebik.
"Ala hyung.Tahulah tak suka Nick balik.Hyung takutkan,yang Nick akan rampas title lelaki paling kacak kat rumah ni?"soal Jung Min.
"Apa?Nick?Siapa tu?"soal Dong Joon.Jung Min menepuk-nepuk dadanya dengan penuh rasa bangga.Dong Joon berpura-pura mahu muntah.Begitu juga dengan Hye Ri.
"Oppa...Nick?"soal Hye Ri.Jung Min angguk sambil tersenyum.
"Oi...sedarlah yang kau tu bukan orang putih.Tak payah nak berlagak...Nick konon!Speaking pun tak betul,"kata Dong Joon.
"Hyung,Nick baru balik dari New York okey?Mustahillah yang Nick tak pandai speaking,"balas Jung Min atau Nick.Dong Joon membaling bantal ke arah muka Jung Min.
"Dong Joon,"tegur Puan Park lembut.
"Sakit jiwa aku layan budak ni,"kata Dong Joon,lalu beredar dari situ.
"Hyung,awalnya tidur?"soal Jung Min.
"Esok kerjalah!"balas Dong Joon.
"Hyung kerja?Appa,dunia ni dah nak kiamat ke?"soal Jung Min.Tanpa disedari,satu lagi bantal dibaling dari arah tangga ke arah mukanya.Dong Joon kemudiannya meneruskan langkahnya,menuju ke bilik.
"Hyung!"jerit Jung Min,tidak puas hati.

Jung Min bersiap-siap mahu keluar.Lagaknya asyik diperhati oleh Puan Park.
"Nak ke mana tu?"soal Puan Park.
"Oh,nak jumpa dengan kawan lama jap,omma,"kata Jung Min.
"Kawan lama ke...awek lama?"soal Puan Park.Dia sudah lama tahu perihal hubungan Jung Min atau Nick dengan Hanna ketika belajar di kolej sebelum Nick menyambung pengajiannya di New York.Jung Min tersengih.
"Ala...sama je,omma.Nak jumpa dua-dua sekali.Dah lama tak tanya khabar diorang tu.Entah sihat ke tak,"kata Jung Min.Dia kemudiannya mengambil kunci motornya."Pergi dulu,omma!"katanya sambil memakai topi keledar.Puan Park sekadar tersenyum.
"Baik-baik jalan tu!"pesannya sebelum motosikal Jung Min meluncur laju dari garaj rumah agam itu.

Loceng rumah dua tingkat itu ditekannya sekali.Sesekali,dia membetulkan rambutnya agar kelihatan lebih kemas.
"Siapa tu?"Kedengaran suara kanak-kanak perempuan dari pembesar suara bersebelahan pintu pagar rumah itu.
"Em,Ha Ni...ni Nick Ahjussilah,"jawab Jung Min,mesra.
"Ahjussi?"soal kanak-kanak perempuan bernama Ha Ni itu.
"Ya...mama ada?"soal Jung Min.
"Kejap,"balas Ha Ni.Tidak lama kemudian,pintu pagar rumah itu terbuka dan kelihatan seorang wanita berdiri di hadapan pintu rumahnya.Jung Min mengukir senyuman manis apabila melihat wanita itu.
"Hai Hanna,"ucap Jung Min,mesra.
"Oppa!Bila oppa sampai Seoul?"soal Hanna.Senyumannya melebar apabila berjumpa dengan Jung Min atau Nick yang sudah hampir 3 tahun tidak bertemu.Kelihatan Nick makin matang dari sebelumnya.
"Dua hari lepas.Ni pun datang sebab dah tak sabar nak jumpa Ha Ni yang comel ni!"kata Jung Min sambil mencubit lembut pipi Ha Ni yang gebu itu.Ha Ni sekadar ketawa kecil.
"Eh,masuklah,"pelawa Hanna.Jung Min sesekali memanjangkan lehernya melihat ke arah ruang tamu rumah Hanna.
"Oppa kenapa ni?"soal Hanna,hairan.
"Jeremy ada tak?"soal Jung Min,perlahan.Hanna ketawa.
"Apalah oppa ni.Oppa takut Jeremy jealous ke?Jangan risaulah,dia ada kat dalam studio dia tu,"jawab Hanna.Jung Min tersenyum lega.Barulah dia berani melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Oppa tunggu sini ya?Hanna buatkan air.Ha Ni,tolong panggilkan papa kat studio.Cakap kat papa yang Nick ahjussi datang,"kata Hanna kepada Ha Ni sebaik sahaja dia meminta Jung Min menunggu hidangan di ruang tamu.Ha Ni tersenyum lalu menuju ke arah studio.

"Hyung!"sapa Jeremy sambil mendukung Ha Ni,sebaik sahaja melihat Jung Min sedang menantinya di ruang tamu.Jung Min berdiri sambil mengukir senyuman manis ke arah bekas musuhnya itu.
"Jeremy,apa khabar?"soal Jung Min sambil menghulurkan salam kepada Jeremy.Jeremy menyambutnya dengan mesra.
"Baik.Bila hyung balik?"soal Jeremy sambil melabuhkan punggung di hadapan Jung Min.Ha Ni pula diletaknya di atas riba.
"Dua hari lepas.Wah,seronok pula hyung tengok keluarga bahagia ni,"puji Jung Min sambil mengusap lembut rambut Ha Ni.Jeremy tersenyum.
"Ni semua sebab jasa hyung juga.Kalau bukan sebab hyung,mungkin saya dengan Hanna tak jadi macam ni,"kata Jeremy,merendah diri.
"Tak ada apalah.Biasa je.So,macam mana dengan karier kau?"soal Jung Min,penuh minat.
"Okey.Still popular macam dulu,"kata Jeremy.Jung Min mencebik.
"Okeylah.Aku percaya.FT Island memang daebakkan,"balas Jung Min.Jeremy sekadar ketawa kecil.Perbualan mereka terganggu apabila muncul kelibat Hanna sambil membawa hidangan ke ruang tamu.
"Silakan oppa,"kata Hanna,lembut.
"Kamsahamida,"ucap Jung Min.Hanna kemudiannya mengambil tempat di sisi Jeremy.
"Oppa,dekat New York tu,oppa tak ada awek baru ke?"soal Hanna.
"Awek?Entahlah...sekarang tak ada mood nak berkasih sayang,"kata Jung Min.Jeremy dan Hanna ketawa apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Jung Min itu.
"Ni kira nak dengan awek Korea jugalah ni?"soal Jeremy.
"Nak cari macam Hanna juga,"kata Jung Min.
"Hyung...kalau nak cari perempuan macam Hanna,baik lupakan,"kata Jeremy.
"Kenapa pula?"soal Jung Min,hairan.
"Hanna ni kuat merajuk.Sekali dah merajuk...susah nak pujuk,"kata Jeremy.
"Oppa!"jerit Hanna sambil menepuk paha Jeremy.Jeremy dan Jung Min ketawa.
"Kalau macam tu,aku kena berlatih memujuklah ni,"kata Jung Min.Jeremy masih ketawa.Hanna pula sudah memasamkan wajahnya.
"Hah,kan dah cakap.Hanna ni kuat merajuk,Hyung,"kata Jeremy,cuba mengusik Hanna lagi.Mereka ketawa lagi.

 Gi Kwang B2ST as Park Jung Min/Nick


cameo:
 Suzy Miss A as Hanna

Lee Hong Gi as Jeremy

No comments:

Post a Comment