06 September, 2011

-Monalisa Page 25-

Hyo Sung melangkah perlahan-lahan ketika melalui pintu keluar perpustakaan itu.Entah mengapa,ramai pula pelajar yang sedang berkumpul di hadapan perpustakaan itu.Terdapat beberapa orang pelajar yang memandang tajam ke arahnya.Ada pula yang tersenyum sinis ke arahnya.Hyo Sung hairan dengan apa yang dilihatnya ketika itu.Namun,Hyo Sung pura-pura tidak mengendahkannya.Sebaliknya,dia terus melangkah keluar dari perpustakaan itu.Apabila perjalanannya dihalang oleh beberapa orang yang lain,Hyo Sung melalui jalan yang lain pula.Namun,usahanya sia-sia.Ternyata,dirinya telah dikepung oleh kumpulan pelajar itu.Hyo Sung cuba mencari-cari kelibat Chae Rin,namun tidak pula kelihatan.Begitu juga dengan dengan pengikut-pengikutnya.Langsung tidak kelihatan di situ.Jadi,mengapa pula dirinya kini sedang dikepung oleh kumpulan pelajar itu?Kemudian,salah seorang daripada kumpulan pelajar itu mulai melangkah dekat dengannya sambil mengukir senyuman sinis.Hyo Sung pula sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
Chang Sun melangkah keluar dari keretanya.Sebelum dia beredar dari situ,dia berpesan sesuatu kepada pembantu peribadinya yang duduk di tempat duduk hadapan yang bersebelahan dengan pemandunya itu.Sebaik sahaja,dia menoleh ke arah perpustakaan yang terletak tidak jauh dari pintu masuk itu,dia melihat sekumpulan pelajar yang melakukan sesuatu yang Chang Sun sendiri tidak jelas tentangnya.
"Kenapa pula tu?"Soalnya.Pembantu peribadinya yang turut menyedari kejadian itu keluar dari kereta lalu berjalan mendekati ke arah Chang Sun.
"Kenapa tu,Tuan?"Soal pembantu peribadinya.Chang Sun menjungkitkan bahunya.Niat Chang Sun ingin mendekati ke arah kumpulan pelajar itu,namun dihalang oleh pembantu peribadinya."Bahay tu,Tuan.Kalau sesuatu terjadi dekat Tuan macam mana?"Pembantu peribadinya meluahkan rasa bimbangnya terhadap keselamatan tuan mudanya itu.
"Saya takkan apa-apa.Awak jangan risau,"kata Chang Sun,berdegil untuk mendekati ke arah kumpulan pelajar itu.Pembantu peribadinya terpaksa akur.Namun,dia sudah bersiap sedia sekiranya ada sesuatu yang tidak baik terjadi terhadap putera raja itu.Chang Sun pula terus mendekati ke arah kumpulan pelajar itu.
Kumpulan pelajar itu ketawa terbahak-bahak apabila melihat Hyo Sung yang comot dibaling tepung dan telur itu.Lutut Hyo Sung juga luka kerana terjatuh akibat ditolak oleh salah seorang daripada kumpulan pelajar itu.
"Kalau kau tetap berdegil,kau akan tahu nasib kau lepas ni.Arasso?!"Jerkah seorang pelajar lelaki yang turut berada dalam kumpulan pelajar itu.Pelajar yang lain pula sekadar tersenyum sinis apabila melihat Hyo Sung dijerkah oleh rakan mereka itu.
"Apa ni?!"Semua pelajar yang berada di situ terkejut apabila mendengar suara Chang Sun yang kedengaran dari belakang mereka itu.Mereka mulai kecut perut apabila melihat Chang Sun yang kian dekat menghampiri ke arah mereka itu dengan wajah yang jelas dengan kemarahannya.Hati Chang Sun kian panas apabila melihat Hyo Sung yang teruk dibuli oleh kumpulan pelajar itu.Chang Sun kemudiannya mendekati ke arah pelajar lelaki yang kelihatannya seperti seorang ketua dalam kumpulan pelajar itu.Kolar baju lelaki itu ditariknya kasar.
"Atas arahan siapa kau buat semua ni?"Chang Sun mulai menyoalnya dengan pandangan yang tajam.Lelaki itu tidak terus menjawab pertanyaan Chang Sun."Cakaplah!"Chang Sun sudah tidak dapat menahan geram lagi.Semua yang berada di situ terkejut dengan jerkahan Chang Sun yang selama ini dikenali dengan sikapnya yang kurang bercakap itu.
"C..Cha..Chae Rin,"jawab lelaki itu,tergagap-gagap.Chang Sun melepaskan kolar baju lelaki itu sebelum menumbuk muka lelaki itu sehingga membuatkan lelaki itu terjatuh.
"Jangan salahkan aku kalau ada apa-apa yang terjadi dekat kau lepas ni."Chang Sun turut memandang tajam ke arah pelajar yang lain,seolah-olah turut  memberikan amaran keras terhadap mereka.Chang Sun kemudiannya mendekati ke arah Hyo Sung sebelum perlahan-lahan mendukung wanita itu.
"Lepaskan saya..."Kedengaran sebak suara wanita itu.Namun,Chang Sun tidak mempedulikan kata-kata wanita itu.Sebaliknya dia terus membawa Hyo Sung menuju ke keretanya.Pembantu peribadinya yang melihat ke arah Chang Sun itu turut terkejut apabila melihat keadaan Hyo Sung yang comot itu.
"Bukakan kereta,"kata Chang Sun.Kelam kabut pembantunya itu membukakan pintu untuknya.
"Chang Sun,tinggalkan saja saya macam ni."Bersungguh-sungguh Hyo Sung menolak pertolongan Chang Sun itu.
"Awak nak kena dengan saya juga ke?"Balas Chang Sun tanpa memandang ke arah Hyo Sung.Hyo Sung terdiam mendengar kata-kata Chang Sun yang berbaur ugutan itu.Serta-merta Hyo Sung mengunci kata.Tidak berani lagi untuk melawan kata-kata Chang Sun itu.Ternyata Chang Sun amat marah dengan kejadian yang berlaku itu.
Hyo Sung kini sudah kembali bersih apabila diberikan sepersalinan baju yang sudah disediakan oleh pembantu-pembantu rumah Chang Sun itu.Hyo Sung terkejut apabila pintu biliknya itu ditolak dari luar.Jantungnya berdegup kencang apabila melihat Chang Sun yang muncul dengan membawakan sesuatu pada tangannya.Hyo Sung menegakkan sedikit tubuhnya apabila Chang Sun kian menghampiri ke arahnya.
“Jangan gerak sangat.Lutut awak tengah sakitkan,”kata Chang Sun.Hyo Sun membisu.Degupan jantungnya kian laju apabila tangan lembut Chang Sun menyentuh lututnya yang luka itu.Chang Sun kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada kotak kecemasannya yang dibawanya masuk dari luar itu.Lutut Hyo Sung itu disapukannya ubat sebelum dibalut dengan plaster yang bercorak bintang-bintang berwarna merah jambu itu.”Nasib baik luka awak tak teruk sangat.Kalau tak,lagi teruk saya kerjakan mereka tadi.Kurang ajar betullah.”Ternyata kemarahan Chang Sun terhadap kumpulan pelajar itu masih belum lagi reda.Hyo Sung pula tersenyum nipis.Wajah Chang Sun yang jelas terpancar riak bimbangnya itu diperhatinya.Wajah itulah yang sering hadir dalam mimpi malamnya.Hyo Sung tersenyum sendiri.
“Sakit lagi tak?Kat mana lagi yang sakit?”Soal Chang Sun sambil memandang ke arah Hyo Sung.Hyo Sung menggeleng perlahan.Chang Sun tersenyum.”Awak rehat-rehatlah dulu ya.Jangan risaulah,omma saya tak ada kat rumah hari ni.Dia tak tahu kalau saya benarkan awak berehat kat sini.Kalau awak perlukan apa-apa,awak beritahu je dekat pembantu saya,”kata Chang Sun sambil menutup semula kotak kecemasan yang digunakannya untuk merawat luka Hyo Sung sebentar tadi.
“Eh,kenapa dengan tangan awak ni,Chang Sun?”Soal Hyo Sung apabila menyedari tangan kanan Chang Sun yang jelas kemerah-merahan itu.Chang Sun yang melihat tangannya itu sekadar tersenyum nipis.
“Em…tak ada apa-apalah.Merah-merah je ni.Tak sakit pun.Awak rehat jelah ya,”kata Chang Sun,berura-ura mahu beredar dari situ.Namun,niatnya itu dihalang apabila tangannya itu dipegang oleh Hyo Sung.
“Biar saya tengokkan,”kata Hyo Sung.Hyo Sung memegang tangan kanan Chang Sun yang kemerahan itu.Kedengaran lelaki itu mengaduh sakit.Hyo Sung menyembunyikan senyumannya.”Ni mesti sebab awak tumbuk budak lelaki tu tadi kan?”Duga Hyo Sung.Chang Sun tidak membalas apa-apa.”Kuat juga awak tumbuk budak lelaki tu tadi kan.Tengoklah tangan awak ni.Merah sungguh ni.Mesti budak lelaki tu tak boleh cakap seminggu akibat penangan tumbukan awak tadi,”kata Hyo Sung,sekaligus bergurau.Chang Sun tersenyum mendengar gurauan Hyo Sung itu.
“Em,maafkan saya.Boleh awak bawakan ais untuk saya?”Soal Hyo Sung ke arah pembantu rumah Chang Sun yang berdiri tidak jauh dari katilnya itu.Pembantu rumah itu tersenyum ke arahnya sambil mengangguk.
“Yah,awak nak buat apa dengan ais tu?”Soal Chang Sun.
“Tangan awak nilah.Saya nak tolong kurangkan rasa sakit pada tangan awak ni,”kata Hyo Sung.Pantas sahaja,Chang Sun melepaskan tangannya daripada Hyo Sung.
“Tak perlu.Nanti sakit tu hilang sendiri.Awak tak payah nak risaukan saya.Saya tak ada apa-apa,”kata Chang Sun.Tidak lama selepas itu,pembantu rumah itu kembali dengan membawakan ketulan ais yang dibalut dengan kain putih.
“Terima kasih,”ucap Hyo Sung,menghargai bantuan yang diberikan oleh pembantu rumah itu.Pembantu rumah itu angguk sebelum beredar dari situ.Hyo Sung kemudiannya mencapai tangan kanan Chang Sun semula.
“Tak payahlah,Hyo Sung.Saya tak apa-apalah.”Chang Sun tetap berkeras tidak mahu dibantu oleh Hyo Sung.Hyo Sung tersenyum nakal.
“Awak takut sejuk ekh?”Duga Hyo Sung.Mata Chang Sun membulat apabila mendengar kata-kata Hyo Sung itu.
“Yah,siapa kata saya takut sejuk?”Chang Sun membidas kata-kata Hyo Sung.
“Habis tu?Kenapa awak takut bila saya nak tolong redakan sakit awak ni?”Soal Hyo Sung pula.Tanpa menunggu jawapan daripada Chang Sun itu,Hyo Sung meletakkan ais itu pada tangan kanan Chang Sun yang kemerahan itu.Chang Sun menjerit kerana tidak tahan dengan rasa sejuk pada tangan kanannya itu.Pantas sahaja dia menarik tangannya daripada pegangan Hyo Sung itu.
“Sakitlah!”Chang Sun mengaduh kesakitan.Hyo Sung tidak dapat menahan tawanya lagi.Geli hati dengan sikap Chang Sun yang seakan keanakan itu.Tidak sangka,akhirnya dia dapat juga melihat Chang Sun yang lari dari imej ‘cool’nya itu.”Apa gelak-gelak?Tak baik tau.Dahlah orang tengah sakit ni,”kata Chang Sun,tidak senang dengan sikap Hyo Sung itu.Gelak tawa Hyo Sung mulai perlahan.
“Miane.Tapi…”Tawa Hyo Sung masih lagi bersisa.”Saya cuma nak tolong awak je.Okey,lepas ni saya buat perlahan-lahan.Sikit je.Tak sakit pun,”kata Hyo Sung,cuba memujuk Chang Sun.Hyo Sung memandang ke arah Chang Sun.Chang Sun pula ragu-ragu.”Saya janji…saya buat perlahan-lahan.”Sekali lagi,Hyo Sung cuba memujuk Chang Sun.Akhirnya,Chang Sun termakan juga dengan pujukannya apabila lelaki itu meletakkan tangannya di atas tangan Hyo Sung.
“Buat perlahan-lahan,”kata Chang Sun,cuba mengingatkan Hyo Sung.Hyo Sung tersenyum sambil angguk.Tangan kana Chang Sun itu dituamnya perlahan-lahan.Chang Sun menahan rasa sejuk ais itu sambil menutup kedua-dua matanya.
“Gomawo..”Chang Sun membukakan matanya apabila mendengar ucapan terima kasih daripada Hyo Sung itu.Perlahan-lahan,Chang Sun menoleh ke arah Hyo Sung.Hyo Sung pula masih memandang ke arah tangan Chang Sun.”Terima kasih sebab…selamatkan saya tadi.Awak…dah banyak sangat tolong saya.Saya tak tahu macam mana nak balas jasa awak,”kata Hyo Sung.Chang Sun pula terus membisu.Membiarkan Hyo Sung terus berkata-kata.
“Miane…sebab saya dah banyak susahkan awak…dari awal kita berjumpa lagi…”Suara Hyo Sung mulai kedengaran sebak.Hyo Sung menundukkan wajahnya,enggan untuk dilihat oleh Chang Sun.
“Saya tahu…awak rasa terbeban dengan perjanjian kita tu.Mana mungkin awak sudi nak bersama dengan saya kan…kalau betul-betul saya boleh kalahkan awak dalam peperiksaan akhir nanti?Saya…saya tak layak untuk awak…”Chang Sun terkejut apabila terasa air mata Hyo Sung menitik di atas tangan kanannya itu.
“Saya…saya nak tarik diri…Maafkan saya…saya terpaksa mungkir janji,”kata Hyo Sung,tidak dapat menahan sebak lagi.Air matanya sudah mulai mengalir membasahi pipinya itu.Tangan Chang Sun itu dilepaskannya sebelum mengesat air matanya.Hyo Sung mengukir senyuman manis ke arah Chang Sun.
“Em,dah kurang dah sikit merah kat tangan awak ni.Lepas ni,jangan tumbuk-tumbuk orang lagi tau,”kata Hyo Sung.Hyo Sung kemudiannya bangun dari katil itu.Chang Sun pula masih lagi duduk di atas katil itu tanpa langsung menoleh ke arah Hyo Sung.Hyo Sung menundukkan sedikit tubuhnya.
“Gomawo…saya…saya nak balik dulu…”Ucap Hyo Sung,meminta diri.Dia mulai mengatur langkah untuk beredar dari situ namun langkahnya terhenti apabila tangannya ditarik oleh Chang Sun.Serta-merta dirinya berada dalam pangkuan lelaki itu.Hyo Sung terkejut apabila dirinya dipeluk erat oleh Chang Sun.
“Chang Sun…”
“Awak ingat saya akan lepaskan awak dengan mudah?”Hyo Sung terkejut apabila mendengar kata-kata Chang Sun itu.”Saya sangat tak suka dengan orang yang suka mungkir janji.Saya benci dengan orang macam tu,”kata Chang Sun lagi.
“Sebab tu,saya nak mungkir janji kita.Sebab saya nak jadi orang yang dibenci oleh awak,”balas Hyo Sung pula.
“Tapi saya tak nak bencikan awak.Sekali pun saya tak nak bencikan awak,Hyo Sung,”kata Chang Sun.Hyo Sung terdiam mendengar kata-kata Chang Sun itu.”Saya…saya sukakan awak…”Air mata Hyo Sung mengalir,mendengar pengakuan Chang Sun itu.Chang Sun mengukir senyuman nipis.Akhirnya,dia meluahkan juga isi hatinya yang selama ini dipendam sebaik mungkin.Chang Sun kemudiannya melepaskan pelukannya.Dia malu untuk berhadapan dengan Hyo Sung lagi.Chang Sun kemudiannya memusingkan tubuhnya daripada Hyo Sung.
“Sa..saya cuma sukakan awak.Tak lebih daripada tu.Awak jangan nak perasan pula,”kata Chang Sun.Dia kemudiannya beredar dari situ namun berhenti seketika apabila tiba berhampiran dengan pintu bilik itu.”Lagi satu,jangan pandai-pandai nak buat keputusan sendiri.Janji tetap janji.Saya sahut cabaran awak untuk kalahkan saya tu,”kata Chang Sun sebelum melangkah keluar dari situ.Hyo Sung pula terduduk di birai katil.Fikirannya masih lagi bercelaru ketika itu.Benarkah dengan apa yang baru didengarnya sebentar tadi?




No comments:

Post a Comment