08 April, 2011

...Chapter 14...

Sa Rang termenung jauh memikirkan sesuatu yang agak merunsingkan fikirannya.Gelagat anak-anak muridnya bermain di taman permainan langsung tidak diambil kisahnya.Dia lebih selesa dengan dunia angannya sendiri.Entah mengapa,wajah Dong Joon kerap bermain di layar mindanya.Walaupun Dong Joon bukanlah jenis lelaki yang melengkapi ciri0ciri lelaki idamannya,namun kehadiran lelaki sombong itu benar-benar bermakna dan meninggalkan kesan dalam diari kehidupannya.Sudah lebih sebulan Dong Joon tidak kelihatan di hadapannya.Sa Rang gelisah.Janji lelaki itu hanya sebulan lebih untuk berjauhan darinya.Namun kini sudah hampir dua bulan lebih Dong Joon masih belum pulang.Sa Rang takut untuk menghubungi lelaki itu walhal hatinya melonjak-lonjak untuk mendengar suara lelaki itu.Dong Joon juga seolah-olah sudah melupakan dirinya.Amat jarang sekali lelaki itu menelefonnya.Itupun hanya awal-awal pemergiannya.Tidak lama selepas itu,lelaki itu mulai menyepi.Ah,mungkin dia terlalu sibuk.Maklumlah projek besarlah katakan.Lamunannya terganggu apabila telefon bimbitnya berdering.Sa Rang terus menjawab panggilan itu.
"Dong Joon?"
"Hai Sa Rang."Kedengaran suara Ji Won dalam talian.Sa Rang sedikit hampa namun diukirnya senyuman tawar.
"Oh,Ji Won.Apa khabar?Kenapa telefon ni?"soal Sa Rang,seperti tidak bermaya.
"Macam tak suka je Ji Won telefon?Kenapa ni?"soal Ji Won perlahan-lahan melangkah mendekati Sa Rang.Sa Rang tidak menyedari kehadiran Ji Won di situ.
"Taklah,ok je.Penat sikit kot,"kata Sa Rang,pura-pura tersenyum.Ji Won mengambil tempat di sisi Sa Rang lalu meletakkan tangannya di atas dahi Sa Rang.Sa Rang tergamam.
"Em,tak panas pun.Tapi macam tak berapa sihat pula Ji Won tengok,"kata Ji Won selamba.
"Ji Won<apa awak buat kat sini?"soal Sa Rang.Ji Won tersenyum.
"Nak jumpa awaklah,"kata Ji Won.Sa Rang tersenyum.
"Awak ni memang suka buat surprise tau.Dari awal kita kenal lagi awak suka buat macam ni,"kata Sa Rang.
"Sa Rang..."panggil Ji Won.Sa Rang menoleh ke arahnya.Ji Won memandangnya dengan pandangan yang berbeza sekali.
"Saranghaeyo..."ucap Ji Won,lembut.Sa Rang mengukir senyuman manis.Begitu juga dengan Ji Won.Sudah lama lelaki itu mengakui perasaan sebenarnya terhadap dirinya.Namun,tidak pernah sekalipun Sa Rang membalas ungkapan cinta itu kepada Ji Won.Sa Rang sekadar menerimanya tanpa sepatah kata.Entahlah,Sa Rang sendiri tidak pasti tentang perasaan sebenarnya.Siapakah yang benar-benar mendapat tempat di hatinya?Soalan yang benar-benar susah untuk dijawab olehnya.
"Sa Rang masih belum boleh terima saya ke?"soal Ji Won apabila menyedari Sa Rang lama menyepi.Sa Rang pantas menggeleng.
"Tak lah.Cuma...terharu yang Ji Won masih sabar tunggu Sa Rang,"kata Sa Rang.Ji Won tersenyum,tapi terbatuk tidak lama selepas itu.
"Ji Won,awak okey ke?"soal Sa Rang,risau.Ji Won tersenyum.
"Ala,batuk sikit je.Tak payah risaulah,"kata Ji Won.Sa Rang bimbang.Sejak belakangan ini,Ji Won sering terbatuk-batuk dan wajahnya juga kelihatan sedikit tidak bermaya jika dibandingkan dengan awal perkenalannya dahulu.
"Awak kerja kuat sangat ye?Kan saya dah kata yang awak kena rehat-rehat juga,"kata Sa Rang.
"Saya okey je.Batuk je pun.Tak ada apalah,"balas Ji Won.
"Kita tak payah keluarlah hari ni.Saya nak awak rehat-rehat kat rumah,"kata Sa Rang.Ji Won masih batuk-batuk.Sa Rang ingin beredar dari situ untuk mengambilkan air,namun ditahan oleh Ji Won.Pantas sahaja Ji Won memeluknya.Sa Rang terkejut.Pelukan Ji Won semakin erat.
"Please don't go.I really really need you here,"kata Ji Won,seolah-olah merayu.Sa Rang membisu.
"Saya yakin yang saya akan bertambah baik kalau awak ada di sisi saya.Saya tak perlu risaukan apa-apa lagi.Sebab awaklah satu-satunya harta yang amat bernilai bagi saya.Saya sanggup kehilangan semuanya tapi bukan awak.Sebab saya benar-benar cintakan awak.Terlalu cintakan awak,Sa Rang,"kata Ji Won lembut.Mata Sa Rang mulai bergenang.Rasa bersalah kepada Ji Won.Amat payah baginya untuk menerima cinta setulus lelaki itu.
"Ji Won...."
"Saya akan tunggu awak,"kata Ji Won.Pelukannya dilepaskan.Matanya masih tidak terlepas dari menatap wajah ayu Sa Rang itu."Saranghaeyo..."ucapnya lagi.Sa Rang menundukkan wajahnya.Ji Won mengusap lembut pipi Sa Rang.
"Awak sangat cantik...Saya sangat bertuah sebab dapat jatuh cinta kepada gadis secantik dan semulia awak,Sa Rang,"kata Ji Won lalu mencium lembut pipi Sa Rang itu.Sa Rang tergamam.Ji Won benar-benar meluahkan rasa cintanya kali ini.Tidak lagi berkias-kias kata.Perbuatannya hari ini sudah cukup membuktikan rasa cintanya.Sa Rang memeluk Ji Won.Air matanya mengalir.Dia benar-benar rasa bersalah terhadap Ji Won.Kerana di saat lelaki itu meluahkan rasa cinta dan prihatin terhadapnya,Sa Rang lebih memikirkan Dong Joon yang sedang berada jauh darinya.

Won Bin semakin hairan dengan perubahan sikap Min Jung dari hari ke hari.Min Jung seperti sudah menjadi seseorang yang semakin tidak dikenalinya.Dia bukan lagi Min Jung yang kelihatan naif seperti dahulu.Min Jung kini seperti seorang gadis yang sombong dan berlagak.Penampilannya juga sudah jauh berbeza.Perlahan-lahan Won Bin menghampiri Min Jung yang sedang sibuk mengulangkaji di perpustakaan itu.
"Hai,Min Jung,"ucap Won Bin.Namun,tidak dibalas oleh Min Jung.Won Bin malu sendiri.
"Boleh saya duduk?"soal Won Bin,masih belum berputus asa.Min Jung masih mendiamkan diri.
"Kenapa dengan awak ni?Awak benci sangat ke nak jawab soalan saya ni?"soal Won Bin,mulai tidak senang dengan perbuatan Min Jung terhadapnya.Min Jung menoleh ke arahnya dengan pandangan yang tajam sekali.
"Ya,"kata Min Jung sebelum menyambung kerjanya semula.Won Bin geram.Dia segara menarik tangan Min Jung dan tidak menghiraukan jeritan gadis itu.Dia kemudian menyandarkan gadis itu di dinding,di sudut paling hujung perpustakaan itu.Min Jung terkejut.
"Apa yang awak cuba nak buat ni?"soal Min Jung.Won Bin memandang Min Jung dengan pandangan yang berbeza sekali.
"Saya nak Min Jung yang dahulu,"kata Won Bin.
"Itu bukan urusan awak.Lagipun awak bukan sesiapa bagi saya,"kata Min Jung.Won Bin meletakkan tangannya pada dinding ,sangat hampir dengan wajah Min Jung.Min Jung mulai ketakutan denga perubahan sikap Won Bin itu.
"Kenapa dengan awak ni?Awak tak takut ke kalau orang lain nampak kita macam ni?"soal Min Jung,masih berlagak tenang.
"Ke awak takut kalau abang Hye Ri yang nampak kita macam ni dan menolak cinta awak?"soal Won Bin tanpa berselindung lagi.Min Jung terkejut.Bagaimana Won Bin tahu?Sedangkan Hye Ri pun tidak tahu perihal perasaannya terhadap Dong Joon.
"Awak tak perlu nak tukar topik,Won Bin.Apa yang penting,hal saya tak ada kena mengena langsung dengan awak,"kata Min Jung,ingin beredar dari situ namun tangannya digenggam kuat oleh Won Bin.
"Sejak dari kecil,segala kemahuan saya dipenuhi oleh keluarga saya.Tak ada satu pun yang terkecuali,"kata Won Bin,mulai mendekatkan wajahnya kepada Min Jung.Min Jung berpaling dari Won Bin.Won Bin tersenyum apabila Min Jung mengelak dari memandang wajahnya.
"Awak takut ke?"soal Won Bin,mengusik.Namun tidak dibalas oleh Min Jung."Saya tak suka impian saya tak ditunaikan.Saya nak segala kemahuan saya dipenuhi...termasuk awak,"kata Won Bin sambil memegang wajah Min Jung supaya memandang ke arahnya.
"Awak tahu kan yang saya sudah lama menantikan cinta awak?Awaklah satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hati saya.Dan saya akan membalas segala apa yang awak dah buat pada saya.Saya sakit rindu kepada awak.Saya juga sakit sebab tengok awak selalu menjauhi saya.Kenapa?Saya ni tak cukup layak bagi awak ke?"soal Won Bin.Min Jung tidak membalas.
"Oo..ada emas ke dalam mulut awak tu?"sindir Won Bin.Min Jung sekadar memandang sinis ke arah Won Bin.
"Lepaskan saya,Won Bin,"kata Min Jung,tenang.Won Bin tersenyum nakal.Dagu Min Jung dipegangnya.Tangan Min Jung digenggamnya erat,seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi.Dia bertekad untuk memiliki gadis itu walau dengan apa cara sekalipun.Perlahan-lahan dia mencium bibir Min Jung.Min Jung terkejut.Min Jung segera menjauhkan wajah Won Bin darinya.Namun,sekali lagi Won Bin mencium bibirnya.Kudrat wanitanya tidak mampu untuk melepaskan genggaman Won Bin yang terlalu kuat itu.Rasa sakit mulai menguasainya.Perlahan-lahan,Won Bin menjauhkan wajahnya.Tangan Min Jung juga mulai dilepaskan dari genggamannya.
"Thanks.Awak dah memenuhi kemahuan saya ,Min Jung,"kata Won Bin,sambil tersenyum sinis.Dia kemudiannya beredar dari situ dengan perasaan yang amat puas.Puas kerana dapat 'mengajar' Min Jung!Min Jung terduduk. Air matanya mengalir.Won Bin kejam!Kebencian terhadap lelaki itu kian bercambah.Dan,apa yang penting...dia tak akan berdiam diri mengenai kejadian yang memalukan ini!Won Bin silap menilai dirinya.Min Jung bukan selemah yang disangkakan.

 Han Hyo Joo as Kim Sa Rang
 Im Seulong 2AM as Kang Ji Won
 Tae Yeon SNSD as Kim Min Jung
Lee Dong Hae as Oh Won Bin

No comments:

Post a Comment