18 January, 2012

-Monalisa Page 67-

Seung Ri menekan butang pada pintu masuk rumah milik Joo Yeon itu.Pintu itu akhirnya boleh dibuka sebaik sahaja kata laluannya dimasukkan.Seung Ri melepaskan keluhan kecil apabila melihat keadaan rumah Joo Yeon yang kurang kemas daripada kebiasaannya itu.Seung Ri cuba mencari-cari kelibat Joo Yeon.
"Joo Yeon ah!"Panggilannya tidak berjawab.Namun,pandangannya mulai beralih ke arah bilik air.Kelihatan pintu bilik air itu sedikit terbuka.Perlahan-lahan,Seung Ri melangkah ke arah bilik air itu.Seung Ri terkejut sebaik sahaja tiba di bilik air itu.Kelihatan Joo Yeon yang masih lagi berbaju tidur itu pengsan di dalam bilik air.
"Joo Yeon!"

Perlahan-lahan,Joo Yeon membuka matanya.Matanya terbuka sedikit luas apabila mendapati Seung Ri sedang berada di sebelah katilnya.Wajah lelaki itu jelas kelihatan riak bimbangnya.
"Oppa...macam mana oppa boleh ada kat sini?"Soal Joo Yeon,lemah.
"Joo Yeon tak makan ubat ke?Oppa terkejut tau tengok Joo Yeon pengsan kat dalam bilik air tadi."Balas Seung Ri.Seung Ri kemudiannya membantu Joo Yeon bangun dari katilnya.Joo Yeon mengukir senyuman nipis.
"Tak ada apa-apalah,oppa.Joo Yeon...Joo Yeon penat sangat kot.Tu yang sampai pengsan kat dalam bilik air tu,"kata Joo Yeon.Kedengaran Seung Ri melepaskan keluhan berat.
"Kenapa oppa mengeluh ni?Joo Yeon okeylah,"kata Joo Yeon,cuba mengurangkan perasaan bimbang Seung Ri terhadapnya.Seung Ri memandang ke arahnya.
"Kalau Joo Yeon dengar cakap oppa,semua ni takkan terjadi.Joo Yeon pun tak perlu menderita sampai macam ni sekali,"kata Seung Ri.Joo Yeon tersenyum.
"Apa oppa cakap ni?Kan Joo Yeon dah cakap...Joo Yeon cuma penat...bukan sebab apa-apa pun,"balas Joo Yeon.Joo Yeon kemudiannya terdiam apabila melihat wajah Seung Ri yang tegang itu.
"Joo Yeon tak patut buat macam tu..kalau Joo Yeon betul-betul cintakan Jio.Sekarang tengoklah apa yang dah jadi?Oppa yakin...bukan Joo Yeon je yang menderita...Jio pun mesti rasa benda yang sama.Lagipun...apa yang Joo Yeon dapat daripada perpisahan ni?Nothing!"Seung Ri melepaskan geramnya.Keadaan Joo Yeon benar-benar tidak terurus sejak belakangan ini.Tubuhnya kelihatan sedikit susut daripada sebelumnya.Wajahnya juga kelihatan tidak berseri seperti lazimnya.Joo Yeon benar-benar sudah berubah!
"Joo Yeon buat semua ni untuk oppa juga.Bukan ke oppa pun cintakan Joo Yeon..mahu berkahwin dengan Joo Yeon?Lagipun,Joo Yeon yakin,Joo Yeon akan lebih bahagia dengan oppa daripada Jio.Hubungan kami pun tak direstui oleh keluarga Jio...mana mungkin untuk Joo Yeon sanggup hadapi semua tu sepanjang hidup Joo Yeon nanti?"Balas Joo Yeon.Seung Ri kemudiannya mencapai tangan Joo Yeon,lalu digenggamnya erat.
"Ya...memang oppa cintakan Joo Yeon...dan oppa pun sememangnya nak berkahwin dengan Joo Yeon."Seung Ri memandang ke arah tangan Joo Yeon yang berada dalam genggamannya itu.Joo Yeon sekadar mendengar."Tapi..oppa tak sampai hati tengok Joo Yeon macam ni.Joo Yeon cintakan Jio..bukan oppa.Oppa akui..oppa dengan Jio...tak berapa baik.Dan...oppa seboleh-bolehnya...tak mahu Joo Yeon bersama dengan Jio.Tapi,kalau Joo Yeon betul-betul bahagia bersama dengan Jio...oppa tak boleh nak halang."Seung Ri tersenyum."Malah oppa turut rasa bahagia kalau oppa dapat tengok Joo Yeon pun bahagia.For me...your happiness are everything...bukan macam ni.Oppa sedih bila tangok Joo Yeon sakit-sakit macam ni,"kata Seung Ri.Mata Joo Yeon mulai bergenang.Tangan Seung Ri itu dilepaskannya.
"Oppa silap..."Joo Yeon meletakkan tangan kanannya pada dada kirinya.Bibirnya mengukir senyuman nipis.
"Joo Yeon tak pernah cintakan Jio...tak pernah...kalau bukan disebabkan Nana...Joo Yeon tak mungkin cintakan Jio,"katanya,mulai sebak."Joo Yeon yakin...segala apa yang Joo Yeon rasakan semua ni...adalah disebabkan kenangan manis yang masih lagi terpahat di dalam jantung Nana..yang sekarang ni sedang berdegup dalam tubuh Joo Yeon.Nana yang cintakan Jio..bukan Joo Yeon..."Air matanya semakin lebat mengalir."Nana yang cintakan Jio..bukan Joo Yeon..."Sekali lagi,dia mengulangi kata-katanya.
"Joo Yeon..."Seung Ri simpati.Joo Yeon mengesat air matanya."Joo Yeon yakin...kenangan Nana dah banyak mempengaruhi hidup Joo Yeon.Dulu..Joo Yeon tak pernah sukakan bunga kaila..hanya Nana yang sukakannya.Tapi..lepas kematian Nana...Joo Yeon dah mula sukakan kaila..semua ni disebabkan jantung Nana,oppa...dia yang buat Joo Yeon cintakan Jio..Joo Yeon tak nak terus tipu Jio..."Joo Yeon berhenti seketika.
"Joo Yeon tahu...Jio pun cintakan Joo Yeon..sebab Joo Yeon tak ubah macam Nana...Dia sebenarnya cintakan Nana...bukan Joo Yeon.."
Seung Ri memegang kedua-dua bahu Joo Yeon sambil memandang ke arah Joo Yeon.Bibirnya mengukir senyuman manis.
"Macam mana Joo Yeon tahu yang Jio cintakan Nana..bukannya Joo Yeon?"Soal Seung Ri.Joo Yeon tidak segera menjawab."Pandang oppa.."Seung Ri mendongakkan kepala Joo Yeon agar memandang ke arahnya.Joo Yeon akur.Seung Ri tersenyum ke arahnya.
"I think..i need to tell you something...about Jio..."Kata Seung Ri.Joo Yeon pula memandang ke arah Seung Ri dengan penuh tanda tanya.Apa pula yang mahu dikatakan oleh Seung Ri mengenai Byung Hee?

Seung Ri mengukir senyuman sinis apabila melihat kelibat seseorang yang amat amat dikenalinya itu sedang berjalan ke arahnya.
"Wah...sorang je ke ni?Mana semua pengawal peribadi kau tu?"Soal Seung Ri,menyindir.Byung Hee mengukir senyuman nipis.
"Aku bukan datang sini nak cari gaduh dengan kau,Seung Ri."Kata Byung Hee,tenang.Seung Ri sekadar mendengar.Byung Hee kemudiannya menanggalkan cermin mata hitamnya.Senyumannya masih lagi terukir pada bibirnya.
"Aku nak bayar balik hutang aku terhadap kau dulu."Kata Byung Hee sambil menunjukkan kunci kereta kepada Seung Ri.Seung Ri tersenyum.
"Kau ni biar betul,Jio.Setahu aku...kau masih fobia disebabkan kemalangan dulu kan?"Seung Ri sengaja memprovok.
"Aku buat semua ni untuk Joo Yeon."Kata Byung Hee.Seung Ri tertawa kecil.
"Oh..jadi kau nak cabar akulah?Dan Joo Yeonlah yang menjadi taruhannya sekarang?"Soal Seung Ri.
"Aku bukan nak jadikan Joo Yeon sebagai taruhan kita.Tapi...aku cuma tak nak jadi penakut lagi.Aku mahu buktikan..yang aku boleh bangkit menjadi Jio yang dulu,"kata Byung Hee,serius.Wajah Seung Ri mulai berubah wajah.Perlahan-lahan,dia mendekati ke arah Byung Hee.
"Kau ingat aku akan mengaku kalah dengan mudah?"Seung Ri merentap baju Byung Hee.Byung Hee sekadar membiarkannya.
"Aku takkan biarkan kau rampas Joo Yeon dari aku!Joo Yeon is mine..not yours,"kata Seung Ri,menekan suaranya.Byung Hee tersenyum.Dia melepaskan tangan Seung Ri daripada terus merentap bajunya.
"Aku buat semua ni...bukan semata-mata mahu mendapatkan Joo Yeon dari kau.Tapi,aku nak buktikan..yang aku bukan lagi Jio yang penakut.Aku mahu buat Joo Yeon bangga dengan aku..bukan simpati terhadap aku."

"Dia tak tipu.Dia betul-betul maksudkan apa yang dia katakan.Dia tetap cuba nak berlumba kereta dengan oppa...walaupun oppa tahu...dia masih lagi trauma dengan kejadian 3 tahun yang lalu."Seung Ri tersenyum.Joo Yeon pula terus setia mendengar."Awalnya...dia macam-macam takut nak duduk kat tempat pemandu tu.Tapi,dia tetap cuba untuk masuk."

Seung Ri menoleh ke arah Byung Hee yang sedang berada di dalam kereta bersebelahan dengan keretanya itu.Kelihatan lelaki itu dalam keadaan resah.Tangannya kelihatan menggigil sebaik sahaja diletakkan di atas stereng kereta itu.
"Baik kau mengaku kalah je!Aku yakin kau tak boleh buat!"Jerit Seung Ri.Byung Hee tidak menoleh ke arahnya.Enjin kereta dihidupkan.Ternyata Byung Hee tetap berdegil dengan keputusannya itu.Seung Ri mengukir senyuman sinis.
"Kau akan kalah juga.Kau bukan lagi lawan aku,Jio,"bisiknya.Seung Ri dan Byung Hee bersiap sedia untuk berlumba.Sebaik sahaja kedengaran bunyi das tembakan dilepaskan,Seung Ri terus memandu laju keretanya,meninggalkan Byung Hee jauh di belakang.Byung Hee masih lagi teragak-agak untuk memandu keretanya.Perlahan-lahan,keretanya mulai bergerak.Byung Hee kemudiannya memberanikan dirinya untuk meningkatkan kelajuan keretanya.Namun,tidak lama selepas itu...

"Nana,apa yang awak buat ni?!"Soal Byung Hee,terkejut melihat Nana yang menanggalkan tali pinggang keledarnya itu sedangkan keretanya sedang dipandu laju ketika itu.
"Oppa,baik kita berhenti!Nana rasa itu je jalan yang terbaik untuk kita berdua.Kita memang tak sepatutnya teruskan hubungan ni lagi,"kata Nana,bagaikan sudah pasrah dengan halangan yang menimpa perhubungan mereka itu.
"Nana dah tak percaya dengan oppa ke?Oppa akan tetap lindungi Nana tak kira apa pun terjadi!"Balas Byung Hee.Nana tersenyum nipis.
"Nana sayangkan oppa..tapi sampai bila kita nak terus lari macam ni?"Soal Nana.
"Pakai balik tali pinggang tu ,Nana!"Byung Hee tetap berdegil.Nana pula tetap berdegil dengan kemahuannya.
"Oppa!!!"

Serta merta Byung Hee memberhentikan keretanya.Nafasnya tercungap-cungap.Wajahnya basah dengan peluh.Perlahan-lahan,air matanya mengalir.
"Nana..."

Air mata Joo Yeon mengalir sebaik sahaja Seung Ri menghabiskan ceritanya.
"He loves you.Dia semua tu sebab Joo Yeon.Dia cuba nak atasi trauma dia semata-mata nak bersama dengan Joo Yeon.Dia tak nak bagi Joo Yeon rasa tak selesa dengan kekurangan dia.Ya...dia memang tak berjaya dalam perlawanan tu..tapi..oppa akui kehebatan dia.Dia dah boleh atasi trauma dia sedikit demi sedikit...dan oppa yakin...dia dapat lakukannya nanti,"kata Seung Ri.Joo Yeon menangis.
"Joo Yeon dah lukakan hati dia,oppa...Joo Yeon tak layak untuk Jio..."Dia menangis teresak-esak.Seung Ri kemudiannya menarik Joo Yeon ke dalam pelukannya,cuba menenangkan perasaan wanita itu.
"Jio..miane..."



No comments:

Post a Comment