09 November, 2012

Love Letter CHAPTER 1

"Ouch!"Eun Ji mengaduh kesakitan apabila tubuhnya terjatuh di atas lantai berdekatan dengan pintu masuk perpustakaan kolejnya itu.Kertas-kertasnya yang berada dalam pegangannya sebentar tadi turut berselerak.
"Alamak,saya betul-betul minta maaf.Saya tak sengaja."Eun Ji menghalakan pandangannya ke arah seorang lelaki yang sedang berada di hadapannya itu.Matanya terbuka luas.Lelaki itu kemudiannya menundukkan sedikit badannya sambil membantu mengutip kertas-kertas Eun Ji yang bertaburan itu.Lelaki itu kemudiannya mengukir senyuman manis ke arah Eun Ji sambil menghulurkan kertas-kertas yang dikutipnya tadi kepada Eun Ji.
"Saya minta maaf sebab terlanggar awak tadi.Saya betul-betul tak sengaja,"kata lelaki itu lagi.Eun Ji membetulkan sedikit cermin matanya sebelum kertas-kertas itu bertukar tangan.
"Em tak apa..saya pun minta maaf sebab tak nampak awak tadi.Em..terima kasih,"kata Eun Ji sebelum beredar dari situ.Eun Ji segera menyembunyikan diri di sebalik bangunan yang berdekatan dengan perpustakaan itu.Kelihatan lelaki itu masih berdiri di situ.Jantung Eun Ji berdegup kencang apabila melihat lelaki itu turut sedang memandang ke arahnya.Dia kembali menyembunyikan dirinya semula.Perlahan-lahannya,dia menguntum senyuman manis.
"Woo Hyun bercakap dengan aku!!!"Hatinya menjerit kegembiraan.

Eun Ji melabuhkan punggungnya dia tempat duduknya yang bersebelahan dengan Min Jung,satu-satunya teman rapatnya dia kolej itu.Penampilan Eun Ji sangatlah berbeza jika mahu dibandingkan dengan Min Jung.Penampilan Min Jung lebih bergaya dan menarik jika mahu dibandingkan dengan Eun Ji yang lebih ringkas gayanya.
"Awak pergi mana tadi?"Soal Min Jung.
"Library."Jawab Eun Ji,pendek.Min Jung kemudiannya menyambung semula kerjanya yang tertangguh seketika itu.Eun Ji pula mengambil buku notanya yang berada di atas meja itu.Tiba-tiba,matanya terpandang pada sekeping surat yang terselit di dalam buku notanya itu.
"Min Jung,"panggilnya sambil menyentuh bahu Min Jung.Min Jung menoleh ke arahnya.
"Saya dapat lagi surat misteri tu,"kata Eun Ji,separuh berbisik.Min Jung tersenyum ke arahnya.
"Wah...nampaknya lelaki tu betul-betul serius nak berkenalan dengan awaklah,Eun Ji.So romantic!"Balas Min Jung,sedikit teruja.Namun,tidak bagi Eun Ji.Sungguh dia berasa tidak selesa dengan surat yang diterimanya itu.Sudah hampir 3 kali dia menerima surat yang sama.Namun,dia masih tidak tahu siapakah pengirim surat misteri itu."Dia cakap apa,Eun Ji?"Soal Min Jung,berminat.Eun Ji menyerahkan surat itu kepada Min Jung.
"Awak jelah baca.Saya malaslah nak layan,"kata Eun Ji.
"Eh,mana boleh.Ni kan surat awak.Awaklah yang baca.Lagipun,mungkin lelaki misteri tu betul-betul berminat nak berkawan dengan awak ke.."kata Min Jung.Eun Ji menghela nafas panjang.Mahu tak mahu,dia terpaksa membuka sampul surat itu.
"Dia cakap..dia.."
"dia..nak jumpa dengan saya,"kata Eun Ji,perlahan.Mata Min Jung terbeliak luas.
"Seriously?Wah,see!I told you.Dia memang suka kat awaklah,Eun Ji,"kata Min Jung,bersemangat.
"Tapi saya tak kenallah lelaki ni,Min Jung.Kalau surat ni hanya untuk kenakan saya je,macam mana?"Kata Eun Ji.
"Ala..awak cubalah dulu.Kalau awak takut,saya boleh temankan awak.Amacam?"Cadang Min Jung.Eun Ji tidak terus menjawab.Dia kemudiannya memandang ke hadapan kelas.Kemudian,matanya tertangkap pada kelibat Woo Hyun yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas itu.Woo Hyun turut memandang ke arahnya.Eun Ji segera mengalihkan pandangannya daripada Woo Hyun.Min Jung yang menyedari kelakuan Eun Ji itu,hanya mengukir senyuman manis.



 Park Yoo Hwan as Kang Woo Hyun


 Go Eun Ah as Park Eun Ji


Kim Min Ji as Choi Min Jung

Eun Ji duduk termenung di dalam bilik tidurnya sambil memandang surat yang diterimanya siang tadi.Dia sendiri kurang pasti sekiranya surat itu benar-benar dari seseorang yang ingin berkenalan dengannya atau  surat itu hanyalah sekadar untuk gurauan.Entah mengapa,tiba-tiba wajah Woo Hyun pula yang singgah di dalam fikirannya.Eun Ji tersenyum.Sejujurnya,dia amat menyenangi lelaki itu.Walaupun,mereka berada di dalam satu kelas,namun sekali pun tidak pernah ditegurnya lelaki itu.Woo Hyun seorang lelaki yang sempurna.Mana mungkin Woo Hyun akan memandang seorang gadis yang naif seperti dirinya.Eun Ji melihat wajahnya pada cermin.Penampilannya tidak ubah seperti seorang tomboy.Berambut pendek dan berpakaian ringkas,tidak menampakkan ciri-ciri keperempuanan.Eun Ji menanggalkan cermin matanya.Dia melepaskan keluhan berat.
"Kalaulah aku berjalan sebelah adik aku ni...confirm orang lain ingat aku ni kembar lelaki dia,"bisik hatinya sendiri.Lamunannya terganggu seketika apabila terdengar namanya dipanggil.
"Noona!"Eun Ji menoleh ke arah adik lelakinya,Mir.
"Apa?"Soal Eun Ji.
"Noona ada boyfriend ke?"Soal Mir,ingin tahu.
"Yah,apasal tiba-tiba kau tanya aku soalan macam tu pulak ni?"Soal Eun Ji,sedikit terkejut dengan pertanyaan Mir itu.Kening Mir terangkat sebelah.
"Are you sure?Habis tu siapa pulak lelaki yang tengah tunggu noona kat bawah tu?"Soal Mir pula.
"Apa?!"

Eun Ji terkejut apabila melihat Woo Hyun sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya.Perlahan-lahan,Eun Ji melangkah ke arah Woo Hyun yang sedang berdiri membelakanginya itu.Eun Ji berdehem beberapa kali.Woo Hyun menoleh ke arahnya sebelum mengukir senyuman manis.
"Hai..maaf..saya ganggu awak ke?"Soal Woo Hyun.Eun Ji menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Taklah.Er..ada apa ya ?"Soal Eun Ji pula,cuba berlagak biasa.Kelihatan Woo Hyun cuba mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
"Em..ni awak punya ke?Saya jumpa benda ni waktu kat depan pintu perpustakaan tadi."Kata Woo Hyun,sambil menunjukkan key chain kepada Eun Ji.
"Eh,tercicir ke tadi?Saya tak perasan la pulak,"kata Eun Ji.Eun Ji kemudiannya mengambil key chain yang berada di tangan Woo Hyun itu."Err..gomawo..susahkan awak je,"kata Eun Ji.
"It's okay."Kata Woo Hyun.Kemudian,mereka membisu sesama sendiri.Seolah-olah,buntu untuk berkata-kata.Eun Ji pula sengaja bersiul perlahan,cuba menghilangkan rasa janggal ketika bersama dengan Woo Hyun.
"Em..macam mana awak tahu rumah saya dekat sini?"Soal Eun Ji,cuba berborak dengan Woo Hyun.
"Oh..saya tanya Min Jung masa kat kolej tadi,"jawab Woo Hyun.
"Oh.."
Mereka kembali membisu.
"Saya.."Kedua-dua mereka bersuara serentak.Kedua-dua mereka malu sendiri.
"Awaklah cakap dulu,"kata Woo Hyun.Eun Ji menggeleng.
"Tak apalah.Awakla yang cakap dulu,"kata Eun Ji.
"Okay..em..sebenarnya..saya ada dapat dua tiket free untuk tengok konsert MBLAQ sabtu ni.Em...saya tak ada kawan nak ajak pergi sekali.Kalau saya nak ajak awak boleh?"Soal Woo Hyun.
"Konsert MBLAQ?"Soal Eun Ji,tidak percaya.Woo Hyun angguk.Andai diikutkan hati,mahu sahaja Eun Ji menjerit sepenuh hati kerana sudah sekian lama dia menyimpan keinginan untuk bertemu dengan bintang pujaannya itu.Eun Ji tersenyum lebar.Woo Hyun yang menyedari senyuman yang terukir di bibir Eun Ji itu turut tersenyum.
"Kalau senyum-senyum ni..tandanya awak nak ikut ke?"Soal Woo Hyun,inginkan kepastian.Eun Ji hanya mampu ketawa kecil.


MBLAQ Mir as Mir

"MIREU AH!!!!!!!!!"
Eun Ji menyorak sekuat hati,menjerit nama idola kesukaannya yang sedang membuat persembahan di atas pentas itu.Woo Hyun sekadar ketawa melihat Eun Ji yang begitu seronok melihat MBLAQ yang sedang menyanyi dan menari lincah di atas pentas itu.
"Awak ni memang peminat tegar MBLAQ ke?!"soal Woo Hyun,separuh menjerit.Eun Ji tidak langsung menoleh ke arah Woo Hyun.Perhatiannya lebih menjurus ke arah MBLAQ di atas pentas itu.Woo Hyun ketawa.Sungguh dia berasa geli hati melihat Eun Ji yang kelihatan begitu berbeza dari sebelumnya itu.
Eun Ji pula terus menjerit tanpa menyedari Woo Hyun yang sedang asyik melihat ke arahnya itu.


MBLAQ

"Wah,seriously MBLAQ sangat daebak!Oh my God!I can't belive this!Tonight is the best night ever!"Jerit Eun Ji,sepenuh hati sambil mendepakan kedua-dua tangannya.Woo Hyun ketawa.Eun Ji kemudiannya berdehem beberapa kali apabila terdengar tawa Woo Hyun itu.Dia malu sendiri dengan kelakuannya itu.
"La..kenapa awak senyap pulak ni?"Soal Woo Hyun,hairan.
"Em..tak ada apa-apa."Balas Eun Ji,malu.Woo Hyun tersenyum.
"Saya ingatkan awak ni...tak minat dengan hiburan semua ni..Tak sangka pula..saya boleh tengok awak seronok macam ni,"kata Woo Hyun.Eun Ji sekadar tersenyum malu,sambil membetulkan sedikit rambutnya yang pendek itu.
"Sorrylah...kalau perangai saya ni buat awak tak selesa,"kata Eun Ji.
"Eh tak adalah.Saya sukalah tengok awak seronok macam ni.Rasa tak percaya pun ada.Kalau macam nilah..memang setiap kali ada konsert MBLAQ,saya akan ajak awak lagi,"kata Woo Hyun.Eun Ji tersenyum.
"Awak dah janji okay?Saya tunggu,"balas Eun Ji.Perlahan-lahan,perasaan janggal bersama dengan Woo Hyun mulai pudar.Woo Hyun tersenyum.

No comments:

Post a Comment