12 January, 2012

-Monalisa Page 64-

Chang Sun menemani Byung Hee yang sedang terbaring lesu di atas katil itu.Mujur Byung Hee dihantar cepat ke hospital.Jikalau tidak,mungkin keadaannya akan menjadi semakin parah dan peratus untuk pulih mungkin tipis.Chang Sun membetulkan selimut yang menutupi kedua-dua kaki sepupunya itu.Kedengaran dia melepaskan keluhan berat.
"Apa yang Hyung fikirkan waktu tu?Nasib baik Hyung tak ada apa-apa.Kalau tak..."Keluhnya."Sepatutnya..aku yang ada kat atas katil ni..bukan Hyung.Aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Hyung nanti.Aku..tak berani nak bertindak lebih waktu tu..sebab takut..Chae Rin akan apa-apakan Hyo Sung.Miane..."Chang Sun mengesat air matanya.
"Joon ah.."Chang Sun mendongak ke arah Byung Hee apabila terdengar namanya dipanggil.Kelihatan Byung Hee sudah pun sedar,walaupun masih lagi dalam keadaan lemah.
"Hyung?"Kelihatan Byung Hee sedang tersenyum lemah ke arahnya.
"Dah pukul berapa ni?"Soal Byung Hee,perlahan nadanya.
"Dah nak dekat seminggu Hyung ada kat sini.Hyung..rasa sakit lagi ke?"Soal Chang Sun,bimbang.
"Seminggu?Lamanya..."Keluh Byung Hee,perlahan-lahan menyusun kata."Mana yang lain?Kau saja ke yang ada kat sini?"Soalnya pula.
"Aku..aku...tak sampai hati nak...tinggalkan Hyung sorang-sorang kat sini.Lagipun...Hyung jadi macam ni...sebab aku juga..."kata Chang Sun,menundukkan wajahnya.Kelihatan Byung Hee tersenyum."Miane..."sambung lelaki itu lagi.
"Kalau ada apa-apa jadi dekat Hyung,biar aku yang bertanggungjawab,"katanya lagi.Senyuman Byung Hee kian lebar.
"Apa kau mengarut ni?Jangan buat lawaklah..."Balas Byung Hee.
"Hyung,aku serius ni.Aku akan bertanggungjawab kalau jadi apa-apa kat Hyung disebabkan kecederaan ni,"kata Chang Sun,serius.Byung Hee menggeleng.
"Tak perlu,Joon.Hyung buat semua ni sebagai kawan...Kita kan kawan?Kawan kenalah tolong kawan."Byung Hee berhenti seketika.Kelihatannya bibirnya menguntum senyuman manis.
"Lagipun..Hyung bangga dengan keputusan yang kau dah buat.Sepatutnya dari dulu lagi kau tolak cadangan omma kau untuk kahwinkan kau dengan Chae Rin."Kata Byung Hee,berterus terang.Chang Sun mengukir senyuman nipis."Kau tahu tak?Sang Hyun pernah cakap yang dia harap sangat ada ribut taufan datang waktu majlis perkahwinan kau tu.Sebab dia pun tak sanggup nak tengok kau kahwin dengan Chae Rin,"kata Byung Hee.Chang Sun tertawa kecil sebaik sahaja Byung Hee menghabiskan kata-katanya.
"Nampaknya doa dia tu memang dah termakbul pun,Hyung,"kata Chang Sun.Byung Hee memandang ke arahnya."Sebab aku dah pun timbulkan ribut waktu tu,"kata Chang Sun.Byung Hee tertawa,sambil menahan rasa sakitnya itu.Perlahan-lahan,Chang Sun mencapai tangan Byung Hee sebelum digenggamnya erat tangan itu.Byung Hee sekadar memandang.
"Gomawo,Hyung.Kalau bukan sebab Hyung,mungkin aku dah lama mati.Gomawo..."Ucap Chang Sun,bersungguh-sungguh.
"Tapi kau kena janji dulu dengan Hyung..."Kata Byung Hee.Chang Sun memandang ke arah Byung Hee.
"Apa dia ,Hyung?"Soal Chang Sun.
"Jaga Hyo Sung baik-baik.Jangan sia-siakan cinta dia.She's perfect.Everything.And I'm sure...you will be with her,"kata Byung Hee.Chang Sun tersenyum.Perlahan-lahan,Chang Sun memeluk Byung Hee yang terbaring itu.Byung Hee terkejut.
"Gomawo,Hyung..."Ucap Chang Sun,terharu.Byung Hee tersenyum.Dia kemudiannya mengerang kesakitan.
"Lepaslah,Joon.Sakitlah!"Pinta Byung Hee,kesakitan.Chang Sun pula sekadar tersenyum.


"Seung Ho,Seung Ho,Seung Ho,Seung Ho !"Seung Ho berhenti melangkah apabila terdengar namanya dipanggil berulang kali dari belakang.Hyo Young yang turut bersama dengan Seung Ho itu turut menoleh ke belakang.Kelihatan Sandara kelam kabut berjalan ke arah mereka.
"Kenapa kelam kabut ni,Noona?Macam baru lepas kena kejar dengan hantu je,"soal Seung Ho,pelik.Sandara menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan Seung Ho itu.
"Seung Ho nak pergi mana ni?"Soal Sandara.
"Nak keluar kejap.Ada hal kerja sikit.Kenapa ni,Noona?"Soal Seung Ho.
"Noona sebenarnya nak hantar ubat ni dekat Jio.Tapi,tiba-tiba Noona ada hal dekat office.Urgent pula tu.So,kalau Noona nak minta tolong Seung Ho hantarkan ubat ni dekat Jio kejap,boleh?Office Seung Ho kan one way dengan villa Jio kan?Boleh ekh?"Pinta Sandara,bersungguh-sungguh.Seung Ho diam seketika sambil memandang ke arah Hyo Young.Hyo Young membuat isyarat agar Seung Ho bersetuju untuk membantu Sandara.
"Kalau Seung Ho tak boleh nak tolong Noona,Noona boleh minta tolong Hyo Young.Boleh kan,Hyo Young?"Soal Sandara,sengaja membuat Seung Ho cemburu.
"Boleh je,Unni.Hyo Young pun tak buat apa-apa ni,"kata Hyo Young.Pantas sahaja Seung Ho mengambil ubat itu daripada Sandara.
"Tak perlu.Seung Ho boleh hantarkan.Hyo Young duduk sini,okey?"Kata Seung Ho sebelum mencium pipi Hyo Young.Sandara mengukir senyuman kemenangan.Begitu juga dengan Hyo Young.Hyo Young kemudiannya menoleh ke arah Sandara.
"Betul ke Unni ada emergency kat office ni?Ada hal apa?"Soal Hyo Young,ingin tahu.
"Mana ada apa-apa.Unni cutilah hari ni.Unni sengaja suruh Seung Ho pergi jumpa dengan Jio,"kata Sandara sambil memandang ke arah Hyo Young.Hyo Young tersenyum lebar.Dia turut bersetuju dengan tindakan Sandara itu.Seung Ho dan Byung Hee patut diberi ruang untuk berbaik semula.


Seung Ho memarkirkan keretanya di hadapan villa milik Byung Hee.Kedatangannya ke situ disambut baik oleh pembantu villa berkenaan.
"Jio mana?"Soal Seung Ho.
"Ada kat biliknya,Tuan Seung Ho."Jawab pembantu itu.
"Okey,saya naik dulu.Terima kasih,"kata Seung Ho,sambil tersenyum.


Perlahan-lahan,Seung Ho mengetuk pintu bilik Byung Hee.Seung Ho kemudiannya menolak pintu bilik itu apabila mendapati pintu itu tidak berkunci.Kelihatan Byung Hee tidak berada di situ.Seung Ho kemudiannya meletakkan ubat itu di atas meja.
"Jio!"Seung Ho memanggil nama Byung Hee.Namun,tidak bersahut.Tidak lama selepas itu,kelihatan kelibat Byung Hee keluar dari bilik air.Wajah lelaki itu kelihatan basah.Byung Hee terkejut dengan kehadiran Seung Ho di situ.
"Seung Ho?"
"Dara Noona minta tolong aku hantarkan ubat tu kat kau.Sebab tu aku datang sini,"kata Seung Ho.Byung Hee angguk.Kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan kecil.
"Kau okey ke?Luka kat perut kau tu sakit lagi ke?"Soal Seung Ho.Jelas kelihatan kebimbangannya terhadap Byung Hee.Byung Hee mengukir senyuman nipis.Wajahnya kelihatan pucat sekali.Dia kemudiannya membaringkan dirinya di atas katil.Kepalanya terasa sakit sekali.Seolah-olah ada sesuatu yang berat menghempap kepalanya.Seung Ho melangkah mendekati ke arah Byung Hee.Perlahan-lahan,dia meletakkan tangannya pada dahi Byung Hee.Matanya terbuntang luas.
"Kau demam ni.Kau dah makan ubat ke belum ni?"Soal Seung Ho.
"Sikit je ni.Aku okey je,"kata Byung Hee,sambil memejamkan matanya.
"Sikit kau cakap?Badan kau panas sangat ni.Jom,kita pergi hospital.Nanti,kalau makin teruk,susah,"kata Seung Ho,cuba memujuk Byung Hee agar pergi ke hospital.Byung Hee menggeleng perlahan.
"Tak payahlah.Aku okey je.Lepas dah tidur ni,aku okeylah.Lagipun...aku dah tak larat masuk hospital lagi dah,"kata Byung Hee.
"Yang tu sebab kau yang sengaja cari pasal.Siapa suruh kau pergi halang Chae Rin tu dulu?'"Balas Seung Ho.Byung Hee tersenyum.
"Dahlah,Jio.Jomlah,aku bawakan kau pergi hospital.Tak pun,aku call kan Doktor Lee ekh?"Soal Seung Ho.
"Seung Ho,it's okay.Aku betul-betul tak apa-apa.Lagipun Dara Noona kan dah hantarkan ubat.Nanti,aku makanlah ubat tu,"kata Byung Hee,tetap berdegil.
"Kau ni...degillah.Bukan nak dengar apa orang cakap,"kata Seung Ho,marah.Byung Hee tersenyum nipis.
"Miane..."Ucap Byung Hee,perlahan.Seung Ho memandang ke arahnya.
"Mungkin disebabkan kedegilan aku nilah...kau kehilangan appa kau.Jadi,tak mustahillah kalau kau masih lagi benci dekat aku,"kata Byung Hee.Seung Ho sekadar membisu."Miane..."Ucap Byung Hee lagi.
"Dahlah...aku pun..aku pun salah juga.Lagipun...benda dah jadi.Kalau aku terus benci kan kau pun,appa aku takkan hidup balik."Kata Seung Ho.Byung Hee memandang ke arah Seung Ho,seolah-olah tidak percaya dengan apa yang Seung Ho katakan itu.
"Seung Ho..."
"Dahlah,Jio.Sekarang ni,kau kena ikut aku pergi hospital sekarang juga.Kalau tak,kebencian aku kat kau makin makin bertambah.Kau memang suka aku benci kat kau ekh?"Soal Seung Ho.Byung Hee tertawa kecil.
"Mungkin ya.Sebab kau nampak cool waktu kau benci kat aku,"balas Byung Hee,seraya bergurau.Seung Ho tersenyum.Namun,perbualan mereka terganggu apabila kedengaran telefon bimbit Byung Hee berdering.Byung Hee menjawab panggilan telefonnya sebaik sahaja melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.
Wajah Byung Hee kelihatan terkejut sekali.Seung Ho sekadar memerhati.Seung Ho terkejut apabila melihat Byung Hee yang kelam kabut bangun dari katilnya.
"Jio,apa hal ni?"Soal Seung Ho.Byung Hee cuba menggagahkan diri untuk berdiri.
"Joo Yeon...Joo Yeon..ada kat rumah besar.."Kata Byung Hee.


Byung Hee pantas melangkah keluar dari kereta Seung Ho.Rasa sakit yang dialaminya itu diabaikan seketika.Apa yang penting,dia lebih bimbang akan keadaan Joo Yeon.Mengapa pula Joo Yeon berada di rumah ibunya?Apa pula rancangan ibunya kini?Byung Hee menggagahkan dirinya untuk berlari masuk ke dalam rumah besar itu.Langkahnya mulai perlahan apabila dirinya semakin dekat dengan bilik tetamu ibunya itu.


"Awak buat keputusan yang tepat sekali,Joo Yeon.Saya tak sangka...saya dapat berjumpa dengan wanita yang sangat cerdik macam awak,"kata Puan Jung,sambil tersenyum lebar.Joo Yeon sekadar membisu.Matanya memandang ke arah lantai yang dihiasi permaidani mewah itu.Puan Jung kemudiannya meletakkan dua beg berisi duit di atas meja.Joo Yeon sekadar memandang kosong ke arah beg itu.Puan Jung tersenyum sinis.
"Sekarang urusan kita dah pun selesai.Awak boleh pergi sekarang,"kata Puan Jung,sombong.Joo Yeon bangun dari tempat duduknya sebelum menundukkan sedikit tubuhnya kepada Puan Jung.
"Kamsahamida."Ucapnya,lemah.Puan Jung angguk.
"Pembantu saya akan bawakan beg tu untuk awak,"kata Puan Jung.Joo Yeon sekadar angguk perlahan.Joo Yeon mulai melangkah keluar dari bilik itu.Namun,langkahnya terhenti apabila melihat Byung Hee yang sedang berdiri di hadapannya itu.Matanya mulai bergenang.Sungguh dia amat merindui lelaki itu.Joo Yeon mengalihkan pandangannya daripada terus memandang ke arah lelaki itu.Dia terus melangkah melepasi kelibat Byung Hee tanpa langsung memandang ke arah Byung Hee.Namun,langkahnya terhenti apabila mendapati tubuhnya dipeluk dari belakang oleh Byung Hee.Jantungnya berdegup pantas.
"Joo Yeon ah..."Hatinya sayu apabila mendengar namanya disebut oleh Byung Hee.Pelukan lelaki itu kian erat.
"Saya rindukan awak,Joo Yeon.Kenapa awak buat saya macam ni?Sekali pun awak tak jawab call saya...saya ada buat salah dengan awak ke?Miane..kalau awak betul-betul marah dengan saya,"kata Byung Hee.Joo Yeon sekadar membisu.Andai diikutkan hatinya,mahu sahaja dia membalas pelukan lelaki itu.Ingin sekali dia menatap wajah lelaki yang amat dicintainya itu.Seung Ho yang baru sahaja masuk itu sekadar memerhati dari jauh.Kedengaran Joo Yeon melepaskan keluhan berat.
"Lepaskan saya."Byung Hee terkejut dengan kata-kata Joo Yeon itu.Joo Yeon melepaskan tangan Byung Hee yang melingkari pinggangnya itu.Joo Yeon tidak langsung memandang ke arah Byung Hee."Maaf.Saya ada hal penting.Saya kena pergi dulu,"kata Joo Yeon.Dia terus beredar dari situ.Byung Hee bagaikan tidak percaya dengan tindakan Joo Yeon yang langsung tidak mengendahkannya itu.Kelibat Joo Yeon kian jauh darinya.Byung Hee terus berusaha mendapatkan Joo Yeon walaupun dia mulai berasa sakit pada kepalanya.Tangan Joo Yeon itu dicapainya.Dia langsung tidak mempedulikan hujan yang turun dengan lebatnya itu.
"Joo Yeon ah!"
"Lepaslah!Awak ni tak faham bahasa ke?!"Marah Joo Yeon,segera melepaskan tangan Byung Hee,kasar.
"Kenapa dengan awak ni?Apa yang saya dah buat sampai macam ni sekali awak marahkan saya?Cakaplah,"pinta Byung Hee.Joo Yeon tidak terus menjawab."Joo Yeon?"Joo Yeon memandang ke arah Byung Hee dengan pandangan sinis.
"Awak betul betul nak tahu ke?"Soal Joo Yeon.Byung Hee sekadar memandang ke arahnya.
"Tak payahlah.Saya takut awak makin tak betul kalau saya cakap sebabnya dekat awak,"kata Joo Yeon.Dia berura-ura mahu beredar dari situ,namun dihalang oleh Byung Hee.Joo Yeon mengetap bibirnya.
"Saya tak peduli.Apa yang penting,saya tetap cintakan awak...tak kisah apa yang awak cuba lakukan sekarang ni,"kata Byung Hee,bersungguh-sungguh.Joo Yeon tertawa kecil.
"Awak tak kisah?Dan awak tetap cintakan saya walau apa pun yang saya cuba lakukan sekarang ni?Pleaselah,"kata Joo Yeon,mengejek."Tak perlu nak berlagak romantik kat sini.Saya muak,"katanya lagi.
"Saya cintakan awak,Joo Yeon!"Kata Byung Hee.
"Tapi saya tak!Saya tak cintakan awak!"Byung Hee tersentak sebaik sahaja Joo Yeon menghabiskan kata-katanya.Tangan Joo Yeon itu dilepaskannya.Joo Yeon tertawa sinis."Tak sangka...lakonan saya ni menjadi juga kan?Saya tak pernah pun cintakan awak.Sikit pun tak.Dan selama ni pun saya hanya berpura-pura cintakan awak."Katanya.Byung Hee kelu untuk berkata-kata."Dahlah.Cukup.Saya dah penat berlakon.Kalau bukan sebab mak awak,tak ada maknanya saya nak habiskan masa saya untuk berpura-pura cintakan awak,"sambungnya lagi,sengaja menyakitkan hati Byung Hee.Dia mengalihkan tubuhnya daripada berhadapan dengan Byung Hee,dengan niat untuk beredar dari situ.
"Bohong!Awak bohong!Ni semua mesti sebab mak saya kan?Dia yang suruh awak cakap macam ni kan?Saya tahu,dia memang tak suka kita bersama.Dia suruh awak buat macam ni sebab nak kita berpisah kan?"Soal Byung Hee.Joo Yeon tidak menjawab.Byung Hee memegang kedua-dua bahu Joo Yeon.
"Tengok mata saya,Joo Yeon.Tengok!"Desak Byung Hee.Perlahan-lahan,Joo Yeon memandang ke arah anak mata Byung Hee.
"Awak tipu kan?Sebab awak langsung tak pandang ke arah saya waktu awak kata yang awak tak cintakan saya tadi.Awak bohong,kan?"Soal Byung Hee,pinta kepastian.Joo Yeon memandang ke arah Byung Hee.
"Awak memang ikhlas cintakan saya kan?"Soal Byung Hee lagi.Lama mereka berkeadaan begitu.
"Saya tak perlu rasa ikhlas untuk mencintai orang yang dah bunuh kawan baik saya sendiri."Byung Hee tergamam dengan kata-kata Joo Yeon itu.
"Kenapa diam?Terkejut?Atau awak rasa takut sebab saya tahu yang awak ni penyebab kepada kematian Nana?"Soal Joo Yeon,sinis.Byung Hee melepaskan tangannya dari bahu Joo Yeon.Tangannya menggigil.Joo Yeon tersenyum.
"Saya tahu semuanya.Semuanya.Awak tahu kenapa semua perbuatan saya sama macam Nana?"Soal Joo Yeon.Byung Hee tidak memandang ke arah Joo Yeon.Dia masih lagi dalam keadaan terkejut.
"Sebab saya nak balas dendam atas kematian Nana.Saya nak buat awak terseksa.Dan awak memang patut rasa semua tu.Kalau awak ikut kata-kata mak awak,Nana masih lagi hidup.Dan saya tak perlu menderita kerana kehilangan satu-satunya kawan baik saya!"Kata Joo Yeon.Dia kemudiannya tersenyum.
"Terima kasih kepada mak awak.Sebab dia dah tolong realisasikan impian saya untuk membalas dendam saya terhadap awak.Dan sekarang...tugas saya dah pun selesai.Saya dah tak perlu lagi berpura-pura bercinta dengan awak.Kita dah tak perlu lagi berjumpa selepas ini,"kata Joo Yeon.
"Gomawo."Langkah Joo Yeon terhenti.Dia menoleh ke arah Byung Hee.Kelihatan lelaki itu sedang tersenyum ke arahnya.Namun,dia tidak pasti sekiranya lelaki itu sedang menangis ataupun tidak kerana hujan yang lebat itu.
"Kehadiran awak betul-betul bermakna dalam hidup saya.Dan...cinta awak terhadap saya...takkan saya lupakan sampai bila-bila..walaupun ianya hanya sekadar lakonan.Sebab...cinta awak telah membuka hati saya untuk bercinta semula.Cinta awak telah membuatkan kehidupan saya kembali berseri seperti waktu saya berjumpa dengan Nana dulu..."Joo Yeon sekadar membisu.
"Tapi..saya betul-betul cintakan awak..bukan sebab perbuatan awak yang sama macam Nana...tapi saya betul-betul cintakan awak,Joo Yeon.Saya..cintakan..awak.."Kata Byung Hee,kedengaran sebak.Joo Yeon mengalihkan pandangannya daripada Byung Hee.Dia turut mengalirkan air mata.Tanpa mempedulikan Byung Hee di belakang,dia terus melangkah laju meninggalkan Byung Hee.Byung Hee sekadar memandang ke arah kelibat Joo Yeon yang kian menjauh itu.Dia terduduk di situ.Kelihatan dia mengukir senyuman nipis.Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang sudah berlaku.


"Saya tak perlu rasa ikhlas untuk mencintai orang yang dah bunuh kawan baik saya sendiri."


Kesakitan di kepalanya semakin menjadi-jadi.Pandangannya berpinar-pinar.Tidak lama selepas itu,dia tidak dapat melihat apa-apa lagi.Pandangannya menjadi gelap.


 Jung Byung Hee
 Yang Seung Ho
Lee Chang Sun
Lee Joo Yeon

No comments:

Post a Comment