05 September, 2011

-Monalisa Page 21-

Chang Sun melangkah keluar dari keretanya yang dipandunya sendiri ke rumah agam milik keluarganya itu.Entah mengapa,ibunya,Puan Ha Ni bersungguh-sungguh meminta Chang Sun untuk segera pulang ke rumah selepas habis kuliahnya dan segala hal di pejabat.Sesi tutorialnya bersama-sama Hyo Sung juga terpaksa dibatalkan walaupun gadis itu sudah amat jarang menghadiri tutorialnya itu sejak belakangan ini.Kelihatannya ada sesuatu yang membebani fikiran Hyo Sung namun tidak pula diketahui Chang Sun sebabnya.
"Selamat pulang,Tuan Muda Lee.Puan Ha Ni sudah pun menunggu Tuan di ruang utama,"kata pembantu rumah itu dengan penuh hormat.Chang Sun sekadar angguk sebelum menyusun langkah ke arah ruang utama rumah agam itu.
"Omma,"sapa Chang Sun kepada Puan Ha Ni yang sedang bersenang-lenang di atas sofa berjenama luar negara itu.Puan Ha Ni menoleh ke arah anak tunggalnya itu dengan senyuman manis.
"Anak omma dah balik pun,"kata Puan Ha Ni,gembira dengan kepulangan awal anak lelakinya itu.Chang Sun melabuhkan punggung di sisi ibunya.
"Kenapa omma nak Joon balik awal hari ni?Ada apa-apa ke?"Soal Chang Sun,ingin tahu.
"Joon pergilah mandi dulu.Segar-segarkan diri.Lepas mandi,Joon turun.Baru omma cerita sebabnya,okey?"Soal Puan Ha Ni.Chang Sun angguk.Dia akur pada permintaan ibunya tanpa langsung membantah.Dia juga berasa agak letih ketika itu.Mungkin dia akan berasa lebih segar selepas mandi nanti.
Chang Sun merendamkan dirinya di dalam tab mandi yang besarnya boleh menempatkan lima orang di dalamnya itu.Dia memejamkan matanya seketika sambil menghembus nafas panjang.Sungguh dia amat menikmati ketenangan ketika itu.Terasa kepenatannya itu perlahan-lahan beransur pergi.Chang Sun kemudiannya mengambil telefon bimbitnya yang berbalut plastik itu.Perlahan-lahan,dia menekan butang telefon bimbitnya itu.Untuk seketika,bibirnya menguntum senyuman manis.Mungkin senyumannya ketika itu boleh diibaratkan semanis madu.Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan tertawan.Entah apa yang membuatkan lelaki itu tersenyum panjang,hanya dia sahaja yang tahu.
Chang Sun menuruni anak tangga dengan langkah yang cermat apabila selesai sahaja bersiap-siap.Entah mengapa pula ibunya menyuruh dirinya untuk berpakaian sedikit bergaya pada malam itu.Sebaik sahaja dia keluar dari bilik mandinya sebentar tadi,sehelai baju kemeja putih beserta seluar slack putih sudah pun tersedia di rak bajunya.Sehelai vest berwarna kelabu turut disediakan.Apa pula agenda tersembunyi ibunya itu hanya akan diketahuinya selepas ini.
Langkah Chang Sun terhenti apabila melihat kelibat tetamu yang turut berada bersama-sama ibunya ketika itu.Sungguh kehadiran tetamu itu mengganggu malamnya yang baru disangkanya indah itu.
"Joon ah...marilah duduk.Kita ada tetamu ni,"kata Puan Ha Ni,sambil tersenyum manis ke arah anak tunggalnya itu.Chang Sun melepaskan keluhan berat.Andai diikutkan hati,mahu sahaja dia berganjak dari situ.Namun,demi menjaga nama baik ibunya yang terkenal dalam kalangan golongan bangsawan itu,mahu tak mahu,Chang Sun terpaksa menuruti kehendak ibunya itu.Perlahan-lahan,Chang Sun melabuhkan punggung di sisi ibunya sekaligus berhadapan dengan tetamunya itu.
"Ha~...nilah Joon yang saya selalu ceritakan tu."Puan Ha Ni mulai berbicara.
"Eh,yeke?Nampak lainlah daripada gambar yang awak tunjukkan dulu tu.Anak awak ni nampak lagi kacak daripada dalam gambar,"puji tetamu itu sambil tersenyum manis.Pujian terhadap Chang Sun itu membuatkan hati Puan Ha Ni kembang.
"Terima kasih.Ha...Joon,kenalkan ini Puan Park.Dan ini...em...omma rasa tak perlu lah omma kenalkan lagi.Joon kenalkan?"Soal Puan Ha Ni sambil menjeling mesra ke arah wanita muda yang sedang duduk berhadapan dengan anak terunanya itu.Wanita muda itu membalasnya dengan senyuman manis.Wanita itu kemudiannya memandang ke arah Chang Sun yang ketika itu lebih selesa memandang ke arah yang lain.
“Kita makan dululah ya?Sambil-sambil tu bolehlah kita berbual,”kata Puan Ha Ni.Puan Park dengan anak gadisnya itu angguk.Puan Ha Ni kemudiannya memberi isyarat kepada pembantu-pembantu rumahnya untuk melakukan apa yang patut.Sesekali dia menjeling ke arah Chang Sun dan anak gadis Puan Park secara berselang-seli.
Selera Chang Sun pada malam itu seolah-olah mati walaupun pelbagai makanan lazat disediakan oleh pekerja-pekerja di rumah agamnya itu.
“Kenapa oppa makan sikit je?Oppa tak sihat ke?”Soal wanita itu,prihatin.Chang Sun tidak segera menjawab.Menjeling pun tidak.Sebaliknya,dia lebih selesa mendiamkan diri.Ternyata lelaki itu tidak selesa dengan kehadiran tetamu ke rumahnya pada malam itu.
“A’ah,Joon.Kenapa makan sikit je ni?Joon sakit ya?”Soal Puan Ha Ni,yang turut menyedari kelakuan putera tunggalnya itu.Chang Sun sekadar tersenyum nipis sambil menggeleng.
“Tak ada apa-apa,omma.Joon Cuma tak selera sikit.Hari ni,letih sangat.Joon lebih selesa kalau berehat je waktu ni,”kata Chang Sun,berpura-pura berlagak letih.Sememangnya dia memang kepenatan waktu itu.Penat untuk berhadapan dengan wanita muda yang amat dibencinya itu!
“Kalau Chang Sun letih,Chang Sun berehatlah dulu.Aunty tak kisah,”kata Puan Park,memahami.
“Eh,tak apalah,Puan.Tak manislah kalau saya buat macam tu.Selepas ni pun,saya boleh berehat,”kata Chang Sun,berpura-pura baik.Padahal,dalam hatinya melonjak gembira dengan kata-kata Puan Park itu.
“Betul tu.Oppa rehatlah dulu,”kata wanita itu,turut menyokong kenyataan ibunya.
“Joon naiklah dulu.Pergi rehat.Lagipun,malam ni Puan Park cuma nak kenal-kenal dengan Joon saja.Mungkin lepas ni kita boleh berjumpa lagi pada hujung minggu.Betul tak?Joon selalunya ada kat rumah waktu hujung minggu,”kata Puan Ha Ni,terpaksa membenarkan Chang Sun beredar dahulu untuk berehat.Bimbang pula sekiranya anaknya itu jatuh sakit.Perlahan-lahan,Chang Sun bangun dari tempat duduknya sebelum menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat kepada ibunya serta tetamu-tetamunya.
“Maafkan saya.Saya naik atas dulu,”kata Chang Sun,meminta diri.Puan Park dan anaknya tersenyum manis.
“Joon pergi tidur ya,sayang.Jangan belajar lagi.Nanti sakit pula,”pesan Puan Ha Ni sebelum Chang Sun beredar dari situ.Chang Sun sekadar angguk dan kemudiannya beredar dari situ.Sebaik sahaja kakinya memijak tangga,bibirnya mengukir senyuman kemenangan.Rancangannya untuk melepaskan diri daripada ‘seksaan’ itu sukses!
Kerlipan bintang-bintang di langit malam itu menjadi santapan mata Chang Sun ketika itu.Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu begitu mendamaikan jiwanya.Terasa semua beban yang melanda fikirannya itu berlalu pergi satu persatu.Chang Sun kemudiannya memandang nombor telefon yang tertera pada telefon bimbitnya itu.Hatinya was-was untuk menghubungi nombor itu.Ibu jarinya berkira-kira untuk menekan butang hijau atau tidak.Chang Sun melepaskan keluhan berat.Akhirnya dia menyimpan Samsung Galaxy S II nya itu ke dalam poket seluarnya.
“Takkanlah aku nak call dia?Gila apa!Nanti dia perasan pula yang aku terhegeh-hegeh kat dia,”ngomelnya.Chang Sun melepaskan nafas panjang.”Ish,tapi boringlah pula bila dah lama tak tengok muka cute dia tu,”keluhnya pula.Chang Sun menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
“Saya ingatkan awak dah tidur.”Chang Sun tersentak apabila terdengar suara seseorang yang menegurnya dari belakang.Pantas sahaja dia menoleh ke belakang.
“Apa kau buat kat sini?Siapa yang benarkan kau masuk ke dalam bilik aku hah?”Soal Chang Sun,geram.Wanita itu sekadar tersenyum sinis.Wanita itu meletakkan segelas susu panas di atas meja sebelum melabuhkan punggung di atas katil empuk milik Chang Sun itu dengan selambanya.
“Wah,empuknya katil awak!Kalah katil kat bilik saya,”kata wanita itu,tidak mengendahkan pertanyaan Chang Sun itu.Chang Sun tertawa kecil dan kedengaran sinis sekali.
“Kau ni memang tak tahu malu kan?Macam manalah omma aku boleh biarkan kau masuk bilik aku ni sesuka hati kau je.Entah jampi apa yang kau dah baca kat omma aku tu,”sindir Chang Sun.Dia kemudiannya menarik wanita itu supaya bangun dari katilnya dengan kasar.Chang Sun kemudiannya menelefon pembantu rumahnya dengan menggunakan telefon biliknya.Tidak lama selepas itu,dua orang pembantu rumahnya muncul di hadapan biliknya.
“Tolong tukarkan cadar saya sekarang,”arah Chang Sun.
“Em,tapi Tuan,kami baru je tukar cadar katil Tuan pagi tadi,”balas salah seorang dari pembantu rumah itu.
“Itu pagi tadi.Sekarang kan dah malam.Saya nak awak tukar cadar katil saya sekarang juga.”Chang Sun tetap berkeras dengan arahannya.Tanpa terus membantah,kedua-dua pembantu rumah itu segera melaksanakan arahan tuan muda itu.Wanita itu menggigit bibirnya dengan tindakan Chang Sun itu.Ternyata Chang Sun sengaja menyakitkan hatinya lagi-lagi apabila lelaki itu dengan selambanya membaringkan tubuhnya di atas sofa panjang sambil membaca majalah ringan.Namun,wanita itu mengukir senyuman tidak lama selepas itu.
“Awak mungkin boleh berlagak dengan saya sekarang.Tapi,awak tak tahu lagi nasib awak lepas ni macam mana,”kata wanita itu.Chang Sun pula terus membisu.”Saya cadangkan…lebih baik awak lupakan saja dekat budak hingusan Hyo Sung tu.Dia dah tak ada makna untuk awak lagi dah.Sebabnya…apa yang pasti…awak akan menjadi milik saya secara mutlaknya,”kata wanita itu.Chang Sun tertawa kecil.
“Kau jangan nak mimpilah.Tu semua kata-kata kau sorang je.Kau ingat..aku akan tolong merealisasikan ke angan-angan kau tu?Jangan haraplah,”balas Chang Sun,masih lagi membaca majalah itu tanpa menoleh sedikit pun ke arah wanita itu.
“Lee Chang Sun…Park Chae Rin…em…sedap pula dengarnya,”kata wanita itu lagi.Chang Sun berasa geli mendengar kata-kata wanita yang dikenali sebagai Chae Rin itu.Chang Sun kemudiannya meletakkan majalah itu di atas meja sebelum meletakkan tangan kanannya di atas kepalanya,berura-ura untuk tidur.
“Aku dah ngantuk ni.Kalau kau ada benda lagi nak bebel,bebel je la.Nanti bila dah penat,pandai-pandailah kau keluar.Ha,jangan lupa tolong tutupkan lampu ya?Mata aku ni alergi sikit kalau tidur dalam terang ni.Selamat malam,”kata Chang Sun sambil meletakkan earphonenya yang dipasang pada iPodnya pada kedua-dua telinganya.Dia kemudiannya melelapkan matanya,membiarkan sahaja Chae Rin berdiri di situ.Dengan geram,Chae Rin melangkah keluar dari bilik tidur Chang Sun itu.
“Berseronoklah dulu.Sebab aku yakin lepas ni,kau takkan boleh tersenyum panjang macam sekarang ni lagi.Kau tahulah nasib kau jadi macam mana lepas ni,”bisik hati Chae Rin.Bibirnya mengukir senyuman sinis.
 Lee Chang Sun
Hyuna 4Minute as Park Chae Rin


No comments:

Post a Comment