14 January, 2012

-Monalisa Page 65-

"Mustahil!Joo Yeon yang Noona kenal bukan macam tu.Dia sendiri mengaku yang dia betul-betul cintakan Jio,"kata Sandara,tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Seung Ho itu.Seung Ho melepaskan keluhan kecil.
"Kalau betul Joo Yeon tu tak main-mainkan perasaan Jio,tentu Jio takkan sakit teruk macam ni."Balas Seung Ho.Sandara menoleh ke arah bilik yang menempatkan Byung Hee itu.Sungguh dia amat kecewa dengan kejadian yang berlaku ke atas Byung Hee itu.
"Kalau betul apa yang oppa cakap,Hyo Young pun tak tahu nak cakap apa.Apa yang Dara unni katakan tadi pun betul juga.Joo Yeon baik orangnya.Takkan dia tergamak buat Jio oppa macam ni,"kata Hyo Young,mencelah.Seung Ho kemudiannya mengambil tempat di sisi Hyo Young.Perlahan-lahan,dia mencapai tangan Hyo Young lalu diramasnya lembut.Sandara sekadar memerhati.
"Mungkin apa yang unni dengan Hyo Young katakan tu betul.Mungkin betul Joo Yeon cintakan Jio Hyung...tapi dia terpaksa buat semua ni...mesti disebabkan ahjumma.Ahjumma kan memang dari dulu lagi tak pernah restu pilihan Jio Hyung.Yang pasal Nana dulu pun,ahjumma juga yang sebabkan kematian Nana.Tak faham betullah dengan ahjumma tu."Celah Sang Hyun pula."Nak kata dia tu sayang sangat dengan Hyung,tak juga.Bukan dulu,dia selalu tinggalkan Hyung dengan emonim ke?Sibuk sangat dengan kerja,sampai apa yang Hyung buat pun dia tak kisah,"kata Sang Hyun lagi,melepaskan geramnya.Mir turut angguk bersetuju.
"Betul tu.Mungkin kita kena buat sesuatu untuk bagi ahjumma sedar.Jom,Hyung,"kata Mir sambil memandang ke arah Sang Hyun.
"Pergi mana?"Soal Sang Hyun.
"Pergi jumpa ahjummalah.Dia kena tahu pasal Jio Hyung.Kalau tak,sampai bila-bila pun dia takkan sedar,"kata Mir.
"Tak payah mengada-ngada.Duduk!"Balas Chang Sun pula.Kedua-dua lelaki itu terkejut."Walaupun kita ni saudara rapat Hyung,tapi kita tak boleh sewenang-wenangnya masuk campur dalam hal keluarga Hyung.Aku yakin,Hyung pun takkan setuju dengan tindakan kamu berdua.Kita boleh bantu,tapi ada hadnya.Sampai waktunya nanti,baru kita ambil tindakan,"kata Chang Sun.Mir menoleh ke arah Chang Sun.
"Nak tunggu sampai bila Hyung?Nak tunggu Jio Hyung mati,baru kita bertindak ke?"Soal Mir,tidak puas hati.
"Sudah!Kenapa dengan korang ni?Tak tahu ke yang Jio tengah sakit?Lagipun ni hospital.Tak elok bising-bising macam ni,"kata Sandara,berang.Semua yang ada di situ mulai senyap.Sandara melepaskan keluhan berat.
"Macam nilah.Biar Noona yang pergi jumpa dengan Joo Yeon.Noona akan pastikan Joo Yeon datang ke sini.Lagipun,Jio jadi macam ni sebab Joo Yeon kan?"Entah mengapa,suara Sandara berubah nada.Sebak bunyinya.Seung Ho memandang ke arah Sandara.Kelihatan wanita itu menyeka perlahan air matanya yang mulai mengalir itu.
"Noona nak masuk dulu.Nak tengok Jio kejap,"kata Sandara,segera beredar dari situ.Masing-masing melepaskan keluhan,terutamanya Sang Hyun.
"Noona masih cintakan Jio Hyung..."Katanya perlahan.Semua yang berada di situ senyap,turut bersetuju dengan kata-kata Sang Hyun itu.Perasaan Sandara terhadap Byung Hee tetap tidak berubah walaupun lelaki itu mencintai wanita lain,yang kini telah mengembalikan duka kepada lelaki itu.Suasana senyap itu terganggu seketika apabila terdengar bunyi telefon bimbit Chang Sun berdering.Chang Sun melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbit itu.Dia melepaskan keluhan berat.Tanpa menunggu lama,dia segera menutup telefon bimbitnya.
"Chae Rin ke?"Soal Seung Ho.Chang Sun tidak segera menjawab.Sang Hyun dan Mir sekadar memandang ke arahnya.
"Aku nak pergi kafe kejap."Chang Sun segera beredar dari situ.Mereka sekadar membiarkan lelaki itu berlalu pergi.
"Kenapalah keluarga kita mesti ditimpa musibah macam ni?Belum selesai yang masalah sebelum ni,datang pula masalah yang baru,"keluh Mir.Hyo Young pula mengukir senyuman nipis mendengar kata-kata Mir itu.Genggaman tangan Seung Ho itu diperkemasnya lagi.Seung Ho menoleh ke arahnya.
"Perasan tak...semua musibah ni...terselit hikmahnya tersendiri?Sebenarnya,semua masalah ni telah memberi sesuatu yang sangat berharga untuk kita semua,"kata Hyo Young.Mir dan Sang Hyun turut memandang ke arah Hyo Young.Hyo Young pula masih lagi tersenyum.
"Semua masalah ni...sebenarnya telah menyatukan kita semua.Kita semua sentiasa bersama untuk sama-sama hadapi masalah ni.Bukan ke ini sesuatu yang sangat baik dalam keluarga kita?"Soal Hyo Young.Ketiga-tiga putera raja itu membisu.Memikirkan kata-kata Hyo Young itu.Ya,kata-kata wanita itu ada benarnya.Apa yang jelas,hubungan antara Seung Ho dengan Byung Hee kembali pulih.Tiada lagi tersimpan perasaan benci antara satu sama lain.Seung Ho mengukir senyuman manis sambil menoleh ke arah Hyo Young.Perlahan-lahan,dia menarik Hyo Young ke dalam pelukannya.Mir dan Sang Hyun sekadar tersenyum.


Sandara mengusap lembut rambut Byung Hee yang hitam keperangan itu.Wajah Byung Hee yang pucat tidak bermaya itu ditatapnya dengan penuh rasa kasih.Perlahan-lahan,Sandara menyeka air matanya yang mengalir itu.Hancur hatinya melihat keadaan Byung Hee yang pernah dilihatnya sewaktu tiga tahun yang lalu.Byung Hee telah kembali menjadi seperti waktu kehilangan Nana dahulu.Namun,Sandara yakin.Penderitaan Byung Hee kali ini lebih teruk jika dibandingkan dengan penderitaannya tiga tahun yang lalu.Jika benar Joo Yeon sengaja mempermain perasaan Byung Hee yang begitu ikhlas mencintai wanita itu,perbuatan wanita itu memang tidak boleh dimaafkan.
"Jio..."Ucap Sandara,sebak.Byung Hee pula tetap membisu seperti tadi."Walau apa pun yang terjadi lepas ni,Noona tetap ada untuk Jio...Noona tetap cintakan Jio...walaupun hati Jio hanya untuk Joo Yeon..."Ujarnya.Air matanya semakin lebat mengalir,membasahi pipinya.Tangan Byung Hee yang sejuk itu diramasnya lembut.Tanpa Sandara sedari,perbuatannya itu diperhatikan Sang Hyun dari jauh.Sang Hyun melepaskan keluhan kecil.Perlahan-lahan,dia menutup kembali pintu bilik itu.Hatinya sayu melihat kesungguhan kakaknya dalam mendapatkan cinta Byung Hee sejak dari dulu lagi.Sayangnya,Byung Hee hanya menganggap Sandara tidak ubah seperti kakaknya sendiri.


Chang Sun memberhentikan keretanya di hadapan rumah agam milik keluarganya.Langkahnya terhenti sebaik sahaja memasuki ke dalam ruang tamu rumah itu.Niatnya untuk beredar dari situ terbantut apabila terdengar namanya dipanggil dari belakang.
"Saya ada hal yang perlu saya bincangkan dengan awak,oppa,"kata Chae Rin.Chang Sun tidak membalas walaupun sepatah.
"Joon...bagi peluang untuk Chae Rin bercakap dengan kamu sekejap..."Kata Puan Ha Ni pula.Tanpa sebarang kata,Chang Sun pantas menyusun langkah keluar dari rumah agam itu.Chae Rin cuba mengejar Chang Sun dari belakang.
"Oppa!Tolonglah..."Pantas sahaja Chae Rin mencapai tangan Chang Sun.Langkah Chang Sun terhenti.Langsung tidak ditoleh ke arah Chae Rin."Saya nak cakap dengan oppa...sekejap pun jadilah..sebelum saya pergi ke US.."


Chang Sun dan Chae Rin masing-masing membisu.Atas permintaan Chae Rin,mereka menghabiskan masa bersama di dalam bas.Chae Rin membetulkan rambutnya yang sedikit kurang kemas itu.Chang Sun pula lebih selesa membuang pandangannya ke arah pemandangan luar bas.
"Oppa ingat lagi tak macam mana kita jumpa dulu?"Soal Chae Rin.Chang Sun sekadar membisu.Kedengaran Chae Rin melepaskan keluhan kecil.Semestinya Chang Sun masih marah atas sikapnya tempoh hari.Chae Rin memandang kosong ke arah hadapan bas itu.Dia meramas-ramas jari-jemarinya.Bagaikan sedang berfikir untuk memulakan bicara.
"Waktu tu,saya merajuk dengan appa sebab tak nak belikan pin rambut yang saya suka.Jadi..saya naik bas ni ke sekolah,kononnya dengan harapan yang appa saya akan pujuk saya dan belikan pin rambut yang saya nak."Chae Rin tersenyum seketika,apabila mengingatkan kembali kenangan lamanya itu.Chang Sun sekadar mendengar,tanpa sedikit pun menoleh ke arah Chae Rin.
"Lepas tu,saya terus duduk kat sini.Betul-betul kat tempat ni,"kata Chae Rin,sambil menepuk perlahan tempat duduknya itu."Masa tu..."


"Kalau appa tetap tak nak belikan pin rambut tu untuk Chae Rin,Chae Rin takkan balik rumah!"Kata Chae Rin,nekad sambil menyeka air matanya yang mulai mengalir itu.Dia kemudiannya menangis teresak-esak,tanpa menyedari budak lelaki yang sedang tidur di tempat duduk sebelahnya.
"Ish,bisinglah!"Chae Rin terkejut apabila terdengar sergahan budak lelaki itu.Budak lelaki itu menoleh ke arah Chae Rin,dengan pandangan tajam.Chae Rin mulai berasa cuak."Kalau ya pun nak nangis,boleh tak kau nangis kat tempat lain?Rimaslah!Orang nak tidur pun tak boleh!"Marah budak lelaki itu.Chae Rin sekadar membisu.Budak lelaki itu mulai membetulkan tempat duduknya.Dia membuang pandangannya ke luar tingkap bas.Chae Rin masih lagi membisu seperti tadi.
"Kau ni kenapa?Tiba-tiba je menangis...dahlah lepaskan geram masa orang tengah tidur,"soal budak lelaki itu.Chae Rin menyeka air matanya yang masih bersisa itu.
"Saya...saya tengah merajuk..."Jawab Chae Rin,teragak-agak.Kelihatan budak lelaki itu tersenyum sinis.
"Kalau bukan sebab gaduh dengan boyfriend,mesti sebab kena marah dengan parents kan?Budak perempuan..memang selalu macam ni ekh?"Soal budak lelaki itu.Chae Rin menoleh ke arah budak lelaki itu,geram.
"Suka hati sayalah!Awak ingat awak sorang je ke yang bayar tiket bas ni hah?Awak tu?Dari gaya awak,saya tak rasa awak ni orang yang selalu naik bas..."Chae Rin terhenti seketika.Kening sebelahnya terangkat."Entah-entah awak pun merajuk juga tak?"Duga Chae Rin.Budak lelaki itu tertawa sinis.
"Jangan buat lawaklah.Ada ke kata aku merajuk.Nonsense!"Balas budak lelaki itu.Chae Rin mencebik.
"Habis tu,kenapa awak naik bas ni?Saya tahu..awak ni bukannya orang yang selalu naik bas.Tengok gaya awak ni...tak macam orang kebanyakan.Awak mesti anak orang kaya kan?"Budak lelaki itu sekadar tersenyum mendengar kata-kata Chae Rin itu.Dia melepaskan keluhan berat.
"Aku lari."Chae Rin terkejut mendengar jawapan budak lelaki itu.
"Awak lari?Dari rumah?"Soal Chae Rin,tidak percaya.Budak lelaki itu sekadar tersenyum nipis.
"Aku cuma lari dari bodyguard...tu je,"jawab budak lelaki itu.
"Wah...awak ni memang orang kayalah kan?"Duga Chae Rin.Budak lelaki itu tersenyum lagi.
"Aku tak kaya...parents aku yang kaya.."Balas budak lelaki itu,selamba.Chae Rin tersenyum.Entah mengapa dia mulai rasa senang berbual dengan budak lelaki itu walaupun baru sahaja berjumpa.Hatinya terasa kembang apabila budak lelaki itu menjawab setiap persoalannya walaupun dingin layanannya.Lamunan Chae Rin terganggu seketika apabila budak lelaki itu bangun dari tempat duduknya.
"Jom."Kata budak lelaki itu.
"Jom?"Soal Chae Rin,tidak memahami.Budak lelaki itu segera menarik tangannya,menuruni anak tangga bas itu.Chae Rin sekadar mengikutnya dari belakang.Budak lelaki itu membawanya ke sebuah kedai kecil yang menjual pelbagai aksesori wanita.Chae Rin pelik apabila melihat budak lelaki itu seperti sedang mencari-cari sesuatu.Tidak lama selepas itu,budak lelaki itu mengambil pin rambut yang berbentuk rama-rama lalu diserahkan kepada penjual di situ.
"Nah!"Chae Rin tergamam seketika apabila budak lelaki itu menyerahkan pin rambut yang dibelinya sebentar tadi kepadanya."Ambillah,"kata budak lelaki itu lagi.
"Untuk saya ke?"Soal Chae Rin,tidak percaya.
"Habis tu?Takkan nak suruh anjing kau pakai kot,"balas budak lelaki itu,kasar.Chae Rin tersenyum lebar.Perlahan-lahan,dia mengambil pin rambut itu daripada budak lelaki itu.
"Dahlah.Pergilah balik rumah.Appa kau mesti tengah risau.Lagipun,tak elok keluar seorang-seorang.Kalau apa-apa jadi nanti,susah,"kata budak lelaki itu.Hati Chae Rin terharu.
"Tuan Muda Lee!"Perbualan mereka terganggu apabila kedengaran suara seorang lelaki menjerit ke arah mereka.Budak lelaki itu menoleh ke arah lelaki dewasa itu."Puas saya cari Tuan Muda.Tuan Muda kena ikut kami balik sekarang,"kata lelaki itu lagi.
"Okey...tapi saya nak awak bawa balik budak perempuan ni dulu ke rumah dia,"balas budak lelaki yang dipanggil Tuan Muda itu.Lelaki dewasa itu memandang ke arah Chae Rin.Chae Rin seperti takut-takut.
"Baik,Tuan Muda."Lelaki itu akur.Chae Rin kemudiannya mengekori langkah budak lelaki itu dari belakang menuju ke kereta mewah berwarna hitam itu.Jauh di sudut hati,Chae Rin mulai menyukai budak lelaki itu dalam diam.Sikap budak lelaki yang mengambil berat terhadap dirinya itu telah mencuri hatinya.Pin rambut pemberian budak lelaki itu ditatapnya.Dia berazam suatu hari nanti,dia akan bersama dengan budak lelaki yang sedang berjalan di hadapannya itu.


Chae Rin membelek-belek pin rambut yang diterimanya 10 tahun yang lalu.Bibirnya menguntum senyuman manis.Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah Chang Sun.Chang Sun pula masih lagi memandang ke luar tingkap bas.Mata Chae Rin mulai bergenang.Sebentar sahaja lagi,dia akan pergi jauh dari Seoul.Sebentar lagi,wajah Chang Sun yang amat dicintainya itu akan hilang dari pandangannya.Budak lelaki yang kini telah menjadi seorang putera raja yang kacak itu hanya akan dijadikan sebagai kenangan dalam hidupnya.
"Sejak dari tu lagi...saya dah cintakan awak,oppa..."Akui Chae Rin."Sejak dari tu,saya berazam untuk terus mendapatkan cinta oppa tak kira walau apa pun terjadi..."Suaranya kian sebak."Tapi...saya tak mampu menandingi Hyo Sung.Saya akui..Hyo Sung ada sesuatu yang saya tak ada.Sesuatu yang telah membuatkan oppa jatuh cinta kepadanya."Kelihatan Chae Rin tersenyum seketika."Tapi walau apa pun..saya tetap cintakan oppa...sampai bila-bila..."Chang Sun masih lagi membisu.
"Miane...saya tahu..saya dah buat satu tindakan yang bodoh.Saya...saya dah jumpa dengan Jio oppa..dia pun dah maafkan saya...dan..."Chae Rin menyeka air matanya.
"Saya tahu...oppa tak mungkin maafkan saya...atas apa yang saya dah lakukan terhadap oppa dengan Hyo Sung..mian..."
"Miane."Chae Rin terkedu apabila mendengar ungkapan maaf yang terzahir di bibir Chang Sun itu.Pantas ditoleh ke arah Chang Sun.
"Miane...disebabkan saya...awak jadi macam ni.Jeongmal miane..."Ucap Chang Sun.
"Oppa..."
"Dan..saya nak minta maaf...sebab saya tak dapat balas cinta awak..Chae Rin,"kata Chang Sun.Kali ini,Chang Sun memandang ke arah Chae Rin."Miane..."Air mata Chae Rin mengalir lebat.Dia kemudiannya mengukir senyuman nipis sambil menggeleng perlahan.
"Tak apa.Semua ni memang salah saya.Saya yang tak matang,"kata Chae Rin,mengesat air matanya."Tapi awak kena janji dengan saya..."Katanya.Chang Sun sekadar mendengar.
"Awak kena jaga Hyo Sung betul-betul.Arasso?Kalau tak,saya kacau lagi,"katanya,seraya bergurau.Chang Sun tersenyum.Dia kemudiannya angguk.
"Saya nak turun dulu."Kata Chae Rin.Dia masih lagi menyeka air matanya yang bersisa itu.Perlahan-lahan,dia bangun dari tempat duduknya.
"Saya doakan...awak bahagia dengan Hyo Sung...sampai bila-bila..."Kata Chae Rin.
"Awak pun...saya doakan...awak akan jumpa dengan seseorang yang betul-betul menghargai cinta awak..dan yang boleh menyanyangi awak sepenuh hati,"balas Chang Sun.Chae Rin tersenyum nipis.
"Saya pergi dulu..."Kata Chae Rin,mula beredar dari situ dengan langkah yang berat.
"Selamat tinggal..."Ucapnya,perlahan.Air matanya kian lebat mengalir.Chang Sun tidak menoleh ke arahnya,seolah-olah turut merasai keperitan yang dialami oleh Chae Rin.Chae Rin kini sudah pun berada di luar.Chang Sun menoleh ke arahnya.Namun,tidak bagi Chae Rin.Perlahan-lahan,bas itu mula bergerak pergi.Tanpa menoleh ke belakang,Chae Rin sekadar membiarkannya pergi.Dia terduduk di situ.Menangisi perpisahannya dengan Chang Sun,satu-satunya lelaki yang amat dicintainya sejak 10 tahun yang lalu.


 Joon,G.O,SeungHo,Thunder,Mir
 Ryu Hyo Young
 Sandara Park
Hyuna as Park Chae Rin

No comments:

Post a Comment