08 September, 2011

-Monalisa Page 26-

"Tuan,saya harap tuan boleh hadir untuk sesi temuduga pekerja-pekerja baru kita nanti untuk membuat penilaian,tuan,"kata Setiausaha Baek kepada Byung Hee sambil mencatatkan sesuatu pada buku catatannya.Byung Hee sekadar angguk."Dan...ini adalah senarai nama individu yang akan ditemuduga nanti,tuan,"katanya lagi lalu menyerahkan senarai itu kepada Byung Hee.Byung Hee meneliti satu persatu nama beserta gambar yang tertera pada senarai temuduga itu.Perhatian Byung Hee kemudiannya tertumpu kepada sesuatu yang betul-betul menarik perhatiannya pada senarai nama itu.
"Em...temuduga ni untuk department yang mana satu ya?"Soal Byung Hee.
"Interior designer,tuan.Kenapa tuan?Ada apa-apa masalah ke yang berkaitan dengan senarai temuduga tu?"Soal Setiausaha Baek,ingin tahu.Byung Hee menggeleng.
"Pukul berapa sesi temuduga tu nanti?"Soal Byung Hee,masih lagi meneliti senarai nama itu.
"Pukul 10 pagi di bilik mesyuarat 1.Dalam pukul 9.45 pagi nanti,saya akan datang berjumpa dengan tuan sekali lagi,"kata Setiausaha Baek yang sememangnya sudah cekap dan memahami cara bekerja dengan Byung Hee itu.Byung Hee angguk sambil mengukir senyuman manis.
"Baik.Terima kasih,Cik Baek,"ucap Byung Hee,menghargai kerja yang dilakukan oleh setiausahanya itu.Setiausaha Baek menundukkan sedikit tubuhnya sebelum beredar keluar dari bilik Byung Hee itu.Byung Hee kemudiannya memandang sekali lagi ke arah senarai nama itu.Bibirnya mengukir senyuman,menyimpan sesuatu makna.
"Interior designer..."

Seoul University

"Tak bolehlah.Hyung tengah sibuk kat dalam tu.Dia bukannya suka kalau ada orang ganggu dia waktu dia tengah sibuk belajar,"kata Du Jun,bersungguh-sungguh menghalang Chae Rin daripada melangkah masuk ke dalam bilik peribadi milik Chang Sun,Sang Hyun dan Mir itu.
"Kenapa pula?Kalau budak tak guna Hyo Sung tu boleh pula kacau oppa?"Balas Chae Rin,berdegil untuk masuk ke dalam bilik itu walaupun cuba dihalang oleh Du Jun.
"Yah,cakap tu elok-elok sikit.Siapa yang tak guna?"Du Jun tidak senang dengan kata-kata kasar yang terpacul di mulut Chae Rin.Chae Rin mencebik."Sekurang-kurangnya,Hyo Sung pergi jumpa dengan hyung pun sebab nak belajar.Bukannya nak menggedik macam kau ni.Lagipun,Hyo Sung tak pernah pun masuk ke dalam bilik ni.Mereka hanya berjumpa dekat perpustakaan je.Kau tu?Tak pernah nampak pun muka kau dekat perpustakaan tu,"balas Du Jun,terus-menerus menyindir Chae Rin yang amat tidak disukainya itu.Chae Rin tertawa sinis.
"Kau tak payah nak sibuklah,Du Jun.Aku tak kisah langsung dengan sindiran kau tu.Bla lah!Aku ada hal nak jumpa dengan oppa.Tak payah nak menyibuk!"Chae Rin menolak tubuh Du Jun ke tepi lalu membuka pintu bilik Chang Sun dengan selambanya.
"Oppa!"Chang Sun terkejut apabila terdengar suara Chae Rin yang menegurnya itu.Chang Sun melepaskan keluhannya sambil memandang ke arah Du Jun yang sedang berdiri di muka pintu itu.Du Jun pula menggelengkan kepalanya.Chang Sun kemudiannya memandang semula ke arah bukunya tanpa mengalu-alukan kedatangan Chae Rin ke biliknya itu.Chae Rin pula tersengih panjang apabila mendapati meja yang diduduki oleh Sang Hyun dengan Mir itu kosong.Amat mudahlah baginya untuk mengganggu Chang Sun ketika itu.
"Kau nak apa lagi?Kau nak cakap yang kau nak simbah asid kat Hyo Sung kalau aku terus mengelak dari kau ke?"Sindir Chang Sun.Chae Rin tersenyum,walaupun hatinya panas dengan sindiran tajam daripada lelaki itu.
"Macam tahu-tahu je.Nampak sangat kita ni ada chemistry kan,oppa?Belum cakap apa-apa lagi,oppa dah tahu apa yang bermain dalam fikiran saya,"balas Chae Rin sambil berdiri di belakang Chang Sun.Chang Sun mencebik.Tubuh Chang Sun itu kemudiannya dipeluk dari belakang.
"Saya akan benarkan awak untuk teruskan perjanjian tu.Tapi...kalau Hyo Sung tak dapat kalahkan awak dalam peperiksaan tu nanti,baik awak lupakan saja dia.Awak juga dah tak boleh mengelak dari saya lagi.Kalau awak terus berdegil...awak jangan salahkan saya kalau ada sesuatu buruk terjadi terhadap Hyo Sung selepas ni.Arasso?"Bisik Chae Rin.Perlahan-lahan,Chang Sun meleraikan pelukan Chae Rin itu.
"Jangan risau.Kau dah tak perlu nak rancang apa-apa lagi untuk kenakan Hyo Sung.Buang masa je.Sebab...semua rancangan kau tu,satu pun tak akan terlaksana,"balas Chang Sun,sambil disertai dengan senyuman sinisnya.Chae Rin pula tertawa.
"Kita tunggu jelah.Aku pun nak tengok...sampai bila kau boleh tersenyum,"kata Chae Rin,separuh berbisik.Chang Sun turut membalas senyuman sinis Chae Rin itu.Jauh di sudut hati,terselit rasa bimbang terhadap keselamatan Hyo Sung.Chang Sun kemudiannya bangun dari tempat duduknya.
“Oppa nak pergi mana tu?Saya tak puas lagi nak berbual dengan oppa,”kata Chae Rin,hairan apabila melihat Chang Sun mulai mengemas barang-barangnya.Chang Sun menoleh ke arahnya.
“Kau kata aku boleh teruskan perjanjian tu.Faham-faham je la ye,”balas Chang Sun,sengaja menyakitkan hati Chae Rin.Chang Sun segera beredar dari situ namun berhenti seketika di muka pintu.Ditolehnya semula ke arah Chae Rin.”Em,silalah keluar ya.Sang Hyun tu pantang sikit kalau ada barang yang hilang,”kata Chang Sun,sambil tersenyum.Du Jun yang turut berdiri di muka pintu itu juga tertawa kecil.Mereka kemudiannya beredar dari situ,meninggalkan Chae Rin melepaskan geram di situ.

Bilik Mesyuarat 1

Byung Hee memerhati dan mendengar setiap tutur kata individu yang ditemuduga oleh pegawai-pegawai atasan syarikatnya itu.Sesekali,dia akan menyoal individu itu.Jika individu itu memenuhi segala kriteria yang dikehendakinya,individu itu akan diterima bekerja.Syarikatnya tidak memerlukan terlalu ramai pereka dalaman.Hanya dua orang pereka yang diperlukan daripada lima orang hadir ke sesi temuduga itu.
“Sila nyatakan nama awak.”Salah seorang daripada pegawai itu mulai bersuara.
“Lee Joo Yeon.”Jantung Joo Yeon berdegup pantas apabila dirinya asyik diperhatikan oleh Byung Hee yang duduk di kerusi presiden itu.Sungguh dia tidak menjangkakan bahawa Byung Hee merupakan presiden di syarikat itu.Joo Yeon kemudiannya diasak dengan pelbagai soalan dan dia cuba menjawabnya dengan sebaik yang mungkin.Matanya tidak berani untuk memandang ke arah Byung Hee yang duduk betul-betul berhadapan dengannya itu.
“Tuan,tuan ada apa-apa yang soalan untuk Cik Lee?”Soal Setiausaha Baek apabila menyedari Byung Hee yang lama membisu itu.Byung Hee menggeleng.Setiausahanya akur.Dia kemudiannya memandang ke arah Joo Yeon sambil tersenyum.
“Baiklah,Cik Joo Yeon.Awak boleh keluar sekarang.Pihak kami akan menghubungi awak sekiranya awak layak untuk bekerja di syarikat kami,”kata Setiausaha Baek.Joo Yeon angguk.Perlahan-lahan,dia mengatur langkah untuk beredar dari situ.Hatinya gelisah.Pasti dia tidak dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh syarikat itu memandangkan Byung Hee juga seolah-olah tidak puas hati dengan jawapan yang diberikannya sebentar tadi.
“Macam manalah aku boleh jumpa dia kat sini?Malunya…”Bisik hatinya.
“Cik Lee Joo Yeon.”Joo Yeon berhenti melangkah apabila terdengar namanya dipanggil oleh Byung Hee.Perlahan-lahan,Joo Yeon menoleh ke arah lelaki itu.Kelihatan Byung Hee mengukir senyuman manis ke arahnya.
“Good luck,”ucap Byung Hee.Joo Yeon tersenyum manis.Dia kemudiannya menundukkan badannya sekali lagi sebelum beredar.Sebaik sahaja,Joo Yeon sudah beredar dari situ,Setiausaha Baek menoleh ke arah Byung Hee sambil tersenyum nakal.
“Nampaknya tuan dah terpikat dengan Cik Lee tu,”usik Setiausaha Baek,separuh berbisik.Byung Hee sekadar tersenyum.
Joo Yeon melangkah keluar dari pintu masuk bangunan syarikat milik Byung Hee itu.Namun,bahunya terlanggar seseorang yang sedang melangkah masuk ke dalam bangunan itu sehingga membuatkan fail yang dipegang oleh Joo Yeon terjatuh.
“Oh,maafkan saya,cik,”ucap Penasihat Kim sambil membantu Joo Yeon menyusun semula kertas-kertasnya yang berterabur itu.
“Eh,tak apa.Salah saya juga sebab tak jalan betul-betul,”kata Joo Yeon,sambil memandang ke arah Penasihat Kim.Tidak lama selepas itu,matanya terbuka luas.”Jung Hyun oppa?”Penasihat Kim terkejut apabila memanggilnya dengan panggilan yang tidak formal.”Jung Hyun oppa kan?Saya Joo Yeon,kawan Nana.Oppa ingat lagi tak?”Soal Joo Yeon.Lama Penasihat Kim membisu,cuba mengingati sesuatu.
“Joo Yeon?Lee Joo Yeon?”Soal Penasihat Kim,inginkan kepastian.Joo Yeon tersenyum lebar sambil angguk.
“Ya,saya.Tak sangka boleh jumpa oppa dekat sini.Oppa buat apa kat sini?”Soal Joo Yeon,teruja dapat berjumpa dengan Penasihat Kim yang pernah dijumpainya beberapa kali sepanjang dia berkawan dengan Nana dahulu.
“Oh…oppa kerja kat sini.Joo Yeon pula?Bukan Joo Yeon duduk kat Australia ke sebelum ni?”Soal Penasihat Kim.Joo Yeon tersenyum.
“Joo Yeon baru je selesai interview tadi.Em…Joo Yeon dah balik sini dua minggu yang lepas.Joo Yeon ingat nak terus stay kat sini kot.Malas pula nak balik sana.Bukannya buat apa-apa pun,”kata Joo Yeon.
“Oh,macam tu.Em,baguslah macam tu.Lagipun duduk kat negara sendiri lagi seronok daripada duduk kat negara orang,”kata Penasihat Kim.Penasihat Kim kemudiannya melihat ke arah jam tangannya.”Em,oppa kena pergi dulu.Ada kerja sikit kat atas.Harap Joo Yeon berjaya ya untuk temuduga tu.Bolehlah kita jumpa selalu nanti.Lagipun,banyak benda yang oppa nak tahu dari Joo Yeon,”kata Penasihat Kim sambil tersenyum manis.Joo Yeon angguk,membalas senyuman Penasihat Kim itu.
“Oppa pergi dulu,”kata Penasihat Kim,sebelum beredar dari situ.
“Jumpa lagi,”kata Joo Yeon,sambil menundukkan sedikit kepalanya.Tidak lama selepas itu,telefon bimbitnya berdering.Joo Yeon segera menjawab panggilan itu setelah melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
“Saya baru je habis.Ada apa awak call saya?”Soal Joo Yeon sambil berjalan meninggalkan bangunan itu.Bibirnya mengukir senyuman manis.”Awak nak jemput saya?Tak payahlah.Saya boleh naik bas.Susah-susahkan awak je,”kata Joo Yeon.”Apa?Awak dah tunggu saya dekat sini?”Joo Yeon cuba mencari-cari kelibat rakannya yang sedang berada di dalam talian itu,namun tidak pula dijumpainya.Tidak lama kemudian,bibirnya tersenyum manis.
“Okey.Saya dah nampak awak,”kata Joo Yeon sambil melambai ke arah rakannya itu.Lambaiannya itu berbalas.”Yela yela.Saya datang sekarang,”kata Joo Yeon,sebelum menamatkan panggilannya.Dia kemudiannya berjalan mendekati ke arah sebuah kereta hitam yang sedang menunggunya tidak jauh dari bangunan syarikat Byung Hee itu.

 Jung Byung Hee
 Lee Chang Sun
Lee Joo Yeon
Park Chae Rin

No comments:

Post a Comment