17 January, 2012

-Monalisa Page 66-

Mir asyik memandang ke arah Lizzy yang sedang tekun mengajarnya itu.Wajah Lizzy yang comel itu benar-benar menambat hatinya.Mir amat menyukai mata Lizzy yang bundar itu.Segala apa yang sedang diperkata oleh Lizzy itu langsung tidak didengarnya.Bagaikan sedang menonton cerita tanpa suara,itulah yang sedang berlaku terhadap putera raja bongsu itu.
"Faham tak ni?Senang je kan?"Soal Lizzy,kemudiannya memandang ke arah Mir.Mir pura-pura berlagak biasa."Mir?Awak faham tak apa yang saya ajar awak tadi?"Soal Lizzy lagi.
"Em.."Mir mula mencari alasan.Mir kemudiannya memandang semula ke arah notanya itu."Em.."
"Awak tak faham ya?Kalau awak tak faham,saya boleh ajar awak balik,"kata Lizzy.Laju sahaja Mir menganggukkan kepalanya.Sekali lagi Lizzy mengulangi penerangannya itu.Dan,sekali lagi Mir tidak menumpukan perhatiannya.Perlahan-lahan,Mir mendekatkan wajahnya ke arah Lizzy yang sedang tekun mengajarnya itu.Lizzy kemudiannya mendongakkan kepalanya.Matanya terbuntang luas apabila melihat wajah Mir yang begitu hampir dengannya itu.
"Em..saya rasa awak mungkin dah faham kot.."Lizzy mulai gugup.Dia kemudiannya mulai bersiap-siap untuk beredar dari situ.Namun,niatnya terbantut apabila tangannya dipegang oleh Mir dengan erat.Jantungnya berdegup kencang apabila matanya bertembung dengan mata Mir yang sudah lama memikat hatinya itu.
"Kenapa cepat sangat?Bukan kelas kita baru start ke?"Soal Mir.Lizzy menelan air liurnya.
"Saya...saya ada hal.Urgent.Saya baru teringat..saya ada hal,"kata Lizzy,tanpa memandang ke arah Mir.Mir tersenyum.Tanpa Lizzy jangkakan,Mir menarik tubuhnya ke dalam pelukannya.Lizzy tergamam dengan tindakan mengejut daripada lelaki itu.
"Mir..ap..apa awak buat ni?"Soal Lizzy.Dia cuba melepaskan pelukan lelaki itu namun tidak berupaya.Mir semakin mengeratkan pelukannya.
"Sampai bila awak nak rahsiakan perasaan awak terhadap saya?"Soal Mir.Lizzy terdiam sebaik sahaja mendengar pertanyaan Mir itu."Saya...saya dah tahu.Tak ada apa lagi yang awak perlu sorokkan dari saya.Saya cuma nak...awak..terus terang saja kepada saya,"kata Mir,separuh berbisik.Lizzy masih lagi membisu.
"Saya..."Lizzy teragak-agak untuk menutur kata.Mir terus menanti."Saya.."Lizzy kemudiannya terkejut apabila mendapati pelukan Mir terhadapnya kian longgar.Mir terjatuh namun sempat ditahan oleh Lizzy.
"Mir?Mir,kenapa ni?Mir!"Lizzy mulai cemas.Mir langsung tidak sedarkan diri."Mir!"Lizzy yang sedang cemas itu mengambil telefon bimbitnya.
"Sang Hyun oppa!"

Lizzy menanti dengan penuh debar di hadapan pintu bilik rawatan yang menempatkan Mir itu.Sang Hyun yang sedang berdiri di sisinya itu turut resah.Namun,otak Sang Hyun ligat memikirkan sesuatu.Apakah ini salah satu daripada teknik baru Mir,ataupun Mir benar-benar kesakitan sekarang ini?Lamunannya terganggu seketika apabila menyedari seorang doktor lelaki melangkah keluar dari bilik rawatan itu.Cepat-cepat Lizzy melangkah ke arah doktor lelaki itu.
"Doktor,macam mana dengan keadaan Mir?Dia sakit apa?"Soal Lizzy,bimbang.
"Encik Cheol Yong alami keletihan yang melampau.Jadi,saya dah berikan ubat yang sepatutnya untuk dia,bagi membolehkan dia berehat.Jadi,Cik tak perlu risau,"kata doktor itu,sambil mengukir senyuman nipis.Lizzy sekadar angguk perlahan.
"Boleh saya masuk tengok Mir?"Soal Lizzy.Doktor itu tersenyum sambil angguk.Cepat-cepat Lizzy melangkah masuk ke dalam bilik rawatan Mir itu.
"Mir sakit apa sebenarnya,doktor?"Soal Sang Hyun,sebaik sahaja kelibat Lizzy sudah hilang dari pandangan.Doktor itu memandang ke arah Sang Hyun sambil mengukir senyuman penuh makna sekali.Sang Hyun akhirnya tersenyum,bagaikan memahami maksud yang tersirat di sebalik senyuman doktor itu.

Lizzy memandang sayu ke arah wajah Mir yang pucat itu.Kejadian tadi benar-benar mengejutkan.Entah di mana silapnya,tiba-tiba sahaja Mir tidak sedarkan diri.Mungkin disebabkan keletihan yang dialaminya itulah yang membuatkan Mir tidak dapat menumpukan perhatian di dalam perbincangan mereka sebentar tadi.
"Mir...miane..saya tak tahu awak tak sihat.Awak patutnya cakap dekat saya.Saya boleh batalkan discussion kita tadi.Sekarang ni..."Suaranya mulai kedengaran sebak.Sungguh dia berasa bersalah dengan kejadian yang menimpa Mir itu."Saya rasa bersalah sangat dengan awak.Miane..."Sambungnya lagi.Sungguh dia berasa terlalu bimbang akan keadaan Mir.Selama dia mengenali Mir,belum pernah dia melihat jatuh sakit sebegini.Dia masih ingat lagi ketika Mir mengalami kemurungan selepas cinta lelaki itu ditolak mentah-mentah oleh Sandara.Itupun sudah cukup membuatkan hatinya turut menderita seperti yang dirasakan oleh lelaki itu.Perlahan-lahan,Lizzy mencapai tangan Mir sebelum digenggamnya erat.
"Ni kali kedua awak buat saya risau dekat awak.Dulu...waktu Dara unni tolak cinta awak pun,keadaan awak teruk sangat.Awak tahu tak yang sangat risaukan awak waktu tu?Kalau ikutkan hati saya..."Lizzy berhenti seketika.Wajah Mir yang pucat itu ditatapnya."Saya nak marah unni...sebab sanggup buat awak macam tu.Dia patutnya hargai perasaan awak terhadap dia,"kata Lizzy lagi.Perlahan-lahan,air matanya mengalir.
"Mungkin...sebab tu saya takut nak luahkan perasaan saya dekat awak.Saya takut...saya mungkin tak sekuat awak...."Kelihatan Lizzy tersenyum nipis."Lagipun,awak sendiri kata...yang awak dah tahu pasal hal ni.Saya yakin...mesti Sang Hyun oppa yang beritahu awak."Katanya  lagi."Awak mesti tak suka kan?Walaupun,awak pernah pesan kepada saya untuk meluahkan cinta saya kepada orang yang saya cintai,tapi kalau saya dah betul-betul kenal dengan hati orang tu,saya takkan luahkan..."Lizzy menundukkan sedikit wajahnya.
"Disebabkan saya tahu perasaan awak terhadap unnilah,saya tak berani nak luahkan.Sebab saya tahu,awak akan tolak cinta saya."Lizzy kemudiannya tersenyum sambil menyeka air matanya yang mengalir itu.Genggaman tangan Mir itu diperkemasnya lagi."Miane...saya tak sepatutnya ada perasaan ni dekat awak...tapi..saya betul-betul....saya betul-betul cintakan awak,Mir..."

Lizzy terkejut apabila tiba-tiba sahaja tangannya ditarik sebelum bibirnya dikucup oleh Mir.Matanya terbuntang luas.Mir kemudiannya memandang ke arah Lizzy sambil mengukir senyuman manis.Lizzy pula masih lagi dalam keadaan terkejut.
"Akhirnya,dapat juga saya dengar confession awak.Tak sangka,saya kena berlakon sakit dulu baru awak nak cakap yang awak ni cintakan saya,"kata Mir.Senyumannya mengendur apabila melihat riak wajah Lizzy yang sedih itu."Eh,Lizzy...awak marah saya ke?"Soal Mir,mulai bimbang.Air mata Lizzy mulai lebat mengalir."Lizzy..miane...saya tak sangka yang awak boleh marah saya sampai macam ni.."Mir mulai dihambat rasa bersalah.
"Awak tahu tak yang saya betul-betul risaukan awak tadi?"Soal Lizzy,sebak.Mir sekadar membisu."Saya takut sangat kalau awak betul-betul tinggalkan saya tadi.Awak ni memang jahat."Lizzy menangis.Mir tersenyum manis.Mir kemudiannya menarik Lizzy ke dalam pelukannya.Lizzy tergamam.Rambut Lizzy yang panjang itu diusapnya lembut.
"Miane...tapi..saya terpaksa buat macam ni...sebab saya nak awak terus terang dengan saya mengenai perasaan awak.Kalau tak...mungkin sampai bila-bila pun,saya takkan dengar pengakuan awak ni..dan mungkin sampai bila-bila pun...awak masih sangkakan yang saya masih cintakan Dara Noona..sedangkan..."Mir mengeratkan lagi pelukannya.Lizzy pula terus mendengar."Hati saya dah lama tertutup untuk Dara Noona sejak saya cintakan awak,Lizzy..."Lizzy terkejut dengan kenyataan Mir itu.Mir tersenyum.
"Saranghae..."Air mata Lizzy mengalir lagi.Hatinya terharu mendengar ungkapan cinta daripada lelaki yang turut dicintainya dalam diam itu.Bibirnya mengukir senyuman bahagia.Kini,segala persoalannya sudah terjawab!



No comments:

Post a Comment