06 December, 2011

-Monalisa Page 58-

“Chang Sun…awak bergurau kan?Tolonglah jangan main-main dalam hal ni,”kata Hyo Sung,tertawa kecil sebaik sahaja mendengar kata-kata Chang Sun itu.Chang Sun melepaskan keluhan berat.Hyo Sung menghentikan tawanya apabila melihat riak wajah Chang Sun yang muram itu.
“Awak tak serius kan?”Soal Hyo Sung,inginkan kepastian.Namun pertanyaannya itu tidak dijawab oleh Chang Sun.Sebaliknya lelaki itu mengalihkan pandangannya daripada Hyo Sung.Hyo Sung menggigit bibirnya,mulai keliru dengan masalah baru yang melanda dalam hubungan mereka itu.
“Chang Sun…saya…saya betul-betul tak faham.Takkan awak serius dengan kata-kata awak ni?”Soal Hyo Sung lagi.
“Apa lagi yang awak tak faham?Apa lagi yang perlu saya tunjukkan kepada awak sebagai bukti yang awak adalah orang yang paling penting dalam hidup saya?Awak sendiri mengaku yang awak sayangkan saya…dan sanggup berhempas pulas dalam peperiksaan hari tu semata-mata nak buktikan cinta awak kepada saya.Sekarang bila saya nak melamar awak,awak kata saya main-main pula?”Soal Chang Sun,sedikit tidak puas hati dengan penerimaan Hyo Sung terhadap lamarannya.Chang Sun kemudiannya mencapai tangan Hyo Sung sebelum digenggamnya erat tangan itu.
“Saya serius,Hyo Sung.Saya tak pernah main-main dalam hal ni.Sebab tu saya sanggup datang berjumpa dengan awak malam ni semata-mata nak bincangkan hal ni dengan awak.”Kata Chang Sun.
“Awak dah berubah hati terhadap saya ke,Hyo Sung?Saya ni bukan lagi lelaki yang awak cintai ke?”Soal Chang Sun.
“Bukan macam tu,Chang Sun.Hati saya terhadap awak sedikit pun tak pernah berubah.Sejak dari dulu…sampai sekarang…hanya awak yang saya sayang…hanya awak yang saya cintai…tapi…”Hyo Sung berhenti seketika.Chang Sun pula terus sabar menanti.Hyo Sung menatap wajah Chang Sun yang sudah lama memikat hatinya itu.
“Miane…dah lewat ni.Saya kena balik dulu.Nanti oppa-oppa saya risau,”kata Hyo Sung,berura-ura mahu beredar.Namun,niatnya terhalang apabila tangannya dipegang oleh Chang Sun.Chang Sun kemudiannya berdiri di belakangnya.
“Tapi?”Ternyata lelaki itu mahukan Hyo Sung memberikan penjelasan kepadanya.Hyo Sung mulai serba salah.Mustahil dia mahu menerima lamaran lelaki itu sedangkan nyawa lelaki itu terletak dalam tangannya.Chang Sun memusingkan tubuh Hyo Sung menghadapnya.
“Ada sesuatu yang dah mengganggu awak ke,Hyo Sung?Saya tengok..awak sekarang ni dah tak macam Hyo Sung yang saya kenal.Awak nampak lain,”kata Chang Sun,ingin tahu.Hyo Sung menundukkan wajahnya,enggan memandang kea rah Chang Sun.Perlahan-lahan,Chang Sun menyentuh dagu Hyo Sung sebelum mendongakkan wajah Hyo Sung supaya memandang ke arahnya.
“Pandang mata saya.”Pinta Chang Sun.Hyo Sung akur.”Saya sedia dengar masalah awak,Hyo Sung.Saya sedia berkongsi masalah tu dengan awak.Saya tak suka tengok awak pendam masalah awak tu sorang-sorang,”kata Chang Sun,prihatin.Hyo Sung sekadar tersenyum nipis.Tangan Chang Sun itu perlahan-lahan dialihkan dari dagunya.
“Kalau saya ceritakan pun…semua tu tak ada gunanya,Chang Sun.Sebaliknya masalah tu akan menjadi semakin teruk.Lagipun…saya tak nak libatkan awak dalam hal ni,”kata Hyo Sung.
“Chae Rin dah buat sesuatu terhadap awak lagi?”Teka Chang Sun.Perlahan-lahan,Hyo Sung menggeleng.
“Awak jangan risau,Chang Sun.Saya betul-betul tak apa-apa.Sungguh,saya tak apa-apa,”kata Hyo Sung.Hyo Sung berpaling dari Chang Sun dengan niat mahu beredar dari situ.Langkahnya terhenti apabila tubuhnya dipeluk oleh Chang Sun dari belakang.Hyo Sung terkejut dengan tindakan lelaki itu.
“Saya tak nak bersama dengan Chae Rin,Hyo Sung.”Hyo Sung terkejut sebaik sahaja lelaki itu menghabiskan kata-katanya.”Saya langsung tak cintakan dia…mana mungkin saya sanggup menghabiskan hidup saya dengan wanita yang langsung saya tak cintai.”Mata Hyo Sung mulai bergenang.Ternyata Chae Rin telah memulakan rancangannya.Hanya tinggal dirinya untuk menentukan kejayaan rancangan Chae Rin itu.
“Saya hanya nak bersama dengan awak,Hyo Sung.Hanya awak.Sebab awak dah buat hati saya terbuka untuk mencintai awak seperti yang awak cintakan saya.Saya tak boleh hidup tanpa awak,Hyo Sung,”kata Chang Sun,bersungguh-sungguh.Air mata Hyo Sung sudah mula mengalir perlahan.
“Saya cintakan awak…”Hyo Sung menutup mulutnya sambil mengalirkan air mata.Chang Sun sudah mengakui cintanya terhadap dirinya.Chang Sun telah membalas cintanya yang sudah lama dipendam itu.Chang Sun melepaskan pelukannya sebelum memusingkan tubuh Hyo Sung menghadapnya.
“Saya cintakan awak,Hyo Sung.”Sekali lagi Chang Sun meluahkan cintanya terhadap Hyo Sung.Chang Sun mengesat air mata Hyo Sung.
“Saya datang ke sini dan mahu melamar awak…sebab saya cintakan awak.Saya mahu bersama dengan awak.Kalau saya terpaksa korbankan kemewahan saya sebagai bayaran untuk saya bersama dengan awak,saya sanggup.Saya lebih rela kehilangan semua tu daripada saya kehilangan awak,Hyo Sung,”kata Chang Sun.Perlahan-lahan,Chang Sun mendekatkan wajahnya kea rah Hyo Sung sebelum mencium bibir wanita itu.Namun,Hyo Sung menjauhkan wajahnya daripada Chang Sun.Chang Sun terkejut dengan tindakan Hyo Sung itu.
“Miane…saya…”Hyo Sung menundukkan wajahnya.”Saya…tak boleh bersama dengan awak,”kata Hyo Sung.”Saya memang cintakan awak…tapi saya tak boleh bersama dengan awak,Chang Sun,”kata Hyo Sung.”Saya tak boleh…”Air matanya mengalir lagi.Chang Sun tertawa.
“Apa yang awak cakap ni?Awak cintakan saya tapi awak tak boleh bersama dengan saya?”Soalnya,tidak memahami.Hyo Sung memandang ke arahnya.
“Saya terpaksa,Chang Sun…saya…”
“Siapa yang paksa awak?Chae Rin?Betulkan kata saya yang semua ni memang disebabkan oleh dia?”Soal Chang Sun.
“Tak!Ini keputusan saya.Saya tak boleh bersama dengan awak.Miane.”Hyo Sung segera berlari,meninggalkan Chang Sun di belakang.
“Hyo Sung ah!”Hyo Sung langsung tidak mempedulikan panggilan Chang Sun terhadapnya itu.
Hyo Sung cepat-cepat masuk ke dalam rumahnya tanpa mempedulikan pandangan pelik daripada abang-abangnya itu.Dia terus mengunci pintu biliknya.
“Kenapa dengan Hyo Sung tu,Hyung?”Soal Gi Kwang,ingin tahu.Si Yoon melangkah kea rah pintu bilik adik perempuannya itu.Si Yoon mengetuk pintu bilik adiknya itu.
“Hyo Sung ah!Kenapa ni?”Soal Si Yoon dari luar.Panggilannya langsung tidak dijawab oleh Hyo Sung dari dalam.Gi Kwang yang ingin melangkah kea rah bilik Hyo Sung itu terhenti seketika apabila terdengar ketukan pada pintu rumah mereka.Si Yoon turut menoleh kea rah yang pintu itu.Cepat-cepat Gi Kwang membuka pintu rumah itu.
“Chang Sun?”
“Hyo Sung mana?Dia ada kat dalam kan?”Soal Chang Sun,tercungap-cungap.
“Dia…”Tanpa mempedulikan Gi Kwang menghabiskan kata-katanya,Chang Sun segera melangkah masuk ke dalam rumah itu.
“Chang Sun ah!”Chang Sun tidak mempedulikan panggilan Gi Kwang itu.Langkah Chang Sun menjadi perlahan apabila melihat Si Yoon yang sedang berdiri di hadapan bilik Hyo Sung itu.
“Saya nak jumpa dengan Hyo Sung,”kata Chang Sun.Si Yoon tersenyum nipis.
“Untuk apa?Tak cukup lagi ke yang kau dah buat dia menangis macam ni?”Balas Si Yoon.Gi Kwang sekadar memerhati mereka berdua.
“Saya nak bercakap dengan dia…sekejap je…”Rayu lelaki itu.Chang Sun kemudiannya memandang kea rah pintu bilik Hyo Sung di belakang Si Yoon itu.”Saya akan pergi…kalau betul dia maksudkan…yang dia tak mahu bersama dengan saya lagi!”Sengaja Chang Sun menguatkan nadanya,dengan niat untuk Hyo Sung mendengar kata-katanya.
“Hyung.”Gi Kwang turut merayu bagi pihak Chang Sun.Si Yoon melepaskan nafas berat,sebelum beredar dari pintu bilik Hyo Sung.Chang Sun sekadar menundukkan wajahnya.Lelaki itu kemudiannya melangkah kea rah pintu bilik Hyo Sung.Tangannya diletakkan pada pintu bilik wanita itu.
“Hyo Sung ah…”Chang Sun memandang kea rah pintu itu.”Saya tahu awak ada kat dalam…dan saya tahu…awak dengar apa yang saya akan katakan ni…”Chang Sun melepaskan keluhan perlahan.
“Saya tak faham…apa yang sedang berlaku sekarang ni.Saya betul-betul tak faham.Saya ingatkan…semuanya akan berjalan dengan lancar.Saya betul-betul tak jangka yang perkara ni boleh terjadi.Saya ingatkan…kalau saya dah akui perasaan saya kepada awak,semuanya akan selesai dengan baik.Tapi…saya tak sangka yang perasaan saya tu boleh membebankan awak,Hyo Sung…”Suaranya kian sebak.
“Tapi…saya betul-betul cintakan awak,Hyo Sung.Saya tahu..awak juga cintakan saya…Awak sanggup menghadapi segala gangguan daripada Chae Rin,semata-mata untuk membuktikan cinta awak terhadap saya…Saya tak pernah jumpa wanita yang tabah macam awak,Hyo Sung.Awak sanggup berhempas pulas untuk mendapat kedudukan yang terbaik dalam peperiksaan baru-baru ni…semata-mata untuk membuktikan cinta awak terhadap saya…dan sekali lagi…saya tak pernah jumpa wanita yang cekal macam awak,Hyo Sung.Dan…banyak lagi yang awak dah lakukan untuk membuktikan cinta awak terhadap saya…dan semua tu telah membuka hati saya untuk menerima awak.Hati saya terbuka untuk mencintai awak,Hyo Sung.Saya ikhlas cintakan awak…”
“Tapi..saya tahu…semua ni membebankan awak…saya tak tahu apa yang mengganggu fikiran awak,Hyo Sung…sehinggakan awak bersungguh-sungguh untuk tidak mahu bersama dengan saya sedangkan awak juga cintakan saya.Kenapa,Hyo Sung?Apa yang saya dah buat sampai awak buat macam ni terhadap saya?”
“Hyo Sung ah…”
“Awak betul-betul maksudkan kata-kata awak tadi?Betul awak tak mahu bersama dengan saya?Betul awak sanggup tengok saya bersama dengan Chae Rin walaupun awak tahu yang saya tak cintakan dia?Hyo Sung ah…”
“Hyo Sung ah…”Chang Sun menahan sebaknya.Kedengaran dia melepaskan nafas beratnya.
“Saya akan Tanya awak untuk kali yang terakhir…kalau masih belum ada respon dari awak…saya akan terima…”
“Betul…yang awak tak mahu bersama dengan saya…dan sanggup tengok saya bersama dengan Chae Rin?”Chang Sun menanti dengan penuh debaran.Dia terus menanti dengan sabar.Mengharapkan agar wanita itu memberi jawapan kepadanya.
……………..
Chang Sun mengukir senyuman nipis.Ternyata Hyo Sung sudah memberikan jawapannya.Perlahan-lahan,dia bangun dari situ.Chang Sun meraup wajahnya.
“Gomawo…Hyo Sung…”
“Gomawo…sebab hadir dalam hidup saya…walaupun untuk seketika…kehadiran awak dalam hidup saya…betul-betul bermakna dalam hidup saya…”Air matanya mulai mengalir.
“Izinkan saya untuk…katakan perkara ni…untuk kali yang terakhir…dan saya harap…awak akan mengingatinya sampai bila-bila…”
“Sa..rang…hae..”Air matanya semakin lebat mengalir.Chang Sun berpaling dari pintu bilik Hyo Sung itu.Dia mengukir senyuman manis kepada Gi Kwang dan Si Yoon sebelum menundukkan sedikit tubuhnya.
“Kamsahamida…dan…maafkan saya…sebab…ganggu waktu rehat awak berdua…Saya…gembira dapat berkenalan dengan awak berdua…Kamsahamida…”Ujarnya.Chang Sun kemudiannya melangkah perlahan keluar dari rumah itu.
“Chang Sun ah!”Chang Sun berhenti melangkah apabila terdengar panggilan Gi Kwang terhadapnya.
“Saya boleh pujuk Hyo Sung…dia mungkin…”
“Gwenchana…semuanya dah jelas.Saya dah tak perlukan apa-apa.Kamsahamida…”Ucap Chang Sun,sambil tersenyum.Chang Sun kemudiannya melangkah pergi dari situ.Membawa hatinya yang terluka.

 Lee Chang Sun
 Jeon Hyo Sung
Lee Gi Kwang
Yoon Si Yoon

No comments:

Post a Comment