05 September, 2011

-Monalisa Page 22-

Muka Ha Young berubah merah,menahan rasa malu apabila dirinya menjadi perhatian ramai di kampus itu.Manakan tidak,Sang Hyun sedang berada di sebelahnya.Putera raja yang putih bersih kulitnya itu sedang berjalan di sebelahnya.Ha Young pula menundukkan wajahnya.Jantungnya boleh tercabut pada bila-bila masa sahaja kerana degupan jantungnya yang sangat kuat itu.Oh,apalah istimewanya Sang Hyun sehingga mampu membuatkan dirinya hampir separuh gila seperti ini?
"Kenapa senyap je ni?"Soal Sang Hyun sekaligus mematikan lamunan Ha Young yang sudah jauh ke mana itu.Ha Young pantas menggelengkan kepalanya.Sang Hyun tersenyum manis.Perlahan-lahan,dia mencapai tangan Ha Young."Awak penat ke temankan saya hari ni?Nak saya hantarkan awak balik?"Soal Sang Hyun.Ha Young menggeleng sekali lagi.
"Eh,bukan.Saya...saya cuma tak selesa sebab...em.."
"Sebab semua orang pandang awak?Sebab itu ke?"Soal Sang Hyun,memotong kata-kata Ha Young.Perlahan-lahan,Ha Young angguk."Awak buat tak tahu je.Mereka sebenarnya cemburu sebab saya asyik nak berkepit dengan awak je sekarang ni,"kata Sang Hyun lagi.Ha Young merasakan bahawa telinganya kian terasa panas.
"Ha Young,awak...awak pandai masak tak?"Soal Sang Hyun,tiba-tiba.
"Masak?Em...sikit-sikitlah.Kenapa awak tanya?"Soal Ha Young kembali.Sang Hyun mengukir senyuman manis.
"Awak...awak pandai buat mee sos tak?"Soal Sang Hyun pula.Ha Young diam,berfikir sejenak.
"Rasanya boleh.Tapi...kenapa ya awak tanya?"Ha Young semakin hairan dengan pertanyaan Sang Hyun itu.Dalam diam,Sang Hyun merencanakan sesuatu.Ha Young pula terus tertanya-tanya.
Mata Ha Young terbuka luas apabila melihat rumah agam milik keluarga Sang Hyun yang tersergam mewah itu.Memang ternyatalah lelaki ini berstatus Diraja dan bertaraf tinggi.Walaupun rumah agam itu tidak setanding dengan istana yang dia dan Lizzy kunjungi ketika majlis pertunangan putera sulung keluarga Diraja dahulu,Ha Young tetap kagum dengan kemewahan yang dapat dilihat pada rumah itu.Jika mahu dibandingkan kekayaan keluarga Sang Hyun dengan keluarganya,perbezaannya mungkin lebih jauh daripada langit dan bumi.
“Selamat pulang,Tuan Muda Park.”Kepulangan Sang Hyun disambut pulang oleh butlernya.Sang Hyun sekadar mengangguk.Ha Young pula mendiamkan diri.
“Ni kawan saya,Ha Young.Ha Young,ni pula ialah butler yang paling lama berkhidmat dalam keluarga saya,Encik Go,”kata Sang Hyun sambil tersenyum.Pantas sahaja Ha Young menundukkan sedikit kepalanya,tanda menghormati Encik Go yang lebih berusia itu.Encik Go turut menundukkan kepalanya.
“Selamat datang,Cik Ha Young,”ucap Encik Go sambil tersenyum manis.Sang Hyun kemudiannya memandang ke arah sekeliling rumahnya.
“Em,omma mana,ahjussi?”Soal Sang Hyun,apabila menyedari suasana rumah agamnya yang sunyi tidak berpenghuni itu.Hanya kelibat pembantu-pembantu rumahnya sahaja yang kelihatan pada pandangan matanya.
“Puan keluar pergi ke perjumpaan isteri-isteri pegawai-pegawai tertinggi syarikat,Tuan.Cik Muda pula ke tempat kerjanya seperti biasa,Tuan,”jawab Encik Go sekaligus memberitahu mengenai ketiadaan Sandara di rumah itu.”Tuan Park pula…”
“Tak perlu,ahjussi.Saya tahu mana appa saya pergi,”kata Sang Hyun,memintas kata-kata Encik Go.Kelihatan wajahnya berubah riak.Encik Go terpaksa akur.
“Saya dengan Ha Young naik dulu.Ahjussi tolong arahkan yang lain bawakan minuman ke atas ya,”pinta Sang Hyun,kembali tersenyum.Encik Go angguk dan kemudiannya beredar.Sang Hyun kemudiannya memberi isyarat kepada Ha Young agar mengikutnya.Ha Young akur.
“Wah,besarnya bilik awak!”Ha Young kagum dengan keluasan bilik yang baru dimasukinya bersama-sama Sang Hyun itu.”Ni bilik tidur awak ke?”Soal Ha young pula.
“Taklah,ni bilik tetamu saya.Hanya tetamu saya sahaja yang boleh berada di sini…dan awak salah satunya,’kata Sang Hyun.Ha Young angguk.”Eh,duduklah.Nanti pembantu saya bawakan minuman untuk awak.”Sang Hyun mempelawa Ha Young duduk di atas sofa panjangnya.Ha Young tersenyum ke arah Sang Hyun sebelum melabuhkan punggung di atas sofa itu.”Rumah saya ni harap je besar…tapi tak ada apa-apa pun.Tengoklah tadi.Family saya semuanya sibuk dengan urusan luar.Pembantu rumah je yang ada kat sini,”kata Sang Hyun sambil mengambil tempat di hadapan Ha Young.
“Keluarga awak kan keluarga ternama.Biasalah tu…Keluarga saya yang bukan ternama macam awak pun…selalu tak ada kat rumah.Sibuk dengan kerja memanjang,”kata Ha Young,mulai rancak berbual.Sang Hyun angguk.
“Awak anak tunggal ke?”Soal Sang Hyun,ingin tahu.Ha Young angguk.”Mesti awak ni anak manja kan?”Soal Sang Hyun lagi.
“Tak adalah.Biasa je.Appa saya tu panglima tentera.Tak ada maknanya dia nak manjakan saya.Garang adalah,”balas Ha Young.Sang Hyun tersenyum.Terasa seronok pula berbual dengan Ha Young walaupun baru seketika berada di bilik itu.Mungkin Ha Young lebih selesa berbual dalam keadaan yang tidak dikelilingi oleh ramai orang.Lebih-lebih lagi apabila berbual dengan dirinya yang amat dikenali ramai itu.Perbualan mereka terganggu seketika apabila pembantu rumah Sang Hyun masuk ke dalam bilik itu dengan minuman yang dipesan oleh putera raja itu.Sang Hyun dan Ha Young tersenyum,sebagai tanda terima kasih kepada pembantu rumah itu.Perhatian Ha Young teralih seketika apabila terasa kakinya digesel oleh sesuatu yang berbulu.Ha Young memandang ke arah kakinya.
“Ah,comelnya!”Ha Young segera mendukung kucing bewarna kelabu yang berbelang hitam itu.Ha Young membelai lembut bulu kucing itu.”Ni kucing awak ke?”Soal Ha Young,teruja.
“A’ah.Saya panggil dia Dadung,”jawab Sang Hyun,tersenyum melihat telatah manja kucing peliharaannya yang berada dalam pangkuan Ha Young itu.”Awak jangan terkejut bila awak tengok Dadung saya bermain dengan anjing Jio Hyung nanti,”kata Sang Hyun.
“Dadung main dengan anjing?Wah,mesti comel!”Ternyata Ha Young sangat teruja dengan cerita Sang Hyun itu.Ha Young terus bermain-main dengan Dadung tanpa menyedari kelakuannya itu sedang asyik diperhatikan oleh Sang Hyun.
“Em,Ha Young…awak kata awak pandai buatkan mee sos kan?’Soal Sang Hyun selepas beberapa minit mereka leka bermain dengan Dadung.Ha Young mengangguk.”Boleh awak buatkan untuk saya?”Soal Sang Hyun.
“Awak nak saya buatkan untuk awak?Awak bergurau ke?”Soal Ha Young,tidak percaya mendengar permintaan Sang Hyun itu.Sang Hyun angguk.”Em,tapi…kenapa awak tak minta pembantu rumah awak buatkan?Saya jamin mee sos yang mereka buat mesti lagi sedap,”kata Ha Young.
“Saya tahu.Tapi…chef yang kerja dengan keluarga saya ni…bukannya orang Korea.Omma sayalah…beria-ia nak upah chef dari luar negara.Mee sos yang dia buat tu tak sedap langsung,”kata Sang Hyun,separuh berbisik.Ha Young terdiam mendengar kata-kata Sang Hyun itu.”Betul…takkan saya nak tipu awak kot.Sedap tu memanglah sedap.Tapi…rasa dia tak sama macam orang kita buat.Lagipun,saya dah pernah rasa mee sos kat gerai dekat dengan kampus kita tu.Saya jamin,mee sos kat gerai tu lebih sedap daripada mee sos yang cheg keluarga saya buat,”kata Sang Hyun,bersungguh-sungguh.
“Jadi,awak pergi jelah makan kat gerai tu,”balas Ha Young.Sang Hyun tertawa.
“Awak nak saya kena bebel dengan omma saya ke?Kalau awak nak tahu…dalam kalangan omma kami berlima,omma sayalah yang paling paling cerewet.Kalau boleh,dia nak semuanya dari luar negara termasuk tukang masak yang menguruskan makan minum kami.Kononnya,dia nak jaga nama baik keluargalah sebab saya ni antara pewaris dalam keluarga Diraja ni.Tapi…masalahnya,belum tentu lagi saya akan dapat takhta tu.Kalau bukan Seung Ho hyung yang dapat…terang-teranglah Jio hyung yang dapat.Kami bertiga ni tak payah nak beranganlah.Lebih baik sibuk uruskan syarikat keluarga sendiri,”kata Sang Hyun,bersungguh-sungguh.Sang Hyun kemudiannya mendekatkan wajahnya ke arah Ha Young.Ha Young pula menjauhkan sedikit wajahnya daripada Sang Hyun.Dadung pula terlepas daripada pangkuan Ha Young.
“Awak masakkan untuk saya ya?”Soal Sang Hyun,separuh berbisik.Ha Young tidak segera menjawab.Sang Hyun mendekatkan lagi jarak wajahnya dengan wajah Ha Young.Ha Young tidak boleh bergerak lagi.”Apa jawapan awak?”Soal Sang Hyun lagi.Ha Young menelan air liur apabila melihat wajah Sang Hyun yang semakin dekat dengannya itu.Bibir mereka semakin lama semakin dekat…
“Okey,saya buatkan!”Ha Young memejamkan matanya sambil memalingkan wajahnya daripada Sang Hyun.Sang Hyun tersenyum puas.
“Okey,jom kita ke dapur sekarang,”kata Sang Hyun sambil menarik tangan Ha Young.

Ha Young meletakkan mee sos yang sudah dimasaknya di atas meja sambil diperhatikan oleh Sang Hyun.Ha Young mulai berasa gementar apabila lelaki itu sudah pun mengambil tempat di tempat duduknya.Sang Hyun kemudiannya menoleh ke arah Ha Young.
“Duduklah sekali,”kata Sang Hyun.Perlahan-lahan,Ha Young mengambil tempat berhadapan dengan Sang Hyun.Sang Hyun kemudiannya menghidu haruman mee sos yang sudah siap dimasak itu.Kelihatan lelaki itu tersenyum lebar.Sang Hyun kemudiannya mengambil penyepit untuk mencuba mee sos yang dimasak oleh Ha Young itu.
“Nanti dulu.”Belum sempat Sang Hyun menyuap mee sos itu ke dalam mulutnya,Ha Young sudah menghalangnya.Cepat-cepat Ha Young mengambil penyepit lalu merasa hasil masakannya itu.Ha Young ingin memastikan bahawa tidak ada yang kurang pada masakannya itu.
“Kenapa?”Soal Sang Hyun.Ha Young duduk semula pada tempatnya.
“Em,awak cubalah rasa,”kata Ha Young,ragu-ragu.Sang Hyun tersenyum lalu menyuapkan mee sos itu ke dalam mulutnya.Ha Young pula terus menanti reaksi daripada lelaki itu.Sang Hyun mengunyah perlahan-lahan.Tidak lama kemudian,bibirnya menguntum senyuman manis.Tanpa sebarang kata,dia menyuapkan lagi mee sos itu ke dalam mulutnya sehingga licin pinggan itu.Ha Young yang melihat Sang Hyun menghabiskan makanannya itu ternganga.Sang Hyun pula mengukir senyuman puas.
“Kalau markah penuh 10/10…saya bagi awak 100/10,”kata Sang Hyun,memuji kelazatan mee sos yang dimasak oleh Ha Young itu.”Gomawo.Mee sos yang awak buat ni sangat sangat sedap.Nanti awak buatkan untuk saya lagi ya?Saya sukalah mee sos yang awak buat ni,”puji Sang Hyun,bersungguh-sungguh.Ha Young tersenyum malu.Malu dipuji oleh sang putera yang kacak itu.
“Ha Young,”sapa Sang Hyun.Ha Young memandang ke arah Sang Hyun.Sang Hyun kemudiannya mencapai tangan Ha Young.Ha Young terpana.”Awak dah buat sesuatu yang sangat bermakna untuk saya.Awak dah buat saya makin tertarik pada awak,”kata Sang Hyun sebelum mengucup lembut tangan Ha Young.Ha Young kaku,kelu lidah untuk menyusun kata.

Park Sang Hyun
Oh Ha Young

No comments:

Post a Comment