10 November, 2012

Love Letter CHAPTER 2

Eun Ji tersenyum apabila menyedari Woo Hyun sedang tersenyum ke arahnya dari tempat duduknya.Eun Ji kemudiannya membuat isyarat supaya Woo Hyun menumpukan perhatiannya pada pensyarah yang sedang mengajar di depan itu.Woo Hyun akur.Eun Ji pula masih lagi tersenyum.Min Jung yang menyedari kelakuan Eun Ji itu tersenyum.
"Sejak bila pulak awak rapat dengan Woo Hyun ni?"Soal Min Jung,berminat ingin tahu.
"Rapat?Biasa jelah,"kata Eun Ji.Min Jung mencebik.
"Saya tengok awak dengan dia dah macam orang bercinta je..Betul ke tak ada apa-apa ni?"Min Jung tidak percaya.
"Taklah awak..saya dengan Woo Hyun kawan je.Mustahillah dia nak perempuan macam saya nak dijadikan girlfriend dia,"balas Eun Ji,sedikit perlahan nada suaranya sambil memandang ke arah Woo Hyun yang sedang menumpukan perhatian di dalam kelas itu.Eun Ji melepaskan keluhan kecil.Min Jung yang menyedari keluhan Eun Ji itu,tersenyum.
"Kalau macam tu,apa kata awak buat sesuatu untuk menarik perhatian Woo Hyun?"Cadang Min Jung.Eun Ji menoleh ke arahnya.Min Jung kemudiannya membisikkan sesuatu pada telinga Eun Ji.Mata Eun Ji terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata Min Jung itu.
"Tak naklah saya!"Bersungguh-sungguh Eun Ji menolak cadangan Min Jung itu."Seriously,saya tak setuju dengan cadangan awak,Min Jung,"katanya lagi.
"Ala bukannya susah..perkara kecil je.Takkan tu pun awak tak nak buat,"balas Min Jung.
"No no no..saya memang tak boleh.Okay,Min Jung.Lupakan je.Apa yang pasti,saya dengan Woo Hyun just kawan.Kami tak ada apa-apa hubungan special okay?"Kata Eun Ji.
"Em...takkanla awak menunggu lelaki misteri tu kot?"Soal Min Jung,merujuk kepada pemilik surat misteri   itu.Eun Ji menggeleng.
"Surat tu mengarut je.Kalau betullah dia nak berkenalan dengan saya,dia kenalah jumpa saya face to face.Bukannya main-main surat ni.Saya rimaslah,Min Jung,"kata Eun Ji pula.
"Sebab tulah,dia kata nak jumpa awak kan?Awak memang tak nak jumpa lelaki tu ke?"Soal Min Jung lagi.Eun Ji tidak segera menjawab.
"Dahlah Min Jung.Kita ni dah ganggu orang lain belajarlah,"kata Eun Ji.Min Jung sekadar tertawa perlahan.

Mata Eun Ji terbuka luas sebaik sahaja berada di dalam sebuah studio muzik yang lengkap dengan segala peralatan muzik di dalamnya.Woo Hyun menoleh ke arah Eun Ji sambil tersenyum.Dia yakin Eun Ji pasti amat menyukainya.
"So?Awak suka tak?"Sengaja Woo Hyun menyoal Eun Ji.Eun Ji tertawa.
"Ini awak punya ke,Woo Hyun?"Soal Eun Ji,teruja.
"Sepupu saya punya.Saya selalu jugak datang sini,"kata Woo Hyun.
"Eh,tapi tak apa ke awak bawa saya ke sini?Nanti sepupu awak marah macam mana?"Soal Eun Ji,bimbang.Woo Hyun tersenyum lagi.
"Tak apa.Lagipun dia ada kat luar negara sekarang.Dia pesan suruh saya jagakan studio ni jugak.Tak salah rasanya kalau nak bawa kawan saya datang sini,temankan saya jagakan studio ni,"kata Woo Hyun sebelum tertawa kecil."Ok,jom start?"
"Start?Start apa?"Soal Eun Ji,bingung.Woo Hyun kemudiannya menarik lembut tangan Eun Ji menuju ke arah sebuah piano.Woo Hyun kemudiannya melabuhkan punggung di atas kerusi sebelum menarik tangan Eun Ji duduk di sebelahnya.
"Awak pandai tak main piano,Eun Ji?"Soal Woo Hyun.
"Sikit-sikit bolehlah,"balas Eun Ji.Woo Hyun tersenyum.
"Saya ada cipta satu lagu baru tau,Eun Ji.Awak nak dengar?"Soal Woo Hyun.Laju sahaja Eun Ji angguk.Woo Hyun tersenyum sebelum mula memainkan lagunya.Eun Ji mencuri-curi pandang ke arah Woo Hyun yang sedang kusyuk bermain piano itu.Sesekali Eun Ji mengukir senyuman manis.Pandangan mereka kemudiannya bertembung apabila Woo Hyun turut menoleh ke arahnya.Eun Ji pula cepat-cepat mengalihkan pandangannya daripada Woo Hyun.Woo Hyun tersenyum.Woo Hyun kemudiannya menghentikan lagunya sambil memandang ke arah Eun Ji.
"So,macam mana?Awak rasa okay tak dengan lagu saya ni?"Soal Woo Hyun.Eun Ji tersenyum.
"Okay sangat,Saya suka,"balas Eun Ji."Mesti awak fikirkan seseorang kan waktu buat lagu ni?"Soal Eun Ji pula.Woo Hyun tersenyum tawar.Perlahan-lahan,dia angguk.
"Ya.Saya memang ada fikirkan seseorang waktu buat lagu ni.."Woo Hyun terdiam seketika."Saya terfikirkan omma saya.Omma saya dah meninggal waktu saya umur 15 tahun."Perlahan Woo Hyun mengatakannya.
"Woo Hyun ah...mian..saya tak tahu,"kata Eun Ji,rasa bersalah.Woo Hyun tersenyum sambil menggosok perlahan rambut Eun Ji yang pendek itu.
"Gwenchana..sekurang-kurangnya saya ada teman untuk dengar luahan hati saya dengan lagu ni."Woo Hyun memandang ke arah Eun Ji."Gomawo."Jantung Eun Ji berdegup kencang apabila melihat pandangan Woo Hyun yang kelihatan berbeza ke arahnya itu.Eun Ji mengalihkan pandangannya sebelum berdehem beberapa kali.
"Kalau macam tu,kalau awak rasa nak luahkan apa-apa masalah,awak cari je saya.Saya tak kisah,"kata Eun Ji.
"Jinja?"Soal Woo Hyun,inginkan kepastian.Eun Ji tersenyum sambil angguk.
"Saya sanggup dengar segala masalah awak sampai terkoyak telinga saya ni,"kata  Eun Ji sambil menunjukkan telinganya.Woo Hyun tertawa mendengar gurauan Eun Ji itu.

Woo Hyun menemani Eun Ji menuju jalan pulang ke rumah gadis itu sambil menikmati ais krim yang dibeli mereka dalam perjalanan pulang tadi.
"Saya betul-betul rasa seronok keluar dengan awak,Eun Ji,"kata Woo Hyun.
"Yeke?Awak tak rasa saya ni membosankan langsung ke?"Soal Eun Ji,inginkan kepastian.Woo Hyun menggeleng.
"Taklah.Saya rasa banyak lagi saya belum tahu mengenai awak.Yelah...sebab awak ni nampak terlalu berbeza sekarang kalau nak dibandingkan dengan awak waktu dekat kolej,"kata Woo Hyun,berterus terang.Eun Ji tersenyum.
"Sebenarnya,saya ni tak berapa pandai bergaul dengan orang.Sebab tu,satu-satunya kawan saya kat kolej hanyalah Min Jung,"kata Eun Ji.
"Tapi sekarang ni,awak dah ada dua orang kawan,"kata Woo Hyun sambil memandang ke arah Eun Ji.Eun Ji turut menoleh ke arahnya."Saya kan ada,"kata Woo Hyun.Eun Ji tersenyum malu.
"Tengok tu.Awak senyum-senyum malu lagi,"kata Woo Hyun,sambil ketawa.
"Yah!Mana ada saya senyum malu!"Balas Eun Ji sambil menepuk bahu Woo Hyun.Woo Hyun hanya tertawa.Eun Ji mencebik.Mereka kemudiannya senyap untuk seketika.
"Woo Hyun ah,"sapa Eun Ji.Woo Hyun menoleh ke arahnya.
"Awak...suka perempuan macam mana ye?"Eun Ji memberanikan diri untuk bertanyakan soalan itu kepada Woo Hyun."Maksud saya,awak suka tak tengok perempuan yang kemas..yang cantik..macam Min Jung tu?"Soal Eun Ji lagi.Woo Hyun diam seketika.Dada Eun Ji berdebar menantikan jawapan daripada Woo Hyun itu.
"Kalau perempuan macam Min Jung pun...saya rasa okay jugak,"kata Woo Hyun.Eun Ji tersenyum tawar.
"Saya dah agak dah,"kata Eun Ji.
"Kenapa awak tanya,Eun Ji?"Soal Woo Hyun pula.
"Tak ada apa-apa.Saya saja tanya."Balas Eun Ji."Hah~dah sampai pun rumah saya.Terima kasih Woo Hyun,sebab sudi temankan saya balik,"kata Eun Ji.
"No problem."Kata Woo Hyun.Eun Ji mula membuka pintu pagar rumahnya."Em..Eun Ji ah."Eun Ji menoleh ke arah Woo Hyun."Memang saya suka perempuan yang kemas dan cantik macam Min Jung...tapi.."Woo Hyun berhenti seketika."Tapi saya lagi suka perempuan yang comel dan ceria macam awak,Eun Ji."Kata Woo Hyun.Eun Ji terpana mendengar kata-kata Woo Hyun itu.Woo Hyun tersenyum.
"Jumpa awak esok ya,Eun Ji,"kata Woo Hyun sebelum beredar meninggalkan Eun Ji.

"Tapi saya lagi suka perempuan yang comel dan ceria macam awak,Eun Ji."

Muka Eun Ji berubah merah apabila mengingatkan kembali kata-kata Woo Hyun sebentar tadi.
"Oh tidak,kenapa dengan aku ni?"Hatinya berbisik sendiri.

 Park Yoo Hwan as Kang Woo Hyun
 Go Eun Ah as Park Ji Eun
Kim Min Ji as Choi Min Jung

Min Jung membetulkan solekannya sambil diperhatikan oleh Eun Ji.Min Jung yang menyedari pandangan Eun Ji itu menghentikan kelakuannya sebentar.
"Kenapa awak pandang saya macam tu,Eun Ji?"Soal Min Jung.
"Awak tak rasa ke solekan awak tu dah cukup tebal?"Soal Eun Ji pula.Min Jung tersenyum.
"Eh tak adalah.Awak je yang rasa make up saya ni tebal.Awak nak cuba ke?"Soal Min Jung.Pantas sahaja Eun Ji menggeleng.
"Terima kasih jela.Saya tak ingin langsung nak cuba make up ni,"kata Eun Ji.Min Jung tertawa kecil.
"Ala,sikit je.Saya pakaikan awak lipstick saya nak?"Soal Min Jung.
"Tak naklah Min Jung.Saya tak sukalah lipstick semua ni,"kata Eun Ji.
"Ala,Eun Ji.Sikit je,boleh la..ekh?"Min Jung tetap berdegil.
"Tapi Min Jung..."

Semua orang yang berada di situ memandang pelik ke arah Eun Ji yang sedang berjalan menuju ke kelas.Eun Ji berasa tidak selesa diperhatikan sebegitu rupa.Min Jung yang berjalan di sebelahnya,berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang terjadi.Eun Ji mengambil tempatnya tanpa mempedulikan orang lain.
"Wah..Eun Ji hyung dah pakai lipstick la!"Kedengaran usikan daripada salah seorang pelajar lelaki di kelas itu.Eun Ji sengaja tidak mempedulikan usikan mereka.Min Jung sekadar tersenyum mendengar usikan pelajar lelaki itu.
"Ala..awak jangan kisah sangat cakap mereka tu.Mereka cemburu tengok awak makin cantik tu,"kata Min Jung.Eun Ji masih lagi diam.
"Rupa macam namja..ada hati nak pakai lipstick.Dia ingat ada putera raja terpikat dengan dia ke?"
"A'ah...tiba-tiba je pakai lipstick tu kenapa pula."
"Biarlah...mungkin dia dah sedar kot yang dia tu perempuan."

Hampir-hampir sahaja Eun Ji mengalirkan air mata mendengar kata-kata rakan sekelasnya itu.Eun Ji kemudiannya segera bangun dari tempat duduknya,berura-ura mahu beredar dari situ.
"Eun Ji ah!"Eun Ji tidak mempedulikan panggilan Min Jung itu.Hatinya begitu terluka sekali ketika itu.Tiba-tiba,tubuhnya terlanggar sesuatu ketika berada di pintu kelas itu.
"Eun Ji?"
Eun Ji mendongakkan kepalanya apabila terdengar suara Woo Hyun menyebut namanya.Woo Hyun terkejut apabila melihat lipstick merah yang tercalit pada bibir Eun Ji itu.
"Eun..Eun Ji ah.."Eun Ji segera beredar dari situ,malu apabila terpaksa berhadapan dengan Woo Hyun dalam keadaan begitu.Woo Hyun kemudiannya menoleh ke arah Min Jung.Min Jung turut memandang ke arahnya.

Eun Ji menangis di dalam tandas sambil menghilangkan kesan lipstick pada mulutnya.Dia enggan untuk keluar dari situ.Kata-kata ejekan rakan sekelasnya masih jelas kedengaran dalam telinganya.Sungguh dia berasa sangat malu dengan kejadian tadi.
"Eun Ji ah!Eun Ji ah!"
Eun Ji terkejut apabila terdengar namanya dipanggil.Namun,dia tetap enggan untuk keluar dari situ.
"Eun Ji ah..sampai bila awak nak duduk dalam tu?"Soal Woo Hyun,bimbang.Eun Ji tidak menjawab.
Woo Hyun melepaskan keluhan kecil.
"Eun Ji ah..janganlah macam ni.Awak tak boleh terus berkurung macam ni,"pujuk Woo Hyun lagi.
"Semua orang akan gelakkan saya lagi..."balas Eun Ji.
"Pedulikan mereka semua,Eun Ji.Yang penting..saya ada untuk jaga awak,"kata Woo Hyun.Eun Ji terdiam.
"Saya akan lindungi awak dari gangguan mereka,"kata Woo Hyun."Eun Ji ah..."
Tidak lama selepas itu,pintu tandas itu dibuka.Woo Hyun memandang ke arah Eun Ji  yang kusut itu.Woo Hyun tersenyum.Perlahan-lahan,dia mencapai tangan Eun Ji.
"Awak nak bawa saya pergi mana?"Soal Eun Ji,masih serak suaranya.
"Kita jalan kat luarlah.Takkan awak nak saya duduk kat tandas perempuan je?"Balas Woo Hyun,seraya bergurau.Eun Ji tersenyum kecil.
"Senyum pun.Kan comel tu,"puji Woo Hyun.
"Janganlah,Woo Hyun.."Woo Hyun ketawa apabila melihat Eun Ji yang malu diusik begitu.

Woo Hyun menghulurkan air kotak kepada Eun Ji.Perlahan-lahan,Eun Ji menyambut huluran daripada lelaki itu.Woo Hyun mengambil tempat di sisi Eun Ji.Eun Ji masih lagi mendiamkan diri.Woo Hyun memandang ke arah Eun Ji yang sedang duduk di sebelahnya.Sengaja dia memandang Eun Ji begitu.Eun Ji yang menyedari kelakuannya diperhati,segera menoleh ke arah Woo Hyun.
"Kenapa?"Soal Eun Ji.
"Punyalah lama saya nak tunggu awak bercakap,"balas Woo Hyun.Eun Ji mengalihkan pandangannya daripada Woo Hyun.Ternyata Eun Ji masih belum ada 'mood' untuk bergurau dengannya.
"Eun Ji ah...saya rindulah kat Park Eun Ji yang ceria dulu.Hari ni..saya rasa..Eun Ji saya lain sangat,"kata Woo Hyun.
"Buruk sangat ke muka saya ni?"Soal Eun Ji,tanpa memandang ke arah Woo Hyun.Woo Hyun diam."Mereka semua gelakkan saya bila saya pakai lipstick.Mereka kata saya ni...ada hati nak jadi cantik la..apalah..Saya sedar saya ni siapa.Saya ni budak tomboi yang tak layak langsung untuk jadi can.."
Belum sempat Eun Ji menghabiskan kata-katanya,tubuhnya ditarik sebelum bibirnya dikucup lembut oleh Woo Hyun.Eun Ji terkejut.
"Saya tak nak dengar lagi awak cakap macam tu,Eun Ji,"kata Woo Hyun.Eun Ji masih lagi terkejut.
"Lupakan apa yang mereka cakap pasal awak.Kenapa awak nak fikirkan sangat apa yang mereka cakapkan tu?Tak ada satu pun apa yang mereka cakap tu betul,tahu tak?"Kata Woo Hyun lagi.
"Pada saya...awak dah cukup cantik pada mata saya.Awak tak perlu berubah hanya kerana desakan orang lain.Saya lebih suka berkawan dengan awak..sebab awak adalah awak.Kalau awak nak berubah sekalipun..saya tak nak awak buat semua tu sebab terpaksa.Saya nak awak buat semua tu sebab keinginan awak sendiri.Arasso?"Soal Woo Hyun.Eun Ji masih lagi membisu.Woo Hyun menggosok rambut Eun Ji sambil tersenyum.
"Dengar cakap saya,okay?"Kata Woo Hyun sebelum mencium dahi Eun Ji.Mata Eun Ji terbuka luas.Woo Hyun kemudiannya beredar dari situ sambil tersenyum.Eun Ji menyentuh dahinya.Terasa dahinya panas dari biasa.
"Apa yang dah terjadi ni?"Soalnya sendiri,bingung.

No comments:

Post a Comment