14 April, 2011

...Chapter 17...

Ji Won setia menanti kelibat Sa Rang turun dari apartmentnya selepas menyatakan hasrat untuk bertemu dengan gadis itu siang tadi.Hari ini,dia sudah menyediakan kejutan khas buat wanita yang amat dicintainya itu.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat Sa Rang sedang berjalan ke arah keretanya dengan senyuman manis.Ji Won keluar dari keretanya.
"Sorry,Ji Won.Mesti awak dah lama tunggu saya,"kata Sa Rang.Ji Won menggeleng lemah.
"Tak adalah.Tak rasa lama pun.Em,okey ke kalau kita pergi sekarang?"soal Ji Won.Sa Rang angguk.Ji Won segera membukakan pintu kereta untuk Sa Rang.Ji Won mula mengambil tempat di sebelah Sa Rang tidak lama selepas itu.
"Awak tak cakap lagi kita nak pergi mana,"kata Sa Rang.Ji Won tersenyum nipis.
"Ala,nanti awak tahulah.Saya nak buat surprise kat awak malam ni,"kata Ji Won.Sa Rang tersenyum.
"Awak ni...ada-ada jelah,Ji Won,"balas Sa Rang diikuti dengan tawa kecil.Ji Won tersenyum.Riang hatinya mendengar tawa Sa Rang yang kedengaran merdu itu.

Sa Rang terpana apabila Ji Won memarkirkan keretanya di hadapan sebuah rumah banglo yang mewah,tidak kurang hebatnya dengan rumah yang didiami oleh Dong Joon.Ji Won membukakan pintu kereta di tempat duduk Sa Rang,namun Sa Rang tidak bergerak dari tempat duduknya.Hanya selepas bahunya disentuh oleh Ji Won,barulah Sa Rang bangun dari tempat duduknya.
"Kita kat mana ni?"soal Sa Rang.
"Ni lah rumah saya,"jawab Ji Won,selamba.Sa Rang terkejut dengan jawapan Ji Won itu.
"Tapi kenapa?"soal Sa Rang,tidak percaya.Ji Won tersenyum lebar.Tangan lembut Sa Rang itu dicapainya.
"Saja.Nak kenalkan awak dengan keluarga saya,"kata Ji Won.Sa Rang menelan air liur.Dia sedikit risau dengan penampilannya.Malam ini,dia hanya berpakaian ringkas.Hanya mengenakan blaus merah jambu dengan skirt putih paras betis.Ji Won meyedari riak wajah Sa Rang yang kelihatan risau itu lalu digenggamnya tangan Sa Rang erat.Namun,hati Sa Rang masih dilanda rasa bimbang.

Puan Kang dan Encik Kang tersenyum lebar apabila melihat kelibat Ji Won dan Sa Rang memasuki ruang tamu.Sa Rang menundukkan sedikit badannya,sebagai tanda hormat kepada kedua-dua orang tua Ji Won itu.
"Ni ke Sa Rang yang Ji Won selalu cerita kat omma tu?"soal Puan Kang.Ji Won tersenyum sambil angguk Sa Rang menahan malu.Benarkah dengan apa yang didengarnya sebentar tadi?Benarkah dirinya selalu menjadi bahan bualan antara Ji Won dengan ommanya?
"Annyeonghaseyo.Nama saya Kim Sa Rang,"ucap Sa Rang,penuh hormat.Puan Kang perlahan-laahan melangkah ke arah Sa Rang,lalu dipeluknya gadis itu.Sa Rang terkejut.Ji Won sekadar mengukir senyuman manis ke arah Sa Rang.Begitu juga dengan Encik Kang.
"Selamat datang,Sa Rang.Terima kasih sebab sudi berkawan dengan anak ahjumma ni.Ji Won ni pemalu sikit orangnya,"kata Puan Kang sebaik sahaja meleraikan pelukannya.Sa Rang sekadar tersenyum.
"Eh,tak ada apa-apa.Ji Won yang sudi berkawan dengan saya,"kata Sa Rang,merendah diri.Puan Kang memegang tangan Sa Rang.
"Marilah.Ahjumma dah masakkan sedap-sedap untuk Sa Rang,"ajak Puan Kang.Sa Rang sekadar menurut sambil melirik ke arah Ji Won.Ji Won memahami lirikan mata Sa Rang itu,lalu turut menuruti langkah ommanya.

"Saya dah balik!"Mika melangkah masuk ke dalam rumah namun berhenti seketika apabila menyedari sepasang kasut yang tidak dikenalinya berada di pintu masuk ke ruang tamu rumah itu.Siapa pula yang datang ni?
"Ahjumma,ahjus.."panggilan Mika terhenti apabila melihat seorang gadis asing sedang berbual mesra dengan keluarga Ji Won.Ji Won mengukir senyuman manis ke arah Mika apabila menyedari kepulangan Mika.Sa Rang turut melihat ke arah yang sama.
"Ha...Mika pun dah balik.Mika,kenalkan ni Sa Rang.Kawan kepada Ji Won,"kata Encik Kang.Mika perlahan-lahan melangkah ke arah Sa Rang dan menundukkan sedikit badannya ke arah wanita itu.Begitu juga dengan Sa Rang.Sa Rang segera menghulurkan salam perkenalan kepada Mika.Mika menyambutnya dengan senyuman.
"Saya Sa Rang,"ucap Sa Rang,lembut.
"Mika,"balas Mika.
"Mika,marilah makan sekali,"ajak Puan Kang.Mika sekadar mengukir senyuman nipis dan mengambil tempat di sebelah Encik Kang.Hatinya sedikit cemburu apabila melihat kemesraan Puan Kang melayan Sa Rang.Begitu juga dengan Ji Won.Ya,dia kenal dengan Sa Rang.Sa Ranglah gadis yang berada di dalam gambar,yang dimiliki oleh Ji Won.Mika tersenyum tawar.Dia yakin,hubungan mereka pasti sudah kian erat.Kalau tidak,masakan Ji Won sanggup membawa Sa Rang berjumpa dengan keluarganya.Bukankah itu petanda bahawa hubungan mereka sudah semakin serius?
"Kenapa ni,Mika?Senyap je,"soal Ji Won.Mika tersedar dari lamunannya.Pantas digeleng kepalanya,tanda dia tidak ada apa-apa masalah.Ji Won tersenyum.Hatinya bimbang juga sekiranya Mika tidak selesa dengan kehadiran Sa Rang pada malam itu.Maklumlah,Sa Rang satu-satunya kawan perempuan yang pernah dijemputnya untuk datang ke rumah itu.Tak mustahil sekiranya Mika sedikit rasa kekok dengan kehadiran Sa Rang pada malam itu.

Ji Won menemani Sa Rang berjalan-jalan di taman rumahnya.Sa Rang begitu kusyuk menikmati pemandangan malam di taman itu.Terasa suasana pada malam itu sedikit berbeza dari sebelumnya.Perlahan-lahan,Ji Won memegang tangan Sa Rang.Sa Rang menoleh ke arah Ji Won.Ji Won tidak membalas pandangan Sa Rang itu.Sengaja dia memandang ke arah hadapan.Sa Rang tersenyum nipis.Entah mengapa,dia merasakan layanan Ji Won sedikit berbeza dari sebelum ini.Namun,Sa Rang enggan menyatakan apa-apa.Mungkin Ji Won berasa terlalu gembira pada malam itu.Biarlah...
"Sa Rang..."ucap Ji Won.Sa Rang menoleh ke arahnya.
"Ya?"
Ji Won menoleh ke arah Sa Rang.Pandangan mereka bersatu.Jantung Sa Rang berdegup kencang apabila menatap mata Ji Won yang redup itu.
"Awak...masih belum boleh menerima cinta saya ke?"soal Ji Won.Sa Rang tersentak dengan soalan yang diajukan oleh lelaki itu.Sa Rang menundukkan wajahnya.Soalan Ji Won itu amat sukar untuk dijawabnya.Hatinya masih berbelah bahagi.
"Awak...cintakan Dong Joon ya?"soal Ji Won.Sa Rang memandang ke arah Ji Won.
"Kenapa awak tanya macam tu?Saya dengan Dong Joon...kawan jelah,"kata Sa Rang,namun enggan menatap mata Ji Won.Ji Won tersenyum nipis.
"Macam mana saya nak percaya dengan kata-kata awak tu?"soal Ji Won.Sa Rang tertawa kecil.
"Ji Won,awak ni macam Dong Joon tau.Macam budak-budak.Takkanlah benda-benda remeh macam tu pun awak nak bukti?Mustahil saya dengan Dong Joon ada sesuatu,"kata Sa Rang,pura-pura ketawa.
"Tapi,pada saya ...benda tu serius.Saya nak tahu perkara sebenar,"kata Ji Won,serius.Sa Rang terdiam.Ji Won menyentuh pipi Sa Rang."Saya tak nak paksa perasaan awak.Kalau betul,awak cintakan Dong Joon,saya rela lepaskan awak.Awak berhak memiliki kebahagiaan awak sendiri,"kata Ji Won,lembut.Wajahnya kian hampir dengan wajah Sa Rang.Sa Rang menelan air liur.
"Ji Won..."suara Sa Rang seolah-olah tidak kedengaran bagi Ji Won.Wajahnya kian hampir kepada Sa Rang.Sa Rang menutup matanya.Namun,tidak lama kemudian kedengaran tawa Ji Won.Sa Rang membuka matanya.Kelihatan Ji Won sedang ketawa kecil terhadapnya.
"Kan saya kata,saya tak nak paksa awak.Saya bukan lelaki macam tu tau,"kata Ji Won.Sa Rang menahan malu.
"Tapi,saya seorang lelaki yang tak mudah putus asa untuk mendapatkan cinta awak,"kata Ji Won lagi.Sa Rang memandang ke arah Ji Won.Ji Won mencapai tangan Sa Rang lalu diletakkan sesuatu di atasnya.Mata Sa Rang terbuka luas apabila melihat benda yang diletakkan oleh Ji Won itu.Sebentuk cincin!Sa Rang memandang Ji Won,meminta penjelasan.
"Kalau awak dah bersedia dan sudi menerima saya,pakailah cincin ni.Kalau tak,saya faham,"kata Ji Won,sambil mengukir senyuman nipis.
"Tapi.."
"Ini keputusan awak.Saya akan terima walau apapun keputusan awak.Lagipun,persahabatan kita takkan terjejas kan,walau apa pun keputusan awak?"soal Ji Won.Sa Rang memandang ke arah cincin itu.
"Saranghae..."ucap Ji Won,lembut.Air mata Sa Rang tumpah jua.

 Kang Ji Won
 Kim Sa Rang

Mika

Min Jung melangkah pantas ke hadapan apabila melihat Dong Joon sedang berdiri di hadapan kaunter bayaran di sebuah kafe.Tanpa segan silu,dia menyentuh bahu lelaki itu.Dong Joon menoleh ke arah belakang.Sedikit terkejut apabila melihat Min Jung sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis.
"Eh,Min Jung!Apa Min Jung buat kat sini?Tak ada kelas ke?"soal Dong Joon.Min Jung menggeleng.
"Kelas dah habislah,oppa.Oppa pula buat apa kat sini?"soal Min Jung pula.
"Oppa baru habis meeting dengan klien tadi.Ni,nak balik office baliklah ni,"jawab Dong Joon.Min Jung sekadar angguk.Betul kata Hye Ri.Dong Joon nampak lebih berkarisma dengan penampilan barunya itu.
"Min Jung nak pergi mana ni?Kenapa tak balik lagi?Nanti Noona risau pula,"kata Dong Joon.Dia amat mengharap agar dapat melepaskan diri dari Min Jung kerana dia perlu bergegas ke pejabat semula,bimbang dimarahi oleh appanya pula.Min Jung mencebik.
"Ala,Min Jung bukan budak-budak lagilah,oppa.Tak perlu pun Noona nak risau-risau kat Min Jung,"kata Min Jung.Dong Joon tersenyum.
"Memanglah.Tapi,dah lewat petang ni.Noona mesti dah tunggu Min Jung kat rumah tu,"kata Dong Joon.
"Oppa tu kenapa tak balik lagi?"soal Min Jung,tidak puas hati.Dia amat mengharapkan agar Dong Joon sudi meluangkan masa dengannya.Dong Joon tersenyum nipis.
"Oppa ada kerja lagi kat office.Appa pun dah tunggu oppa kat sana.Malam nanti,oppa baliklah,"kata Dong Joon.Dia melihat jam tangannya.Sungguh dia sudah lewat!"Min Jung,oppa kena balik dulu ni.Nanti kita jumpa lagi ya,"kata Dong Joon,lalu terus memasuki ke dalam keretanya.
"Oppa!"Belum sempat Min Jung memanggil Dong Joon,Dong Joon sudah pun mula menggerakkan keretanya.Min Jung menahan geram.
"Kalau ya pun,hantarkanlah aku balik rumah!"getus hatinya.Sementara itu,Dong Joon menarik nafas lega.
"Nasib baik lepas!"bisiknya perlahan.Tiba-tiba,kedengaran nada dering 'Stay' dari telefon bimbitnya.
"Appa!"jawabnya,sambil memfokuskan pada pemanduannya.
"Dah habis ke meeting tu?"soal Encik Park dalam talian.
"Dah.Ni on the way nak ke officelah ni,"jawab Dong Joon.
"Terus datang ke Hotel Paradise.Kita jumpa kat sana,"kata Encik Park,lalu terus mematikan talian.Dong Joon hairan.Hotel Paradise?Pantas sahaja dia memusingkan stereng keretanya menuju ke arah selatan.

Dong Joon menundukkan badannya apabila melihat dua orang tetamu sedang duduk di sebelah appanya.Begitu juga dengan tetamu-tetamu itu.Dong Joon mengambil tempat di sisi appanya.
"Nilah,Dong Joon.Anak lelaki saya yang selalu saya ceritakan tu,"kata Encik Park kepada Encik Lee.Dong Joon menundukkan sedikit wajahnya kepada Encik Lee.Encik Lee sekadar mengukir senyuman manis kepada pemuda kacak itu.
"Maafkan saya,Encik Lee.Sebab Encik Lee terpaksa tunggu lama,"kata Dong Joon.
"Tak apa.Saya tahu kamu sedang sibuk uruskan projek kat Busan tu,"kata Encik Lee.Dong Joon sekadar tersenyum nipis.Matanya terpandang kepada seorang wanita yang sedang duduk di sebelah Encik Lee itu.
"Oh ya,appa lupa nak cakap kat Dong Joon.Kenalkan,ni Cik Su Yeon,anak kepada Encik Lee yang turut terlibat dalam projek kita ni,"kata Encik Park.Dong Joon mengukir senyuman manis ke arah Su Yeon.Begitu juga dengan Su Yeon.
"Dong Joon,"ucap Dong Joon.
"Su Yeon,"balas Su Yeon pula.
"Jadi,boleh kita teruskan perbincangan kita sekarang?"soal Encik Park.Pertanyaannya itu dipersetujui oleh tiga yang lain.Sepanjang perbincangan itu,mata Su Yeon tidak terlepas dari memandang Dong Joon.Bibirnya mengukir senyuman nipis.

 Park Dong Joon
Krystal f(x) as Lee Su Yeon

No comments:

Post a Comment