25 April, 2011

...Chapter 22...

Ketukan pintu bilik pejabatnya itu telah mematikan lamunannya yang sudah lama singgah dalam fikirannya.Hari ini,Dong Joon langsung tidak boleh fokus kepada kerjanya.Bukan tidak cuba melupakan masalahnya untuk seketika,cuma,usahanya gagal.Sikap Sa Rang yang mulai dingin dengannya itu amat merunsingkan fikirannya.Sejak mereka pulang dari Lotte World itu,satu panggilan telefon pun langsung tidak dijawab oleh wanita itu.
"Masuk!"kata Dong Joon,lemah.Muncul kelibat Su Yeon di muka pintu."Ya,Su Yeon.Ada apa?"soal Dong Joon,cuba berlagak biasa.Su Yeon melangkah perlahan ke arah Dong Joon dengan senyuman menggoda.
"Awak tak nak makan lunch ke hari ni?"soal Su Yeon,berterus-terang.Dong Joon melihat jam tangannya.Sudah pukul 1 petang.Ah,cepatnya masa berlalu!
"Tak apalah.Awak pergilah makan dulu.Saya tak berapa selera hari ni,"kata Dong Joon,menolak ajakan Su Yeon dengan baik.Su Yeon kemudiannya berjalan ke belakang Dong Joon sebelum mengurut lembut bahu Dong Joon.Dong Joon terkejut dengan tindakan Su Yeon itu.
"Janganlah macam tu,Dong Joon oppa.Muka awak nampak penat sangat ni.Kita makan dulu ekh?Lepas ni,awak sambungla kerja awak balik,"pujuk Su Yeon.Dia sudah mula memanggil Dong Joon dengan panggilan yang lebih mesra dari sebelumnya.Dong Joon melepaskan tangan Su Yeon.
"Su Yeon,apa awak buat ni?Tak malu ke kalau orang lain nampak?"soal Dong Joon,menahan amarahnya.Su Yeon memasamkan mukanya.
"Su Yeon cuma nak ajak Dong Joon oppa makan je,"balas Su Yeon,pura-pura mahu merajuk.Dong Joon melepaskan keluhan berat."Tak apa,kita ajak Jong Suk sekali okey?"cadang Su Yeon,cuba memancing minat Dong Joon.Lama Dong Joon mendiamkan diri.Tidak lama selepas itu,dia angguk perlahan.Su Yeon tersenyum lebar.Rancangannya berhasil!"Okey,Su Yeon pergi cakap kat Jong Suk.Jangan lambat okey?"pesan Su Yeon,sebelum beredar dari bilik Dong Joon.Dia meraup wajahnya.Fikirannya benar-benar bercelaru sekarang.Sa Rang,kenapa kau jadi macam ni?Hatinya berbisik.

Su Yeon tanpa segan silu memaut lengan Dong Joon walaupun sudah banyak kali lelaki itu melepaskan tangannya.Jong Suk yang juga berada di situ turut pelik dengan sikap Su Yeon yang agak keanak-anakkan itu.Dong Joon rimas.
"Su Yeon,tak boleh ke kalau kita berjalan macam biasa?"soal Dong Joon.Jong Suk angguk,turut bersetuju dengan tindakan Dong Joon itu.Su Yeon mencebik.
"Ala,Dong Joon oppa.Sekali sekala takkan tak boleh?Tak apa,kalau oppa bagi Su Yeon buat macam ni untuk tengah hari ni,lepas ni,Su Yeon dah tak buat dah.Boleh?"pujuk Su Yeon.
"Tetap tak boleh.Kalau awak buat hal lagi,saya tak teragak-agak nak balik sekarang.Faham?"ugut Dong Joon,keras.Jong Suk mengukir senyuman mengejek.Su Yeon pula menarik muncung panjang.Tangan Dong Joon itu dilepaskannya.
"Dah jom!"kata Dong Joon.Namun,baru sahaja mereka mahu membuka langkah,Dong Joon memberhentikan langkahnya.Begitu juga dengan Sa Rang yang sedang berjalan ke arahnya.Dong Joon memendam perasaannya apabila melihat Ji Won turut berdiri di sebelah Sa Rang.Su Yeon yang melihat keadaan itu sekadar mengukir senyuman sinis.Peluang baik ni!
"Dong Joon..."Perlahan Sa Rang menyebut namanya.Dong Joon pula tidak membalas apa-apa.Sekadar membalas dengan pandangan yang tajam sekali.Jong Suk yang tidak selesa dengan keadaan itu segera melangkah ke arah Sa Rang dan menghulurkan salam.
"Hai,Sa Rang.Kita jumpa lagi,"kata Jong Suk.Sa Rang mengukir senyuman manis sambil menyambut salam Jong Suk.Kemudian,Jong Suk menghulurkan tangannya ke arah Ji Won pula.
"Jong Suk,"kata Jong Suk.Mesti ni lelaki yang nak rebut Sa Rang juga ni,bisik hatinya.Ji Won menyambut salam Jong Suk dengan senang hati.
"Ji Won,"katanya.Mereka saling bersalaman.
"Apa awak buat kat sini?"soal Jong Suk.
"Oh,saya saja nak ajak Sa Rang lunch.Kebetulan pula kita jumpa kat sini,"kata Ji Won,sambil memandang ke arah Dong Joon yang turut memandang ke arah Ji Won.
"Oh,panjang betul jodoh kita kan,"kata Jong Suk.Sesekali dia menjeling ke arah Dong Joon yang sudah lama mendiamkan diri itu."Ah...kita bersembang lain kalilah.Kami nak pergi makan juga ni,"kata Jong Suk.
"Hah,baguslah macam tu.Bolehlah kita makan sekali.Betul tak,Sa Rang?"soal Ji Won.
"Em,ikut suka awaklah.Saya tak kisah,"jawab Sa Rang,sambil tersenyum tawar.
"Awak macam mana,Dong Joon?"soal Ji Won.Dong Joon masih diam.Tiba-tiba,dia merasakan tangannya dipaut dari belakang.
"Okey juga.Jom,oppa!"ajak Su Yeon.Sa Rang terkejut apabila melihat Dong Joon sekadar membiarkan sahaja lengannya dipaut oleh Su Yeon.Sa Rang menundukkan pandangannya.Dong Joon tersenyum sinis.
"Okey,"balas Dong Joon.Sa Rang masih enggan memandang ke arah Dong Joon.Hatinya tidak senang melihat Dong Joon kelihatan mesra dengan gadis lain.

Hanya Jong Suk dan Ji Won sahaja yang rancak berbual.Su Yeon pula hanya mencelah seketika.Manakala Sa Rang dan Dong Joon lebih selesa mendiamkan diri.Dong Joon dan Sa Rang sekadar menjadikan jus buah-buahan sebagai makanan tengahari mereka.Dong Joon juga lebih selesa menjadikan pemandangan di luar sebagai tatapan matanya.Tangan Su Yeon yang masih suka memaut lengannya itu sengaja dibiarkannya.Sengaja mahu membuatkan Sa Rang cemburu.Dia ingat aku tak boleh buat dia cemburu ke?Hatinya berbisik.Namun,matanya tidak pernah bosan untuk menatap wajah ayu Sa Rang walaupun wajah gadis itu tidak seceria selalu.
"Kenapa tak makan oppa?Tak lapar ke?"soal Su Yeon,sengaja mahu menunjukkan kemesraannya dengan Dong Joon kepada Sa Rang.Dong Joon sekadar menggeleng.
"Tadikan saya cakap yang saya tak berselera tadi.Entah bila baru saya ada selera nak makan macam selalu,"kata Dong Joon sambil memandang tepat ke arah anak mata Sa Rang.Begitu juga dengan Sa Rang.Ketika itu hanya pandangan mata sahaja yang saling berbalas kata.Kemudian,Sa Rang melarikan pandangannya ke arah Ji Won dan cuba berbual dengan lelaki itu.Dong Joon tersenyum sinis.Dia tahu Sa Rang berasa tidak selesa dengan pandangan matanya.Itulah kelemahan Sa Rang!

Malam itu,kereta merah Dong Joon menghalang skuter merah jambu Sa Rang yang sedang ditunggang menuju ke rumahnya.Sa Rang membuka topi keledarnya.Dong Joon pula keluar dari keretanya dan berjalan ke arah Sa Rang.Sa Rang enggan memandang ke arah Dong Joon.
"Pandang muka saya,"kata Dong Joon.Sa Rang enggan."Sa Rang,pandang muka saya.Saya ada benda nak cakap dengan awak,"kata Dong Joon.
"Cakap jelah,"kata Sa Rang.Dong Joon mengeluh.Dia kemudiannya memegang dagu Sa Rang dan mendongakkan wajah wanita itu memandang ke arahnya.
"Hodoh sangat ke muka saya sampai awak dah tak sanggup nak tengok muka saya lagi?"soal Dong Joon.Sa Rang melepaskan tangan Dong Joon.
"Lepaslah.Saya tak suka,"kata Sa Rang.
"Habis tu,awak suka ke tengok Su Yeon pegang tangan saya macam tadi?"soal Dong Joon lagi.Sa Rang tidak menjawab.Dong Joon tersenyum."Kalau diam tu,maknanya betullah,"kata Dong Joon.
"Mana ada!Suka hati awaklah nak pegang tangan siapa pun.Saya peduli apa,"kata Sa Rang.
"Pandang mata saya dan ulang balik kata-kata awak tadi,"kata Dong Joon.
"Ish,saya nak baliklah!"balas Sa Rang.Dia cuba beredar namun lengannya dipegang oleh Dong Joon.
"Dong Joon,dah malam ni,awak tak penat ke?"soal Sa Rang.Dong Joon masih enggan melepaskan tangannya.
"Dong Joon,kalau awak tak lepaskan tangan saya,saya jerit.Biar semua orang dengar,"ugut Sa Rang.Namun Dong Joon masih seperti tadi.Matanya tajam memandang ke arah Sa Rang."Okey,saya akan jerit,"sambung Sa Rang lagi,takut-takut."Saya kira sampai tiga.Kalau awak tak lepaskan,saya jerit..."katanya lagi.Kedengaran Sa Rang melepaskan keluhan kecil."Satu..dua...ti.."Tiba-tiba,bibir Dong Joon mencium bibirnya.Sa Rang terkejut.Dong Joon kemudiannya menjauhkan sedikit jarak mukanya dengan Sa Rang sambil memandang ke arah anak mata Sa Rang yang berwarna hazel itu.
"Nilah akibatnya kalau tak dengar arahan saya,"katanya perlahan.Sa Rang kelihatan masih terkejut.Perlahan-lahan,Dong Joon mendekatkan wajahnya ke arah Sa Rang dan mencium bibir wanita itu lagi.Perlahan-lahan,Sa Rang menutup matanya.Tangan Dong Joon yang masih erat memegang lengannya juga dibiarkan.

 Park Dong Joon
 Kim Sa Rang
 Lee Jong Suk
 Kang Ji Won
Lee Su Yeon

No comments:

Post a Comment