15 April, 2011

...Chapter 18...

Waktu tidur Sa Rang pada hujung minggu terganggu apabila terdengar bunyi loceng rumahnya berbunyi berkali-kali.Sa Rang bangun dari tempat tidurnya.Dia melihat jam loceng di atas meja soleknya.Pukul 6 pagi?Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni?Hatinya berdetik.Dengan penuh rasa terpaksa,Sa Rang menghayun langkah malas ke arah pintu rumahnya.
"Siapa?"soalnya sambil membuka pintu dalam keadaan separuh sedar.Dong Joon yang sedang berdiri di hadapannya sekadar mengukir senyuman sumbing.Sa Rang menggaru-garu kepalanya sambil memandang ke arah Dong Joon.Perbuatannya terhenti apabila menyedari perbuatannya sebentar tadi sudah lama diperhatikan oleh Dong Joon.Hilang rasa ngantuknya sebentar tadi.
"Awak?!"soal Sa Rang,terperanjat.Dong Joon angguk.
"Ya,saya Park Dong Joon,"kata Dong Joon,selamba sahaja melangkah masuk ke dalam rumah Sa Rang.Sa Rang terkejut lalu menahan tangan Dong Joon.
"Apa awak buat kat sini?!"soal Sa Rang.
"Saja.Nak minta tolong awak temankan saya jogging pagi ni,"kata Dong Joon,masih dengan senyuman nakalnya.Mulut Sa Rang ternganga apabila melihat Dong Joon dengan selambanya membaringkan diri di atas sofa panjangnya.
"Awak ni tak boleh ke biarkan hari saya berlalu dengan setenang-tenangnya?"soal Sa Rang.
"Ala,cepatlah siap.Nanti kalau saya dah tertidur kat atas sofa ni,esok pagi baru saya keluar dari rumah awak ni,"kata Dong Joon,seolah-olah memberi ugutan.Sa Rang melepaskan nafas berat.
"Saya mengantuklah,"kata Sa Rang.
"Saya pun,"balas Dong Joon.Sa Rang geram.Dong Joon ni memang tau!!!

Muka Sa Rang masam mencuka sepanjang menemani Dong Joon berjogging di sebuah taman,tidak jauh dari tempat tinggalnya.
"Apasal senyap sangat ni?Ceria-cerialah sikit.Awak ingat elok ke bangun lambat?Senaman macam ni lagi baik.Awak pun boleh kurus lagi.Ingat awak tu dah cukup kurus ke?"Dong Joon bersuara,terasa bosan pula apabila Sa Rang tidak bercakap walau sepatah pun.Sa Rang menjeling ke arah Dong Joon.Dong Joon pura-pura tidak menyedari dengan pandangan tajam dari Sa Rang itu.Sa Rang segera melajukan langkahnya,meninggalkan Dong Joon di belakang.Dong Joon terkejut dengan tindakan dari gadis itu.Dia cuba mengejar Sa Rang dari belakang.Sa Rang pula mempercepatkan lagi lariannya.Keadaan mereka seperti sedang berkejaran antara satu sama lain.Dong Joon cuba mencapai tangan Sa Rang dan cubaannya berhasil.Sa Rang menoleh ke arah Dong Joon.
"Lepaslah!"kata Sa Rang.Namun,genggaman tangan Dong Joon kian erat.
"Yah,kenapa tiba-tiba nak main kejar-kejar pula ni?"soal Dong Joon,tenang.Wajah Sa Rang mencuka."Hah,tengok tu.Buat mulut itik lagi.Ingat comel sangatlah tu?Cuba tengok kat kolam tu.Bukannya comel sangat pun,"kata Dong Joon.
"Ala,macamlah awak tu handsome sangat,"balas Sa Rang.
"Masalahnya,dah memang saya ni kacak.Tak boleh nak buat apa dah.Awak janganlah jealous,"kata Dong Joon.Sa Rang hampir termuntah apabila selepas mendengar kata-kata perasan dari lelaki itu.Dong Joon tersenyum apabila melihat gaya Sa Rang yang kelihatan mahu memuntahkan segala isi perutnya selepas mendengar kata-katanya tadi."Dah dah.Jangan muntah kat sini.Tahan dulu.Dah sampai rumah nanti,baru muntah,okey?"soal Dong Joon.Dia kemudiannya menarik tangan Sa Rang dan berjalan mengelilingi taman itu.Sa Rang sekadar menurut.Pegangan tangan Dong Joon kian longgar,namun tidak pula mahu dilepaskan.Malah berasa lebih selamat dalam keadaan sebegitu.Seolah-olah Dong Joon sedang melindunginya.Perlahan-lahan,Sa Rang mengukir senyuman nipis.Diperhatikannya wajah Dong Joon.Segala apa yang dikatakan oleh Dong Joon ketika itu tidak pula didengarinya.Hanya wajah Dong Joon yang menjadi tumpuannya.Seketika Dong Joon ketawa.Ada kalanya dia tersenyum.Sa Rang berasa seronok melihat ekspresi wajah Dong Joon yang pelbagai itu.Seboleh-bolehnya,dia ingin menatap wajah Dong Joon yang sentiasa ceria itu selama-lamanya.
"Betul tak,Sa Rang?"soal Dong Joon.Lamunan Sa Rang terhenti apabila diajukan soalan oleh Dong Joon.
"Apa?"soal Sa Rang.
"Lah,awak tak dengar ke apa saya membebel tadi?"soal Dong Joon.
"Nama pun membebel.Saya malaslah nak dengar,"balas Sa Rang selamba.Dong Joon mencebik.
"Yeke?Ke...awak terpana tengok muka saya yang kacak ni?"duga Dong Joon.Riak wajah Sa Rang berubah.Dia ni macam tahu-tahu je!
"Awak boleh tak kurangkan sikit penyakit perasan awak tu?Gelilah.Takut berjangkit kat saya pula.Dah,lepaskan tangan saya ni,"kata Sa Rang lalu melepaskan tangannya dari pegangan Dong Joon.
"Ala,cakap orang.Mengaku jelah,"kata Dong Joon.Sa Rang menjelirkan lidah ke arahnya.Entah mengapa,perbuatan Sa Rang yang keanak-anakan itu menggelikan hati Dong Joon.Dong Joon tertawa kecil.Sa Rang malu sendiri.
"Macam budak-budak,"kata Dong Joon sambil menggelengkan kepalanya.Sa Rang menahan malunya.Dong Joon kemudiannya memegang semula tangan Sa Rang.
"Dah jom.Kita pergi minum,"ajak Dong Joon.Sa Rang tidak membalas apa-apa.Langkah mereka terhenti apabila terdengar suara seseorang memanggil nama Dong Joon dari belakang.Mereka menoleh ke belakang.
"Su Yeon?"Dong Joon terkejut dengan kehadiran Su Yeon di situ.Sa Rang pula tidak memahami apa-apa.Su Yeon mengukir senyuman manis ke arah Dong Joon.Dia turut mengukir senyuman ke arah Sa Rang sambil memerhatikan tangan Sa Rang yang sedang digenggam oleh Dong Joon itu.Sa Rang menyedari pandangan mata Su Yeon,lalu segera melepaskan tangannya dari Dong Joon.
"Apa awak buat kat sini?"soal Dong Joon,sedikit tidak selesa dengan kehadiran Su Yeon ketika itu.
"Tak ada.Kebetulan saya pun tengah jogging kat sini.Tak tahu pula,boleh terserempak dengan awak kat sini,"kata Su Yeon.
"Dong Joon,saya balik dululah ya?"kata Sa Rang,namun tangannya tiba-tiba dicapai oleh Dong Joon.Sa Rang terkejut.Begitu juga dengan Su Yeon.
"Awak nak pergi mana?"soal Dong Joon.
"Baliklah.Lagipun,mesti...kawan awak nak jumpa dengan awak kejap,"kata Sa Rang.
"Kita kan dah janji nak keluar minum lepas ni.Jangan nak mungkir janji pula,"kata Dong Joon,tegas.Sa Rang tergamam dengan kelakuan Dong Joon yang kelihatan tegas itu.
"Oh,nak keluar dating rupanya?Tak apalah,saya kacau awak berdua rupanya.Tak sangka pula dapat jumpa awak kat sini.Tu yang...macam tak percaya tu,"kata Su Yeon.Dong Joon tersenyum.
"A'ah.Sebab saya pun jarang datang sini.Ikut mood je,"balas Dong Joon.Tangannya masih menggenggam erat tangan Sa Rang.
"Tak apalah,Dong Joon.Kita jumpa Isnin ni ya.Bye!"ucap Su Yeon sambil beredar dari situ.Dong Joon sekadar mengangkat tangannya sambil tersenyum.
"Saya tak tahu pula awak dah ada girlfriend?"soal Sa Rang.Dong Joon menoleh ke arahnya.
"Kenapa?Jealous ke?"soal Dong Joon sekaligus mengusik.Sa Rang mencebik.
"Tengok.Penyakit perasan awak dah datang balik.Tak jadilah nak keluar minum macam ni,"kata Sa Rang.
"Okey,okey.Saya dah tak perasan lagi dah.Jom,kita pergi sekarang ekh?"soal Dong Joon.Sa Rang sekadar mengukir senyuman manis sambil angguk.

Su Yeon sekadar memerhati mereka berdua dari jauh.Hatinya dilanda cemburu.Apakah Dong Joon sudah mempunyai kekasih?Su Yeon tidak puas hati.Dia harus mendapatkan perhatian dan cinta dari Dong Joon.WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN!

Dong Joon menyanyi perlahan , mengikuti lagu Oh Yeah yang sedang berkumandang di radio.Sa Rang pula lebih selesa menikmati permandangan di luar.
"Sa Rang,awak kenalkan group yang nyanyi lagu ni?"soal Dong Joon,tiba-tiba.Sa Rang menoleh ke arahnya.
"Kenal.MBLAQ kan?Kenapa?"soal Sa Rang.
"Kenal G.O tak?"soal Dong Joon.Sa Rang berfikir sejenak.
"Kenal.Kenapa?Sepupu awak ke?"soal Sa Rang.
"Awak tak minat dia ke?"soal Dong Joon lagi.
"Kenapa?"soal Sa Rang lagi.
"Pada awak,G.O tu kacak tak?"soal Dong Joon  lagi.
"Biasa je.Saya suka Cheong Dong lagi.Dia lagi comel.Rasa macam nak cubit je pipi dia,"kata Sa Rang.
"Ala,muka macam perempuan,"balas Dong Joon.
"Yang awak jealous kenapa?"soal Sa Rang.
"Tak adalah.G.O lagi handsome.Muka dia lagi nampak matang,"kata Dong Joon.
"Yang awak nak back-up G.O sangat ni kenapa?"soal Sa Rang,semakin hairan dengan sikap Dong Joon.
"Awak tak rasa ke muka saya dengan G.O sama?"soal Dong Joon.Sa Rang tertawa.
"La,tu ke yang awak nak cuba sampaikan?Em...kalau tu la soalan awak dari tadi,dah lama saya cakap...PERASAN!"kata Sa Rang sambil ketawa.Dong Joon memasamkan mukanya.Sa Rang pula lebih galak ketawa.
"Dong Joon...Dong Joon..."kata Sa Rang sambil menggelengkan kepalanya.

 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
Lee Su Yeon

1 comment: