04 December, 2011

-Monalisa Page 56-

Hyo Young tersenyum sebaik sahaja membaca mesej yang dihantar oleh Seung Ho kepadanya.

"Malam ni awak tunggu saya dekat restoran yang selalu kita pergi tu,boleh?Saya akan jumpa awak kat situ lepas habis dari kerja nanti."

Hyo Young meletakkan telefon bimbitnya di atas meja soleknya.Wajahnya yang tidak lagi kelihatan lemah dan pucat itu diperhatinya.Rambutnya yang sudah panjang melepasi bahu itu dibelainya lembut.Bibirnya mengukir senyuman manis lagi apabila mengingatkan mesej Seung Ho terhadapnya sebentar tadi.Benarkah Seung Ho mahu berjumpa dengannya di restoran itu?Apakah ini yang dinamakan...temujanji?
"Yelah tu.Entah-entah dia nak cakap pasal.."Senyumannya mulai mengendur.Perlahan-lahan,tangannya membuka laci meja soleknya.Sekeping sampul surat berwarna coklat itu diambilnya.Kedengaran dia melepaskan keluhan berat sebaik sahaja membaca isi yang terkandung di dalam sampul surat itu.Tekaannya benar sama sekali.Perjanjian mereka sudah hampir tiba penghujungnya.Hyo Young terduduk di atas katilnya.

"Pertunangan olok-olok kita ni akan tamat sebaik sahaja kita dah berjumpa teman hidup masing-masing."

Masih jelas kedengaran lagi kata-kata Seung Ho beberapa bulan yang lalu sebelum mereka mengikat tali pertunangan atas permintaan lelaki itu.Hyo Young kemudiannya menyimpan semula surat itu ke dalam laci.
"Betul ke apa yang aku sangkakan ni?"Hyo Young menyoal dirinya sendiri.Entah mengapa,air matanya mengalir perlahan.Tidak mustahil perkara itu akan terjadi.Sudah tiba masanya untuk mereka menamatkan lakonan mereka itu.Seung Ho sudah pun bertemu dengan teman hidupnya,dan wanita itu sudah pastinya Fei.Cepat-cepat Hyo Young mengesat air matanya apabila terdengar ketukan pada pintu biliknya.
"Masuk!"Hyo Young segera berlagak biasa.Kelihatan dua orang pembantu istana sedang melangkah masuk ke dalam biliknya.
"Ya,ada apa?"Soal Hyo Young.
"Maafkan kami kerana mengganggu Cik Hyo Young.Kami diarahkan oleh Tuan Seung Ho untuk mempersiapkan Cik Hyo Young untuk temujanji dengan Tuan malam ni."Kata salah seorang daripada pembantu istana itu dengan senyuman manis.
"Apa?"

Seung Ho segera mengambil kotnya yang tergantung di kerusinya sebelum bersiap-siap untuk beredar dari pejabatnya itu.Hari ini,dia mesti pulang awal kerana sudah berjanji dengan Hyo Young untuk berjumpa dengannya di restoran.Sebuah kotak kecil berwarna hitam itu diambilnya sambil mengukir senyuman manis.Kotak itu kemudiannya disimpannya ke dalam poket kotnya.Seung Ho mulai melangkah keluar dari pejabatnya namun terhenti seketika apabila terdengar deringan telefon bimbitnya.
"Ya,Fei?"Jawabnya.
"Seu..Seung Ho...A..awa...awak kat mana?"Kedengara suara Fei tersekat-sekat dalam menuturkan kata.
"Fei,kenapa dengan awak?"Seung Ho mulai cemas.Soalannya tidak berjawab apabila tiba-tiba sahaja talian dari sana terputus.Seung Ho mulai tidak senang duduk.Kelam kabut dia meninggalkan pejabatnya.

Hyo Young menunggu kehadiran Seung Ho dengan penuh debaran.Entah apalah sebabnya Seung Ho mahu bertemu dengannya di sini.Apatah lagi,lelaki itu meminta pembantu istana untuk memakaikan gaun berwarna biru yang panjangnya sehingga ke paras lutut itu.Rambutnya pula digayakan dengan kemas.Hyo Young melihat jam tangannya.Kelihatannya Seung Ho akan datang sedikit lewat dari waktu yang dijanjikan.
"Cik,mahu saya ambilkan apa-apa pesanan?"Soal seorang pelayan wanita yang tiba-tiba sahaja datang ke arahnya.
"Tak apa.Saya tengah tunggu teman saya,"jawab Hyo Young sambil tersenyum.Pelayan itu akur pada permintaan Hyo Young itu,lalu meninggalkan Hyo Young di situ.Hyo Young pula terus sabar menanti kehadiran Seung Ho dengan seribu satu andaian.

Seung Ho melihat ke arah Fei yang terbaring lesu di atas katil itu.Wajahnya kelihatan pucat,langsung tidak bermaya.Menurut doktor,Fei mengalami keletihan yang melampau sehingga mengganggu kesihatannya.Seung Ho mencapai tangan Fei lalu diusapnya lembut.Usapan lembut itu membuatkan Fei terjaga dari lenanya.Seung Ho mengukir senyuman manis ke arahnya.
"Macam mana saya boleh ada kat sini?"Soal Fei,lemah.
"Awak pengsan masa telefon saya tadi.Tapi,nasib baik awak tak ada apa-apa.Awak cuma kena banyak berehat je,"kata Seung Ho.
"Gomawo.Saya tak tahu nak cari siapa tadi selain dari awak,"kata Fei,perlahan suaranya.
"Kita kan kawan...takkan saya tak nak tolong kawan saya sendiri,"kata Seung Ho.Fei tersenyum nipis.
"Kawan?"Soal Fei.Seung Ho tidak membalas.
"Selama ni...awak hanya anggap saya sebagai kawan saja ke?"Soal Fei.
"Fei,awak tak sihat.Doktor pesan supaya awak tak banyak bercakap.Takut-takut nanti keadaan awak makin teruk,"kata Seung Ho.
"Selama ni...awak hanya melayan saya sebagai kawan sahaja ke,Seung Ho?"Soal Fei,tidak langsung mempedulikan kata-kata Seung Ho itu.Seung Ho melepaskan keluhan kecil.
"Saya kan dah bertunang."
"Tapi awak sebenarnya tak cintakan dia,kan?'Pintas Fei.Wajahnya jelas sekali sedang menahan kesakitan.
"Fei,boleh tak kalau kita tak cakap pasal hal ni?Awak tak sihat.Berehatlah dulu.Kalau keadaan awak makin sakit,macam mana?"Balas Seung Ho.
"Lagi bagus kalau saya matikan?Lagi mudahlah untuk awak bersama dengan Hyo Young,"balas Fei.Seung Ho yang sudah geram itu mulai bangkit dari tempat duduknya.Tindakannya itu turut membuatkan Fei terkejut.
"Awak mungkin sedang stress.Sebelum keadaan awak jadi makin teruk,baik saya panggilkan doktor,"kata Seung Ho.
"Betulkan yang awak sebenarnya cintakan dia?Apa kurangnya saya?Ya,saya tahu...saya dulu tak pernah baik dengan awak.Tapi,itu dulu.Sekarang saya betul-betul cintakan awak.Saya sayangkan awak."Fei berusaha bangun dari pembaringannya.Seung Ho melepaskan keluhan kecil.
"Awak tahu tak...sebenarnya hati saya sakit sangat bila awak sanggup batalkan rancangan ibu awak untuk menyatukan kita berdua.Saya kecewa sangat bila awak katakan yang awak dan Hyo Young sebenarnya adalah pasangan kekasih,dan awak mahu bertunang dengan dia."Air matanya mulai lebat mengalir.Seung Ho memandang ke arahnya.
"Fei..."
"Katakan yang awak tak pernah cintakan Hyo Young...dan katakan pertunangan ni hanya sekadar lakonan..Say it,"pinta Fei,sebak.Seung Ho melepaskan keluhan kecil."Pertunangan awak ni hanya lakonan saja kan?Awak sebenarnya langsung tak cintakan dia,kan?"
"Ya.Memang pertunangan saya dengan Hyo Young...hanya sekadar lakonan."Perlahan-lahan,Seung Ho menuturkan kata-katanya.Fei mulai mengukir senyuman lega."Tapi..."Seung Ho serba salah untuk menuturkannya."Itu dulu...tapi sekarang...saya betul-betul serius dengan pertunangan saya ni...dan saya akan akhirinya dengan perkahwinan.Saya akan berkahwin dengan Hyo Young...saya akan hidup bersama dengannya..."Fei memejamkan matanya.Seung Ho pula terus memandang ke arah Fei.
"Sebab saya dah mulai mencintai Hyo Young."

Kelam kabut Seung Ho memandu keretanya menuju ke istananya.Sungguh dia terkejut apabila dia betul-betul sudah lewat untuk berjumpa dengan Hyo Young.Pasti Hyo Young sudah pulang ke istana apabila kelibat wanita itu sudah tidak kelihatan lagi di restoran itu.Seung Ho segera keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam istananya.
"Hyo Young mana?"Soal Seung Ho.
"Dia ada kat bilik,Tuan,"jawab pembantu istananya.Seung Ho segera menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur wanita itu.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebaik sahaja dia sudah berada di hadapan pintu bilik tidur Hyo Young.Perlahan-lahan,dia menolak pintu bilik tidur Hyo Young itu.Sangkaannya tepat sekali.Hyo Young sudah lena di atas katilnya.Seung Ho melangkah perlahan ke arah Hyo Young yang sudah lena dibuai mimpi itu.Seung Ho melabuhkan punggung di atas katil Hyo Young.Wajah wanita itu ditatapnya.Rambut wanita itu juga diusapnya lembut.
"Miane...saya terlambat..."Ucapnya,perlahan.Kali ini,pipi wanita itu pula diusapnya,menzahirkan rasa kasihnya terhadap Hyo Young yang mulai bertakhta di hatinya itu."Awak berhak marahkan saya...sebab saya dah mungkir janji saya terhadap awak.Awak mesti tunggu saya lama,kan?"Soal Seung Ho.
"Saya..."Wajah Hyo Young yang kelihatan anggun walaupun ketika tidur membuatkan degupan jantungnya kian pantas."Saya rindukan awak,Hyo Young."Perlahan-lahan,Seung Ho mengucup lembut dahi Hyo Young.
"Oppa...?"Seung Ho terkejut apabila melihat Hyo Young yang sudah terjaga dari lenanya itu.Seung Ho cuba berlagak biasa.
"Em..Hyo..Young...awak dah jaga ke?Sorry kacau..."Seung Ho malu dengan kelakuannya sebentar tadi.
"Oppa pergi mana tadi?Oppa ada masalah ke tadi?Hyo Young call oppa...oppa tak angkat pun,"kata Hyo Young.Jelas kedengaran suaranya yang serak,kerana baru bangun dari tidur itu.
"Oppa..em..tiba-tiba ada meeting.Oppa tertinggal handphone dalam kereta.Sebab tu,oppa tak dapat jawab call Hyo Young tadi,"kata Seung Ho,berbohong.
"Oh..."Balas Hyo Young.Seung Ho memandang ke arah Hyo Young.Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.
"Oppa tipu...oppa..bukan ada meeting tadi..."Seung Ho mulai berterus terang.Hyo Young memandang ke arahnya."Oppa...oppa jumpa dengan Fei tadi."Perlahan-lahan,Seung Ho menuturkan kata-katanya.Hyo Young tersenyum nipis.
"Okey."Balasnya.Riak wajahnya mulai berubah sedih."Jadi...apa yang dah berlaku?Oppa...melamar Fei ke?"Soal Hyo Young.Seung Ho tidak segera menjawab.Hyo Young pula sekadar mengukir senyuman nipis."Chukae.Nampaknya...kita dah tak perlu teruskan pertunangan ni lagi kan?"Soal Hyo Young.Dari awal lagi,dia sudah bersedia untuk menghadapi situasi itu.Hyo Young mengalihkan wajahnya daripada terus memandang ke arah Seung Ho.Perlahan-lahan,Seung Ho mencapai tangan Hyo Young sebelum menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Hyo Young.Hyo Young segera menoleh ke arah jari manisnya yang sudah disarungkan cincin oleh Seung Ho itu.Hyo Young memandang ke arah Seung Ho.Kelihatan lelaki itu mengukir senyuman manis ke arahnya.
"Memang oppa nak tamatkan pertunangan kita..."Seung Ho membelai lembut rambut Hyo Young yang panjang itu.Hyo Young pula masih lagi dalam keadaan terkejut."Sebab oppa nak jadikan tunang oppa yang comel ni...sebagai isteri oppa.."Sungguh amat bagi Hyo Young untuk mempercayai kata-kata Seung Ho itu.
"Oppa...oppa bergurau je kan?"Soal Hyo Young,tidak percaya.Seung Ho kemudiannya mengucup lembut bibir Hyo Young tanpa wanita itu jangka akan tindakan lelaki itu.Seung Ho menjauhkan wajahnya daripada Hyo Young.
"Hyo Young percaya tak kalau oppa cakap yang...Hyo Young adalah wanita pertama yang...terima ciuman oppa tadi?"Soal Seung Ho,sambil tersenyum.
"Oppa..."
"Dan...oppa akan pastikan yang Hyo Young juga adalah wanita terakhir yang terima ciuman oppa tadi sampai bila-bila..."Katanya lagi.Seung Ho masih belum jemu menatap wajah ayu Hyo Young yang tidak pernah disedarinya sejak awal perkenalan mereka dahulu.
"Hyo Young..."Hyo Young memandang ke arah wajah Seung Ho itu.Seung Ho mengukir senyuman manis sebelum membisikkan sesuatu pada telinga Hyo Young.
"Would you marry me?"


No comments:

Post a Comment