05 September, 2011

-Monalisa Page 23-

Mir membuka cermin matanya sebaik sahaja kelasnya tamat.Sang Hyun yang berada di hadapannya pula menggeliat.Letih mendengar kuliah satu jam yang agak membosankan itu.Sang Hyun kemudiannya memandang ke arah Mir yang sudah pun memasang headphone pada telinganya.
"Kau dengar benda yang sama lagi ke?"Soal Sang Hyun sambil bersandar pada tempat duduknya itu.
"Tak adalah benda yang sama.Lain sikit je,"kata Mir sambil menyentuh skrin iPodnya itu.Entah apa yang digeraknya ke sana ke sini itu,hanya Mir yang tahu.
"Mir,cuba kau terjemahkan apa yang aku cakap ni dalam english.Kalau kau dapat jawab semua,aku belanja kau kat Ojos Frios malam ni,"kata Sang Hyun.Mir mencebik.
"Eleh,balik-balik belanja aku kat kelab kau.Kau ingat aku kisah sangat ke?"Balas Mir.Sang Hyun sekadar tertawa."Cuba kau belanja aku kat kelab lain pula.Ha~...bukan kawan yang Jun Ho tu pun ada buka bisnes macam kau juga ke?Aku dengar kelab dia tu ada kelas juga,"kata Mir.
"Ala...best lagi kelab Ojos Frios aku.Aku rasa baik kau jangan nak demand lebih.Belum jawab apa-apa,nak demand pula.Kalau kau tak lepas soalan aku,jangan kata kelab Jun Ho tu,Ojos Frios pun kau takkan dapat,"kata Sang Hyun.
"Yalah.Ha,apa dia?Aku rasa aku boleh lepas semua kot,"kata Mir,yakin dengan kemampuannya.Sang Hyun mulai mengukir senyuman sinisnya.Oh,boleh lepas semua ekh...
"Saya sedih."Sang Hyun mulai menyoal Mir dengan soalan yang pertama.
"I'm sad."Dengan pantasnya,Mir menjawab sambil disertai dengan riak wajahnya yang sedih.
"Saya cintakan awak."Mir tertawa mendengar soalan kedua Sang Hyun itu.
"Bosan gila soalan kau.Budak tadika pun pandai jawab soalan kau ni.I love you lah..."Mir menyambung tawanya lagi.Sang Hyun pula masih dengan senyuman sinisnya.
"Tapi saya tak boleh bersama dengan awak."Sang Hyun menyambung soalannya.
                                                                                                 "Hah?"                                                                       
"Tapi saya tak boleh bersama dengan awak."Sang Hyun menyambung kembali soalannya.Kelihatan Mir menggaru-garu kepalanya.
"I love you...but.."Perlahan-lahan Mir menyusun kata.Mir memandang ke arah Sang Hyun yang sudah pun memegang dagunya itu.Mir melepaskan keluhannya."You...sorry..."Ternyata Mir tidak dapat menjawab soalan Sang Hyun itu.Sang Hyun tertawa mendengar jawapan yang diberikan oleh Mir itu.
"Bla la kau.Nak aku belanja kat kelab Jun Ho konon.Nak terjemahkan benda yang senang pun tak lepas,"balas Sang Hyun.Mir mencebik mendengar kata-kata Sang Hyun yang seolah-olah mengejeknya itu.
"Eleh,aku rasa kalau aku tak pandai translate benda tu pun,aku tak kisah.Lagipun,aku yakin yang aku takkan guna ayat tu dekat Noona,"kata Mir,berterus-terang.Sang Hyun tersenyum.Sememangnya dia sudah mengetahui isi hati Mir terhadap kakaknya itu.Walaupun dia sudah berulang kali mengingatkan Mir mengenai perasaan sebenar Sandara,namun sedikit pun Mir tidak ambil endah.Pada Mir,Sang Hyun hanya cemburu dengannya.Maklumlah,Sandara lebih memanjakan Mir daripada Sang Hyun,adiknya sendiri.
"Macam mana kalau Noona yang cakap macam tu dekat kau?Apa yang kau nak buat?"Soal Sang Hyun,cuba menguji perasaan Mir.Mir tersenyum nipis.Riak wajahnya mulai berubah.Untuk seketika,dia membayangkan sekiranya perkara yang dikatakan oleh Sang Hyun itu benar-benar terjadi.Mir yakin,perkara tersebut tidak mustahil untuk berlaku memandangkan Sandara amat rapat dengan sepupunya yang baru pulang dari Australia itu,Byung Hee.
"Yah,kenapa kau diam?Apa yang kau fikirkan tu?"Soal Sang Hyun yang menyedari perubahan sikap Mir itu.Mir memandang ke arah Sang Hyun.
"Hyung,Noona dengan Jio hyung tu...ada apa-apa ke hah?"Soal Mir,tiba-tiba.Sang Hyun terkejut dengan pertanyaan Mir itu.Sang Hyun terdiam seketika.

Kerja Sang Hyun terganggu apabila mendengar bunyi ketukan pada pintu biliknya.
"Masuk!"
"Buat apa tu?"Sang Hyun menoleh ke arah pintu biliknya itu apabila mendengar suara Sandara.Tanpa menunggu Sang Hyun menjawab pertanyaannya,Sandara sudah pun melangkah ke arah sofa panjang milik adik lelakinya itu.
"Noona nak apa?Kalau nak main dengan Dadung,Dadung dah tidur,"kata Sang Hyun,masih lagi menumpukan perhatiannya terhadap kerja-kerjanya yang bertimbun di atas meja itu.Sandara yang menyedari meja adiknya yang berselerak dengan kertas-kertas itu sekadar tersenyum mengejek.
"Wah,sibuk nampak?Kertas kerja apa tu?Kerja kuliah ke...kerja Ojos Frios?Tak pun,ni mesti jadual temujanji dengan perempuan kan?"Usik Sandara.
"Apa Noona ni?Orang memang banyak kerjalah.Ish,kalau nak tolong buatkan...tak apa juga.Hah,nak apa ni?"Soal Sang Hyun pula.
"Noona sebenarnya ada benda sikit nak tanya ni,"kata Sandara,perlahan.
"Apa?"Sang Hyun masih lagi tidak menoleh ke arah Sandara.
"Apa...pendapat Sang Hyun tentang...Jio?"Soal Sandara,perlahan-lahan menutur kata.Sang Hyun menoleh ke arah kakaknya itu.Hairan dengan pertanyaan kakaknya itu.Apatah lagi apabila pertanyaan itu menjurus kepada hal-hal yang berkaitan dengan Byung Hee.
"Kenapa Noona tanya pasal Jio hyung?Tiba-tiba pula ni,"soal Sang Hyun pula.Sandara tidak segera menjawab pertanyaan Sang Hyun itu.Mata Sang Hyun terbuka luas."No way!Do you like him?"Duga Sang Hyun.
"Em...Noo..Noona tak cakap apa-apa pun.Noona tanya je,"kata Sandara,berdalih.Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya."Tak apalah.Em...Noona nak masuk tidur dulu.Jangan tidur lambat pula.Selamat malam."Serta-merta Sandara melangkah keluar dari situ tanpa menjawab pertanyaan daripada adik lelakinya itu.Fikiran Sang Hyun pula terus berteka-teki.

"Yah,kenapa pula kau yang diam ni?"Soal Mir,sambil menepuk bahu sepupunya yang setahun lebih tua daripadanya itu.
"Tak ada apa-apalah.Em...apa soalan kau tadi?"Soal Sang Hyun,berpura-pura tidak mengingati soalan Mir sebentar tadi.
"Aku tanya...Noona dengan Jio hyung tu...sebenarnya ada apa-apa ke?Aku tengok diorang tu rapat semacam je."Mir mengulangi soalannya.
"Oh...pasal tu.Aku rasa kau pun kenal dengan Noona aku tu kan.Dia kan memang rapat dengan semua orang.Cuma...mungkin dia rapat sangat dengan Jio hyung tu...sebab diorang kan pernah duduk kat Australia sama-sama.Normallah tu.Lagipun,aku tak rasa yang diorang tu ada apa-apa.Sebabnya,aku yakin sangat yang Jio hyung masih belum boleh lupakan Nana.Kau tengoklah dia dengan omma dia macam mana.Hubungan diorang tak baik sangat pun disebabkan Nana kan?So...aku yakin yang diorang hanya rapat sebagai kawan je,"kata Sang Hyun.Mir tersenyum nipis.
"Tu kalau Jio hyung.Tak mustahil yang Noona memang ada simpan perasaan dekat hyung tu.Aku tak rasa apa yang kau rasa,"kata Mir.Sang Hyun tidak membalas apa-apa.Riak wajah Mir pula sudah berubah muram.
"Wei,janganlah muram macam ni.Dahlah,tak payahlah nak fikir sangat pasal hal ni.Tak kiamat pun dunia ni kalau kau tak dapat Noona aku pun.Baik kau cari perempuan lain je.Ha...lagipun,kau rapat dengan budak cerdik Lizzy tu kan?Elok sangatlah tu.Dia pun comel je aku tengok.Sesuai sangatlah dengan kau yang suka perasan comel ni,"kata Sang Hyun,sekaligus mengusik Mir.Mir tertawa kecil mendengar usikan Sang Hyun itu."Dahlah,jom pergi minum.Dahagalah,"kata Sang Hyun,mengajak Mir untuk keluar bersamanya.Perlahan-lahan,Mir bangun dari tempat duduknya.Jauh di sudut hatinya,dia amat mengharapkan agar perkara itu tidak akan sesekali terjadi.
“Ha Young!”Sang Hyun memanggil nama Ha Young yang dilihatnya sedang berjalan bersama-sama Lizzy itu.Mir sekadar melihat ke arah Lizzy.Sang Hyun melangkah mendekati ke arah Ha Young.”Awak nak pergi mana ni?”Soal Sang Hyun.
“Em,nak pergi makan.Kenapa?’Soal Ha Young.Kelihatan Sang Hyun mengukir senyuman sebaik sahaja mendengar jawapan Ha Young itu.
“Elok sangatlah tu.Saya pun nak pergi makan dengan Mir.Kita pergi sekali nak?”Ajak Sang Hyun.Ha Young memandang ke arah Lizzy dan kemudiannya beralih pula kepada Mir.
“Em…Mir tak kisah ke kalau kami ikut sekali?”Soal Ha Young pula.
“Jom jelah.Lagipun,Lizzy kan ada sekali.Mungkin kamu berdua boleh cuba berbual-bual dalam bahasa inggeris nanti,”kata Sang Hyun.Lizzy sekadar tersenyum nipis.Tanpa mendapatkan kata putus daripada Ha Young,Sang Hyun segera mancapai tangan Ha Young.Ha Young terkejut.
“Jom.Lizzy pun ikut sekali,okey?”Ajak Sang Hyun.Lizzy angguk sebelum memandang ke arah Mir yang berdiri tidak jauh daripada mereka itu.Lizzy mengukir senyuman manis ke arah lelaki itu.Mir turut membalasnya.Ternyata apa yang dikatakan oleh Sang Hyun sebentar tadi adalah benar.Lizzy seorang gadis yang sangat comel.Lebih nampak comelnya apabila dia tersenyum seperti apa yang dilihatnya sekarang.
 Bang Mir
Sang Hyun&Sandara Park

Lizzy After School

No comments:

Post a Comment