03 December, 2011

-Monalisa Page 55-

Joo Yeon melangkah perlahan keluar dari perkarangan rumah agam milik keluarga Byung Hee dengan seribu satu macam kejutan.Fikirannya bercelaru dengan perkara yang baru sahaja diketahuinya itu.Ternyata masih terlalu banyak perkara mengenai Byung Hee yang masih belum diketahuinya.Masih terlalu banyak perkara yang menjadi rahsia.Joo Yeon berhenti seketika sebelum terduduk di atas bangku di sebuah taman tidak jauh dari rumah agam itu.Masih terngiang-ngiang perbualannya dengan Puan Jung sebentar tadi.Riak wajah Puan Jung yang jelas kelihatan sombong dan berlagak itu turut jelas di ingatannya.Sangat jauh berbeza dengan Byung Hee yang jauh lebih tenang wajahnya,langsung tidak menampakkan keangkuhannya sebagai seorang putera raja.


"Saya tahu yang saya masih belum mengenali awak sepenuhnya,Cik Lee.Tapi...sungguh-sungguh saya tegaskan kepada awak,yang saya betul-betul tak senang dengan hubungan awak bersama dengan Byung Hee."Puan Jung memandang tepat ke arah anak mata Joo Yeon.Joo Yeon pula mulai berasa tidak selesa duduk berduaan dengan Puan Jung yang dilihatnya kurang mesra terhadapnya itu.Apatah lagi topik perbualan mereka ketika itu lebih merujuk ke arah hubungannya dengan Byung Hee.
"Byung Hee bukannya seperti mana-mana lelaki yang awak pernah kenal sebelum ni,Cik Lee.Dia ada tanggungjawab besar yang harus dia pikul selepas ni.Ya,Byung Hee hanyalah pewaris kedua dalam keluarga besar kami.Tapi,status itulah yang membuatkan saya tidak mahu Byung Hee terus terleka dengan cinta yang akan membawa pengakhiran yang sama seperti dulu.Cinta yang kamu berdua agung-agungkan itu,tak ada maknanya."Joo Yeon tersentak sebaik sahaja Puan Jung menghabiskan ayatnya.Sampai begitu sekalikah Puan Jung membenci sekali hubungannya dengan Byung Hee itu?Puan Jung kemudiannya menolak sebuah sampul surat ke arah Joo Yeon yang sedang duduk berhadapan dengannya.Joo Yeon sekadar memerhati sampul surat yang dia sendiri tidak pasti apa isi di dalamnya.
"Tengoklah."Perlahan-lahan,Joo Yeon mengambil sampul surat itu sebaik sahaja Puan Jung menghabiskan kata-katanya.Alangkah terkejutnya Joo Yeon apabila melihat sehelai cek yang ditulis nilai wang yang sangat besar jumlahnya.Joo Yeon memandang ke arah Puan Jung yang sedang tersenyum ke arahnya.
"Apa maksud semua ni,Puan?"Soal Joo Yeon.Puan Jung mengangkat kening kanannya sambil tersenyum sinis ke arah Joo Yeon.
"Saya nak beli cinta awak terhadap anak saya."Sungguh Joo Yeon terkesima dengan jawapan yang diberikan oleh Puan Jung itu.
"Maksud puan...puan nak saya tinggalkan Byung Hee?"Soal Joo Yeon.
"Mudah kan untuk awak faham?Jadi...saya tak perlulah buang masa untuk menerangkan lebih banyak benda lagi kepada awak.Sekarang ni..."Puan Jung memandang tajam ke arah Joo Yeon."Awak ambil duit ni...dan tinggalkan syarikat...dan tinggalkan anak saya."Joo Yeon terdiam dengan kata-kata Puan Jung."Awak tak perlu risau.Saya boleh tolong awak cari kerja yang baru.Tapi bukan di Seoul...sebab saya memang tak nak awak jumpa lagi dengan Byung Hee,arasso?"Soal Puan Jung.
"Kalau saya bantah permintaan Puan?"Joo Yeon memberanikan diri untuk bertanya dengan riak wajah yang tegang.Puan Jung tersenyum.
"Mungkin....Byung Hee akan menderita lagi..."Jawab Puan Jung dengan jawapan yang penuh tersirat lagi.Puan Jung kemudiannya bangun dari tempat duduknya.
"Ikut sahaja cakap saya....dan semuanya akan selesai dengan mudah."Katanya.Joo Yeon memandang ke arah sampul surat yang berisi cek itu.Entah mengapa,dia mengoyakkan cek itu tanpa mempedulikan pandangan tajam Puan Jung terhadapnya.Joo Yeon memandang ke arah Puan Jung.
"Seumur hidup saya,saya tak pernah jumpa seorang ibu yang sanggup menggadaikan kebahagiaan anaknya sendiri semata-mata kerana terlalu mementingkan darjat dan harta.Apatah lagi,Puan sendiri tahu mengenai Byung Hee yang baru sahaja pulih dari penderitaannya sebelum ni.Penting sangat ke darjat yang Puan terlalu bangga-banggakan tu?"Soal Joo Yeon.Puan Jung diam,sedikit terkejut dengan tindakan berani Joo Yeon itu.
"Puan...saya tahu siapa saya.Saya bukan dari keturunan yang tinggi macam keluarga Puan.Tapi,saya masih ada harga diri.Saya jujur cintakan anak Puan.Jujur saya tak pernah tahu siapa dia sebenarnya sehingga sekarang.Saya tak tahu dia pewaris kedua takhta dalam keluarga diRaja Puan.Saya kenal dia sebagai Byung Hee.Saya cintakan dia sebagai Byung Hee.Bukan kerana harta atau darjat.Hina sangatkah saya untuk mencintai Byung Hee sebagaimana dia juga mencintai saya?"Soalnya lagi.
"Puan...saya tak boleh buat apa yang Puan nak dari saya.Saya tak boleh nak menjual cinta saya kepada Puan.Saya ikhlas cintakan Byung Hee.Saya tak boleh tinggalkan dia.Saya dah janji...yang saya akan menjadi penawar duka kisah cintanya yang dulu.Saya dah janji...yang saya akan bahagiakan dia...sebagaimana dia pernah bahagia ketika dia bersama dengan Nana dulu."Perlahan-lahan,air matanya mengalir.Puan Jung pula mengukir senyuman nipis.
"Jadi..awak dah kenal Nana?"Soal Puan Jung pula.Joo Yeon tidak menjawab.Puan Jung tersenyum lagi.
"Baguslah kalau awak kenal.Sebab awak boleh tahu...macam mana cintanya bersama dengan Nana boleh musnah dengan tragisnya lagi.Saya yakin...dia masih rahsiakan hal ni dari awak,kan?"Soal Puan Jung.Mata Joo Yeon terbuntang luas.
"Apa maksud Puan?"Soalnya.
"Saya tak layak untuk jawab semua persoalan awak.Lagipun,saya kena beredar sekarang.Saya takkan berhenti setakat ni saja.Saya akan buat sesuatu sampai saya betul-betul dapat apa yang saya nak.Awak...tak layak untuk bersama dengan Byung Hee."Puan Jung segera meninggalkan ruang bilik itu,tanpa mempedulikan Joo Yeon yang masih menantikan jawapan daripadanya itu.


Joo Yeon melepaskan keluhan kecil.Menurut apa yang dia pasti,Nana meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.Apakah Byung Hee turut bersama dengan Nana ketika itu?Apakah Byung Hee yang memandu kereta pada waktu itu sehingga menyebabkan kemalangan berlaku?Apakah kejadian itu yang menyebabkan lelaki itu enggan untuk memandu sendiri keretanya ketika ini?Entahlah.Dia sendiri tidak berani untuk membuat sebarang tanggapan.Joo Yeon mengeluarkan telefon bimbitnya.Gambarnya bersama Nana ketika sama-sama menuntut di Australia dahulu ditatapnya.
"Dulu kau pun terpaksa hadapi semua ni ke,Nana?Cinta kau dihalang...dan dihina macam yang aku hadapi tadi?Dan adakah sebab ni juga yang membuatkan kau tak pernah cakap mengenai hubungan kau dengan Jio dekat aku dulu?Aku tak pernah tahu pun kau bercinta dengan Jio...tak pernah...sedang kan aku ni kawan baik kau...."Joo Yeon mengusap lembut gambar Nana itu."Kalau betul apa yang aku andaikan ni,aku nak minta maaf sangat-sangat dengan kau,Nana.Sebab aku tak dapat nak temankan kau ketika kau sedih disebabkan hal ni dulu.Aku tak tahu pun kau dah banyak kali memendam rasa disebabkan apa yang Puan Jung dah buat dekat kau dulu.Miane..."Air matanya mengalir jua.
"Saya yakin dia dah maafkan awak."Joo Yeon terkejut apabila terdengar seseorang menegurnya.Perlahan-lahan,dia mendongak ke atas.
"Cik Sandara?"Kelihatan Sandara sedang berdiri di hadapannya.
"Boleh saya duduk sini?"Soal wanita itu.Perlahan-lahan,Joo Yeon angguk.Sandara tersenyum ke arahnya sambil melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Saya dah agak dah..."Joo Yeon sekadar membisu.Sandara menoleh ke arahnya.
"Saya dah agak...yang awak ni bukannya sekadar pekerja Jio.Awaklah yang dah membuka pintu hati Jio untuk bercinta lagi,"kata Sandara.Sandara tersenyum nipis.
"Saya...saya terdengar perbualan awak dengan ahjumma tadi."Sandara tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kata-katanya itu.Kedengaran dia mengeluh kecil.
"Saya faham apa yang awak lalui sekarang ni,Joo Yeon.Saya tahu awak cintakan dia.Saya tahu awak takkan ikut apa yang ahjumma katakan pada awak tadi."
"Maafkan saya,Cik Sandara.Tapi..kalau Puan Jung yang pinta Cik Sandara untuk memujuk saya tinggalkan Jio,minta maaf.Saya tak boleh buat."Perlahan Joo Yeon menuturkan kata-katanya.
"Saya takkan jual cinta saya walau apa pun terjadi."Sambungnya lagi.
"Saya pun cintakan Jio...seperti mana awak cintakan dia,"kata Sandara.Joo Yeon terkejut dengan kata-kata Sandara itu."Saya cintakan dia dari dulu lagi...tapi dia tak pernah sedar perasaan cinta saya terhadap dia.Sedar-sedar,dia dah jumpa awak...pengganti Nana."Sandara memandang ke arah Joo Yeon.
"Saya minta maaf sebab dah buat awak terkejut tapi...saya cakap semua ni dekat awak sebab...kalau saya di tempat awak..saya pun takkan buat apa yang ahjumma minta awak buat.Saya cintakan dia...dan kenapa saya perlu menjual cinta saya semata-mata mahu memuaskan hati sesuatu pihak saja,betul tak?"Katanya lagi.Perlahan-lahan,Sandara mencapai tangan Joo Yeon.
"Awak jangan putus asa,Joo Yeon.Kalau cinta awak terhadap Jio betul-betul ikhlas,semuanya akan berjalan lancar.Awak pun tahukan?"Katanya.
"Awak cintakan dia...dan awak pun tahu saya cintakan dia.Tapi kenapa awak cakap semua ni kepada saya?"Soal Joo Yeon.
"Sebab..."Sandara memandang tepat ke arah anak mata Joo Yeon."Saya lega...yang luka di hati Jio dah pulih disebabkan awak.Kalau betul awak ni seseorang yang sangat penting untuk dia,kenapa saya nak halang pula kan?Lagipun,saya dah lama tak tengok Jio ceria macam tu.Ya,saya memang cintakan dia...tapi..dia tetap anggap saya sebagai Noona saja."Katanya,perlahan.Sandara tersenyum nipis."Kira baguslah dia tetap anggap saya sebagai Noona kan..daripada dia terus buang saya dari hidup dia?"Kata Sandara."Jadi.."Sandara mengeratkan pegangan tangannya terhadap Joo Yeon."Awak kena janji dengan saya..yang awak akan jaga dia baik-baik.Mengenai kisah cinta silamnya dulu,anggap saja dah berlalu.Nana bukan untuk Jio...tapi awak.Saya akan tolong awak...okey kan?"Kata Sandara sambil tersenyum.
"Cik Sandara..."
"Bukan Cik Sandara la..panggil saja Dara Unni.Arasso?"Soal Sandara.Joo Yeon tersenyum.Perlahan-lahan,dia memeluk Sandara sambil mengalirkan air mata.
"Gomawo...Dara Unni..Gomawo.."Sandara sekadar tersenyum.Tanpa Joo Yeon sedari,air mata Sandara mengalir membasahi pipinya.Ternyata,Sandara sudah kecundang dalam memiliki cinta Jio yang sudah didambakannya sejak dari dahulu lagi.



No comments:

Post a Comment