11 November, 2012

Love Letter CHAPTER 3 (FINAL)

"Eun Ji ah!"
Eun Ji menoleh ke belakang apabila terdengar namanya dipanggil.Kelam-kabut Min Jung berlari ke arahnya.
"Eun Ji ah...miane..saya tahu awak marahkan saya pasal semalam,"kata Min Jung,rasa bersalah.Eun Ji tersenyum nipis.
"Gwenchana...saya tahu awak tak ada niat nak malukan saya.Mungkin saya je yang perasan cantik dengan lipstick tu,"balas Eun Ji.
"Eh mana ada..awak memang nampak lainlah bila pakai lipstick.Sebab tu saya suka tengok awak pakai.Orang lain je yang cemburu tengok awak tiba-tiba jadi cantik,"kata Min Jung pula.Eun Ji tertawa kecil.
"Yelah tu,Min Jung.Awak seorang je yang fikir saya macam tu.Orang lain tak..dah lah..saya dah tak kisah pasal semalam dah,"kata Eun Ji,malas untuk memanjangkan cerita.Eun Ji kemudiannya mengeluarkan buku notanya dari dalam beg.Tiba-tiba,kelihatan sesuatu terjatuh dari dalam buku notanya itu.
"No way..."Keluhnya.
"Kenapa ni,Eun Ji?"Soal Min Jung,ingin tahu.
"Saya dapat lagilah surat tu,"katanya,perlahan.Min Jung tersenyum.
"Wah...lelaki tu memang romantiklah,Eun Ji.Dia selalu hantar surat cinta kat awak,"puji Min Jung.Eun Ji mencebik.Eun Ji kemudiannya membuka sampul surat itu.Sebaik sahaja dia habis membaca isi kandungan surat itu,dia melepaskan keluhan kecil.Min Jung curi-curi membaca isi kandungan surat itu.
"Wah,kali ni dia betul-betul serius nak jumpa dengan awaklah,Eun Ji!Akhirnya!"Min Jung kelihatannya lebih teruja daripada Eun Ji sendiri.
"Shh!!!"Eun Ji malu apabila kata-kata Min Jung itu mendapat perhatian orang lain yang berada di dalam kelas itu,termasuk Woo Hyun.Woo Hyun menoleh ke arah Eun Ji.Eun Ji turut memandang ke arahnya.Woo Hyun kemudiannya mengalihkan pandangannya daripada Eun Ji tanpa sedikitpun senyuman seperti yang biasa dilakukannya.Eun Ji terasa hati.Mengapa tiba-tiba Woo Hyun berubah sikap terhadapnya?
"Nampaknya dia bersungguh-sungguh nak jumpa dengan awaklah,Eun Ji,"kata Min Jung.
"Tapi..."Eun Ji berasa serba salah.Dia memandang ke arah Woo Hyun semula.
"Kalau awak takut,saya boleh temankan awak.Saya pun teringin nak jumpa dengan lelaki misteri awak tu,"kata Min Jung,sebelum tertawa kecil.Eun Ji pula masih lagi membisu seribu bahasa.

"Woo Hyun!"Eun Ji segera mendapatkan Woo Hyun yang sedang berjalan di hadapannya itu.Woo Hyun menoleh ke arahnya.
"Kenapa,Eun Ji?"Soal Woo Hyun.
"Awak...awak dengar ke apa yang Min Jung cakapkan dalam kelas tadi?"Soal Eun Ji,serba salah.Woo Hyun kemudiannya tersenyum nipis sebelum angguk.
"Tahniahlah kat awak,Eun Ji.Ada jugak seseorang yang cintakan awak dalam diam kan?"Woo Hyun cuba berlagak biasa.
"Awak...awak memang tak kisah ke kalau saya pergi jumpa dengan lelaki tu,Woo Hyun?"Entah kenapa,soalan itu terpacul dari mulut Eun Ji.Woo Hyun memandang ke arahnya.Dia kemudiannya tertawa kecil.Eun Ji terkejut apabila Woo Hyun ketawa sebaik sahaja mendengar soalannya.
"Kenapa pulak awak nak tanya soalan macam tu?Saya ni bukannya teman lelaki awak pun kan,"kata Woo Hyun.Eun Ji tertawa.
"A'ahlah.Kenapalah saya tanya soalan macam tu pulak kan?Bodohlah saya ni,"kata Eun Ji,malu sendiri.Entah mengapa,terasa air matanya mulai mengalir ke pipinya."Saya...saya pergi dululah.Jumpa awak lagi,"kata Eun Ji sebelum segera beredar meninggalkan Woo Hyun di belakang.Woo Hyun ingin mengejar Eun Ji namun dia terpaksa melupakan niatnya itu.
"Kalau boleh,saya tak nak awak jumpa dengan lelaki tu,Eun Ji,"bisik hatinya.

"Wah,awak nampak cantiklah hari ni,Eun Ji,"puji Min Jung sambil melihat Eun Ji yang berpakaian t-shirt lengan panjang berwarna merah jambu itu.Eun Ji tersenyum nipis.
"Awak ni...ada-ada jelah,Min Jung.Saya pakai baju biasa je pun,"balas Eun Ji.Min Jung ketawa.
"Oh..mungkin saya nampak seri awak lain sikit kot hari ni,"kata Min Jung pula.
"Em..macam mana awak nak kenal dia,Eun Ji?"Soal Min Jung,ingin tahu.
"Dia kata...dia pakai t-shirt warna putih dengan topi hari ni."Balas Eun Ji,malas.Matanya tidak lekang dengan telefon bimbitnya,seperti mengharapkan seseorang untuk menghubunginya ketika itu.
"Okey...kalau macam tu...kita tunggu jelah sampai dia datang ekh?"Cadang Min Jung.Eun Ji sekadar angguk perlahan.

Woo Hyun membaringkan tubuhnya di atas sofa,melepaskan rasa penatnya yang teramat itu.
"Rasa seronok pula dapat baring-baring ni lepas keluar seharian ni."Ngomelnya.Tidak lama selepas itu,Woo Hyun mula menyedari sesuatu.Seharian?Woo Hyun segera bangun dari pembaringannya.
"Jangan cakap yang...."

Min Jung melihat jam tangannya.Sudah hampir pukul 10 malam,namun langsung tidak kelihatan kelibat lelaki misteri itu.Eun Ji pula sudah mula berasa bosan.
"Kita baliklah,Min Jung.Dah lewat ni,"kata Eun Ji,berura-ura mahu beredar dari situ.
"Eh tapi..lelaki tu tak datang lagilah,Eun Ji,"kata Min Jung.
"Kalau awak nak jumpa dia sangat,awak jelah yang jumpa dengan dia.Saya dah penat ni,"kata Eun Ji pula.
"Kita tunggu 5 minit lagi,okey?Kalau dia tak datang juga,kita balik rumah.Mungkin dia ada hal kecemasan ke sampai terlewat jumpa awak kat sini kan,"pujuk Min Jung.Eun Ji melepaskan keluhan berat.
"Okey..5 minit je,"kata Eun Ji,terpaksa.Min Jung tersenyum.

"Cukup,Min Jung!"
Eun Ji dan Min Jung menoleh ke belakang apabila terdengar suara dari belakang.Eun Ji terkejut apabila melihat Woo Hyun yang sedang berjalan ke arah mereka itu.
"Woo Hyun ah.."Eun Ji berasa hairan dengan kehadiran Woo Hyun di situ.
"Saya cakap cukup,Min Jung.Permainan kita...tamat sampai sini sahaja,"kata Woo Hyun.Min Jung enggan untuk bersemuka dengan Woo Hyun.
"Permainan apa ni?"Ternyata Eun Ji langsung tidak dapat menangkap maksud kata-kata Woo Hyun itu.Woo Hyun memandang ke arah Eun Ji,dengan penuh rasa bersalah.Entah bagaimana dia mahu berterus terang dengan Eun Ji pun,dia tidak pasti.Eun Ji pula terus menanti keterangan daripada Woo Hyun.
"Awak tak patut tunggu lelaki tu lagi,Eun Ji..."Woo Hyun berhenti seketika.Eun Ji memandang ke arah Woo Hyun."Sebab lelaki tu tak akan datang ke sini..sebab dia tak pernah wujud pun.."Woo Hyun enggan mahu memandang ke arah Eun Ji.
"Apa?"Eun Ji terkejut.
"Saya...saya yang tulis surat tu dekat awak,Eun Ji..."Akhirnya,Woo Hyun mengakuinya juga."Semua surat yang awak dapat tu...saya yang tulis.Saya...saya dan Min Jung yang rancang benda ni..Saya.."Belum sempat Woo Hyun menghabiskan kata-katanya,pipinya ditampar oleh Eun Ji.Ternyata Woo Hyun begitu terkejut dengan tindakan Eun Ji itu.Woo Hyun memandang ke arah Eun Ji.Kelihatan gadis itu menangis.
"Saya dah faham..."Kata Eun Ji,sebak."Gomawo..sebab memberikan harapan palsu kepada saya."Eun Ji segera beredar dari situ.
"Eun Ji ah!"Woo Hyun ingin mengejar Eun Ji,namun tindakannya itu dihalang oleh Min Jung.Woo Hyun menoleh ke arah Min Jung sebelum melepaskan tangan Min Jung yang sedang memegang tangannya itu.
"Awak dah puas kan?"Soal Woo Hyun,geram.
"Hei,awak tak bolehlah nak marah saya okey?Awak juga yang setuju untuk buat semua ni sebagai syarat untuk jadi teman lelaki saya.Awak memang tak boleh nak letakkan semua kesalahan atas bahu saya seorang!"Woo Hyun ketawa apabila mendengar kata-kata Min Jung itu.
"Ya...sekarang baru saya sedar..kenapalah saya ni sangat bodoh bersetuju dengan cadangan gila awak ni semata-mata nak jadi teman lelaki awak.Dan saya betul-betul tak sangka...yang saya boleh jatuh cinta dengan perempuan yang cantik..tapi hati busuk macam awak!"Min Jung segera menampar Woo Hyun.Woo Hyun tertawa.
"Sekarang awak pulak nak tampar saya?Kenapa?Terasa ke?"Min Jung ingin menampar Woo Hyun lagi namun tindakannya itu pantas sahaja dihalang oleh Woo Hyun.
"Saya rela ditampar oleh Eun Ji..tapi saya takkan sesekali benarkan awak untuk menampar saya..sedangkan semua ni berlaku atas kesilapan awak sendiri!"Woo Hyun melepaskan tangan Min Jung,kasar.
"Selamat tinggal,Si 'Cantik' ." Woo Hyun terus sahaja meninggalkan Min Jung di situ tanpa mempedulikan panggilan Min Jung itu.Kali ini,keinginannya hanya satu.Dia mesti pergi mencari Eun Ji,tidak kira apa yang terjadi.

"Eh,Eun Ji noona tak balik lagilah,Hyung,"kata Mir,hairan melihat kehadiran Woo Hyun di situ.Woo Hyun mulai bimbang.Ke mana pula Eun Ji pergi lewat malam begini?
"Mir...tahu tak tempat yang biasa Eun Ji pergi?"Soal Woo Hyun,buntu.Mir berfikir seketika.Mir kemudiannya memandang ke arah Woo Hyun.
"Hyung mesti ada buat Eun Ji noona marah ni,kan?"Duga Mir.Woo Hyun mengeluh.
"Mian...Hyung..memang tak patut buat macam tu dekat dia,"kata Woo Hyun,menyesal."Mir..please..Hyung kena pergi jumpa dia juga malam ni."Woo Hyun bersungguh-sungguh mahu berjumpa dengan Eun Ji.

Eun Ji mengesat air matanya yang mengalir itu.Sungguh dia berasa kecewa dengan tindakan kedua-dua teman yang paling disayanginya sebelum ini.Di saat rasa sayangnya terhadap Woo Hyun kian mendalam...lelaki itu pula telah menghancurkan harapannya.Eun Ji tertawa.
"Kau ni bodohlah,Eun Ji.Kau yang cepat perasan.Mana mungkinlah si Woo Hyun tu nak dekat kau.Kau tu tak ada apa-apa yang boleh buat Woo Hyun nak dekat kau pun.Orang macam kau ni..memang layak jadi tempat gurauan orang je."Eun Ji bercakap seorang diri.
"Kau dengan Woo Hyun tu..macam enggang dengan pipit tahu tak.."katanya lagi sebelum air matanya mengalir lagi."Tapi..."Suaranya kembali sebak."Aku betul-betul sayangkan Woo Hyun..."Akhirnya..Eun Ji mengakui juga perasaan cintanya terhadap Woo Hyun.
"Saya pun."
Eun Ji terkejut apabila melihat Woo Hyun yang sedang duduk di sebelahnya itu.Woo Hyun menoleh ke arahnya sambil tersenyum.Namun tidak bagi Eun Ji.
"Eh...tadi awak yang cakap awak sayangkan saya.Kenapa tiba-tiba masam je bila tengok muka saya ni?"Soal Woo Hyun.Eun Ji tidak membalas.
"Miane...saya tahu...kesalahan saya ni susah untuk dimaafkan.Dan..awak memang ada hak untuk terus membenci saya,Eun Ji.Saya faham kalau saya akan terus dibenci oleh awak lepas ni.Saya memang tak kisah...walaupun lepas ni..hanya saya seorang je yang sayangkan awak,"kata Woo Hyun.Eun Ji tetap membisu seribu bahasa.
"Saya tahu..awak mungkin dah takkan percaya semua kata-kata saya lagi.Tapi..saya nak awak tahu..setiap waktu yang kita habiskan masa bersama..sangat bermakna dalam hidup saya.Saya betul-betul seronok berkawan dengan awak,Eun Ji.Saya ikhlas berkawan dengan awak.Mengenali awak..membuatkan hidup saya ceria,"kata Woo Hyun.
"Lagipun...awak nak tahu tak..bila awak tanya soalan yang..saya kisah tak kalau awak pergi jumpa lelaki misteri tu..saya rasa macam..gembira sangat.Rasa macam nak terbang pun ada,"kata Woo Hyun,sambil ketawa kecil."Tapi tak sangka..awak pergi jugak jumpa lelaki tu.Saya jealous tahu tak?"
"Masalahnya lelaki tu tak wujud pun."Akhirnya Eun Ji bersuara juga.Woo Hyun tersenyum.
"Tapi orang yang menulis surat tu kan..ada kat sebelah awak sekarang ni?"Soal Woo Hyun.Eun Ji tersenyum nipis.Woo Hyun kemudiannya mencapai tangan Eun Ji.Eun Ji menoleh ke arahnya.
"Saya mengaku..awalnya saya menulis surat tu dengan tujuan untuk mempermainkan awak...Tapi...bila saya dah kenal awak..segala apa yang saya tulis di dalam surat tu..sememangnya datang dari hati saya,Eun Ji.Saya betul-betul sayangkan awak,"kata Woo Hyun,meluahkan isi hatinya.Air mata Eun Ji mengalir lagi.Woo Hyun mengesat air mata gadis itu.Perlahan-lahan,Woo Hyun mencium lembut bibir Eun Ji.
"Saya cintakan awak,Eun Ji,"ucap Woo Hyun.Eun Ji kemudiannya menolak tubuh Woo Hyun sehingga membuatkan Woo Hyun terjatuh dari tempat duduknya.Eun Ji tertawa kecil.
"Yah,Eun Ji ah!"Eun Ji tertawa.Woo Hyun tertawa kecil apabila melihat tawa Eun Ji.Pastinya hati Eun Ji sudah pun terpujuk.Eun Ji kemudiannya datang menghampiri Woo Hyun sebelum dikucupnya pipi lelaki itu.
"Saya pun cintakan awak,Woo Hyun,"luahnya.Woo Hyun tersenyum manis.
"Em..minggu depan ada MBLAQ fanmeeting.Saya ada beli dua tiket.Awak nak ikut?"Soal Woo Hyun.Eun Ji tersenyum sambil angguk.Mereka kemudiannya ketawa bersama.Woo Hyun kemudiannya memaut bahu Eun Ji.
"Saranghaeyo,Eun Ji,"ucapnya lagi.

-The End-


Park Yoo Hwan as Kang Woo Hyun
 Go Eun Ah as Park Eun Ji 
Kim Min Ji as Choi Min Jung
MBLAQ Mir as Mir

No comments:

Post a Comment