11 December, 2011

-Monalisa Page 62-

Kehadiran Chae Rin ke kafe Coffee House milik keluarga Hyo Sung ternyata menarik perhatian pengunjung-pengunjung lain di kafe itu.Apatah lagi gaya pemakaiannya itu melambangkan tarafnya yang berstatus tinggi itu.Semuanya berjenama antarabangsa.
"Selamat datang ke Coffee House.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"Soal Gi Kwang sambil menguntum senyuman manis.Chae Rin membalas senyuman Gi Kwang itu dengan senyuman mengejek.Cermin mata hitamnya itu diturunkan sedikit.Tubuh badan Gi Kwang itu diperhatinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Gi Kwang yang menyedari pandangan Chae Rin itu mulai berasa tidak selesa.
"Ya Cik.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"Soal Gi Kwang sekali lagi.
"Hyo Sung kerja kat sini kan?"Soal Chae Rin.
"Ya.Dia adik saya.Cik nak jumpa dengan Hyo Sung ke?"Soal Gi Kwang.Chae Rin tersenyum.
"Suruh Hyo Sung hidangkan Caramel Machiatto untuk saya,ya?"Kata Chae Rin,sebelum melirikkan senyuman mengejek ke arah Gi Kwang.Gi Kwang sekadar tersenyum nipis.Bukannya dia tidak mengenali Chae Rin.Kalau bukan disebabkan dia sedang bekerja ketika ini,sudah lama wajah wanita itu disimbahnya dengan kopi panas!

"Silakan minum,Cik Chae Rin."Chae Rin mendongak apabila terdengar suara yang amat dikenalinya itu.Bibirnya mengukir senyuman sinis.Hyo Sung meletakkan minuman yang dipesan oleh Chae Rin itu di atas meja.Niatnya untuk beredar dari situ terbantut apabila namanya dipanggil oleh Chae Rin.
"Duduklah dulu,Hyo Sung.Saya ada benda yang nak dibincangkan dengan awak,"kata Chae Rin.Hyo Sung akur.Gi Kwang yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat Chae Rin duduk itu sekadar memerhati.Entah apa pula yang mahu dilakukan oleh Chae Rin terhadap adiknya itu.
"Yah,apa kau buat ni?"Gi Kwang terkejut apabila mendengar teguran abangnya itu.
"Ish,hyung ni...kacaulah."Balas Gi Kwang,marah-marah.Si Yoon mengetuk perlahan kepala adik lelakinya itu.
"Jangan sibuk hal orang lain.Chae Rin tu takkan berani buat Hyo Sung apa-apa kat sini.Just let them be,"kata Si Yoon sambil menarik tangan Gi Kwang.
"Tapi Hyung...tapi..."

Hyo Sung menundukkan sedikit kepalanya.Sungguh dia berada tidak selesa bersama dengan Chae Rin di situ.Chae Rin merasa sedikit Caramel Machiatto yang dipesannya itu.Bibirnya tersenyum puas.
"Em...boleh tahan juga.Macam mana keluarga boleh ada modal untuk buat kopi mahal ni?"Sindir Chae Rin.Hyo Sung tidak membalas.Dia lebih selesa berdiam diri ketika itu.
"Tak kisahlah apa yang keluarga kau buat sampai mampu ada modal untuk buat kafe yang...well...untuk taraf kau...okeylah.Aku pun bukannya nak sangat datang sini."
"Perkara apa yang awak nak bincang dengan saya tadi,Cik Chae Rin?"Soal Hyo Sung.
"A a a...bukan Cik Chae Rin,okey...mulai dari sekarang ni...kau dah kena berlatih untuk panggil aku...Puan Lee Chae Rin...kau pun tahu kan?Nanti...bila betul-betul dah rasmi aku masuk dalam keluarga Lee nanti,tak adalah kau susah-susah nak panggil gelaran baru aku tu,"kata Chae Rin.Chae Rin kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya itu.Hyo Sung sekadar memerhati.
"Aku rasa kau pun dah faham tujuan aku datang sini.Aku tahu kau sangat sibuk sekarang ni.Tapi,aku harap kau sudi lah luangkan masa untuk datang ke majlis aku nanti.Tak perlu bawa hadiah mahal-mahal.Cukup sekadar datang saja.Bukan apa..aku takut pekerja-pekerja aku nanti terbuang hadiah kau.Maklumlah...tak setanding dengan hadiah-hadiah yang lain kan,"kata Chae Rin,semakin kasar sindirannya.Kad jemputan itu dihulurkan kepada Hyo Sung.Hyo Sung sekadar memandang ke arah kad jemputan itu.Chae Rin tersenyum sinis.
"Kau tak nak ke?Janganlah macam ni,Hyo Sung.Kasihan Chang Sun oppa.Dia yang suruh aku bagi kad ni kat kau.Dia kata...dia teringin sangat nak tengok kau datang nanti.Yelah...ni kan hari penting dia..."Sambungnya lagi,sengaja menyakitkan hati Hyo Sung.Mahu tak mahu,Hyo Sung terpaksa menerima huluran Chae Rin itu.
"Hah...macam tulah.Chang Sun oppa mesti suka bila tengok kau datang nanti.Jangan lupa datang tau,"kata Chae Rin,sambil bersiap-siap untuk beredar.Namun,dia menundukkan sedikit tubuhnya,membisikkan sesuatu pada telinga Hyo Sung.
"Kau dah lakukan tindakan yang tepat sekali.Gomawo..."Bisiknya sebelum mengukir senyuman sinis.Chae Rin kemudiannya beredar meninggalkan Hyo Sung dengan senyuman kemenangan.
Perlahan-lahan,Hyo Sung membuka sampul kad jemputan yang diberi oleh Chae Rin itu.Degupan jantungnya kian berdetak kencang.

Dengan segala hormatnya,keluarga Lee dan Park mengalu-alukan kedatangan Cik Jeon Hyo Sung ke majlis perkahwinan anak kami,

Lee Chang Sun
&
Park Chae Rin

Butir-butir jernih mulai kelihatan membasahi pipinya itu.Setitik air matanya jatuh pada nama Chang Sun yang tertera di atas kad itu.Esakannya yang kian kedengaran itu mencuri perhatian pengunjung-pengunjung lain di kafe itu.Si Yoon dan Gi Kwang pula sekadar memerhati.Menahan geram dari dalam.Tindakan Chae Rin benar-benar kejam!





Chang Sun memerhati kad jemputan majlis perkahwinannya dengan Chae Rin itu.Satu keluhan berat dilepaskan.Kad itu kemudiannya diletakkan di atas meja.Chang Sun mengambil pen hitam di atas meja itu sebelum menulis sesuatu di atas kad itu.Bibirnya mengukir senyuman manis sebaik sahaja habis menulis sesuatu di atas kertas itu.

Lee Chang Sun
&
Jeon Hyo Sung

Nama Hyo Sung itu ditatapnya dengan penuh rasa rindu.Semua kenangannya bersama dengan Hyo Sung sedang jelas bermain di fikirannya seolah-olah sedang dimainkan dalam filem.Sebuah filem yang hanya ada dirinya dengan Hyo Sung.Alangkah indahnya jika Hyo Sunglah wanita yang akan dikahwininya itu nanti.Alangkah indahnya jika dia dapat bersama dengan wanita itu untuk selama-lamanya.Alangkah indahnya jika Hyo Sung...
Lamunannya terhenti apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.Bagaikan tidak percaya apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.Perlahan-lahan,dia menekan butang hijau pada telefon bimbitnya itu sebelum diletakkan pada telinganya.
Agak lama juga Chang Sun diam,tidak berkata-kata.Begitu juga dengan pemanggilnya di dalam talian.
"Chang Sun ah..."Bagaikan ada tenaga baru yang meresap masuk ke dalam tubuhnya sebaik sahaja mendengar suara lembut yang amat dirinduinya itu.
"Saya...saya cuma nak dengar khabar awak...awak sihat kan?"Soal suara itu lagi.Chang Sun tidak menjawab.Dirinya terus terleka mendengar suara Hyo Sung yang amat dirinduinya itu.
"Chang Sun ah...kenapa awak diam?Awak tak sihat ya?"Kedengaran ada tawa kecil di hujung talian.
"Oh...miane...saya mungkin kacau waktu rehat awak.Awak mesti penat sebab sibuk dengan majlis awak,kan?Em..saya..tak apalah...saya dah dapat kad jemputan awak.Cantik sangat...Tapi...saya tak pasti kalau saya boleh datang ke tak...awak pun tahukan...saya sekarang ni..busy dengan Coffee House tu...jadi,saya tak boleh nak janji.Saya..."
Hyo Sung terkejut apabila taliannya dimatikan oleh Chang Sun.Dia cuba menghubungi Chang Sun semula,namun tidak berjawab.Hyo Sung kemudiannya melepaskan keluhan berat.Senyuman nipis terukir di bibirnya.Mana mungkin Chang Sun ingin berbual dengannya di dalam telefon.Bukankah dia sendiri yang inginkan perpisahan dengan lelaki itu?Hyo Sung duduk termanggu di taman itu,tempat terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu.Hyo Sung tersenyum sendiri.Semua kenangannya bersama dengan Chang Sun kembali bermain di fikirannya.Dari awal lelaki itu berlagak sombong dengannya sehinggalah detik lelaki itu mengakui cintanya terhadap dirinya.
"Saya rindukan awak,Chang Sun.Saya sangat rindukan awak...sebab tu saya telefon awak...walaupun saya tahu...awak tak senang dengan tindakan saya tu...apatah lagi saya yang minta putus dari awak..."Hyo Sung tersenyum nipis.Matanya mulai bergenang.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengingati kad jemputan perkahwinan Chang Sun yang dilihatnya siang tadi.Seolah-olah membuatkan luka di hatinya kembali berdarah.Hyo Sung akui...itu adalah keputusannya walaupun sejujurnya bukan dari ketulusan hatinya.Dia terpaksa melakukannya demi keselamatan Chang Sun,satu-satunya lelaki yang dicintainya.
"Hyo Sung ah..."Lamunan Hyo Sung terganggu apabila terdengar namanya dipanggil dari hadapannya.Hyo Sung mendongak.Matanya terbuntang luas apabila melihat Chang Sun yang sedang berdiri di hadapannya dengan nafasnya yang tercungap-cungap itu.
"Saya dah agak yang awak ada kat sini..."Kata Chang Sun,tercungap-cungap.Hyo Sung pula masih kaku di situ,seolah-olah tidak percaya dengan kehadiran Chang Sun di hadapannya itu.Perlahan-lahan,Chang Sun melangkah ke arahnya.Hyo Sung masih lagi duduk di atas bangku itu.Kali ini,Chang Sun sudah berdiri betul-betul di hadapannya.Chang Sun kemudiannya melutut di hadapan Hyo Sung.Wajah Hyo Sung itu ditatapnya dengan penuh rasa rindu.Chang Sun tersenyum manis sambil mengusap lembut pipi Hyo Sung itu.Butir-butir jernih mulai mengalir membasahi pipi Hyo Sung.Chang Sun menyeka air matanya sambil tersenyum ke arah wanita kesayangannya itu.
"Kenapa nangis ni?Tadi saya dengar suara awak dalam telefon macam ceria je...sekarang bila saya ade depan awak,awak menangis pula.Awak memang tak suka saya datang ye?"Soal Chang Sun,seraya bergurau.Chang Sun terkejut apabila tiba-tiba sahaja Hyo Sung memeluk tubuhnya.Erat sekali pelukan wanita itu terhadapnya.Chang Sun turut membalas pelukannya.
"Miane...but I really really miss you..."Kata Hyo Sung dalam esakannya.Chang Sun turut mengalirkan air matanya.
"Saya lagi rindukan awak tahu tak?Sampai hati awak buat saya macam ni..."Balas Chang Sun.Hyo Sung sekadar menangis.
"Miane..."Katanya dalam esakan.

No comments:

Post a Comment