10 May, 2012

-Monalisa Page 69-

Entah kuasa apa yang telah membawa Joo Yeon tiba di hadapan bangunan vila yang tersergam mewah itu.Jantungnya berdegup pantas sekali.Rindunya terhadap lelaki itu sudah tidak boleh dipendamnya lagi.Andaikata lelaki itu sedang berdiri di hadapannya kini,pastinya tubuh lelaki itu dipeluknya erat.Melepaskan rasa rindu dan kasih sayangnya yang tulus terhadap lelaki itu.Namun,Joo Yeon masih lagi ragu-ragu untuk menekan loceng pada pintu pagar vila itu.Dia masih lagi rasa bersalah terhadap Byung Hee atas kekasarannya terhadap lelaki itu,walaupun semua itu berlaku bukan atas kerelaannya.Mengenangkan kembali wajah Byung Hee yang berubah sedih waktu itu,sudah mampu membuatkan Joo Yeon mengalirkan air mata.
"Joo Yeon?"Joo Yeon terkejut.Pantas sahaja dia menoleh ke arah belakangnya.Matanya terbuka luas apabila melihat Seung Ho yang sedang berdiri di belakangnya itu.Seung Ho mengukir senyuman terhadapnya.Joo Yeon pula menundukkan sedikit badannya.
"Apa awak buat kat sini?Awak nak jumpa dengan Jio ke?"Soal Seung Ho,ingin tahu.
"Em..tak..saya cuma..cuma.."
"Saya tahu yang awak rindukan dia,betul tak?"Duga Seung Ho.Joo Yeon tidak segera menjawab.Semestinya tekaan Seung Ho itu tepat sekali."Awak memang nak jumpa dengan Jio kan?"Soal Seung Ho lagi.
"Tak..mana mungkin saya nak jumpa dengan dia...sedangkan saya dah pernah berkasar dengan Jio.."balas Joo Yeon,perlahan.
"Tapi,awak buat semua tu disebabkan oleh Puan Jung..bukan atas kerelaan awak,"kata Seung Ho.Joo Yeon tersenyum nipis.Seung Ho memandang ke arah Joo Yeon yang kelihatan serba salah itu."Kita masuk dalam ekh?Saya pun ada benda nak dibincangkan dengan Jio ni,"kata Seung Ho.
"Tak apa.Saya pun ada hal ni.Saya..saya balik dulu jelah,"kata Joo Yeon.Namun,belum sempat Joo Yeon beredar dari situ,matanya terpandang sesuatu.Seung Ho turut memandang ke arah yang sama yang dilihat oleh Joo Yeon itu.Matanya terbuntang luas apabila melihat Byung Hee yang sedang melangkah keluar dengan seorang wanita yang tidak pernah dikenalinya itu.Mereka kelihatan mesra sekali bagaikan tidak menyedari kelakuan mereka itu sedang diperhatikan.Byung Hee juga membiarkan wanita itu mengucup pipinya.Jantung Joo Yeon bagaikan mahu luruh apabila melihat Byung Hee yang sedang bermesra dengan wanita lain itu.
"Seung Ho?Apa kau buat kat sini?"Soal Byung Hee apabila menyedari Seung Ho yang sedang berdiri di perkarangan vilanya itu.Pandangannya kemudiannya dialihkan ke arah Joo Yeon.Namun,hanya untuk seketika.Bagaikan Joo Yeon itu begitu asing dalam hidupnya.
"Apa yang kau buat ni,Jio?"Seung Ho mulai berang.Byung Hee memandang ke arahnya selamba.
"Aku buat apa?Aku bukannya buat benda salah pun,"kata Byung Hee.Bibirnya kemudiannya mengukir senyuman sinis."Lagipun,bukannya kau tak pernah buat semua ni kan?"Balas Byung Hee.Byung Hee memandang sekali lagi ke arah Joo Yeon."Tu siapa pulak?Teman wanita baru kau ke?"Soal Byung Hee.Andai diikutkan hati,mahu sahaja Seung Ho menumbuk muka Byung Hee itu.Mujur Joo Yeon ada yang dapat menghalangnya daripada bertindak kasar.
"Biarkan dia..kita pergi dari sini jelah ye.Lagipun..."Joo Yeon memandang ke arah Byung Hee yang turut sedang memerhati ke arahnya itu.Matanya bergenang namun dia berusaha untuk mengawal air matanya daripada mengalir."Ni memang bukan salah Jio..."Tanpa menunggu kata-kata dari Seung Ho,Joo Yeon terus sahaja melangkah pergi dari perkarangan vila itu dengan hati yang pedih.

Seung Ho meletakkan segelas jus oren di atas meja sebelum mengambil tempat di hadapan Joo Yeon yang kelihatan sugul itu.
"Minumlah dulu,Joo Yeon,"kata Seung Ho.Joo Yeon akur.Timbul rasa simpati dalam hati Seung Ho terhadap wanita yang sedang berada di hadapan matanya itu.Seung Ho tidak berkata apa-apa walaupun sepatah.Dia yakin Joo Yeon masih lagi terkejut dengan kejadian sebentar tadi.Sedangkan dirinya turut terkejut dengan kelakuan Byung Hee sebentar tadi,apatah lagi Joo Yeon yang baru sahaja melihat perubahan Byung Hee itu.Perlahan-lahan air mata Joo Yeon mengalir membasahi pipinya.Ternyata kesedihan yang ditahannya sebentar tadi sudah tidak dapat disimpannya lagi.
"Joo Yeon..."Seung Ho cuba untuk menenangkan perasaan Joo Yeon yang sedang berkecamuk itu.Joo Yeon pula terus melepaskan kesedihannya itu tanpa mempedulikan Seung Ho yang sedang berada di hadapannya itu.
"Saya yakin..dalam hati Jio masih ada awak,Joo Yeon...cuma...dia jadi macam tu sebaik sahaja dia keluar dari hospital lepas...Mungkin,dia masih keliru dengan apa yang dah terjadi terhadap dia."Kata Seung Ho.Joo Yeon mengesat air matanya.
"Jio takkan jadi macam ni...kalau bukan sebab saya..."Akui Joo Yeon,sebak."Tapi,kalau betul dia bahagia dengan kehidupannya sekarang...baguslah,"sambungnya lagi.
"Saya yakin dia buat semua ni semata-mata nak cuba lupakan luka di hatinya itu.Tapi saya tahu,jauh di sudut hatinya,dia masih cintakan awak.Dia masih perlukan awak.Awak sedarkan cara dia pandang ke arah awak tadi?Dia rindukan awak..tapi dia sengaja tak nak akui perasaannya tu."Kata Seung Ho.Joo Yeon menundukkan wajahnya.Malu berhadapan dengan Seung Ho itu.Lelaki itu sudah banyak membantunya ketika ini,sedangkan lelaki itu jugalah yang menjadi saksi perbuatan kasarnya terhadap Byung Hee dahulu,
"Saya...saya rasa saya perlu katakan sesuatu kepada awak,Seung Ho,"kata Joo Yeon.Seung Ho memandang ke arah Joo Yeon.Kelihatannya Joo Yeon seperti mahu mengatakan sesuatu yang begitu penting kepadanya.
"Saya...saya ada masalah dengan jantung saya dulu.Saya sangat lemah dan tak mampu nak bergerak aktif macam orang lain.Dan..sebab tu saya tak ada ramai kawan...Hanya seorang sahaja yang sudi berkawan dengan orang yang lemah macam saya.Dan orang tu adalah Nana...bekas teman wanita Jio sendiri,"kata Joo Yeon,berhenti seketika.Seung Ho yang mendengar kata-kata Joo Yeon itu terkejut.Benarkah dengan apa yang dikatakan oleh Joo Yeon itu?
"Tapi waktu..saya langsung tak tahu yang Nana dan Jio adalah pasangan kekasih waktu tu.Sebab Nana tak pernah sekali pun ceritakan kisah cintanya kepada saya.Sampailah satu waktu...di mana saya mendapat berita yang Nana mengalami kemalangan jalan raya..dengan teman lelaki dia.Dan..Nana terkorban dalam kemalangan tu...Dan sayangnya saya tak dapat jumpa Nana waktu tu..sebab saya sendiri terlantar di hospital disebabkan masalah jantung saya yang semakin kronik."Joo Yeon mengesat air matanya.
"Dan kemudiannya..saya terpaksa teruskan hidup saya tanpa Nana..selepas saya menjalani pembedahan jantung..dan saya telah mendapat jantung baru selepas itu.Ternyata kehidupan saya waktu tu betul-betul berubah...saya dah mampu berlari macam orang lain..walaupun saya tak dapat berkongsi kegembiraan saya itu dengan Nana.Namun demi Nana,saya kuatkan diri saya untuk meneruskan hidup tanpanya..sehinggalah saya bertemu dengan Jio."Joo Yeon menoleh ke arah pemandangan di luar kafe itu.Bagaikan sedang membayangkan semula kenangan-kenangan manisnya bersama dengan Nana dan juga Byung Hee.
"Saya jatuh cinta pandang pertama terhadap Jio...jantung saya berdegup pantas sebaik sahaja Jio berada di hadapan mata saya.Dan saya rasa sangat bahagia apabila bersama dengan Jio...walaupun saya masih belum kenal Jio dengan lebih rapat..seolah-olah saya dah kenal dia.Tapi..."
Joo Yeon melepaskan keluhan kecil.Seung Ho masih lagi setia mendengar.
"Akhirnya saya sedar...perasaan cinta saya terhadap Jio..bukanlah dari hati saya sendiri..Dan saya yakin..Jio bukannya cintakan saya..tapi dia cintakan Nana..."Kata Joo Yeon.
"Apa maksud awak,Joo Yeon?"Soal Seung Ho tidak memahami.Joo Yeon kemudiannya meletakkan tangan kanannya pada dada kirinya.
"Jantung yang sedang berdegup dalam hati saya ni..sebenarnya adalah milik Nana..dan saya pasti..cinta yang wujud dalam hati saya ni..sebenarnya cinta Nana terhadap Jio...saya tersepit dalam kenangan Nana bersama Jio,"kata Joo Yeon,kembali sebak.
"Sebab tu saya bertekad bersetuju dengan permintaan Puan Jung untuk berpisah dengan Jio..sebab saya dah tak sanggup untuk terus menipu Jio lagi,"kata Joo Yeon,sambil menangis.Seung Ho kelu untuk berkata walaupun sepatah.Sungguh kenyataan Joo Yeon itu amat sukar diterimanya.Joo Yeon mengesat air matanya.
"Tapi..saya tak boleh nak terus menipu perasaan saya sendiri..saya akui.."Joo Yeon memandang ke arah Seung Ho.
"Saya terlalu mencintai Jio...lebih daripada cinta Nana terhadap Jio."




No comments:

Post a Comment