03 September, 2011

-Monalisa 20-

 Jung Byung Hee
 Lee Joo Yeon
 Lee Jong Hyun
Nana After School
Byung Hee menutup telefon bimbitnya apabila berasa terganggu dengan panggilan telefon yang berulang kali masuk itu.Byung Hee kemudiannya menumpukan perhatiannya semula terhadap iPadnya dengan riak wajah yang kurang senang dengan gangguan deringan telefon bimbitnya sebentar tadi.
"Awak tolong tengokkan panggilan-panggilan penting yang masuk.Kalau ada yang perlu berurusan dengan saya,awak serahkan kepada saya,"kata Byung Hee,memberi arahan kepada Penasihat Kim.Penasihat Kim sekadar angguk.
"Awak ada bagi nombor telefon saya dekat orang tu ke?"Soal Byung Hee,tegas tanpa memandang ke arah Penasihat Kim.Penasihat Kim tidak segera menjawab."Kenapa awak senyap?"Soal Byung Hee.Kelihatannya,Byung Hee tidak berkelakuan seperti biasa.Fikiran pewaris kedua itu seolah-olah dibebani dengan pelbagai perkara yang merunsingkan.
"Maafkan saya,Tuan.Saya...tak sampai hati nak tolak permintaan Puan.Lagipun,saya tengok,Puan bersungguh-sungguh nak bercakap dan berjumpa dengan Tuan,"balas Penasihat Kim.Byung Hee menggenggam erat tangannya,menahan amarahnya.Namun,dia segera menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan-lahan.
"Saya nak awak sekat nombor orang tu.Jangan benarkan panggilan dia boleh masuk ke dalam nombor saya,faham?"Soal Byung Hee.Penasihat Kim terpaksa angguk.Ternyata hati lelaki itu masih lagi keras untuk berbaik-baik dengan ibunya semula.Byung Hee melemparkan pandangannya ke luar.Sekadar mengubati luka di hatinya dengan pemandangan yang kini menjadi santapan matanya itu.
"Ahjussi,berhenti!"Serta-merta pemandu kereta itu memberhentikan keretanya apabila mendengar arahan daripada tuan muda itu.Penasihat Kim turut terkejut dengan arahan Byung Hee yang mengejut itu.
"Tuan!"Penasihat Kim memanggil Byung Hee yang sudah pun mulai keluar dari kereta itu."Tuan!"Byung Hee langsung tidak mengendahkan panggilan Penasihat Kim itu.Seolah-olah ada sesuatu yang menarik perhatiannya ketika itu."Ahjussi,tunggu kami kat sini ya.Saya nak pergi ikut Tuan,"kata Penasihat Kim.Pemandu itu sekadar angguk.Riak wajahnya turut kelihatan seperti bingung dengan tindakan Byung Hee yang tiba-tiba itu.
Byung Hee menyelit di antara orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu.Tumpuannya hanya satu.Dia ternampak seseorang yang amat dikenalinya berada di situ.Tidak lama selepas itu,bibirnya menguntum senyuman manis apabila pencariannya itu membuahkan hasil.
"Joo Yeon!"Panggil Byung Hee lalu segera berjalan ke arah Joo Yeon yang berada tidak jauh daripadanya itu.Namun,tubuh Byung Hee dilanggar oleh seorang kanak-kanak yang sedang berlari bertentangan dengannya."Adik tak apa-apa?"Soal Byung Hee,sambil membantu kanak-kanak yang terjatuh itu.
"Minta maaf,encik,"ucap kanak-kanak itu dengan penuh hormat.Byung Hee sekadar tersenyum manis.
"Jangan lari-lari ya,"pesan Byung Hee kepada kanak-kanak itu.Kanak-kanak itu angguk sebelum beredar dari situ.Byung Hee memandang semula ke hadapan.Hatinya hampa apabila kelibat Joo Yeon sudah tidak lagi kelihatan.Byung Hee melepaskan keluhan berat.Dia kemudiannya memusingkan tubuhnya ke belakang namun dia kaku seketika tidak lama selepas itu.
"Jio?"Byung Hee benar-benar terkejut apabila melihat Joo Yeon sedang berada di hadapannya itu."Awak Jio kan?"Kelihatan senyuman yang terukir pada bibir Joo Yeon kian lebar,seolah-olah gembira dengan pertemuan yang tidak terduga itu.
"Joo Yeon?Awak betul-betul Joo Yeon kan?"Byung Hee juga seolah-olah tidak percaya apabila melihat Joo Yeon yang sudah pun berada di hadapannya itu.Sangkanya,dia sudah kehilangan Joo Yeon sebentar tadi.Laju Joo Yeon angguk,mengiyakan pertanyaan Byung Hee itu.Joo Yeon terkejut apabila Byung Hee memeluknya secara tiba-tiba.Beg tangan yang dipegangnya itu terlepas.
"Saya ingat saya mimpi je tadi.Tak sangka yang saya betul-betul jumpa awak kat sini,"kata Byung Hee sambil tersenyum manis.Joo Yeon pula masih lagi kaku seperti tadi.Byung Hee kemudiannya melepaskan pelukannya."Jom?"
"Hah?Jom?Pergi mana?"Soal Joo Yeon,seolah-olah baru tersedar dari lenanya yang baru seketika itu.Byung Hee kemudiannya mengambil beg tangan Joo Yeon yang terjatuh di atas lantai itu.
"Saya nak ajak awak pergi minum.Boleh kan?"Soal Byung Hee.
"Ah...em...tak ganggu kerja awak ke?"Soal Joo Yeon apabila melihat penampilan Byung Hee yang segak berpakaian pejabat itu.Byung Hee tersenyum manis.
"Jangan risaulah.Jom,"kata Byung Hee sambil mencapai tangan Joo Yeon.Joo Yeon memandang tangannya yang sudah pun berada dalam genggaman Byung Hee itu.Byung Hee yang menyedari kehadiran Penasihat Kim itu sekadar menggeleng perlahan.Ternyata,Byung Hee tidak mahu identitinya sebagai kerabat Diraja diketahui oleh Joo Yeon.Penasihat Kim terpaksa akur pada permintaan Byung Hee itu.
"Awak nak minum apa,Joo Yeon?"Soal Byung Hee apabila mereka di suatu kafe yang ala-ala taman itu."Bagi saya lemon tea,ya?"Pesan Byung Hee kepada pelayan kafe itu.Pelayan itu sekadar akur pada permintaan Byung Hee itu.
"Makan,encik?"Soal pelayan itu pula.
"Tak apa.Saya nak minum je,"kata Byung Hee.Byung Hee kemudiannya memandang ke arah Joo  Yeon."Awak nak apa,Joo Yeon?"Soal Byung Hee sekali lagi.
"Saya nak teh,"kata Joo Yeon sambil tersenyum.Pelayan itu angguk.
"Makan,cik?"Soal pelayan itu.Joo Yeon menggeleng.
"Em,boleh saya tanya sesuatu?"Soal Joo Yeon kepada pelayan itu.
"Ya.Ada apa,cik?"Soal pelayan itu pula.Joo Yeon kemudiannya menoleh ke arah luar.
"Em,yang tu bunga kaila kan?"Soal Joo Yeon sambil memandang ke arah bunga kaila yang berada di luar kafe itu.
"Ya,cik.Cik nak saya bawakan bunga kaila tu ke dalam ke?"Soal pelayan itu.
"Maafkan saya kalau menyusahkan awak.Tapi,boleh tak kalau awak masukkan kelopak bunga kaila tu dalam minuman saya nanti.Sebab saya lagi suka minum teh dengan bunga kaila,"pinta Joo Yeon.Pelayan itu mengukir senyuman manis terhadap Joo Yeon.
"Tak ada masalah,Cik.Saya akan bawakan pesanan Encik dan Cik sebentar lagi,"kata pelayan itu dengan ramah sebelum beredar meninggalkan pelanggannya itu.Joo Yeon kemudiannya memandang ke arah Byung Hee sambil tersenyum.Namun,senyumannya mengendur apabila melihat riak wajah Byung Hee yang berbeza daripada biasa itu.
"Kenapa,Jio?"Soal Joo Yeon,ingin tahu.
"Awak...awak pun sukakan bunga kaila?"Soal Byung Hee.Perlahan-lahan,Joo Yeon angguk.
"Apa maksud awak dengan...saya pun sukakan bunga kaila?Awak ada kenal dengan seseorang yang sukakn bunga kaila juga ke,Jio?"Soal Joo Yeon,yang dapat menangkap maksud pertanyaan Byung Hee sebentar tadi.Byung Hee sekadar tersenyum nipis sambil menggeleng.
"Saya...saya saja tanya,"kata Byung Hee.Joo Yeon sekadar angguk,tidak pula mengesyaki apa-apa.
"Bila awak sampai sini,Joo Yeon?"Soal Byung Hee,segera menukar topik perbualan.
“Dua hari yang lepas.Dah banyak berubah juga Seoul ni,kan?”Kata Joo Yeon.Byung Hee angguk,bersetuju dengan pendapat Joo Yeon itu.
“Awak dah jalan-jalan ke sekitar Seoul ni?”Soal Byung Hee.
“Tak semua lagilah.Saya rasa saya dah tak biasa dengan jalan-jalan kat Seoul ni.Banyak yang dah berubah.Saya pun dah pening,”kata Joo Yeon sambil tertawa.”Eh,mana Baby awak?Rindu pula saya dekat Baby awak,”soal Joo Yeon apabila menyedari anjing kesayangan Byung Hee itu tidak kelihatan bersama dengan lelaki itu seperti kebiasaannya.
“Oh,Baby ada kat rumah.Saya kan tengah kerja.Susah juga nak bawa Baby sekali,”kata Byung Hee.Joo Yeon mengetuk perlahan kepalanya.
“A’ahlah.Saya lupa pula.Sorry,”kata Joo Yeon,menyedari kesilapannya sendiri.Byung Hee sekadar tersenyum.
“Lain kali saya bawa Baby jumpa awak.Saya yakin,dia pun mesti rindukan awak juga,”kata Byung Hee.Joo Yeon tersenyum lebar,gembira dengan kata-kata Byung Hee itu.”Em,apa yang membuatkan awak nak balik Seoul,Joo Yeon?Awak balik dengan kakak awak juga ke?”Soal Byung Hee,ingin tahu.
“Oh,tak.Saya balik sendiri.Unni saya masih lagi tinggal kat sana.Saya balik sini pun sebab kawan saya yang suruh.Dia suruh saya datang untuk tengok dia dalam perlumbaan kereta yang dia masuk.Nak tak nak,saya kenalah datang juga.Lagipun,saya dah pernah janji dengan dia dulu,”kata Joo Yeon.
“Wah,awak pun minat lumba kereta juga ke?’Soal Byung Hee,sedikit teruja.
“Biasa-biasa je.Bolehlah sikit-sikit,”balas Joo Yeon.
“Tak sangka ya yang minat kita ni sama.Saya dah tahu dah nak cakap apa dengan awak nanti,”kata Byung Hee sebelum tertawa kecil.
“Eh,tapi janganlah kerap sangat.Saya tahu sikit-sikit je,”kata Joo Yeon,merendah diri dengan pengetahuannya mengenai hal-hal sukan lumba kereta yang nipis itu.Perbualannya mereka terganggu apabila pelayan kafe meletakkan pesanan mereka itu di atas meja.Pelayan itu menundukkan sedikit tubuhnya sebelum beredar dari situ.Joo Yeon tersenyum lebar apabila melihat kelopak-kelopak bunga kaila yang diletakkan di dalam tehnya itu.Joo Yeon meminum teh itu dengan senang hati.

“Sedap ke minum teh dengan bunga kaila tu,Nana?Awak ni memang taksub dengan bunga kaila kan?”Soal Byung Hee.Nana sekadar tersenyum manis.
“Oppa tak nak cuba.Cubalah rasa,sedap,”kata Nana.Byung Hee menggeleng.
“Tak apa.Oppa tengok Nana minum jelah.Oppa rasa…kat dunia ni,Cuma Nana sorang je yang minum teh dengan bunga kaila,”kata Byung Hee,dengan yakin.
“Yeke?Macam mana kalau ada orang lain yang minum macam Nana juga?”Soal Nana.
“Kalau ada pun,tu mesti Nana juga.Nana menyamar jadi orang lain,”kata Byung Hee sebelum ketawa.Nana turut tertawa mendengar gurauan teman lelakinya itu.

“Jio.”Joo Yeon melambai-lambaikan tangannya di hadapan Byung Hee apabila mata Byung Hee tidak berkedip langsung ketika memandang ke arahnya.Kelihatannya lelaki itu sedang termenung.Entah apa yang difikirkan oleh lelaki itu langsung tidak diketahuinya.
“Jio~…”Sekali lagi Joo Yeon cuba menyedarkan Byung Hee dari lamunannya.Kali ini,barulah Byung Hee tersedar daripada lamunannya itu.”Awak berangan ekh?Saya cakap dengan awak…awak buat bodoh je,”kata Joo Yeon.Byung Hee tersenyum.
“Miane.Saya terfikirkan pasal benda lain sekejap,”kata Byung Hee sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Joo Yeon sekadar menggeleng sambil tersenyum.
“Ada-ada jelah awak ni,Jio,”kata Joo Yeon sebelum meneguk tehnya semula.Dan sekali lagi kelakuannya itu diperhatikan oleh Byung Hee.

No comments:

Post a Comment