11 April, 2011

...Chapter 15...

Mika mengetuk berkali-kali pintu bilik Ji Won,namun langsing tidak kedengaran suara Ji Won dari dalam yang membenarkan dia masuk ke dalam.Mika mulai bimbang.
"Oppa!!Oppa!!"Mika ingin sahaja membuka pintu tersebut namun sayangnya,pintu itu terkunci dari dalam.
"Oppa,buka pintu ni!Oppa tak apa-apa ke kat dalam tu?"soal Mika lagi.Mujurlah ahli keluarga yang lain tidak berada di rumah ketika ini.Kalau tak,pasti kecoh dibuatnya oleh Mika.Tidak lama selepas itu,kelihatan wajah Ji Won yang agak keletihan di hadapan Mika.Pantas sahaja Mika menyentuh wajah Ji Won yang kelihatan letih itu.Ji Won terkejut dengan tindakan Mika yang tiba-tiba itu.
"Oppa,kenapa ni?Oppa tak sihat ke?"soal Mika lagi.Ji Won tersengih sambil melepaskan tangan Mika dari menyentuh wajahnya.
"Mana ada apa-apa.Oppa okey jelah.Oppa tengah mandi tadi.Nampak ni rambut oppa tengah basah lagi ni,"kata Ji Won sambil membilas-bilas rambutnya yang hitam keperangan itu.Mika sekadar memerhati namun masih belum mempercayai kata-kata Ji Won sepenuhnya.Manakan tidak,wajah Ji Won kelihatan pucat.Nampak sangat macam orang sakit.
"Betul ke ni?Nampak muka oppa tu macam semacam je.Nak Mika bawakan oppa ke klinik tak?Ni kalau ahjumma tengok mesti risau ni,"kata Mika lagi.Ji Won tersenyum nipis.Rambut Mika yang panjang itu diusapnya,lembut.
"Ish,budak ni.Buat-buat tak faham pula.Oppa okey je kan?Oppa cuma penat je.Nanti kalau dah tidur,mesti dah okey,"kata Ji Won.Mika akhirnya mengangguk,walaupun hatinya masih belum berpuas hati dengan kenyataan Ji Won itu.
"Kalau oppa nak apa-apa,bagitahu Mika tau.Mika ada kat bawah,"kata Mika.Ji Won tersenyum sambil angguk.Mika membalas senyuman Ji Won sebelum beredar dari situ.
"Mika!"panggil Ji Won.Mika menoleh ke arahnya."Terima kasih...sebab risaukan oppa,"ucap Ji Won.Mika tertawa kecil.
"Ada-ada je lah oppa ni.Okeylah,Mika turun dulu,"kata Mika,lalu beredar dari situ.Ji Won memandang Mika yang melangkah semakin jauh darinya itu.Perlahan-lahan,Ji Won melepaskan nafas berat lalu menutup biliknya itu.Dia melangkah lemah menuju ke arah bilik airnya.Sisa-sisa darah yang masih ada di sinki itu dibersihkannya.Ji Won menunduk lemah.Fikirannya benar-benar buntu.Rahsia ini lama-kelamaan akan terbongkar jua.Sa Rang dan Mika pasti akan mengetahuinya juga.Ji Won menggeleng.Mereka tidak boleh mengetahui tentang rahsia ini.Dia akan berusaha untuk menyimpannya selama yang mungkin.

Sa Rang mengemas bukunya selepas sahaja kelasnya sudah berakhir.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat kerajinan Yun Ho menyusun kerusi dan meja kelas tersebut.
"Yun Ho,tak apalah.Tinggalkan je kerja tu.Cikgu boleh buatkan nanti.Yun Ho baliklah dulu.Mesti ahjussi dah tunggu lama kat luar tu,"kata Sa Rang.Sejak Dong Joon tidak lagi menghantar Yun Ho ke sekolah,pemandu peribadi keluarga mereka yang mengambil alih tugas itu.Sa Rang melepaskan keluhan berat.Sudah lama dia tidak mendengar khabar dari lelaki itu.Jauh di sudut hatinya,dia agak geram dengan sikap Dong Joon itu.Bukannya bekerja di luar negara pun,setakat di Busan saja.Itupun susah nak berhubung ke?Hatinya menyoal sendiri.Apakah Dong Joon sengaja menguji perasaannya selama ini?Sa Rang segera melupakan segala-gala yang sedang bermain di fikirannya ketika itu.Perhatiannya beralih semula kepada Yun Ho.
"Ala,tak apa.Ahjussi tak bising punya,cikgu.Kalau dia nak marah,nanti Yun Ho reportlah kat appa.Kan senang?"kata Yun Ho,selamba.Sa Rang tersenyum.
"Ada-ada je,Yun Ho ni,"katanya.Kerjanya yang tertangguh itu disambungnya semula.Ni Dong Joon punya pasallah ni!
"Cikgu tak rindu kat Dong Joon Hyung ke?"soal Yun Ho,tiba-tiba.Sa Rang tersentak dengan pertanyaan Yun Ho itu.Sengaja dia tidak membalas pertanyaan itu.
"Hyung kata...diam tu tandanya..betullah tu,"kata Yun Ho lagi.Kali ini,Sa Rang benar-benar terkejut.Sejak bila pula Yun Ho pandai berkata-kata sedemikian rupa?Ni tak lain tak bukan mesti ikut kepala si Dong Joon ni.
"Kalau Dong Joon setakat nak suruh Yun Ho mengusik cikgu,tak payahlah Yun Ho.Cikgu dah masak sangat dengan perangai dia.Macam budak-budak..."kata Sa Rang.Tiba-tiba,telefon bimbitnya berdering.Pantas sahaja dia menjawab panggilan itu tanpa melihat dahulu nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
"Sedap-sedap je cakap orang ni macam budak-budak ekh?"Mata Sa Rang terbeliak apabila mendengar suara yang sedang berada di dalam talian itu.
"Aik...dah bisu ke?Tadi sedap-sedap je mengumpat pasal orang ekh.Tulah,Park Dong Joon ni berdaulat orangnya.Kan dah kena tulah,"kata Dong Joon,seolah-olah marah.Sa Rang segera melangkah ke luar kelas.Mengharapkan Dong Joon sedang berdiri di situ.Namun,dia hampa.
"Awak kat mana ni?"soal Sa Rang,cuba menahan getaran di hatinya.
"Em,betullah tu..."balas Dong Joon.
"Apa yang betul?"soal Sa Rang.
"Awak rindu kat saya kan?"soal Dong Joon.Sa Rang menelan air liur.Takkan nak mengaku pula?
"Ni yang saya malas nak cakap dengan awak ni,"kata Sa Rang.Kedengaran Dong Joon tertawa.
"Saya baru keluar dari pagar sekolah awak tadi.Ni dalam perjalanan nak ke tempat kita dating dulu..."kata Dong Joon.Kening Sa Rang terangkat sebelah.
"Tempat kita dating?"soal Sa Rang.
"Ala,tempat awak beli anak beruang dulu tu,"kata Dong Joon,masih belum berterus-terang.
"Apa awak merepek ni,Dong Joon?Main-main pula,"kata Sa Rang.
"Eh,saya tengah driving ni.Kita jumpa kat sana ekh,"kata Dong Joon,lalu mematikan panggilan.
"Dong Joon!"Sa Rang cuba menghubunginya semula.Namun,dia baru sedar bahawa Dong Joon menghubunginya melalui telefon awam.Adakah Dong Joon menghubunginya dengan telefon awam yang berada di hadapan pintu pagar sekolahnya itu?Pantas sahaja Sa Rang berlari ke arah pintu pagar sekolahnya.Kelihatan sebuah kereta mewah merah sedang meluncur laju meninggalkan sekolahnya.Dong Joon!
"Apa yang sedang dia buat ni?"soalnya sendiri.
"Cikgu,saya balik dulu ye,"kata Yun Ho.Sa Rang segera beralih ke arahnya.
"Em..okey.Hati-hati,"kata Sa Rang.Fikirannya masih berserabut ketika itu.Entah mengapa,lama matanya memandang ke arah beg sandang Yun Ho.Tidak lama selepas itu,matanya terbuka luas.Seolah-olah baru tersedar dari mimpi.Anak patung beruang putih yang tergantung pada beg sandang Yun Ho itulah yang dimaksudkan oleh Dong Joon tadi.Sa Rang tersenyum sendiri.Memang dia terkena sungguh hari ini.Tak sangka licik sungguh adik beradik Park ni!

Sa Rang mencari-cari kelibat Dong Joon di dalam kedai itu namun tidak kelihatan.Hanya kelihatan seorang lelaki bercermin mata hitam  yang sedang memilih seutas rantai berada di situ.Sa Rang meneruskan pencariannya namun gagal.Dia mulai runsing.Dia kemudiannya melangkah ke arah jurujual yang sedang berdiri di kaunter kedai itu.
"Ya,cik.Apa yang boleh saya bantu?"soal jurujual itu.
"Saya nak tanya,cik nampak tak seorang lelaki bermisai datang sini tadi?Umur dia macam dalam 26 tahun,"soal Sa Rang.
"Oh,maaf.Sejak tadi,memang tak ada lelaki yang cik maksudkan tu datang ke sini,"jawab jurujual itu.Sa Rang hampa namun disembunyikannya dengan senyuman manis,sebagai tanda terima kasih kepada jurujual itu.Tiba-tiba,lelaki bercermin mata hitam tadi melangkah ke arah kaunter jurujual itu.Dia kemudiannya menghulurkan barang-barang yang dibelinya tadi kepada jurujual itu.Sa Rang tidak memandang ke arah lelaki itu.Dia ingin sahaja beredar dari situ.Geram sungguh terhadap Dong Joon yang tidak habis-habis dengan permainannya itu.
"Memanglah lelaki 26 tahun yang bermisai tak ada masuk kat sini."Sa Rang memberhentikan langkahnya apabila mendengar kata-kata lelaki itu.Tiba-tiba,dia merasakan lelaki itu sedang mendekati ke arahnya.Ingin sahaja dia menoleh ke arah lelaki itu namun matanya ditutup oleh lelaki itu.
"Sebab...lelaki 26 tahun yang awak cari-cari tu,dah tak ada misai,"kata lelaki itu lagi sebelum membuka semula mata Sa Rang.Sa Rang tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.Benarkah lelaki itu adalah Dong Joon?Lelaki itu tersenyum.
"Kenapa ni?Baru dua bulan tak jumpa,takkan dah tak kenal saya dah kot,"kata Dong Joon lagi.Sa Rang meraba-raba wajah Dong Joon yang kelihatan terlalu berbeza itu.Dong Joon terkejut."Eh,saya sihat je.Tak demam.Kenapa awak nak pegang-pegang muka saya ni?"soal Dong Joon.
"Dong Joon?"soal Sa Rang,sungguh tidak percaya.Dong Joon tersengih.
"Ye ye saya tahu saya makin kacak,"kata Dong Joon sambil ketawa.Namun tawanya terhenti apabila Sa Rang memeluk tubuhnya, erat sekali.Dong Joon terpana dengan tindakan Sa Rang itu.
"Sa Rang?"soal Dong Joon.Hatinya berbunga gembira.Tak sangka kepulangannya itu disambut oleh pelukan Sa Rang.Ingat senang nak dapat ke?Namun,pelukan itu hanyalah seketika apabila berakhir dengan jeritan Dong Joon.Rupa-rupanya,Sa Rang mencubit belakang badannya.
"Yah!!Sakitlah!Lepaskan!!"jerit Dong Joon.
"Saya takkan lepaskan selagi awak tak minta maaf kat saya,"kata Sa Rang.
"Buat apa?!"soal Dong Joon,dalam kesakitan.Sa Rang menguatkan lagi cubitannya.
"Arasso!Arasso!Sorry!"jerit Dong Joon.Sa Rang akhirnya melepaskan 'pelukannya'.Baru puas hatinya!Dong Joon menyapu belakang badannya.Berbisa sungguh pelukan minah ni!
"Yah,kenapa nak cubit-cubit ni?Sakitlah!"marah Dong Joon.Sa Rang tersengih,tak rasa bersalah langsung.
"Memang padan dengan muka awak.Lain kali jangan nak susahkan saya.Kalau nak jumpa,cakap je direct.Ni tak,nak main explorace pula,"kata Sa Rang.Dong Joon memasamkan mukanya.
"Awak ingat muka awak tu kacak sangatlah?Ala setakat tak ada misai je.Cubit sikit dah tak tahan.Lembik!"ejek Sa Rang.Mulut Dong Joon terlopong mendengar ejekan Sa Rang itu.
"Sikit awak cakap?Ni kalau saya tengok nanti,mesti biru punya!"balas Dong Joon.Masih rasa sakit lagi.Sa Rang tersenyum.Dia kemudiannya memegang belakang Dong Joon namun dielak oleh lelaki itu.
"Ah,jangan harap saya nak bagi awak pegang lagi belakang saya!Dah,jom.Saya dah lapar ni.Awak belanja!"kata Dong Joon,lalu beredar dari situ.Sa Rang mencebik.Namun,dia tersenyum juga tidak lama selepas itu.Gembira kerana dapat berjumpa dengan Dong Joon semula.Dong Joon yang lebih kacak dari sebelumnya!

 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Kang Ji Won
Mika



No comments:

Post a Comment