07 December, 2011

-Monalisa Page 59-

Joo Yeon tersenyum puas apabila melihat rumahnya yang sudah pun siap dikemas itu setelah sekian lama dia terlantar di hospital.Senyumannya menjadi semakin lebar apabila teringatkan perbualannya dengan Byung Hee di telefon sebentar tadi.Lelaki itu kedengarannya begitu teruja untuk berjumpa dengannya sebaik sahaja mengetahui dia sudah pun keluar dari hospital baru-baru ini.

"Sampai hati awak tak beritahu saya pasal awak keluar hospital ni ya?"Kata Byung Hee,pura-pura merajuk.
"Sebab saya nak buat surprise kat awaklah saya tak nak beritahu awak.Lagipun,awak ada kat Jepun kan sekarang ni.Takkanlah saya nak ganggu waktu kerja awak pula,"balas Joo Yeon.
"Kalau bukan sebab awak yang suruh saya pergi,saya tak ada kat Jepun ni tau,"kata Byung Hee pula.
"Miane..."Ucap Joo Yeon.
"Saya sangguplah balik ke sana semata-mata nak jumpa dengan awak...awak tahu tak yang saya rindu sangat nak jumpa dengan awak ni?"Soal Byung Hee.Joo Yeon tersenyum.
"Saya pun rindukan awak juga.Saya pun tak sabar nak jumpa dengan awak,Jio,"kata Joo Yeon.Kedengaran lelaki itu tertawa di hujung talian.
"Seronoknya saya dengar yang awak rindukan saya.Ah...ni yang makin tak sabar nak balik jumpa awak awak ni,"kata Byung Hee.
"Awak habiskanlah dulu kerja awak.Kalau dah siap nanti,baru balik.Masa tu,saya akan siapkan macam-macam makanan yang sedap-sedap untuk awak,"kata Joo Yeon,yang sudah membayangkan suasana menyambut kepulangan lelaki itu.
"Arasso.Saya dah jadi makin bersemangat nak kerja balik lepas dengar kata-kata awak ni,"kata Byung Hee.Joo Yeon tertawa kecil.
"Jio..."
"Ya?"Joo Yeon menggenggam erat telefon bimbitnya.Sungguh dia amat merindui lelaki itu.Apatah lagi dengan kejadian yang baru sahaja berlaku baru-baru ini.Andai dia ada kuasa,mahu sahaja dia terbang ke Jepun dan berjumpa dengan lelaki itu.
"Saya cintakan awak,Jio...Saya sangat sayangkan awak...sampai bila-bila,"kata Joo Yeon.Byung Hee diam di hujung talian."Saya betul-betul tak sabar nak jumpa dengan awak,"katanya lagi.
"Saya pun cintakan awak,Joo Yeon...saya pun dah tak sabar nak jumpa dengan awak,"balas Byung Hee."Awak tunggu saya,okey?"

Lamunan Joo Yeon terganggu apabila terdengar bunyi loceng pintu rumahnya berbunyi.
"Siapa pula yang datang ni?"Soalnya sendiri.Perlahan-lahan,kakinya melangkah menuju ke pintu rumahnya.Pintu  itu dibukanya.Aneh.Tiada pula sesiapa di luar.Joo Yeon mencari-cari kelibat seseorang yang mungkin dikenalinya berdekatan di situ.Sungguh tiada sesiapa pun yang berada di situ.Joo Yeon kemudiannya memandang ke bawah.Keningnya terangkat sebelah.Sampul surat itu diambilnya.Ternyata surat itu adalah untuknya apabila melihat namanya yang tertera pada sampul surat itu.Joo Yeon menutup pintu rumahnya sambil melihat sampul surat itu.
"Surat apa ni?"Soalnya.Sampul surat itu dibukanya dengan seribu satu persoalan.
"Ni dari hospital dekat Sydney.Kenapa pula ni?"Soalnya apabila melihat lambang hospital Sydney,tempat di mana dia pernah menerima rawatan di situ.Joo Yeon membaca isi yang terkandung di dalam surat itu.Joo Yeon terkejut sebaik sahaja melihat borang pendermaan jantung yang turut diselitkan beserta dengan surat itu.Surat itu terlepas dari pegangan tangannya.Tubuhnya menggigil.Amat sukar baginya untuk mempercayai bukti yang ada di hadapan matanya itu.Air matanya mengalir.
"Tak mungkin..."

Byung Hee kerap tersenyum sepanjang perjalanan dari lapangan terbang menuju ke rumah Joo Yeon.Perbualannya dengan Joo Yeon dua hari yang lalu telah membuatkan hatinya begitu teruja untuk berjumpa dengan wanita kesayangannya itu.Pemandunya yang menyedari riak wajah Byung Hee yang ceria itu turut tersenyum.
"Gembira je saya tengok Tuan hari ni.Ada apa-apa yang berlaku ke?"Soal pemandu itu.Senyuman Byung Hee semakin melebar.
"Nampak sangat ke saya ni gembira?"Soal Byung Hee.Pemandu itu sekadar tertawa kecil sambil angguk.
"Macam manalah saya tak perasan kalau kilauan gigi Tuan tu buatkan saya tak dapat nak tengok cermin pandang belakang.Silau sangat,"kata pemandu itu,seraya bergurau.Ternyata gurauannya itu mencetuskan tawa besar daripada Tuan mudanya itu.
"Ada-ada jelah awak ni,"kata Byung Hee."Em...Jung Hyun dah balik dari Sydney?"Soal Byung Hee,perihal Penasihat Kim yang sedang bercuti itu.Kelihatan pemandu itu menganggukkan kepalanya.
"Dah,Tuan.Semalam dia ada singgah sekejap ke villa Tuan.Mungkin dia terlupa yang Tuan ada kat Jepun,"kata pemandu itu.Byung Hee angguk.
"Okey,tak apalah kalau macam tu.Em...boleh cepat sikit tak drive tu?Saya dah tak sabar ni,"kata Byung Hee.Pemandu itu tersenyum.
"No problem,Tuan,"balas pemandu itu dengan senang hati.Byung Hee pula tersenyum puas.

Byung Hee membetulkan kolar bajunya sebelum menekan loceng pintu rumah teman wanitanya itu.Dia langsung tidak mempedulikan keletihannya yang baru tiba dari Jepun itu.Apa yang penting baginya sekarang ini,adalah untuk bertemu dengan Joo Yeon.Loceng rumah itu ditekannya sekali lagi.Byung Hee menjadi hairan.Sekali lagi ditekan loceng rumah Joo Yeon itu.Pelik.Ke mana pula Joo Yeon pergi?Cepat-cepat Byung Hee menghubungi Joo Yeon.Dahinya berkerut.Panggilannya pula tidak berjawab.Perhatian Byung Hee teralih ke arah seorang wanita yang sedang melangkah keluar dari rumahnya itu.Byung Hee segera melangkah ke arah wanita itu sebelum menundukkan sedikit kepalanya,sebagai tanda hormat.
"Maafkan saya,cik.Em..saya nak tanya sikit,"kata Byung Hee.
"Ya?"
"Em...Cik kenalkan Joo Yeon yang duduk kat situ?"Soal Byung Hee.Kelihatan wanita itu angguk."Em,cik tahu tak ke mana dia pergi?Sebab saya try call dia,tak dapatlah,"kata Byung Hee.
"Oh,hari tu saya nampak dia keluar bawa beg besar.Katanya...ada hal keluarga dekat Sydney.Tu jelah yang saya tahu,"kata wanita itu.
"Oh...yeke...Em..terima kasih."
Byung Hee melepaskan keluhan kecil.Dia mulai bimbang akan Joo Yeon.Lamunannya terganggu seketika apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.
"Ya,Hyo Young?"

Seluruh kerabat diRaja dan kenalan-kenalan rapat sudah pun dikhabarkan mengenai berita perkahwinan antara Seung Ho dengan Hyo Young yang akan berlangsung tidak lama lagi.Seluruh warga istana sibuk untuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan pasangan itu.Kedua-dua bakal pengantin itu juga tidak terlepas dengan persiapan mereka.Lebih-lebih lagi pengantin perempuan.Semuanya atas kemahuan Permaisuri Yang sendiri.Dia mahukan Hyo Young supaya kelihatan sangat sempurna pada hari bersejarah itu nanti.
Seung Ho ditinggalkan berseorangan di dalam biliknya apabila dia sudah pun selesai diambil ukuran oleh pembantu istananya.Seung Ho berura-ura mahu melangkah ke arah bilik airnya.Namun,langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya.
"Masuk!"Arahnya.Namun,tiada respon dari luar.Seung Ho melepaskan keluhan berat.Pasti pekerja baru istana yang sedang berada di luar biliknya.Maklumlah masih belum biasa dengan suasana kerja di istana itu.Malas-malas Seung Hi membuka pintu biliknya.Tanpa melihat kelibat orang itu,Seung Ho memalingkan tubuhnya daripada orang itu.
"Ada barang tertinggal ke?"Soal Seung Ho sambil melangkah ke bilik airnya."Kalau ada,ambil saja."Katanya lagi.Seung Ho pelik apabila kata-katanya itu tidak dibalas apa-apa seperti kebiasaannya.Seung Ho menoleh semula ke arah belakangnya.Seung Ho terkejut apabila melihat seseorang yang berdiri di belakangnya itu.
"Amboi...mentang-mentanglah orang tu dah nak jadi pengantin.Muka Noona sendiri pun dah tak sudi pandang ke?"Kata wanita itu.Seung Ho mengukir senyuman manis.
"Noona?"Soalnya,tidak percaya.Wanita itu tersenyum.
"Yea..it's me.I'm back."Cepat-cepat Seung Ho melangkah ke arah wanita itu sebelum dipeluknya erat wanita itu.
"Kenapa tak cakap nak balik?Seung Ho boleh pergi jumpa Noona,"kata Seung Ho,teruja.Sungguh dia amat merindui Noonanya yang sudah hampir lima tahun tidak berjumpa itu.Noonanya sibuk dengan kerjayanya di London sehingga menyukarkan baginya untuk pulang bertemu keluarganya.
"Tak payah.Noona boleh balik sendiri.Noona tak sampai hati nak kacau bakal pengantin ni,"kata wanita itu.
Wanita itu kemudiannya mengetuk kepala adik lelakinya itu.Seung Ho mengaduh kesakitan.
"Apa ni,Noona?Sakitlah!"Marah Seung Ho.Wanita itu mencebik.
"Ee...manjanya!Tu pun sakit ke?Tulah...kahwin tak nak cakap kat orang.Alih-alih,Noona tahu dari omma juga.Kenapa?Nak buat surpriselah kononnya?"Soal wanita itu.Seung Ho tersengih.
"Bukan surprise Noona...Seung Ho...sebenarnya terlupa pasal Noona.Yela..dah lama tak jumpa kan?"Katanya selamba.
"Yah!"Seung Ho ketawa besar apabila melihat riak wajah Noonanya yang berubah merah kerana menahan marahnya itu.
"La...gurau je.Dah lama tak usik Noona sendiri,"kata Seung Ho,sambil tertawa.Wanita yang bernama Seung Mi itu menggigit bibirnya.
"Yela tu.Entah-entah memang dah tak ingat kat Noona dah.Tak apalah.Yang penting Jio mesti tak lupa kat Noona,"kata Seung Mi sambil tersenyum manis.Seung Ho mencebik."Eh,mana Jio hah?Noona pun dah rindu sangat kat dia,"kata Seung Mi,teruja.
"Tolonglah.Hari tu,waktu Dara Noona balik sini pun,dia sibuk nak cari Jio.Si Sang Hyun sendiri dia tak ingat.Noona pun nak cari Jio juga?Apalah jampi yang Jio dah baca sampai buat Noona berdua macam ni hah?"Soal Seung Ho,hairan.
"Jangan tak tahu...Noona dengan Dara dulu pernah bet tau siapa yang akan dapat Jio tu.Mesti dia makin handsome kan sekarang?Mesti dia lagi handsome dari adik Noona ni kan?"Usik Seung Mi.
"Dahlah Noona.Kalau datang sini nak menyemakkan fikiran Seung Ho,baik tak payah.Kalau nak sangat jumpa dengan Jio yang 'kacak' tu,Noona jangan harap dapat jumpa kat sini.Pergilah ke villa dia tu.Sibuk je,"kata Seung Ho,sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.Malas untuk melayan karenah Noonanya lagi.Seung Mi sekadar tersenyum puas.Seronok pula dapat mengusik adik lelakinya itu.
"Ala...dia handsome-handsome pun...Yang Seung Ho juga yang kahwin dulu!"Jerit Seung Mi sebelum melangkah keluar dari bilik Seung Ho itu.Sementara Seung Ho yang sedang berada di dalam bilik air itu sekadar tersenyum manis.Ya,dia akan berkahwin tak lama lagi.Hatinya teruja sekali menantikan saat-saat bahagia itu.

 Yang Seung Ho
 Jung Byung Hee
 Lee Joo Yeon
Go Ara as Yang Seung Mi

Hyo Young menoleh ke arah pintu apabila terdengar bunyi pintu biliknya ditolak dari luar.Senyumannya kian lebar apabila melihat kelibat Byung Hee yang sedang melangkah masuk ke biliknya.Hyo Young segera memeluk Byung Hee dengan senyuman senang hati sekali.Byung Hee turut membalas senyuman Hyo Young itu.
"Chukae,Hyo Young.I'm very happy for you,"kata Byung Hee.Hyo Young melepaskan pelukannya.Wajah Byung Hee itu ditatapnya.
"Gomawo,Jio oppa.Semua ni pun disebabkan oleh Jio oppa.Kalau oppa tak ada,mungkin semua ni takkan terjadi,"kata Hyo Young.
"Oppa tak buat apa-apalah,Hyo Young.Anyway...oppa sangat sangat terkejut dengan berita ni,tau tak?Rasa macam tak percaya je yang adik kesayangan oppa ni dah nak kahwin.Dengan Seung Ho pula tu,"kata Byung Hee.Hyo Young tersenyum.
"Eh,oppa.Jomlah duduk dulu.Rasa macam dah lama sangat tak berbual dengan oppa.Maklumlah...orang tu dah ada buah hati.Sebab tu dah dia dah lupa kat adik Hyo Young dia,"usik Hyo Young.Byung Hee tersenyum nipis.Hyo Young yang menyedari perubahan riak wajah Byung Hee yang muram itu mulai rasa sangsi.
"Kenapa ni,oppa?Tiba-tiba je muka oppa jadi sedih ni kenapa?"Soal Hyo Young,bimbang.Byung Hee segera memaniskan riak wajahnya sambil menggeleng.
"Tak ada apa-apa.Em,jomlah duduk.Kata nak berbual sangat dengan oppa,"kata Byung Hee,sambil menarik lembut tangan Hyo Young menuju ke arah sofa.Hyo Young sekadar akur.
"Betul ke,oppa?Mesti oppa ada sembunyikan sesuatu dari Hyo Young,kan?"Soal Hyo Young.
"Iye.Oppa okey je.Cuma...oppa penat sikit sebab oppa baru je balik dari Jepun ni,"kata Byung Hee.Mata Hyo Young terbuntang luas.
"Oppa buat apa kat Jepun?Tak tahu pun yang oppa ada kat sana?"Soal Hyo Young.
"Macam manalah Hyo Young nak tahu kalau tengah asyik khayal pasal Seung Ho je,"balas Byung Hee,sekaligus mengusik.Hyo Young mencebik.Hyo Young kemudiannya tersenyum ke arah Byung Hee.
"Oppa...oppa dengan Joo Yeon unni tu bila lagi?Oppa dengan unni tu..memang confirm tangah...bercinta kan?"Soal Hyo Young.
"Em...oppa pun tak tahu lagilah,Hyo Young.Kamikan baru kenal,"kata Byung Hee.
"Oppa..."
"Ya?"
"Hyo Young betul-betul harapkan yang oppa dapat juga bersama dengan Joo Yeon unni satu hari nanti.Hyo Young harap sangat yang peristiwa dulu takkan berulang lagi...sebab Hyo Young teringin sangat nak tengok oppa Hyo Young ni bahagia macam orang lain."Ikhlas Hyo Young meluahkan harapannya.Byung Hee tersenyum ke arah Hyo Young.Perlahan-lahan,dia menarik Hyo Young ke dalam pelukannya.
"Gomawo,Hyo Young.Oppa...pun mendoakan kebahagiaan Hyo Young dengan Seung Ho.Hyo Young tak perlulah risau pasal oppa.Pada oppa,tengok Hyo Young bahagia dengan Seung Ho pun dah terlalu cukup untuk oppa.Sebab oppa sangat sayangkan Hyo Young tak ubah macam adik oppa sendiri.Oppa tak nak tengok Hyo Young sedih macam dulu lagi.Sekarang ni,Hyo Young kena belajar mulakan hidup yang baru.Sebab oppa yakin...Seung Ho mampu memberikan semuanya untuk Hyo Young,"kata Byung Hee.Mata Hyo Young mulai bergenang.Terharu mendengar kata-kata daripada Byung Hee itu.Hyo Young mengeratkan pelukannya.Sungguh dia bersyukur dengan kehadiran Byung Hee yang sudah diibaratkan sebagai abang kandungnya dalam hidupnya.
"Oppa sayangkan Hyo Young."Hyo Young menitiskan air matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Byung Hee itu.
"Hyo Young pun sayangkan oppa."

Chang Sun meletakkan kad jemputan perkahwinan Seung Ho itu di atas meja sebaik sahaja habis membacanya.Dia membaringkan dirinya di atas katil,merenung nasib yang akan berlaku terhadapnya pula selepas ini.Siling bilik tidurnya itu ditenungnya.Fikirannya mulai melayang ke arah Hyo Sung.Hyo Sung,satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hatinya.Satu-satunya gadis yang berjaya membuka hatinya untuk menerima cinta.Dan...satu-satunya gadis yang tidak dapat dia milik dalam hidupnya.Chang Sun menutup matanya.Butir-butir jernih mulai mengalir,membasahi pipinya.Sungguh dia amat merindui Hyo Sung.
'"Hyo Sung ah..."
"Apa yang awak sedang buat sekarang ni?"
"Saya...teringin nak tahu apa yang awak sedang buat sekarang ni.Saya nak sangat tengok apa yang awak buat..."
"Saya rindukan awak,Hyo Sung..."
"Tapi saya tak pasti kalau awak pun rindukan saya..."
"Bukan ke awak sendiri yang inginkan perpisahan ni?"
"Awak dah buat saya jatuh cinta kepada awak...tapi awak sendiri yang memusnahkan harapan saya terhadap awak..."Air matanya kian lebat mengalir.
"Tapi...saya tak boleh bencikan awak...sebab saya terlalu sayangkan awak,Hyo Sung..."

Chang Sun mengesat air matanya apabila menyedari pintu biliknya dibuka dari luar.Chang Sun berusaha memaniskan riak wajahnya apabila melihat ibunya yang sedang melangkah masuk ke dalam biliknya.
"Anak omma tengah buat apa kat bilik ni?"Soal Puan Ha Ni.
"Tak ada apa-apa,omma.Joon cuma tengah rehat-rehat.Joon penat sikit,"kata Chang Sun,berbohong.Puan Ha Ni tersenyum ke arahnya.
"Tulah.Omma dah pesan,jangan kerja kuat sangat.Nanti kalau Joon nampak letih waktu majlis pertunangan dengan Chae Rin nanti macam mana?Tak nampak handsomelah anak omma ni nanti,"kata Puan Ha Ni.Chang Sun tersenyum nipis.
"Tak sabarnya nak tengok anak omma pakai baju pengantin macam Seung Ho nanti.Minta-mintalah impian omma ni tercapai nak tengok anak omma dengan Chae Rin disatukan nanti,"kata Puan Ha Ni lagi.Puan Ha Ni menepuk lembut belakang anak lelakinya itu.
"Okeylah,Joon rehat dulu kat sini.Omma nak buat kerja sikit.Tidurlah cukup-cukup ya,sayang,"kata Puan Ha Ni,sebelum beredar.Namun,langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang erat oleh Chang Sun.Puan Ha Ni menoleh ke arah Chang Sun.
"Omma..."
"Ya,ada apa?"Kelihatan Chang Sun melepaskan keluhan berat.
"Kalau boleh..."Puan Ha Ni sabar menanti.Chang Sun kemudiannya menoleh ke arah ibunya.
"Tolong cepatkan perkahwinan Joon dengan Chae Rin."

 Lee Chang Sun
Ryu Hyo Young

No comments:

Post a Comment