11 January, 2012

-Monalisa Page 63-

Tangan mereka bertaut erat sekali,seolah-olah enggan mahu dilepaskan.Senyuman pula sentiasa menghiasi wajah kedua-dua insan yang sedang asyik bercinta itu.Kadang-kadang mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Sesekali kedengaran mereka tertawa kecil.Malu barangkali.
"Saya sangat rindukan awak,Hyo Sung.Sangat sangat sangat rindukan awak,"kata Chang Sun.Hyo Sung tersenyum lebar sambil menyandarkan kepalanya pada bahu Chang Sun.Tangan lelaki itu pula digenggamnya erat,lebih erat dari sebelumnya.Sungguh,dia juga amat merindui lelaki itu.Lelaki yang awalnya sukar untuk dia dekati,kini sedang berada di sisinya.Malah lelaki itu juga amat mencintai dirinya.Chang Sun menoleh ke arah Hyo Sung yang sedang menyandarkan kepalanya pada bahunya.Rambut Hyo Sung yang menutupi sebahagian daripada dahinya itu diselaknya lembut.Perlahan-lahan,Chang Sun mencium dahi Hyo Sung.Hyo Sung memandang ke arah Chang Sun yang sedang tersenyum manis ke arahnya itu.Hyo Sung turut tersenyum ke arah Chang Sun.Pipi Hyo Sung yang gebu itu diusapnya lembut oleh Chang Sun.
"Saya dah lama teringin nak sentuh pipi awak macam ni,"kata Chang Sun.Hyo Sung turut melakukan perkara yang sama terhadap Chang Sun.Tanpa Chang Sun jangkakan,Hyo Sung mencium bibirnya.Matanya terbuka luas.Hyo Sung kemudiannya menjauhkan wajahnya daripada Chang Sun.Chang Sun pula masih dalam keadaan terkejut.Hyo Sung pula sudah tersenyum malu.
"Saya pun dah lama teringin nak buat awak macam tadi,"katanya,sambil menundukkan sedikit kepalanya,malu.Chang Sun memegang lembut dagu Hyo Sung,mendongakkan sedikit kepala Hyo Sung agar matanya memandang tepat ke arahnya.Perlahan-lahan,Chang Sun mengucup lembut bibir teman wanitanya itu.
"Saya tak nak berpisah dengan awak lagi,Hyo Sung,"bisik Chang Sun.Wajah Hyo Sung yang manis itu ditatapnya dengan penuh rasa rindu.
"Kita pergi dari sini sama-sama nak?Kita mulakan hidup baru bersama,"kata Chang Sun.Hyo Sung terkejut mendengar kata-kata Chang Sun itu."Saya sanggup tinggalkan semuanya semata-mata untuk hidup bersama dengan awak,"kata Chang Sun lagi.
"Chang Sun ah..."
"Saya akan batalkan perkahwinan saya dengan Chae Rin,"katanya,memotong kata-kata Hyo Sung.
"Tak boleh.Kita tak boleh buat macam tu,"kata Hyo Sung.Chang Sun memandang ke arah Hyo Sung dengan tanda tanya.Hyo Sung mengambil tangan Chang Sun sebelum digenggamnya erat.
"Chae Rin sangat cintakan awak.Awak tak patut lukakan hati dia,"kata Hyo Sung.
"Tapi saya cintakan awak.Mana mungkin saya boleh hidup dengan seseorang yang tak pernah saya cintai.Lagi lagi dengan Chae Rin.Saya langsung tak cintakan dia,"kata Chang Sun.
"Saya hanya mahu bersama dengan awak,Hyo Sung.Hanya awak..."Katanya lagi.Hyo Sung kemudiannya melepaskan tangan Chang Sun daripada genggamannya.
"Saya silap.Saya tak patut telefon awak tadi.Kalau tak,awak mesti takkan berubah fikiran mengenai perkahwinan awak dengan Chae Rin,"kata Hyo Sung,seolah-olah menyesali akan keterlanjuran tindakannya itu.
"Apa maksud awak?Awak sebenarnya memang tak suka saya datang jumpa awak ke?"Soal Chang Sun.Hyo Sung tidak membalas kata-kata Chang Sun.
"Seriously..saya langsung tak faham apa yang sedang awak fikirkan Hyo Sung.Awak kata..awak cintakan saya.Tapi awak tak nak hidup bersama dengan saya.Saya betul-betul tak faham,"kata Chang Sun,kecewa.
"Awak tak perlu faham.Pada saya,semua tu tak penting.Maafkan saya."Hyo Sung mulai bangun dari tempat duduknya,berura-ura mahu beredar dari situ.
"Kalau saya dah berkahwin dengan Chae Rin nanti..."Hyo Sung menghentikan langkahnya apabila mendengar Chang Sun yang mulai bersuara itu.Hyo Sung sekadar berhenti di situ,langsung tidak memandang ke arah Chang Sun."Saya tak akan kenal awak lagi,Hyo Sung.Sebab saya paling benci dengan wanita yang suka mempermainkan perasaan saya."Air mata Hyo Sung tumpah membasahi pipinya sebaik sahaja Chang Sun menghabiskan kata-katanya.Sebaik sahaja Hyo Sung menoleh ke arah belakangnya,kelibat Chang Sun sudah tidak lagi berada di belakangnya.Hyo Sung terduduk di situ.Kelihatan dia mengukir senyuman nipis.
"Saya rela awak pura-pura tak kenal saya,Chang Sun.Sekurang-kurangnya saya masih boleh tengok awak dari jauh...sekurang-kurangnya saya masih boleh mencintai awak dari jauh.Tapi saya tak sanggup kalau awak betul-betul tak ada dalam hidup saya lagi..."Esaknya,perlahan.

Chang Sun melihat penampilannya yang sudah pun disarungkan kot hitam oleh pembantu istananya itu.Rambutnya juga sudah digayakan dengan kemas sekali.Terserlah ketampanannya sebagai seorang putera raja yang selama ini digilai oleh ramai wanita.Dan kini,dia bakal disatukan dengan anak perempuan kepada keluarga yang tidak kurang juga hebat pengaruhnya di Korea Selatan,Chae Rin.Semestinya perkahwinan pasangan ini menjadi perhatian seluruh rakyat Korea Selatan khususnya,selepas acara perkahwinan pasangan DiRaja SeungHo dengan Hyo Young.
Chang Sun ditinggalkan seorang diri di dalam biliknya itu.Wajahnya kelihatan sugul sekali.Hatinya memberontak keras untuk menghentikan semua ini.Dia lebih rela mati daripada menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama Chae Rin,yang langsung tidak dicintainya itu.Mana mungkin dia sanggup mengahwini Chae Rin jikalau hatinya kini hanya untuk Hyo Sung.
"Hyo Sung ah..."Rintihnya sambil memejamkan matanya.

"Awak betul-betul tak nak masuk dalam ke,Hyo Sung?"Soal Du Jun.Hyo Sung sekadar memandang sepi gereja yang tersergam indah itu,tempat yang akan menjadi saksi utama perkahwinan antara Chang Sun dengan Chae Rin sebentar sahaja lagi.
"Saya...saya tunggu dalam kereta sajalah."Kata Hyo Sung.Du Jun memandang simpati ke arah Hyo Sung.
"Arasso.Kalau ada apa-apa,telefon saya,okey?"Kata Du Jun,memahami.Mana mungkin Hyo Sung sanggup menyaksikan perkahwinan Chang Sun,kekasih hatinya sendiri.Hyo Sung tersenyum nipis sambil mengangguk faham.
"Saya masuk dalam dulu,"kata Du Jun,sebelum melangkah masuk ke dalam gereja itu.Hyo Sung angguk.Sebaik sahaja kelibat Du Jun sudah hilang dari pandangannya,Hyo Sung melepaskan keluhan berat.Entah mengapa dia tetap mahu menghadiri ke majlis perkahwinan Chang Sun ini pun dia tidak pasti.Malah luka di hatinya akan menjadi kian dalam sebaik sahaja pasangan itu sudah menjadi suami isteri secara rasminya sebentar sahaja lagi.

Chang Sun menanti dengan penuh debar kehadiran Chae Rin masuk ke dalam dewan utama gereja itu.Sepupu-sepupunya termasuk Seung Ho dan Hyo Young turut dapat merasakan debaran Chang Sun.
"Aku harap Hyung takkan buat tindakan bodoh macam ni,"kata Mir,separuh berbisik.Sang Hyun yang sedang duduk di sebelahnya turut mengangguk.
"Harap-harap adalah ribut taufan ke yang sudi datang waktu ni.Aku pun tak sanggup nak tengok Hyung teruskan perkahwinan mengarut ni,"kata Sang Hyun pula.Seung Ho dan Byung Hee pula lebih selesa mendiamkan diri.Mereka juga turut tidak bersetuju dengan tindakan Chang Sun itu.Namun,mereka tidak punya hak untuk menentukan keputusan Chang Sun itu.Chang Sun sudah nekad dengan keputusannya.Jauh di sudut hati,kedua-dua Seung Ho dan Byung Hee turut mengharapkan kata-kata Sang Hyun itu menjadi kenyataan.Biarlah adanya ribut taufan yang melanda ketika ini,asalkan perkahwinan ini tidak akan diteruskan lagi.
Perhatian tetamu-tetamu di dalam gereja itu kemudiannya teralih ke arah Chae Rin yang sudah pun mulai melangkah masuk ke dalam dewan utama itu dengan gaun pengantin yang cantik sekali.Chae Rin mengukir senyuman manis ke arah Chang Sun yang sedang berdiri di hadapannya itu.Chang Sun pula sekadar memandang kosong ke arah Chae Rin.Kali ini,Chae Rin sudah pun berdiri di hadapannya.Dengan penuh rasa terpaksa,Chang Sun menghulurkan tangannya ke arah Chae Rin.Chae Rin menyambut huluran tangan Chang Sun itu dengan penuh rasa bangga.Semua yang berada di dalam gereja itu mulai senyap apabila mendengar bacaan paderi yang lazimnya dilakukan dalam setiap majlis perkahwinan.Chae Rin tersenyum lebar apabila sebentar sahaja lagi,dia akan diisytiharkan sebagai isteri Chang Sun secara rasminya.
"Park Chae Rin,sudikah awak untuk menerima Lee Chang Sun sebagai suami awak?"Soal paderi itu,sambil memandang ke arah Chae Rin.
"Saya sudi."Pantas Chae Rin menjawabnya,tanpa perlu berfikir panjang.
"Lee Chang Sun,sudikah awak menerima Park Chae Rin sebagai isteri awak?"Soal paderi itu kepada Chang Sun pula.Chang Sun tidak segera menjawab.Semua yang berada di situ turut menantikan jawapan daripada Chang Sun.Begitu juga dengan Chae Rin.Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.
"Miane..."Kata Chang Sun dalam separuh berbisik.Namun,cukup jelas bagi semua orang untuk mendengarnya dalam keadaan yang senyap itu.Chang Sun menoleh ke arah Chae Rin."Miane...jeongmal miane."
"Kenapa awak nak minta maaf pula ni?"Soal Chae Rin.Chang Sun menundukkan sedikit kepalanya.
"Miane...saya betul-betul tak boleh teruskan semua ni.Saya tak boleh berkahwin dengan awak..."Kata Chang Sun.Chae Rin tertawa kecil.
"Awak buat lawak ke apa ni?Janganlah main-main Chang Sun.Kita kena teruskan juga perkahwinan ni,"kata Chae Rin,sambil menggenggam erat tangan Chang Sun.
"Miane.."Chang Sun melepaskan tangan Chae Rin sebelum melangkah beredar dari situ.
"Oppa!"Chang Sun langsung tidak mempedulikan panggilan Chae Rin.
"Joon ah!"Begitu juga dengan panggilan ibunya.Chang Sun terus sahaja meneruskan langkahnya.Langkahnya menjadi semakin laju dengan niat untuk terus beredar dari situ.Hatinya memberontak keras untuk berjumpa dengan Hyo Sung.Sungguh dia tidak dapat meneruskan perkahwinan itu.Dia hanya mencintai Hyo Sung.Hanya Hyo Sung!

Hyo Sung tersenyum nipis apabila melihat gambar-gambar Chang Sun yang terdapat di dalam telefon bimbitnya itu.Wajah Chang Sun di dalam telefon bimbitnya itu diusapnya lembut.Hyo Sung mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.Dia memandang ke hadapan cermin kereta Du Jun itu.Tubuhnya menjadi kaku apabila melihat kelibat Chang Sun yang sedang berdiri di hadapannya itu.Chang Sun melangkah dekat ke arahnya.Pintu tempat duduk hadapan kereta itu dibukanya.Tangan Hyo Sung itu dicapainya.
"Kita akan tetap pergi dari sini."Kata Chang Sun,nekad.Hyo Sung masih lagi terkejut dengan kehadiran Chang Sun di hadapannya itu.
"Kali ni saya takkan ikut lagi apa yang awak nak cakap.Yang penting,saya tetap akan bawa awak pergi dari sini,"katanya lagi.Perlahan-lahan,air mata Hyo Sung mengalir jua.Lantas dipeluknya tubuh Chang Sun yang sasa itu.Ternyata dia juga tidak dapat menipu perasaannya sendiri.Dia juga tidak boleh hidup tanpa Chang Sun.
"Saya akan ikut ke mana saya yang awak nak pergi,Chang Sun..."Kata Hyo Sung.Chang Sun mengukir senyuman manis.Pelukannya terhadap Hyo Sung dieratkannya lagi.Mereka terkejut apabila terdengar bunyi tepukan tidak jauh dari tempat mereka berdiri.Kelihatan sepupu-sepupunya termasuh Du Jun turut berada di situ sambil tersenyum ke arah mereka.Chang Sun malu sendiri apabila kelakuannya itu diperhatikan oleh sepupu-sepupunya itu.
"You did a great job,dude!"Kata Sang Hyun.Seung Ho dengan Byung Hee turut tersenyum.Bangga dengan keberanian Chang Sun itu.Chang Sun tersenyum sambil menoleh ke arah Hyo Sung.Dia kemudiannya melutut di hadapan Hyo Sung.Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Hyo Sung terkejut apabila melihat sebentuk cincin yang berada dalam pegangan Chang Sun itu.
"Saya tetap bawa cincin ni ke mana saja saya pergi.Dan..saya tetap membawa cincin ni bersama saya walaupun saya akan berkahwin dengan orang lain."Kata Chang Sun.Kelihatan dia tersenyum manis.
"Tapi..saya tetap terharu sebab akhirnya saya dapat juga menemukan cincin ni dengan pemiliknya yang sebenar..."Chang Sun memandang ke arah Hyo Sung.
"Jeon Hyo Sung...sudikah awak mengahwini saya?"Soal Chang Sun.Hyo Sung terdiam.Chang Sun terus menantikan jawapan daripada Hyo Sung dengan seribu satu harapan.Tidak lama selepas itu,Hyo Sung menarik lembut tangan Chang Sun,membuatkan lelaki itu berdiri semula di hadapannya.Hyo Sung tersenyum manis sebelum mencium lembut bibir Chang Sun itu sebagai jawapannya.
"Saya sudi..."Jawabnya sambil tersenyum.

"Aku takkan benarkan semua tu terjadi!"Chang Sun dan Hyo Sung terkejut apabila terdengar suara Chae Rin yang lantang itu.Semua yang berada di situ terkejut apabila melihat pistol yang berada dalam genggaman Chae Rin itu.Kelihatan Chae Rin tersenyum sinis.
"Baiklah Hyo Sung.Nampaknya kau dah mungkir janji kau!Dan aku juga...akan tepati apa yang aku dah katakan sebelum ni!"Kata Chae Rin sambil menghalakan pistol itu ke arah Chang Sun.
"Aku dah agak...semua ni adalah rancangan kau kan?Kau sengaja mengugut Hyo Sung dengan harapan dapat berkahwin dengan aku!"Chang Sun berang,cuba melindungi Hyo Sung daripada ditembak oleh Chae Rin.Chae Rin tertawa.
"Baguslah kalau kau tahu.Sebab aku taruhkan nyawa kaulah,baru perempuan ni sudi mengalah.Susah sangat ke nak lepaskan oppa kat aku?Kau dah buktikan yang kau tak boleh kalahkan dia dalam peperiksaan hari tu,jadi kanapa kau mesti berdegil nak terus bersama dengan oppa?Kau kan dah janji yang kau takkan bersama dengan oppa kalau kau tak berjaya dalam peperiksaan tu."
"Baik kau letak pistol tu sekarang."Kata Chang Sun,bimbang Hyo Sung dicederakan oleh Chae Rin.
"Kenapa?Kau takut ?Chang Sun oppa takut?"Chae Rin tertawa.Chang Sun menyedari kelibat Byung Hee yang sedang cuba mendekati ke arah Chae Rin dari belakang.Namun,Chang Sun berlagak biasa.
"Jangan buat perkara bodoh,Chae Rin.Aku tak cintakan kau.Dan aku takkan cintakan kau.Aku tak boleh bersama dengan seseorang yang tak pernah aku cintai.Kau patut lupakan aku dan mulakan hidup kau yang baru,"kata Chang Sun,berusaha memujuk Chae Rin agar tidak meneruskan niatnya itu.
"Tapi aku cintakan kau.Aku cintakan kau sejak dari dulu lagi.Aku ikhlas cintakan kau..."Kata Chae Rin,mulai sebak."Aku sanggup buat apa saja asalkan aku dapat memiliki cinta kau,"katanya lagi.Chang Sun membisu."Tapi...kau dah tolak cinta aku...dan kau malukan aku hari ni...aku takkan maafkan kau..."Chae Rin nekad.Dia nekad mahu membunuh Chang Sun.Jika dia tidak dapat memiliki Chang Sun,semua orang juga tidak boleh memilikinya.Picu pistol itu mulai ditekannya secara perlahan-lahan.Bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Sweet dream honey..."Kata Chae Rin.Chang Sun menutup matanya.Namun,dia membuka semula matanya apabila terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan ke udara.Chang Sun terkejut apabila melihat Byung Hee yang sedang cuba merampas pistol itu daripada Chae Rin.
BAM!
Chang Sun terkejut apabila terdengar bunyi tembakan sekali lagi.Hyo Sung pula menutup mulutnya.
"Jio!"Kedengaran Seung Ho menjerit nama Byung Hee.Chae Rin turut terkejut apabila melihat tangan Byung Hee yang berlumuran darah.Byung Hee memegang perutnya yang berlumuran darah itu,menahan kesakitan.Pistol yang berada dalam pegangan Chae Rin itu terlepas.Dia berundur beberapa langkah ke belakang.Chang Sun segera mendekati ke arah Byung Hee yang sedang menahan kesakitan itu.
"Hyung!"Seung Ho turut mendekati ke arah Byung Hee.Hyo Young yang turut berada di situ turut mengalirkan air mata.
"Oppa..."Sungguh dia bimbang dengan kecederaan Byung Hee yang parah itu.
"Kita kena bawa Jio ke hospital sekarang!"Seung Ho memapah Byung Hee yang mulai tidak sedarkan diri itu."Jio!"Seung Ho terus menerus memanggil nama Byung Hee.Namun,tidak sekali pun di balas oleh lelaki itu.Chang Sun menoleh ke arah Chae Rin dengan pandangan tajam.
"Jangan biarkan aku jumpa kau lagi lepas ni."Chang Sun menekan suaranya.Dia membantu Seung Ho memapah Byung Hee menuju ke arah kereta.Mir sudah membukakan pintu kereta.Riak bimbang jelas kelihatan pada wajahnya.Sang Hyun pula sudah bersedia untuk memandu kereta itu.
"Cepat sikit Hyung!"Jerit Sang Hyun,bimbang.Hyo Young yang turut mengekori Seung Ho dari belakang itu kemudiannya berhenti seketika apabila Seung Ho menoleh ke arahnya.
"Oppa pergi dulu.Hyo Young datang dengan Noona ye..."Kata Seung Ho.Hyo Young memegang tangan Seung Ho.
"Selamatkan Jio oppa..."Katanya,sebak.Seung Ho angguk.
"Jangan risau.Semuanya akan selamat.Oppa pergi dulu,"katanya sebelum mengucup lembut dahi isterinya itu.

"Jio,kau dengar tak ni?Jio!"Seung Ho terus cuba membuat Jio sedar.Chang Sun pula menahan amarahnya yang teramat.Chae Rin benar benar melampau!Dia patut diberikan balasan yang secukupnya.
"Kenapa Hyung buat benda bodoh macam ni?"Bisiknya.Ada nada sesalan dalam percakapannya itu.Air matanya mengalir perlahan.Kerana dirinya,Byung Hee sedang bertarung dengan nyawanya sendiri!



No comments:

Post a Comment