05 September, 2011

-Monalisa Page 24-

Entah mengapa peristiwa di hospital beberapa hari yang lalu masih lagi jelas terbayang di ruang matanya.Padahal Seung Ho sudah pun keluar dari hospital setelah pulih dari kesakitan yang dialaminya walaupun belum sepenuhnya.

"Hyo Young,kau pergilah pujuk doktor tu.Aku dah bosanlah duduk kat sini.Aku nak balik rumah."Seung Ho berusaha memujuk Hyo Young supaya mendapatkan kebenaran doktor untuknya pulang ke rumah.Hyo Young menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Bukan saya tak nak tolong awaklah,Seung Ho.Tapi,awak kan sakit lagi.Lagipun Puan Besar tak benarkan doktor lepaskan awak keluar dari sini sampai awak betul-betul sihat.Awak sabarlah sikit,"balas Hyo Young.Riak wajah Seung Ho berubah muram.Hyo Young hampir tertawa melihat ragam Seung Ho yang kelihatannya seperti keanak-anakan itu."Tolonglah jangan buat muka macam kerang busuk tu.Awak ingat comel sangat ke?Macam budak-budaklah awak ni,"kata Hyo Young.Seung Ho memandang tajam ke arahnya.
"Biarlah.Kalau nak kena berlagak macam bayi baru boleh keluar dari sini pun aku sangguplah.Hyo Young...tolonglah...Aku rasa nak mati ni,"pinta Seung Ho,bersungguh-sungguh.
"Apa yang nak matinya?Kat sini kan ramai nurse yang cantik-cantik.Takkan awak tak rasa seronok lagi?"Soal Hyo Young,sekaligus memerli lelaki itu.
"Yah,jaga mulut tu baik-baik sikit ekh?Aku bukan player dah tau.Aku ni lelaki sejati.Aku yakin kau pun boleh cair dengan aku,"kata Seung Ho,membangga diri.Hyo Young mencebik,jelik mendengar kata-kata Seung Ho itu.Sejatilah sangat...
"Yelah yelah...Nanti,saya cuba.Kalau tak dapat juga,pandai-pandailah awak lari dari sini ekh,"kata Hyo Young sebelum melangkah keluar dari bilik itu.Seung Ho pula akhirnya tersenyum lega apabila Hyo Young bersetuju untuk membantunya.Lagi sekali.

Hyo Young melepaskan keluhan berat.Sekali lagi Seung Ho tidak berada di rumah walaupun sudah berulangkali dipesan supaya berehat di rumah memandangkan dia belum lagi pulih sepenuhnya.Pasti Seung Ho pergi bertemu dengan Fei.Hyo Young sudah dapat menjangkanya sejak dari awal lagi lelaki itu mendesaknya supaya membawanya keluar dari hospital itu.
"Nasib kaulah,Hyo Young,"bisik hatinya.Lamunannya terganggu apabila terdengar bunyi bising di padang.Serta-merta dia bergegas ke padang tersebut.Hyo Young mengukir senyuman manis apabila melihat seseorang yang berpakaian seragam yang sering dipakai dalam acara sukan lumba kuda,sedang menunggang kuda di padang tersebut.Perlahan-lahan,Hyo Young melangkah ke arah pondok untuk melihatnya dengan lebih dekat.Tidak lama selepas dia berada di situ,penunggang kuda itu perlahan-lahan menunggang kudanya untuk mendekati ke arah Hyo Young.Hyo Young yang sudah dapat menjangka identiti penunggang kuda itu sekadar tersenyum manis.
"Hyo Young buat apa kat sini?"Soal lelaki itu.
"Tengok oppalah.Oppa bising sangat sampai kacau Hyo Young nak berangan,"kata Hyo Young,sekaligus bergurau.Lelaki itu turun dari kudanya lalu melabuhkan punggung di sisi Hyo Young.Topinya dibuka.
"Oh,berangan ya?Fikirkan Seung Holah tu,"balas Byung Hee disertai senyuman nakalnya.Hyo Young tertawa.
"Oppa dah tukar minat ke?"Soal Hyo Young,segera menukar topik.
"Minat?Minat apa?"Soal Byung Hee kembali.
"Minat berlumba kuda pula ke?Sebelum ni,jarang sangat nampak oppa kat sini.Selalunya Seung Ho dengan Joon oppa yang selalu tunggang kuda kat sini,"kata Hyo Young.Byung Hee tersenyum.
"Sebab oppa dah tak boleh lumba keretalah,oppa lumba kuda pula,"kata Byung Hee,diikuti dengan tawanya yang kedengaran dibuat-buat itu.Hyo Young yang menyedari keterlanjuran kata-katanya itu mulai berubah riak wajahnya.
"Mianeyo,oppa.Hyo Young tak bermaksud nak..."
"It's okay.Hidup mesti diteruskan juga.Nak buat macam mana,kan?"Balas Byung Hee,memintas kata-kata Hyo Young.Hyo Young sekadar angguk.Rasa bersalah mulai bersarang dalam hatinya.Untuk seketika,mereka membisu,langsung tidak berbicara walaupun sepatah.
"Hyo Young."Byung Hee mulai bersuara.Hyo Young menoleh ke arahnya.Kelihatan lelaki itu seperti ragu-ragu untuk meluahkan sesuatu kepadanya.Namun,Hyo Young tidak pula mendesak.
"Hyo Young...sayangkan Seung Ho,kan?"Soal Byung Hee.
"Kenapa oppa tanya?"Soalan dibalas dengan soalan.
"Kenapa?Malu nak jawab ya?"Kali ini,Byung Hee mengusik Hyo Young pula.Hyo Young memalingkan wajahnya daripada Byung Hee.Barangkali malu dengan usikan Byung Hee itu.Byung Hee pula ketawa kecil.
"Kalau tak jawab pun,oppa tahulah.Tak payah nak sorok-sorok.Dah jelas sangat dah.Cuma Seung Ho je yang tak nampak lagi,"kata Byung Hee.Hyo Young masih belum mahu menoleh ke arah Byung Hee.Kata-kata Byung Hee itu ada benarnya."Tapi...macam mana kalau Hyo Young jumpa dengan seseorang yang...sama macam Seung Ho?Adakah Hyo Young akan sayangkan dia sama macam Hyo Young sayangkan Seung Ho yang Hyo Young kenal sekarang ni?"Soal Byung Hee,tiba-tiba.Hyo Young menoleh ke arah Byung Hee sebaik sahaja Byung Hee menghabiskan soalannya.Ternyata soalan lelaki itu mempunyai maksudnya tersendiri.
"Apa yang dah berlaku,oppa?"Soal Hyo Young pula.Dia yakin soalan itu berkait rapat dengan lelaki itu."Oppa...oppa jumpa dengan seseorang yang macam Nana ke?"Hyo Young terus meneka.Byung Hee tertawa kecil mendengar tekaan wanita itu walaupun tekaannya itu sudah mengenai sasarannya.
"Orang tanya dia...dia cakap kita jumpa orang yang macam Nana pula.Apalah Hyo Young ni,"balas Byung Hee,sambil menggelengkan kepalanya.
"Tapi..."
"Jom naik kuda dengan oppa,nak?"Ajak Byung Hee sambil memandang ke arah Hyo Young.Hyo Young tidak segera menjawab.”Kenapa?Takut Seung Ho cemburu ke?”Soal Byung Hee pula.Hyo Young memandang ke arah pakaiannya yang tersarung pada tubuhnya itu.Dan kelakuannya itu diperhatikan oleh Byung Hee.Byung Hee kemudiannya mengukir senyuman manis.
“Oh,oppa tak perasan pula yang orang tu pakai skirt,”kata Byung Hee,sekali lagi mengusik Hyo Young.
“Oppa!”Hyo Young menepuk lengan kiri Byung Hee,tidak senang dengan usikan Byung Hee itu.Dia dapat menangkap maksud usikan Byung Hee sebentar tadi.Selama dia mengenali keluarga Diraja itu,tidak pernah sekali pun dia memakai skirt mahupun gaun di hadapan ahli keluarga Diraja itu.Hanya selepas dia ditunangkan dengan Seung Ho,barulah tubuhnya itu disarungkan dengan gaun ataupun skirt.Byung Hee pula masih lagi ketawa.Hyo Young yang melihat Byung Hee ketawa itu turut tersenyum.
“Rasanya dah lama aku tak tengok dia seronok macam ni lepas Nana dah tak ada.Entah-entah,memang betul tekaan aku tadi,”bisik hatinya.”Tapi,kalau betul tekaan aku tadi…aku tak pasti sama ada perkara tu adalah berita baik ataupun tak.”
“Hyo Young pergi tukar bajulah.Oppa tunggu kat sini.Kat dalam tu ada baju seragam macam ni juga,”kata Byung Hee,sekaligus mematikan lamunan Hyo Young itu.Hyo Young kemudiannya mengangguk.
Hyo Young seronok menunggang kuda putih sambil ditemani oleh Byung Hee yang turut menunggang di sebelahnya.Byung Hee tersenyum melihat Hyo Young yang kelihatannya sangat teruja menunggang kuda itu.
“Oppa!”Byung Hee menoleh ke arah Hyo Young yang memanggilnya itu.
“Rasanya…Hyo Young takkan jumpa dengan seseorang yang sama macam Seung Ho.”Hyo Young mulai meluahkan pendapatnya terhadap soalan Byung Hee yang dibiarkan tergantung tanpa jawapan sebentar tadi.Byung Hee terus menanti kata-kata daripada Hyo Young itu.Hyo Young kemudiannya memandang ke arah Byung Hee.
“Sebab Hyo Young yakin…tak ada sesiapa yang boleh menyamai Seung Ho tak kira dari segi apa pun.Sebab…setiap orang ada perbezaannya.Tapi…kalau memang berlaku perkara tu nanti,Hyo Young tak rasa yang perasaan Hyo Young terhadap orang tu…sama macam perasaan Hyo Young terhadap Seung Ho.Macam yang Hyo Young katakan tadi,setiap orang ada bezanya.Ada keistimewaan dan kelemahan masing-masing.Orang tu mesti ada sesuatu yang Seung Ho tak ada.Dan mungkin itulah yang membuatkan Hyo Young sayang kepadanya.Betul tak?”Hyo Young memandang ke arah Byung Hee.Kali ini,dia sudah pun mengisyaratkan kudanya supaya berhenti.Byung Hee juga melakukan perkara yang sama.
“Oppa…tak adil kalau Hyo Young sayangkan dia hanya kerana dia sama seperti Seung Ho.Itu maknanya,Hyo Young tak ikhlas menyanyangi dia.Seolah-olah Hyo Young hanya menganggapnya dia adalah sebagai pengganti Seung Ho.Sedangkan dalam hati,Hyo Young sebenarnya langsung tak sayangkan dia sebagai diri dia sendiri,”kata Hyo Young.Kelihatan Byung Hee diam,memikirkan kata-kata Hyo Young itu.
“Miane…Hyo Young dah terbebellah pula,”kata Hyo Young sambil tertawa.Byung Hee tersenyum ke arahnya.Dia kemudiannya menundukkan sedikit wajahnya.Kata-kata Hyo Young itu masih lagi ligat bermain dalam fikirannya.
“Mungkin…oppa patut buka hati oppa…untuk menerima cinta baru,dan jadikan cinta Nana sebagai kenangan,”kata Hyo Young.Byung Hee menoleh ke arahnya.Hyo Young mengukir senyuman manis ke arahnya.Hyo Young kemudiannya mencapai tangan Byung Hee lalu diangkatnya.Byung Hee pula sekadar membiarkannya.
“Jung Byung Hee,fighting!”Byung Hee tersenyum manis apabila Hyo Young bersorak untuknya.Hyo Young pula tertawa.Akhirnya,Byung Hee turut tertawa.
 Jung Byung Hee
 Ryu Hyo Young

No comments:

Post a Comment