09 December, 2011

-Monalisa Page 60-

“Awak kata sepupu awak nak kahwin…tapi kenapa awak nampak relaks sangat ni?”Soal Lizzy,ingin tahu sambil memandang kea rah Mir yang sedang kusyuk menyiapkan kerjanya.Mir memandang kea rah Lizzy yang sedang duduk di hadapannya itu.
“Mestila saya relaks…sebab bukan saya yang nak kahwin.Saya datang tengok sajalah nanti,”kata Mir.
“Takkanlah awak tak nak tolong sikit sepupu awak tu?Saya tahulah keluarga awak ada ramai pembantu istana yang boleh tolong uruskan.Tapi,takkanlah tak nak involve sikit pun untuk tolong apa-apa,”kata Lizzy,tidak puas hati.
“Kalau dia panggil…saya pergilah.Lagipun…”Mir berhenti seketika.Lizzy memandang kea rah Mir.
“Jio Hyung dengan Dara Noona mesti ada untuk tolong mereka.Jio Hyung tu rapat sangat tunang Seung Ho tu,”sambungnya lagi.
“Awak…masih belum rasa selesa ke dengan mereka berdua tu?”Soal Lizzy,merujuk kepada Byung Hee dengan Sandara.Mir tersenyum nipis.
“Saya dah boleh terima keadaan ni sikit-sikit kalau nak dibandingkan dengan dulu.Lagipun…bila nak difikirkan betul-betul,Jio Hyung tu…tak bersalah langsung dalam hal ni.Dia hanya anggap Dara Noona tu tak ubah macam kakak sendiri.Cuma…Noona yang anggap Jio Hyung lebih dari tu.”Kata Mir,tenang.
“Kalau macam tu,awak tak nak cuba lagi ke?Manalah tahu kalau-kalau dia berubah hati untuk terima awak?”Soal Lizzy,memberi cadangannya.Mir tertawa sambil menggeleng.
“Saya rasa saya yang dah berubah hati…saya dah tak rasa untuk terus tunggu Noona lagi.”Kata Mir sambil memandang kea rah Lizzy dengan pandangan yang berbeza.Lizzy yang menyedari pandangan Mir yang kelihatan berbeza terhadapnya itu mulai berasa pelik.Mir mendekatkan wajahnya kea rah Lizzy.Lizzy pula menjauhkan sedikit wajahnya daripada lelaki itu.
“Sebenarnya saya dah tahu satu rahsia seseorang tu…saya Cuma tengah tunggu orang tu untuk mengaku je…”Kata Mir.Kelihatan Lizzy menelan air liurnya.
“Em…kalau macam tu,kenapa awak tak suruh je dia mengaku..?”Soal Lizzy.Mir tersenyum sambil menjauhkan semula wajahnya daripada Lizzy.
“Ah…lupakan jelah.Saya Cuma tak nak cakap pasal kisah cinta saya yang tak kesampaian tu.”Kata Mir.”Hah…kisah cinta awak pula macam mana?Awak dah luahkan perasaan awak dekat lelaki tu ke belum?”Soal Mir pula.
“Hah,saya?Apa maksud awak?”Soal Lizzy,tidak memahami.
“Yela…awak sendiri kata yang awak ada suka dekat seseorang tapi awak tak sempat luahkannya lagi…”Kata Mir.Lizzy diam.”Awak tak cakap lagilah ni?Aduh…awak ni,Lizzy.Awak tak takut ke kalau-kalau awak terlambat nanti?Kalau dia dengan perempuan lain nanti macam mana?”Soal Mir.Lizzy tersenyum.
“Nanti-nantilah.Buat masa sekarang ni…saya nak tumpukan pada pelajaran saya dulu,”kata Lizzy,sebelum menyambung kerjanya semula.Mir melepaskan keluhan kecil.Ternyata rancangannya kali ini tidak berjaya.
“Susah sangat ke nak cakap yang kau ni suka kat aku hah?”Bisik hatinya.Mir kemudiannya menyambung kerjanya yang tertangguh seketika itu.Wajahnya sedikit mencuka.Kalau bukan kerana Sang Hyun yang menceritakan mengenai perasaan Lizzy terhadapnya pun,dia sudah pun mengetahui akan hal itu.Ya,Mir sudah pun tahu mengenai perasaan Lizzy terhadapnya.Bagaimana?Hanya Mir yang menyedari pandangan mata Lizzy terhadapnya yang tersirat seribu satu makna itu.Mir tersenyum sendiri.

Perbualan antara Byung Hee dengan Sang Hyun di dalam bilik istirehat yang dikhaskan untuk mereka berlima di istana itu terganggu seketika apabila melihat pintu bilik itu ditolak dari luar.Wajah Chang Sun yang sugul itu muncul di muka pintu.
“Joon Hyung!Lamanya tak jumpa,”kata Sang Hyun.Byung Hee turut mengukir senyuman manis apabila melihat sepupunya yang sudah lama tidak dijumpanya itu.Chang Sun sekadar mengukir senyuman nipis kea rah mereka.
“Kenapa ni,Hyung?Lain macam je…gaduh dengan Hyo Sung ke?”Sang Hyun membuat andaiannya sendiri dan pastinya andaian itu tepat mengenai sasarannya.Chang Sun tersenyum nipis,sambil menggeleng.Biarlah perkara itu hanya dia seorang yang tahu.
“Tak adalah.Aku okey je dengan dia…Cuma…penat..banyak sangat kerja.Aku datang sini pun,sebab nak tengok persiapan perkahwinan Seung Ho Hyung ni.Meriah juga ekh,”kata Chang Sun,berlagak ceria.
“Biasalah…Seung Ho Hyung kan cucu kesayangan…pewaris utama pula tu…majlis kahwin dia kena buat gempak-gempaklah.”Balas Sang Hyun,turut teruja.”Nanti Hyung,jangan pula lupa jemput Hyo Sung sekali.Manalah tahu dapat bunga yang Hyo Young baling ke…ada lagi majlis kahwin lepas ni,kan Hyung?”Soal Sang Hyun sambil menoleh kea rah Byung Hee.Byung Hee sekadar tersenyum sambil angguk.Chang Sun tersenyum nipis.
“Mestilah aku jemput dia nanti,”katanya,berusaha memaniskan riak wajahnya.Sang Hyun kemudiannya melihat jam tangannya.Bibirnya mengukir senyuman manis.
“Okey,I need to go now…My beloved Ha Young is waiting for me now…annyeong,”kata Sang Hyun,sambil mengambil kotnya sebelum melangkah beredar dari situ.Byung Hee memandang kea rah Chang Sun sebaik sahaja kelibat Sang Hyun hilang dari pandangannya.
“Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?Mesti ada sesuatu yang terjadi antara kau dengan Hyo Sung,kan?”Soal Byung Hee,mengesyaki sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Chang Sun itu.
“Apa Hyung mengarut ni?Joon memang penatlah belakangan ni.Banyak sangat kerja yang nak kena buat,”kata Chang Sun,sambil bersandar pada sofa.Kedengaran dia melepaskan keluhan berat.Byung Hee sekadar memerhati.Chang Sun menutup matanya.
“Joon dah tak ada apa-apa dengan Hyo Sung lagi.”Ternyata kenyataan Chang Sun itu membuatkan Byung Hee tergamam mendengarnya.Chang Sun tersenyum nipis.”Joon dah tak ada apa-apa lagi dengan dia…”Ulang Chang Sun lagi.Chang Sun menarik nafas panjang.”Joon sendiri tak faham apa yang dah berlaku sekarang ni.Dia cintakan Joon…tapi tak nak bersama dengan Joon.Malah,dia lari lepas Joon luahkan isi hati Joon terhadap dia,”katanya.Kedengaran dia tertawa,tawa yang dibuat-buat.
“Dia dah buat Joon jatuh cinta pada dia…tapi dia buat Joon macam ni…”Sambungnya lagi.”Joon…betul-betul cemburu dengan Seung Ho Hyung.Tak sangka dia berkahwin juga dengan Hyo Young walaupun Joon yakin dia bertunang dengan Hyo Young bukan atas dasar cinta asalnya.Tapi,keikhlasan Hyo Young telah menjentik hati Hyung untuk mencintai Hyo Young…”Chang Sun mengukir senyuman nipis sambil memandang kosong kea rah lantai bilik itu.Chang Sun kemudiannya memandang kea rah Byung Hee.
“Hyung…Joon betul-betul sayangkan Hyo Sung…dan Joon yakin yang Joon tak kuat hadapi semua ni,”katanya,sambil mengalirkan air mata.Entah mengapa,dia kerap mengalirkan air matanya sejak akhir-akhir ini.Dirinya juga kerap menjadi emosinal.Semuanya berpunca daripada Hyo Sung.Cinta Hyo Sung ternyata telah mengubah dirinya walaupun bukan secara keseluruhannya.Namun,apa yang pasti,Chang Sun tidak lagi menunjukkan sifatnya yang sentiasa tenang,serius dan sukar didekati oleh orang lain itu.Chang Sun kini kelihatan lebih ceria.lebih-lebih apabila bersama dengan Hyo Sung.
“Kau tak cuba bincang dengan Hyo Sung lagi?Dia mungkin ada sebab kenapa dia buat semua ni,kan?”Cadang Byung Hee.Belum sempat Chang Sun menjawab pertanyaan Byung Hee itu,kedengaran bunyi pintu bilik itu dibuka dari luar.Byung Hee dan Chang Sun menoleh kea rah Mir yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik itu.Wajah Mir kelihatan terkejut sekali.
“Hyung!”Panggil Mir sambil memandang kea rah Chang Sun.
“Betul ke apa Mir dengar tadi?”Soal Mir.
“Kenapa ni,Mir?”Soal Byung Hee,ingin tahu.
“Tadi…”Mir teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.Byung Hee terus menanti.Chang Sun pula kelihatan sedikit tenang,seolah-olah sudah menjangkakan apa yang akan dikatakan oleh Mir itu.
“Chae Rin umumkan yang dia akan berkahwin dengan…Joon Hyung..”Byung Hee menoleh kea rah Chang Sun sebaik sahaja Mir menghabiskan kata-katanya.Chang Sun pula sekadar melepaskan keluhan berat.Sekarang,semua persoalan Byung Hee sudah terjawab!





"Ya,memang saya akan berkahwin tak lama lagi,"kata Chae Rin,riang sebaik sahaja diajukan soalan oleh wartawan-wartawan yang begitu teruja mahu mengikuti perkembangannya dengan Chang Sun itu.Maklumlah,Chang Sun merupakan antara orang yang berpengaruh dalam dunia bisnes di Korea Selatan.Apatah lagi,lelaki itu turut merupakan seorang yang berketurunan kerabat DiRaja.Chae Rin juga tidak terkecuali.Chae Rin merupakan pewaris bagi syarikat besar JK yang begitu terkenal dengan seni rekaan fesyen dan aksesori wanita yang berjenama antarabangsa.Pastinya perkahwinan antara dua pewaris ini merupakan salah satu strategi untuk kepentingan syarikat keluarga masing-masing.
"Betul ke Cik Chae Rin akan berkahwin dengan Lee Chang Sun,pewaris ketiga untuk keluarga DiRaja tu nanti?"Soal wartawan itu.Chae Rin sekadar tersenyum manis.
"Apa yang pasti,saya akan buat pengumuman secara rasmi mengenai perkahwinan ini nanti."

Si Yoon menutup televisyen itu.Hyo Sung yang sedang menonton siaran itu terkejut dengan tindakan abangnya itu.Si Yoon memandang ke arah adik perempuannya itu.Hyo Sung pula menundukkan wajahnya.
"Kenapa Hyo Sung tengok rancangan tadi?"Soal Si Yoon.Hyo Sung tidak segera menjawab.
"Kalau betul Hyo Sung nak lupakan dia,Hyo Sung tak perlulah nak tahu perkembangan dia.Buang masa je,"kata Si Yoon,tidak puas hati.Si Yoon kemudiannya melangkah menjauhi adiknya lalu menuju ke arah dapur.Si Yoon melepaskan keluhan berat.
"Oppa tahu...Hyo Sung masih sayangkan dia...dan oppa tahu...pasti ada sebab Hyo Sung buat semua ni."Hyo Sung mengangkat sedikit kepalanya apabila mendengar kata-kata abangnya itu."Tapi oppa tak nak tahu semua tu.Apa yang penting,tindakan Hyo Sung tu betul.Keluarga kita...sangat tak layak untuk bersama dengan keluarga mereka.Daripada kita menanggung malu,baik kita yang menyerah kalah dulu."Si Yoon berhenti seketika.Dia keluar dari dapur sambil membawakan secawan kopi panas kepada adik perempuannya itu.Si Yoon meletakkan cawan itu di atas meja.Hyo Sung mengukir senyuman manis apabila melihat corak smiley yang dilukis oleh abangnya di atas krim susu yang terapung di permukaan kopi itu.Si Yoon yang melihat senyuman Hyo Sung itu perlahan-lahan memaut bahu adiknya itu.Hyo Sung menyandarkan kepalanya pada dada Si Yoon.
"Oppa pun pernah hadapi perkara yang sama macam yang Hyo Sung hadapi sekarang ni.Oppa pun pernah jatuh cinta dengan seorang wanita yang sangat cantik,sangat baik...macam Hyo Sung,"kata Si Yoon.Hyo Sung tersenyum mendengar kata-kata abangnya itu.
"Oppa...jatuh cinta pada dia...pada pandangan pertama.Untuk pertama kali dalam hidup oppa,oppa tak pernah rasa bahagia yang susah untuk oppa gambarkan bila oppa bersama dengan dia,"kata Si Yoon lagi.
"Oppa tak melamar dia ke?"Soal Hyo Sung,ingin tahu.Senyuman Si Yoon mengendur.
"Oppa..."Si Yoon menelan air liurnya.Dia kemudiannya memandang ke arah Hyo Sung."Oppa buat sama macam apa yang Hyo Sung buat sekarang ni,"katanya,lemah.Hyo Sung bangun dari terus menyandar pada dada abangnya itu.Wajah Si Yoon itu dipandangnya.
"Kenapa?Oppa kan cintakan dia?"Soal Hyo Sung.Si Yoon menoleh ke arahnya.
"Hyo Sung pula?Kenapa Hyo Sung tinggalkan Chang Sun kalau Hyo Sung cintakan dia?"Soal Si Yoon pula.Hyo Sung menggigit bibirnya.
"Hyo Sung ah..."Hyo Sung memandang ke arah abangnya.
"Jujurnya...oppa tak berapa suka bila tengok Hyo Sung dengan Chang Sun.Tapi...oppa tak dapat nak halang Hyo Sung daripada berjumpa dengan Chang Sun sebab oppa tak pernah tengok adik oppa ni...ceria...gembira bila bersama dengan Chang Sun.Hyo Sung nampak seronok sangat bila bersama dengan dia..."Kata Si Yoon,berterus terang.
"Oppa tahu...Hyo Sung sangat cintakan Chang Sun.Tapi..."Si Yoon berhenti seketika."Kalau Hyo Sung perlu menderita sebelum dapat bersama dengan Chang Sun...oppa lebih rela tengok Hyo Sung berpisah saja dengan Chang Sun."
"Hyo Sung ah..."
"Kalau kita nak berkahwin...kita bukan berkahwin dengan pasangan kita sahaja...tapi..kita juga berkahwin dengan keluarga mereka.Kalau keluarga mereka tak merestui perkahwinan kita....semua tu tak ada maknanya,Hyo Sung.Kita tetap takkan bahagia...Dan oppa sangat takut untuk tengok Hyo Sung akan hadapi semua tu,"kata Si Yoon.Si Yoon membelai rambut Hyo Sung yang panjang itu.
"Oppa sayangkan Hyo Sung macam adik oppa sendiri tau.Sebab tu..kalau boleh...oppa tak nak tengok Hyo Sung sedih macam ni.Oppa nak Hyo Sung mulakan hidup baru."Hyo Sung mengukir senyuman manis.
"Bila Hyo Sung melangkah masuk je ke rumah ni...oppa seronok sangat.Sebab oppa dah ada adik perempuan...dahlah comel...nakal pula tu..."Si Yoon mencubit pipi Hyo Sung.Hyo Sung tertawa kecil.Perlahan-lahan,dia memeluk abangnya itu.
"Gomawo oppa...Hyo Sung pun..sangat sayangkan oppa dengan Gi Kwang oppa...Hyo Sung bertuah sangat sebab dapat oppa yang sangat sayangkan Hyo Sung..."Kata Hyo Sung.Si Yoon membalas pelukan Hyo Sung itu.Si Yoon terkejut apabila terasa bajunya basah.Hyo Sung menangis dalam pelukan abangnya itu.Si Yoon mengusap lembut belakang Hyo Sung.




Hyo Young yang sedang menyikat rambutnya itu terkejut apabila melihat Seung Ho yang sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis.Hyo Young turut tersenyum ke arah tunangnya itu.Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah lelaki itu.Seung Ho turut melangkah ke arahnya.Tangan wanita itu dicapainya sebelum dibawanya ke arah tingkap,melihat pemandangan malam yang indah itu.Seung Ho memeluk Hyo Young dari belakang.Hyo Young pula mengukir senyuman bahagia.
"Oppa rindu sangat dekat Hyo Young."Ucapnya,lembut.
"Kalau mereka nampak oppa masuk bilik Hyo Young macam mana?"Soal Hyo Young.Seung Ho tersenyum.Ya,ibunya sudah memberi arahan kepada pekerja-pekerja istana supaya tidak membenarkan Seung Ho berjumpa dengan Hyo Young sebelum tiba majlis perkahwinan yang akan diadakan pada esok hari.
"Hyo Young pun nak halau oppa juga ke?Oppa nak jumpa sekejap dengan bakal isteri oppa pun,tak boleh ke?"Soal Seung Ho.Hyo Young tersenyum lagi."Hyo Young tak rindu dekat oppa ke?"Soal Seung Ho.Kelihatan Hyo Young angguk.
"Rindu sangat.Oppa je yang tak tahu yang Hyo Young rindu kat oppa,"kata Hyo Young.Seung Ho tersenyum.Pipi Hyo Young itu diciumnya.
"Oppa...tak sabar nak tengok Hyo Young pakai baju pengantin esok.Mesti Hyo Young nampak cantik,kan?"Soal Seung Ho.
"Hyo Young confirm yang oppa mesti gila bayang kat Hyo Young bila tengok Hyo Young esok,"balas Hyo Young,seraya bergurau.Seung Ho tertawa.
"Sekarang pun oppa dah gila bayang dekat Hyo Young tau.Sebab tu,oppa curi-curi masuk sini nak jumpa dengan Hyo Young,"kata Seung Ho.Wajah Hyo Young itu ditatapnya dengan penuh rasa kasih.
"I love you..."Ucap Seung Ho.Hyo Young tersenyum sebelum mencium bibir Seung Ho.Itulah kali pertama dia mendengar ucapan cinta daripada lelaki itu.
"Hyo Young lebih cintakan oppa...dari dulu...sampai bila-bila,"balas Hyo Young.Seung Ho tersenyum manis.Niatnya untuk mencium bibir Hyo Young terbantut apabila terdengar bunyi ketukan pintu bilik wanita itu.
"Alamak...tu mesti pembantu istana!"Hyo Young mulai cuak.Seung Ho mula mencari jalan.
"Oppa,oppa menyorok dekat belakang pintu tu dulu,"kata Hyo Young sambil menolak tubuh Seung Ho ke belakang pintu.Seung Ho sekadar akur.Hyo Young membetulkan sedikit rambut serta bajunya sebelum membuka pintu biliknya itu.
"Ya?"Soal Hyo Young.Pembantu istana itu menundukkan sedikit tubuhnya.
"Saya cuma nak pastikan yang Cik Hyo Young sudah tidur,"katanya sambil tersenyum ke arah Hyo Young.
"Oh...saya baru nak masuk tidur."
"Maafkan saya,sebab ganggu waktu rehat Cik Hyo Young.Kalau cik ada apa-apa,cik boleh panggil saya,"kata pembantu istana itu sambil tersenyum.Hyo Young angguk.Hyo Young menutup pintu biliknya sebelum memandang ke arah Seung Ho yang sedang berdiri di belakang pintu itu.Kelihatan Seung Ho sedang tersenyum ke arahnya.
"Kenapa pandang Hyo Young macam tu?"Soal Hyo Young.Hyo Young terkejut apabila Seung Ho tiba-tiba sahaja mencium bibirnya.
"Good night."Ucap Seung Ho sebelum melangkah keluar dari bilik Hyo Young.Hyo Young pula tersenyum sambil menggeleng.

Seung Ho menutup pintu bilik Hyo Young itu perlahan-lahan.Niat nya untuk beredar dari situ terbantut apabila terdengar bunyi seseorang berdehem di belakangnya.Seung Ho menoleh ke arah belakangnya.Kelihatan Seung Mi sedang berdiri di belakangnya.
"Noona?"Seung Ho pura-pura tersenyum ke arah kakaknya itu.
"Apa yang Seung Ho buat kat bilik Hyo Young?Omma kan tak bagi Seung Ho jumpa dengan Hyo Young?"Soal Seung Mi.
"Shh...diamlah,Noona.Seung Ho bukan buat apa pun.Seung Ho cuma nak tengok Hyo Young dah tidur ke belum,tu je..."Sengaja Seung Ho beralasan.Seung Mi mencebik.
"Yala...dahlah baik Seung Ho pergi sekarang sebelum mulut noona ni gatal-gatal nak report kat omma..."Kata Seung Mi.
"Okey.Gomawo Noona,"kata Seung Ho sambil tersenyum.Cepat-cepat dia beredar dari situ.Seung Mi tertawa kecil sambil menggeleng.



No comments:

Post a Comment